MP4 Touch Screen 8GB Pada Harga GILA MURAH!

Assalamualaikum dan hai semua :)

Phewww dah lama tak taip kat blog ni.... Rasa rindu pun ada pulak. Tapi kali ni bukan masanya aku nak lepaskan rindu tu. Aku nak maklumkan yang aku ada jual NEW MP4 8GB TOUCH SCREEN! MP4 ni macam iPod Nano 6th Generation yang Apple hasilkan tu tapi yang ni clon punya (China Made). TETAPI, sound quality dia memang mantap! Tak percaya? Cuba lah beli pastu rasa sendiri "kesedapan" guna MP4 ni.. hehe

promosi Raya RM90 sudah lama tamat! harap maklum

Ciri-ciri: Full Touch Screen
Size 1.8 inch (besar sikit je dari iPod Nano)
Memori dalam 8GB
Bateri boleh Dicas
Terbina Clip (boleh sepit MP4 kat baju)
Fungsi: Tonton video dan gambar
Dengar lagu
Baca Ebook
Main games (tetris, snake dan lain2)
Rakam Suara
Set beserta MP4: 1 MP4 Touch Screen
1 Cable USB
1 Earpiece
1 Month Warranty Paper

Koleksi gambar MP4 yang mampu membuat anda terliur dan nak sangat beli satu






gambar kotak berbeza. bukan macam kat atas ni


Frequently Asked Questions (FAQ)

Section FAQ ini diwujudkan bagi menjawab segala persoalan yang timbul dalam fikiran anda samada sebelum atau selepas membeli MP4. Jika anda SMS aku dan bertanyakan soalan pasal MP4 ni dan aku tak balas SMS tersebut, maksudnya aku suruh rujuk FAQ ni. Okay?

1. MP4 ni brape RM?
RM95 sahaja *tidak termasuk caj poslaju

2. Brape harga poslaju?
RM6 untuk pos di semenanjung.. RM9 untuk Sabah dan Sarawak.

3. Jadi, total saya kena bayar?
RM101 jika semenanjung... RM104 jika Sabah dan Sarawak

4. Kalau nak jumpa dan bayar (COD) boleh tak?
Boleh. Jumpa di Area SEREMBAN, Negeri Sembilan sahaja.

5. MP4 ni buatan negara mana?
China Made.

6. Colour apa yang ada?
Hijau, Hitam, Biru, Silver, Oren dan Merah.

7. Kalau nak order lebih dari 1 unit, ada diskaun tak?
Sorry takde. Hanya FREE POSTAGE sahaja jika order lebih 1 unit.

8. Kalau warranty 1 bulan dah habis, pastu MP4 saya ada problem nak buat camane?
Sorry itu bukan tanggungan aku lagi. Selepas tamat tempoh warranty 1 bulan, segala permasalahan yang berlaku terhadap MP4 anda adalah di bawah TANGGUNGAN ANDA SENDIRI.

9. Warranty 1 bulan je ke? Asal sekejap sangat?
Tengok harga lah bro.. Harga pun bawah RM100 je, jadi jangan nak harap lebih2 pula. Sebab ni bukan macam branded punya product macam Sony, Samsung dan lain2 yang sanggup bagi customernya warranty sampai setahun/dua tahun.

10. Sound quality dia okay tak?
Terbaik! Memang bagus! Kalau nak lebih bagus, laburkan sedikit duit beli earpiece yang branded punya. Tapi kalau takde duit, guna je earpiece yang diberi. Itu sudah mencukupi :)

11. Boleh tengok video dan gambar eh?
Yes. semestinya boleh. Dah nama MP4.

12. Kenapa lepas saya dah letak video ke dalam MP4, tapi tak boleh tengok?
Setiap video yang diletakkan dalam MP4 mestilah dalam format AMV. Korang boleh search di Google untuk mencari Video Converter yang boleh convert segala format video ke format AMV.

13. Nak letak lagu Nasyid, k-pop, hindustan boleh ke?
Boleh je.. nak letak lagu tamil pun takpe. Asalkan format MP3

14. Camane saya nak order MP4 ni?
Bankin RM101 (semenanjung) atau RM104 (sabah dan Sarawak) ke akaun MAYBANK aku:
155135128973 ---> Mohd Zakwan Bin Mohd Zain

15. Lepas dah bankin apa perlu saya buat?
Sila hantarkan bukti pembayaran ke perymel@gmail.com

16. Camane nak hantar bukti pembayaran?
Kalau bankin guna mesin ATM, anda hanya perlu tangkap gambar RESIT DEPOSIT dan hantar ke email aku.
Kalau guna maybank2u atau bank2 online yang lain, PRINTSCREEN transaksi deposit tersebut dan hantar ke email aku. JELAS?

17. Camana nak printscreen?
Google lah caranya. Takkan semua aku nak ajar... hehe

18. Kalau bankin guna ATM, pastu takde camera, handphone nak tangkap gambar macam mana?
Emm.. kes berat ni. Takpe, cuma bagitahu saya TARIKH TEPAT MASA PEMBAYARAN dan NOMBOR TRANSAKSI yang tertulis di RESIT DEPOSIT tu.

19. Kalau MP4 saya ada buat masalah semasa dalam tempoh warranty 1 bulan?SMS (0176467512) dan nyatakan apa masalah yang dialami. Kemudian, hantar kembali MP4 tersebut ke alamat seperti yang akan aku nyatakan dalam SMS seterusnya...

20. Boleh letak MEMORY CARD tak ke dalam MP4 ni?
Sorry tak boleh. Guna je lah memori dalam yang tersedia. 8GB tak cukup besar ke? :D

21. Bateri tahan berapa lama?
3-4 jam kalau digunakan secara berterusan tanpa henti. Kalau sekejap buka, sekejap tutup dalam 1-2 hari belum tentu baterinya habis :)

22. Lepas dah bankin, bila barang boleh sampai?
Lepas dah bankin, aku akan proses dulu memandangkan bukan sorang dua yang order MP4 dari aku setiap hari. Selepas 1-2 hari, aku akan post barang dan barang akan dijangka sampai 2-4 hari kemudian.
Harap maklum, POS OFFICE TUTUP hari Sabtu, Ahad, Cuti Umum.

23. Kalau barang tak sampai lepas dah seminggu menunggu?
SMS je aku secepat yang mungkin. Jangan risau ok :)

24. Lepas dah bankin, saya perlu bagi details apa?
SMS atau email aku NAMA PENUH, ALAMAT RUMAH dan NOMBOR TELEFON anda untuk tujuan post. Jangan lupa... tidak tu, barang takkan sampai kat rumah korang kang. hehe

25. MP4 ni ada bluetooth dan CAMERA tak?
Sorry takde.

26. MP4 ni sampai bila avaiable?
Sampai habis stok. Jadi, sebelum nak bankin, tanya dulu aku stok masih ada atau tidak. TQ

27. Boleh book dulu tak MP4 ni?
No book book. Tak boleh tempah tempah. Sapa bayar dulu, dia akan dapat dulu.

Setakat ini, itu sahaja soalan yang customer-customer aku pernah tanya. Kalau ada lain-lain soalan, akan aku update kat sini.


Jadi, apa tunggu lagi, jom order MP4 anda sekarang sementara harga tengah murah ni!! Sebab mungkin dalam beberapa bulan lagi aku akan naikkan harga. Sebenarnya, harga MP4 ni kalau kat kedai-kedai biasa RM150-300. Memang berbeza sebab diorang nak untung melebih-lebih! Tapi aku ambek sikit je untung.. supaya korang happy dan senyum sokmo. hehe
Apa-apa hal, contact aku via SMS (0176467512) or email (perymel@gmail.com) or Facebook (http://fb.my/mp4seller).

Rahsia Tingkatkan Likes Fanpage Secara Mendadak!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disini saya ingin menawarkan servis "TAMBAH LIKES FANPAGE FACEBOOK" dengan harga yang berpatutan dan dijamin 100% likes dari Malaysia dan bukannya like palsu dari robot/bot!

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa gunanya Fanpage mempunyai beratus, beribu, malah berjuta LIKES? Jawapannya mudah sahaja. Biar saya senaraikan beberapa kelebihan jika anda mempunyai fanpage yang banyak likes:

1. Tingkatkan trafik blog dan popularkan blog dalam masa yang singkat
Hanya post link blog di fanpage dan lihatlah trafik yang berduyun-duyun datang ke blog anda! Boleh lihat entri "Kejutan Trafik Blog: 200 Orang Online Serentak!". Selain itu, blog baru berusia satu hari/minggu/bulan pun boleh jadi popular dan dikenali ramai jika anda menggunakan fanpage sebagai medium promosi. Hebat bukan kuasa fanpage?

2. Tingkatkan earning Churpchurp, Says dan iklan Pay Per Click yang lain
Bayangkan jika Fanpage anda mempunyai fans sebanyak 10ribu, sekali anda post link churpchurp di Fanpage, maka akan muncul di 10ribu Facebook Wall. Walaupun 1% sahaja orang yang klik link, anda boleh memperoleh 100 klik bersamaan dengan RM10 (100 klik x RM0.20)! Itu baru 1% sahaja, kalau 20% orang yang klik? Anda boleh kira sendiri berapa keuntungan yang anda akan dapat.

3. Tingkatkan jualan produk fizikal 
Sekarang ini seperti sudah menjadi trend orang membeli barang secara Online. Jadi ambil peluang ini untuk mempromosikan produk jualan anda di Fanpage Facebook! Kalau produk yang anda jual itu terhangat di pasaran (contoh: smartphone, perfume, jersi bola) dan harga lebih murah daripada penjual yang lain, mestilah ramai yang ingin membeli kan?


dan bermacam-macam lagi kelebihan jika anda merupakan admin kepada fanpage yang mempunyai banyak LIKES...

Sebelum melanggan servis yang saya tawarkan ini, sila baca perkara di bawah terlebih dahulu:
  • Jumlah likes yang saya tawarkan adalah dalam lingkungan 100 hingga 1000 likes sahaja.
  • Harga DIJAMIN berpatutan berdasarkan jumlah like yang anda mahukan.
  • Tempoh masa adalah berdasarkan jumlah like yang anda mahukan tetapi dijamin siap dalam tempoh kurang daripada 7 hari!
Senarai fanpage yang telah melanggan servis dari saya:
1. http://www.facebook.com/MaxiSkmm [500 likes]
2. http://www.facebook.com/HotInTownBags [1000 likes]
3. http://www.facebook.com/travelsifu [500 likes]
4. http://www.facebook.com/pages/Dear-Haffiz/172321109456677 [500 likes]
5. mungkin anda orang yang seterusnya?
Harga murah dan berbaloi! 

Berminat dengan servis yang saya tawarkan ini?
PM (inbox) segera ke Facebook saya, Mohd Zakwan Zain untuk tempah slot anda atau boleh email ke perymel@gmail.com. Peace (Y)

Gempa Bumi Melanda Aceh Turut Dirasai di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca Blog Mohd Zakwan. Anda semua sihat? Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat dan selamat daripada bencana alam yang berlaku di Indonesia petang tadi.


Gempa bumi melanda Aceh Indonesia? Seperti yang dilaporkan di dalam TV3 dan Astro Awani, gempa bumi berkekuatan 8.9 Scala Richter telah berlaku di Indonesia yang berpusat di Aceh pada 4.38 petang 11 April 2012. Amaran Tsunami telah dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia.

Malaysia juga turut merasai gegarannya di beberapa tempat seperti di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Penduduk kawasan berkenaan telah melaporkan di Facebok/Twitter masing-masing bahawa mereka merasai sedikit gegaran akibat daripada gempa bumi di Aceh. Adakah anda turut merasai gegaran tesebut?

Lanjutan daripada gempa bumi yang berlaku di Aceh ini, perairan pantai di Malaysia akan turut terkena tempias Tsunami seperti yang tersebar di fanpage-fanpage terkenmal di Facebook. Ikuti petikan status di bawah:
Initial tsunami wave prediction arrival times:
1. Georgetown -09:11pm 11th April 2012 MY Time
2. Port Dickson -02:10am 12th April 2012 MY Time
3. Singapore -07:51am 12th April 2012 MY Time
Diharapkan anda yang berada di kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas bersedia dan jauhkan diri anda dari pantai untuk mengelak daripada dibadai oleh ombak Tsunami.

Setelah berjalan-jalan di beberapa buah blog untuk mencari informasi mengenai panduan cara untuk berhadapan dengan Tsunami, akhirnya jumpa juga. Jom lihat apa yang boleh anda lakukan jika Tsunami melanda kawasan anda [sumber dari mynewshub]
  • Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami.
  • Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.
  • Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai.
  • Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.
  • Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai.
  • Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan.
  • Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.
  • Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan.
Apa yang aku harap semoga penduduk-penduduk Aceh dan juga pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana berada dalam keadaan yang selamat hendaknya. Semoga Allah melindungi mereka. Amin

Holistik? Marcapada? Heterogen?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)
Holistik? Marcapada? Heterogen? Korang pernah dengar tak perkataan macam tu? Tahu maksudnya? Soalan paling sengal, perkataan tu dari bahasa apa? 

Dah dua hari berturut-turut aku tidur waktu petang, balik je dari sekolah terus tidur. Memang malam rasa tak mengantuk langsung lah kan. Jadi, malam-malam aku merajinkan diri untuk online. Macam biasa, first site yang aku pergi mestilah facebook.com


Dah login tengok notification, inbox dan lain-lain, baru teringat yang aku kena cari nama domain baru untuk pelancaran blog baru. Ingat tak di entri sebelum ini, aku ada mention pasal 1malaysianews.net? Nama domain tersebut sebenarnya aku beli dalam keadaan tergesa-gesa dan menyebabkan aku menyesal sekarang ni. Semua ini gara-gara mengikutkan kata orang sangat, sampaikan hasrat diri sendiri dihiraukan. 

Sewaktu aku sedang menulis random stuff kat google untuk mencari idea bagi nama domain yang baru, aku terjumpa sebuah blog yang agak menarik kerana isinya yang bagus dan memang sesuai untuk candidate SPM macam aku ni. Secara jujur, buat pertama kali aku singgah blog jenis macam INI. First time, I tell you.

Sebelum ini, blog yang tidak berkaitan dengan akademik je yang aku singgah dan baca untuk meluangkan masa lapang. Tetapi, entah macam mana tetiba aku tertarik untuk membaca karangan/esei Bahasa Melayu khas untuk pelajar SPM yang ditulis oleh Amirul Rezza. Setiap karangan yang Amirul tulis, sungguh gramatis ayat-ayat, perkataan-perkataan yang digunakan. Contoh ayat gramatis yang digunakan; holistik, marcapada, heterogen, nafsi, pragmatis.

Mungkin korang pernah terbaca atau terdengar perkataan-perkataan (marcapada, nafsi, etc) tersebut, tetapi bagi aku, ia merupakan sesuatu yang baru dan menarik untuk dipelajari! Ye aku sedar, aku ni pemalas dan baru sekarang aku sedar akan kewujudan perkataan-perkataan macam tu. Tapi janganlah nak condemn aku, aku masih mentah dan banyak lagi ilmu yang perlu diterokai.

Untuk pengetahuan mereka yang tak tahu maksud perkataan-perkataan yang aku tulis kat atas, jom ikuti satu persatu maksud perkataan tersebut:
Holistik = menyeluruh
Marcapada = sekarang ini, kini
Heterogen = pelbagai, berbagai-bagai
Nafsi = pentingkan diri
Pragmatis = praktikal, mudah diamalkan tetapi masih berkesan.

Kan dah bertambah vocabulary Bahasa Melayu korang? Sebenarnya ilmu boleh dipelajari secara langsung dan tidak langsung dalam apa jua medium pun. Contohnya macam sekarang ni, korang baca blog aku ni secara tidak langsung dapat menambah vocab BM korang. Setuju? Ilmu senang diperoleh cuma manusia je yang malas untuk menuntutnya. 

Jadi aku ingin menyarankan pelajar-pelajar SPM terutamanya (peringkat umur lain pun boleh, menuntut ilmu tidak mengira usia), gunakanlah medium internet untuk menimba ilmu bagi persediaan kita menghadapi peperiksaan SPM. Antara cabangnya, korang boleh pergi blog INI untuk lihat contoh-contoh karangan format SPM Bahasa Melayu yang mantap. 

Kalau nak mantapkan pengetahuan Bahasa Inggeris korang pula, bolehlah rujuk artikel-artikel yang dihasilkan di laman web seperti ezinearticles.com. Subjek-subjek lain, korang bolehlah search di Google.



Ingat satu perkara ni, belajar bukan hanya untuk menduduki peperiksaan SPM sahaja, tetapi belajar adalah untuk melengkapkan perkara yang dituntut dalam fardhu Ain dan juga fardhu kifayah. Semua yang kita lakukan di dunia ini amat berkait-rapat dengan keadaan kita di akhirat kelak :)

Peace (Y)

Contest Teka Angka Shakiddo.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Contest teka angka? Ini bukan main teka nombor ekor eh. Kalau korang cari ramalan nombor ekor, di sini bukanlah tempatnya. Pergi tempat lain, hehe.


Kali ini zakwan ingin melibatkan diri dalam sebuah contest yang dianjurkan oleh shakkido.com iaitu Contest Teka Angka by Shakkido.com. Seperti biasa, setiap contest/giveaway yang aku masuk semestinya menawarkan hadiah yang amat menarik dan berkualiti. Aku ni memang memilih. Tak kisah lah orang nak cakap apa, tapi kalau hadiah tak menarik, memang aku takkan masuk.
Tempat Pertama :
RM50 + Voucher JUSCO AEON + eBook SEO Ariff Shah + JERSI PANTHERA TEAM MALAYSIA
Tempat kedua : RM30 + Voucher JUSCO AEON + eBook SEO Ariff Shah
Tempat ketiga : RM20 + Voucher JUSCO AEON
Hadiah misteri : Barangan saguhati dari IKEA
Sebenarnya target hadiah aku dalam contest ini ialah eBook SEO Ariff Shah. Jadi, kalau tak dapat tempat pertama, tempat kedua pun jadi lah. Sebab apa aku menginginkan sangat eBook SEO yang dihasilkan oleh Ariff Shah ini?

Sebab tak lama lagi aku bakal melancarkan blog baru yang bertemakan isu semasa dan cerita menarik dengan menggunakan domain www.1malaysianews.net. Dengan itu, aku ingin belajar mengenai ilmu SEO untuk score di SERP Google. Korang semua doakan lah aku agar berjaya dengan blog 1malaysianews ini :)

Untuk melayakkan aku memenangi hadiah dalam contest ini, ada 4 tugasan yang perlu aku laksanakan seperti yang diarahkan oleh penganjur.

Tugasan pertama: Like gambar ini [done] 
Tugasan kedua: Share, Like, Retweet dan G+ entri Hebat Sungguh UNIFI..!!! by shakkido.com [G+ tak dapat sebab aku bawah umur, tak boleh guna Google Plus. Sorry Kid, harap tak batalkan pulak penyertaan zakwan ni] 
Tugasan ketiga: Teka angka bagi unPaid earning. Inilah tekaan aku, harap-harap mengena ---> RM270.90 
Tugasan keempat: Kena letak ayat di bawah ini...
Contest ini dianjurkan oleh shakiddo.com bersama sponsor hazmanfadzil.com dan sharidawati.blogspot.com

DONE! Jom lah sertai contest ni. Tak susah pun nak join. Hadiah lumayan pulak tu. Peace (Y)
p/s: tarikh tutup penyertaan pada 30 Mac 2012. Cepat-cepat lah join ye :)

Keliru Dalam Pemilihan Web Hosting

Assalamualaikum...

Rasa keliru nak beli hosting mana. SERVERFREAK? DATAKL? ? 
Harap-harap tak tersilap langkah. Korang ada pengalaman dengan syarikat hosting? Cuba bagitahu aku kat ruangan komen. Mana tahu boleh dijadikan panduan :)

Belajar? Arghh, Ketepikan Lah Dulu

Assalamualaikum semua :)


Cuti tahun baru Cina tinggal sehari je lagi untuk aku enjoy puas-puas ~ Meanwhile, ada juga sekolah yang tak cuti seminggu disebabkan mungkin hanya sedikit sahaja bilangan pelajar cinanya ataupun mungkin tiada langsung. So, aku dikira beruntung bersekolah di SMKKGV sebab bilangan murid mengikut kaum boleh dikatakan sama rata. Ehh yeke? Apa-apa je lah.

Bila ditanya tentang kerja sekolah pada saat-saat akhir cuti, sudah semestinya menyusutkan fikiran aku yang sudah tersedia kusut sepanjang masa ni. Homework Belum Siap? Homework Baru Nak Buat Di Saat Akhir Cuti? Itu memang terkandung dalam kamus hidup aku.


Belum tiba masa lagi kamus hidup aku di-update ke latest version. Tak tahu lah bila masanya kamus tersebut akan di-update oleh kotak fikiran aku yang kusut ni. Mungkin esok, mungkin lusa, atau mungkin tidak buat selama-lamanya? "Mungkin tidak buat selama-lamanya" <---- INI TIDAK BETUL kerana aku pasti akan mengubahnya dalam tahun ini.

Kenapa aku yakin sangat yang aku akan berubah dari "buat kerja last minute" kepada "buat kerja awal cuti"? Kalau bukan kerana Sijil Pelajaran Malaysia atau dalam bahasa singkatan yang lebih dikenali ramai, SPM, sudah tentu aku akan berada di takuk lama.

Memang banyak benda yang aku nak ubah tahun ni. First dah bagitahu tadi (last minute Homework). Second, waktu cuti bukan waktu bersuka ria. Third, nak gemukkan badan sikit. Forth, Fifth dan seterusnya, biar aku sahaja lah yang tahu.

Apa yang aku harapkan dari korang semua (korang yang tengah baca ni), DOAKAN aku berubah.

Peace (Y)
p/s: Kering Idea *.*

Missian For Today: Ponteng Sekolah-Completed!

Assalamualaikum semua :)

Hari ni hari apa ye? Ahad ke Isnin? Aku rasakan macam hari Ahad pulak sedangkan pada hakikatnya hari ini hari Isnin. Alamak, tak pergi sekolah harini! Bukan rezeki kau untuk bersekolah harini zakwan..hehe

Kenapa aku ponteng sekolah harini? Ya Allah, dah lah tahun ni ambil SPM! Zakwan, kau memang tak sedar2 lagi ke tahun ni kau akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia?! Tak fikir masa depan?

Uih, tak rileks ni..chill chill

Aku sekarang berada di Kota Tinggi Johor. Ikut family hantar kakak aku yang bakal bergelar seorang guru! Kakak aku dapat posting ke Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil, johor. Jadi orang johor lah dia lepas ni, hehe

Alhamdulillah, kakak aku dapat posting awal. So, takda lah dia duduk menganggur kat rumah. Bukan aku tak suka dia duduk rumah, cuma sampai bila dia nak duk rumah tanam anggur je kan?
*makna 'posting' berdasarkan entri ini, ialah tempat mengajar.
*tanam anggur=menganggur=tidak bekerja

Jom sama2 doakan agar kakak aku menjadi seorang guru yang berjaya menghasilkan anak murid yang cemerlang! Chaiyok~~

Peace (Y)
P/s- Sekolah yang kakak aku dapat tu, bilangan murid 100 lebih je. Sikit giler ~.~

Jangan Jadi Blogger Macam Ni

Assalamualaikum kepada muslim dan HAI kepada non-muslim :)

Adakah gelaran blogger hanya sesuai digunakan untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan blogger.com sahaja? Sudah semestinya tidak. Gelaran blogger sesuai untuk semua manusia yang mempunyai blog/website tidak kiralah di platform mana pun mereka berpijak. Baik Wordpress, mahupun Joomla, anda masih digelar seorang BLOGGER.


Tak suka digelar Blogger? Jangan pening-pening, rileks sudah. Gelar lah diri anda dengan apa sahaja nama yang anda suka macam Teletubies ke Phony ke Ton-ton ke <--- Apa kena mengena -,-

Well, ini blog personal, jadi apa-apa sahaja yang aku rasa nak share dengan pembaca, aku akan tulis di blog ini.

Ada sesetengah blogger yang memang buat aku tak senang duduk. 3 Jenis Blogger Gila inilah yang membuatkan aku tak senang duduk. Berdiri pun tak senang jugak. hehe

1. Blogger Gila Perasan
Siapa blogger yang gila perasan ni? Perasan dia hensem ke? Perasan dia cantik ke? Ohh bukan paras rupa yang aku maksudkan. Tetapi mengenai ENTRI/Kandungan blog tersebut. Aku memang benci blogger yang buat entri orang lain macam harta dia sendiri. BACKLINK MANA? Dah la copy paste, tak reti-reti nak hyperlink ke sumber asal.


Susah sangat ke nak bagitahu terus-terang yang korang copy paste sesuatu entri tu? Ke korang malu nak bagitahu pembaca yang korang copy paste je dari blog orang lain? Kalau malu, tak payah copy paste la weyh! Copy paste secara berhemah, jangan lupa beri kredit kepada sumber asal!

2. Blogger Gila Duit
Nak cakap aku blogging bukan kerana duit, 100% fakta tersebut memang tak betul.
Selain dari minat, duit juga mendorong aku untuk terus berblogging. Pepatah sering mengatakan sambil menyelam, minum air. Jadi mari kita ubah sedikit pepatah tersebut kepada, sambil berblogging, mari kita cari duit. Haa baru sedap didengar


Jadi, siapa yang aku maksudkan blogger gila duit ni? Iklan penuh di kiri dan kanan blog, kau nak orang tengok iklan ke atau baca entri? Kalau nak tengok iklan je, baik tak payah.

Nak memaksimakan pendapatan melalui blog pun, susun atur lah kedudukan iklan di blog biar tampak kemas dan tidak sakit hati dan mata memandang. Sebagai contoh boleh lihat blog aku ni, alhamdulillah setakat ini tiada lagi iklan terapung sana sini. Iklan cuma ada di atas, sidebar dan di bawah post sahaja. Itupun nampak tidak serabut, kemas je aku susun <--- terlebih puji sudah -.-

Nasihat aku, tolong jangan letak iklan bersepah-sepah di blog okay? Nanti akan membuat pembaca feed up je. PLEASE TAKE NOTE.
#ehh, feed up ke fed up? Terlupa sudah.

3. Blogger Gila Trafik
Cara Rahsia Bagi Mengaktifkan Chakra di Badan Anda.
^
|
|
|
Tajuk memang amat menarik dan pastinya akan membuat peminat-peminat anime Naruto klik serta-merta.

Sesudah klik, kena troll sudah! Isi entri bukannya seperti yang diharapkan. Rasa tertipu bukan? Jangan buat tajuk-tajuk hot semata-mata nak buat orang tertarik untuk membaca entri kita.
Tipu dosa mati seksa (ayat selalu guna waktu sekolah rendah).
My request, tolong lah jangan jadi Jenis Blogger Gila seperti yang aku nyatakan di atas. Serius, ianya akan membawa anda ke kancah kegelapan (ceh apa aku mengarut ni). I mean, anda akan menjadi blogger yang tidak telus. STOP THE WRONG THINGS YOU DOING BEFORE IT TOO LATE. 
Peace (Y)

Alamak, Cuti Sudah Habis!

Assalamualaikum kepada mereka yang beragama Islam dan HAI kepada yang lain :)

Pejam celik pejam celik sudah 1 bulan lebih budak-budak sekolah bercuti! Pergh, rasa macam baru 2 minggu je bercuti. Tak puas, nak lagi. 

jangan padam holidays tu !!


90% masa cuti kali ini aku luangkan dengan menghadap laptop Acer kesayanganku. SAYANG la sangat, 1GB Ram membuatkan aku rasa nak hentak laptop ni banyak kali. Selalu sangat lag -,-

Haa? Apa itu lag? Kalau mereka yang selalu main game, kemungkinan besar korang tahu apa maksud istilah lag. 
Lag tu sinonim dengan TERSEKAT, HANGING, LEMBAB BODOH

Hampir 1/3 hari aku luangkan masa di depan laptop, benda lain-lain banyak terabai macam tugas aku kat rumah iaitu lipat kain sering tertangguh. Tangguh-tangguh tapi BUAT JUGAK. Jangan risau ye mak :D

Apa aku buat sewaktu menggunakan laptop? Of course online. Facebook, Blogger, Youtube, Main game online...itu sudah menjadi rutinku walaupun kadang kala membosankan tetapi aku teruskan juga sebab benda apa lagi yang lebih menghiburkan selain daripada online? TV? Astro asyik ulang benda yang sama je. zzz

Tapi, cuti kali ini lebih istimewa berbanding tahun-tahun sesudah. Kenapa aku berkata demikian?
Me and my sister, dengan saudara belah mak (bukan semua, hanya keluarga induk dan mak tih) pergi bercuti ke Perak dan Cameron Highland!

Tujuan sebenar ke Perak adalah untuk bermandi-manda di Lost World, Tambun. Kat Lost World tu, macam-macam benda aku main. Gelongsor, pirate, swing, gelongsor, adakah aku tersebut gelongsor dua kali?  
Memang aku sebut gelongsor dua kali kan? Sebab ada dua jenis gelongsor kat sana X)


first time mendulang bijih timah. ~di Lost World 
#aku si baju merah :D


Kat Lost World juga ada mini zoo, mini funfair. Memang terbaik! 
Nanti aku akan buat post pasal apa yang terjadi di Lost World dan juga di Cameron Highland. Harap ada yang sudi membaca :)

Overall, cuti ni memang banyak buang masa (seperti cuti-cuti terdahulu) TETAPI disebabkan tahun ni ada pergi melancong ke luar negeri, so it something fun and special for me :)

Aku harap lepas SPM ada orang akan bawak aku pergi melancong ke tempat-tempat yang best di Malaysia. Kalau kat luar negara lagi bagus, hehe. 

watLEK watPEACE (Y)
p/s: sepantas kilat masa berlalu... 1 jam dirasakan 1 minit... 1 hari dirasakan 1 jam.. oh tidak

Blog Mohd Zakwan Sudah Dilupakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Sudah seminggu lebih aku tidak meng-update blog ini. Ada sesiapa rindu hasil penulisan aku tak? Aku tahu takde sapa berani kata rindu sebab aku bukannya retis pun. Sebenarnya, setiap hari aku update entri terbaru, tetapi bukan di zakwanzain.com, blog lain yang baru sahaja aku bina.

Blog baru yang aku bina itu bertemakan isu semasa, macam blog berita lah katakan. Alhamdulillah, blog yang aku baru bina seminggu itu sudah mencapai seribu lebih trafik setiap hari! Memang aku tak sangka blog tu boleh mencapai trafik ribuan sehari sedangkan blog zakwanzain.com ini 300 pun susah nak capai.

Walaupun aku ada blog baru untuk diuruskan, tetapi aku tidak akan abaikan blog zakwanzain.com ini. InsyaAllah, setiap minggu aku akan hasilkan 1-2 entri untuk tatapan pembaca semua. Harap pembaca blog ini tidak lari semenjak aku jarang update ni..

Lagi 15 hari je tahun baru hendak menjelma. Untuk pengetahuan semua, tahun depan aku akan menduduki SPM! Terpaksa lah aku mengurangkan aktiviti berblogging untuk kebaikan diri sendiri juga. Ramai orang (kebanyakannya blogger) menasihatkan aku utamakan apa yang penting dulu. Yes, i will take that advice dan akan mengutamakan pelajaran dulu. SPM memang penting untuk menjamin masa depan !

my target for SPM. wish me luck :)
Peace (Y)

Jam Tangan Yang Boleh Melayari Internet Dan Menghantar SMS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)


Kita sering kali melihat perisik seperti ejen 007, James Bond mengenakan jam tangan serba guna semasa menjalankan tugas rahsia di dalam siri filem terkenal itu.

Tetapi kini, ciptaan jam tangan dengan skrin sesentuh, i’mWatch yang turut berfungsi seperti telefon pintar mungkin akan menjadikan anda bergaya seperti seorang perisik di dunia realiti.

Reka bentuk jam tangan i'm Watch

Pengarah syarikat i’mWatch, Manuel Zanella dan Massimiliano Bertolini, 31, telah mencetuskan idea lebih segar dan sesuai dengan gaya remaja untuk mencipta jam telefon pintar tersebut dijual pada harga 234 pound (RM1,141) serta turut dilengkapi cip memori empat gigabait (4 GB).

Pengguna masih boleh mengirim emel, sistem pesanan ringkas (SMS) dan melayari laman sosial Facebook serta blog mikro, Twitter melalui skrin paparan LCD sebesar 1.5 inci itu.

Bertolini berkata, beliau berhasrat mempertingkatkan lagi fungsi i’mWatch untuk menjadi seperti alat kawalan jauh serba guna pelbagai peralatan elektronik di rumah pada masa hadapan.

“Setakat ini, kami sudah menerima 5,000 tempahan awal dan i’mWatch dijangka mula berada di pasaran menjelang tahun depan” menurutnya lagi.

Sumber: Sinar Harian
Ulasan: Dunia sekarang memang serba canggih bukan? Kini, jam tangan pun boleh dijadikan tempat untuk melayari internet dan menghantar pesanan ringkas. Aku harap impian Bertolini iaitu meningkatkan fungsi jam tangan supaya dapat menjadi alat kawalan alatan elektronik dapat dicapai. Senang sikit nak on off tv, aircond dan lain-lain :D
Peace (Y) 

Kutipan Terkini Filem Ombak Rindu RM5.2 Juta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)


Filem Ombak Rindu sekarang ini boleh dikatakan sebagai ombak baru yang hadir di dalam rakyat Malaysia. Jika dahulunya Malaysia lebih sukakan filem berbentuk aksi dan seram seperti KL Gangster dan beberapa filem seram yang lain seperti Hantu Bonceng, namun kehadiran filem cinta seperti Ombak rindu ini telah berjaya mencipta ombak baru dalam industri perfileman di Malaysia.

Majoriti penonton yang menonton filem Ombak Rindu memberikan komen positif untuk filem ini. Filem ini telah berjaya menyentuh hati penonton dan berbeza dengan filem-filem yang dihasilkan sebelum ini di Malaysia. Ramai penonton yang menonton filem ini berkata ini adalah sebuah filem yang berjaya membuat orang menangis. Tidak hairanlah jika lelaki turut menangis apabila menonton filem ini.

Kutipan untuk hari pertama tayangan filem Ombak Rindu adalah RM750, 000 dan ianya berjaya mengutip RM4 juta dalam tempoh 4 hari tayangan. Terbaru, aku mendapat info dari tweet hero filem ini iaitu Aaron Aziz yang mengeluarkan info bahawa kutipan filem Ombak Rindu sejak ditayangkan pada 1 November 2011 sehingga kini adalah RM5.2 juta.


Tahniah kepada semua yang bekerjasama dalam menghasilkan filem Ombak Rindu.
Peace (Y)

Sumber: Blog Ammar

Alex Tracks Memperoleh 150 Dolar Sehari Dengan Jual Gula-Gula

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Pernah tak anda terfikir anda mampu menghasilkan jumlah wang yang banyak dengan hanya menjadi seorang penjual gula-gula? Seorang lelaki yang berasal dari New York telah membuktikannya! Alex hanya berjalan-jalan di sekitar kereta api bawah tanah sambil menjual gula-gula dan memperoleh ratusan dolar sehari.


sumber gambar: borakkosong.com

Alex atau nama penuhnya Alex ‘Tracks’ McFarland dapat menghasilkan wang tunai sebanyak 55,000 dolar setahun dengan hanya menjual gula-gula dan biasanya, dia mampu membawa pulang sekitar 150 dolar sehari. Menurut Alex, dia mula melakukan pekerjaan ini sejak berusia 11 tahun. Dia melakukan pekerjaan ini kerana hendak mendapatkan wang sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.



Menurut Mail Online, Alex kini telah menjadi salah satu raja gula-gula pada sistem transport publik di New York dengan 13 tahun pengalaman dalam menjual gula-gula. Ini dibuktikan dengan berbagai jenis gula-gula yang dijualnya.
Dengan menjual gula-gula, aku dapat mengurus keluarga” katanya sambil tersenyum.
Memang aku tabik dengan kegigihan Alex Tracks ini. 13 tahun menjual gula-gula, akhirnya ia membuahkan hasil apabila memperoleh pendapatan yang lumayan setiap hari. Usaha tangga kejayaan :)
Peace (Y)

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Sudah lama rasanya aku tidak menyertai Giveaway anjuran blogger-blogger. Last giveaway yang aku sertai ialah Giveaway Pertama UmarFaruq.com yang diadakan pada bulan 10 yang lepas. Alhamdulillah, aku telah menjadi pemenang utama dalam giveaway tersebut dan mendapat hadiah yang tengah aku pakai sekarang iaitu domain zakwanzain.com :D

Pada bulan 9, aku juga ada menyertai Amadkhir's First Giveaway dan alhamdulillah, sekali lagi aku telah terpilih sebagai pemenang utama. Nak tahu hadiahnya apa? Boleh lihat di entri ini --> Hadiah Giveaway Sudah Sampai! Inilah namanya rezeki berblogging :)


Opssss, berbalik kepada tujuan asal aku menulis entri ini. Yeah, Nisa Kay si blogger famous (dan juga cantik,hehe) mengadakan The Ultimate Year End Giveaway ! Walaupun kebanyakan hadiah sesuai untuk perempuan, tetapi ada juga hadiah yang sesuai untuk lelaki iaitu:
- Topup RM80, RM50, RM30 dan RM10
- T-shirt lelaki
- Jaket coklat dan blazer hitam
- Wang tunai RM50
- Header + Footer + Watermark
- Handmade keychain
Hadiah yang lain khas untuk perempuan sahaja. Di sini aku akan senaraikan semua sponsors dalam giveaway ini:
Serius, banyak gila hadiah ataupun lagi tepat, 88 hadiah untuk dimenangi! Sebab itulah aku berminat nak join giveaway ini. Sesiapa sahaja boleh jadi pemenang sebab pemenang ditentukan secara rawak (random).
Kalau nak join giveaway ini, beberapa syarat perlu dipatuhi:
1. Buat entri bertajuk The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay [done]
2. Letak banner giveaway. [done]
3. Letak link sponsors. [done]
4. Wajib letak semua sponsors dalam bloglist anda. [done]
5. Tekan butang Like dan Tweet di entri INI. [done]
6. Like fanpage Saya Suka Menaip di Facebook. [done]
Lepas dah buat entri, jangan lupa komen serta tinggalkan link entri anda di sini.
Cepat-cepatlah sertai kerana giveaway ini akan tamat pada 31 Disember 2011. Wish me luck :)
Peace (Y)

p/s: blogger yang tak join tu, memang RUGI :O

Jom Uji Samada Antivirus Anda Berfungsi Atau Tidak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)


Banyak perisian (software) antivirus yang telah dibangunkan sehingga hari ini. Antara antivirus yang telah wujud ialah Cloud, McAfee, Bitdefender dan bermacam-macam lagi! Antara antivirus yang paling mendapat sambutan ramai kerana keberkesannya dalam menangkis virus ialah Avira dan juga Kaspersky!

Kebanyakan pengguna komputer pada hari ini menggunakan perisian Antivirus percuma yang boleh didapati daripada laman web seperti filehippo.com. Tetapi, bagaimanakah anda hendak mengetahui adakah benar Antivirus anda berfungsi dengan sebetulnya?


Entri kali ini akan mengajar anda cara untuk menguji samada Antivirus anda berfungsi atau tidak. Caranya ialah dengan mencipta Virus menggunakan Notepad. Jangan risau, ianya adalah Fake Virus (virus tipu-tipu) sahaja dan tidak langsung mengancam komputer anda!

1. Buka aplikasi Notepad.

2. Copy kod di bawah ini dan paste ke Notepad.
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*
3. Sekarang, save fail tersebut di desktop dengan nama fakevirus.exe 

Jika antivirus anda berfungsi, akan keluar pop out yang virus telah dikesan di komputer anda. Jika tidak, ianya membuktikan antivirus anda tidak berfungsi lagi! Cepat-cepatlah beralih ke perisian Antivirus yang lain jika fake virus tadi tidak dapat dikesan. Jangan menyesal di kemudian hari!

Peace (Y)

Berita Baik Buat Pengguna Kereta Keluaran Perodua

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Tahukah anda motto atau slogan Perodua? Buat anda yang tak tahu, mottonya tak lain tak bukan ialah “Anda Keutamaan Kami”. Siapakah anda itu? Anda itu ialah pemilik-pemilik kereta keluaran Perodua. Tak kiralah anda drive Myvi ke, Viva ke, Alza ke, asalkan kereta anda keluaran Perodua, anda ialah keutamaan bagi Perodua.

Ini ada berita baik khas buat pengguna kereta Perodua, Perodua Tweckbot kini kembali!


Pasti ramai yang teruja untuk pulang ke kampung halaman sebab tahun baru kian mendekati. Sempena sambutan tahun baru ini, Perodua Tweckbot akan singgah negeri-negeri di Malaysia untuk memeriksa kereta-kereta Perodua sebelum anda pulang ke kampung halaman anda.

Mahu kereta Perodua anda diperiksa oleh Perodua Tweckbot? Klik sini untuk ketahui cara memperoleh 20 point check percuma daripada Perodua Tweckbot. Kepada pengguna kereta Perodua, jangan lepaskan peluang seperti ini kerana ianya adalah percuma!

Selain itu, jom menangi tiket percuma untuk menonton Mission Impossible 4 di TGV Sunway Piramid di SINI ! Bagi yang hendak memenangi percutian untuk menonton perlawanan UEFA EURO 2012, boleh klik SINI.
Peace (Y)

Pepsi Vs Coca-Cola



PUSINGAN PERTAMA




PUSINGAN KEDUA



KEPUTUSAN: SERI

Botol Coke Dilelong RM750,720

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

BEVERLY HILLS, Amerika Syarikat (AS) - Satu botol prototaip minuman Coke dilelong pada harga AS$240,000 (RM750,720) kelmarin di sini. Brad Dean yang merupakan cucu pereka botol itu, Earl R. Dean menyatakan, ia merupakan salah satu daripada dua botol yang masih wujud. Satu botol lagi dimiliki oleh syarikat Coca-Cola Corporation yang berpusat di Atlanta. -Kosmo

Botol prototaip Coke yang dilelong di Beverly Hills kelmarin


Ulasan: Aku merancang nak beli satu botol dan simpan sampai tua. Dah tua kang, aku nak bagi botol tu kepada cucu aku dan suruh dia jual dengan harga yang mahal. Okay tak? hehe :D
Peace (Y)

Tips Blogwalking Yang Berkesan Bahagian 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

2 hari yang lepas, aku ada berkongsi tips blogwalking yang berkesan bahagian 1. Sudah baca ke belum? Sudah pratikkan ke belum? Kalau sudah, adakah pengunjung blog anda semakin meningkat hari demi hari? Kalau tidak, there must be something wrong somewhere, hehe. Jadi, mari kita teruskan dengan tips blogwalking yang kedua iaitu:
2. Tinggalkan jejak di shoutmix/chatbox

Yang ini memang ramai blogger telah pratikkan, tetapi tahukah anda cara meninggalkan jejak di shoutmix/chatbox yang berkesan supaya ramai orang yang berminat untuk ke blog anda?

(i) Perkara asas sewaktu mengisi ruangan URL di shoutmix ataupun chatbox, jangan lupa letak http:// di awal URL. Contoh:
http://zakwanzain.com
Jika anda tertinggal http://,  nama anda tidak akan dapat diklik oleh orang lain.

(ii) Sebut nama pemilik blog terbabit sewaktu meninggalkan jejak di shoutmix/chatbox. Ini akan membuatkan pemilik blog berasa istimewa kerana ada orang yang mengenalinya.

(iii) Buat ayat yang menarik dan kreatif sewaktu menulis pesanan di shoutmix/chatbox. Jika ayat yang anda tulis adalah lain daripada yang lain, sudah semestinya orang akan tertarik untuk ke blog anda. Setuju atau tidak? Kalau tak setuju, tak nak lah kawan >.<


(iv) Jangan menipu sewaktu menulis pesanan di shoutmix/chatbox. Contoh situasi, anda meninggalkan pesanan di shoutmix menyatakan ''u follow blog i, i follow blog u balik". Selepas mereka follow blog anda, anda pula tidak menunaikan janji. Nak di-cop sebagai blogger penipu ke? Silap hari, blogger yang tak puas hati tu buat entri khas mengenai anda a.k.a si blogger penipu. Mahu perkara ini berlaku terhadap anda?


Contoh situasi yang kedua, anda meninggalkan pesanan "klik nama saya untuk lihat fakta menarik mengenai youtube". Sewaktu orang lain klik pada nama anda, iklan Churpchurp pulak yang keluar. Perghhh, free-free dapat duit haram! Makan-minum lah kau dengan duit haram tu! >.<


(v) Nyatakan pendapat anda mengenai design blog terbabit. Blogger memang suka orang lain memberi pendapat terhadap blog miliknya. Berikankan lah pendapat anda samada pujian atau penambahbaikan yang perlu dibuat di blog terbabit. Pendapat biarlah jujur dan ikhlas dari hati yang suci ye, hoho ^.^

Panjang lebar aku menghuraikan tips blogwalking yang kedua ini iaitu meninggalkan jejak di shoutmix/chatbox. Apa yang aku harap ialah semoga korang mengamalkan tips ini dan berjaya memperoleh trafik/pengunjung yang lebih ramai dari sebelumnya.
Peace (Y)