Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Tips Blogwalking Yang Berkesan Bahagian 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

2 hari yang lepas, aku ada berkongsi tips blogwalking yang berkesan bahagian 1. Sudah baca ke belum? Sudah pratikkan ke belum? Kalau sudah, adakah pengunjung blog anda semakin meningkat hari demi hari? Kalau tidak, there must be something wrong somewhere, hehe. Jadi, mari kita teruskan dengan tips blogwalking yang kedua iaitu:
2. Tinggalkan jejak di shoutmix/chatbox

Yang ini memang ramai blogger telah pratikkan, tetapi tahukah anda cara meninggalkan jejak di shoutmix/chatbox yang berkesan supaya ramai orang yang berminat untuk ke blog anda?

(i) Perkara asas sewaktu mengisi ruangan URL di shoutmix ataupun chatbox, jangan lupa letak http:// di awal URL. Contoh:
http://zakwanzain.com
Jika anda tertinggal http://,  nama anda tidak akan dapat diklik oleh orang lain.

(ii) Sebut nama pemilik blog terbabit sewaktu meninggalkan jejak di shoutmix/chatbox. Ini akan membuatkan pemilik blog berasa istimewa kerana ada orang yang mengenalinya.

(iii) Buat ayat yang menarik dan kreatif sewaktu menulis pesanan di shoutmix/chatbox. Jika ayat yang anda tulis adalah lain daripada yang lain, sudah semestinya orang akan tertarik untuk ke blog anda. Setuju atau tidak? Kalau tak setuju, tak nak lah kawan >.<


(iv) Jangan menipu sewaktu menulis pesanan di shoutmix/chatbox. Contoh situasi, anda meninggalkan pesanan di shoutmix menyatakan ''u follow blog i, i follow blog u balik". Selepas mereka follow blog anda, anda pula tidak menunaikan janji. Nak di-cop sebagai blogger penipu ke? Silap hari, blogger yang tak puas hati tu buat entri khas mengenai anda a.k.a si blogger penipu. Mahu perkara ini berlaku terhadap anda?


Contoh situasi yang kedua, anda meninggalkan pesanan "klik nama saya untuk lihat fakta menarik mengenai youtube". Sewaktu orang lain klik pada nama anda, iklan Churpchurp pulak yang keluar. Perghhh, free-free dapat duit haram! Makan-minum lah kau dengan duit haram tu! >.<


(v) Nyatakan pendapat anda mengenai design blog terbabit. Blogger memang suka orang lain memberi pendapat terhadap blog miliknya. Berikankan lah pendapat anda samada pujian atau penambahbaikan yang perlu dibuat di blog terbabit. Pendapat biarlah jujur dan ikhlas dari hati yang suci ye, hoho ^.^

Panjang lebar aku menghuraikan tips blogwalking yang kedua ini iaitu meninggalkan jejak di shoutmix/chatbox. Apa yang aku harap ialah semoga korang mengamalkan tips ini dan berjaya memperoleh trafik/pengunjung yang lebih ramai dari sebelumnya.
Peace (Y)

Tips Blogwalking Yang Berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Semenjak aku melanggan P1 Wimax, aku agak rajin untuk blogwalking dan meninggalkan jejak di blog rakan-rakan blogger yang lain. Alhamdulillah, P1 Wimax memang tidak mengecewakan aku sama sekali baik dari segi kelajuan internet mahupun layanan khidmat pelanggan. Apa-apa sahaja masalah yang berlaku, terus aku meninggalkan pesanan di P1 Cares dan beberapa minit kemudian, staff P1 akan membalas pesanan tersebut. Staff P1 memang patut mendapat pujian!

Ehem-ehem, cukup sudah mengenai P1 Wimax. Di entri kali ini, aku akan memberikan TIPS BLOGWALKING YANG BERKESAN khas buat para blogger di luar sana. Istilah blogwalking memang tidak asing lagi buat para blogger. Blogwalking memang terbukti dapat memberi trafik atau pengunjung yang banyak ke blog kita. Tetapi, untuk mencapai trafik yang tinggi melalui blogwalking, ada beberapa tips yang anda perlu amalkan.

1. Komen di entri serta tinggalkan link blog anda
Tinggalkan komen anda mengenai entri yang ditulis oleh blogger terbabit. Harus diingat, komen selepas anda membaca keseluruhan entri. Jangan jadi blogger yang tidak jujur iaitu hanya membaca tajuk dan terus memberikan ulasan. Cuba kita fikir, apakah perasaan kita jika sudah penat lelah menulis entri, orang komen benda yang tak berkaitan langsung dengan entri yang kita tulis! Sudah semestinya kita akan berasa sedih dan bengang bukan?

Selepas anda memberikan ulasan, jangan lupakan untuk sertakan link blog anda sekali. Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana hendak meninggalkan link biru di ruangan komen, caranya mudah sahaja. Guna kod di bawah ini dan ubahsuai sedikit mengikut keperluan.
<a href="http://URLblogANDA"><b>AYATanda</b></a>
Jika anda ternampak sesuatu seperti ini:


Sila hormati apa yang disampaikan oleh penulis blog. Jika mereka kata jangan tinggalkan spam link, maka JANGAN berbuat demikian. Jika anda tidak menghormati blogger lain, maka mereka juga tidak akan menghormati anda. Ingat ye!

Inilah antara tips blogwalking yang berkesan dan selalu sahaja aku pratikkan. 90% dijamin blog anda akan disinggah balik oleh tuan empunya blog. Cuba jangan tak cuba ~~
Tips-tips yang lain akan aku kongsi di entri yang akan datang.
Peace (Y)

Tips Untuk Meningkatkan Trafik Blog Secara OFFLINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Semenjak aku melanggan P1 Wimax ni, alhamdulillah memang berbaloi dan tidak sia-sia ayah aku mengeluarkan modal. Tetapi aku baru 2 hari aku menggunakan P1 Wimax, tunggu seminggu/sebulan/setahun nanti aku akan menulis pengalaman aku bersama P1 Wimax.


Kelajuan internet P1 memang tidak dapat dinafikan jadi, mood nak update blog pun sentiasa ada. Kali ini aku akan menghuraikan beberapa cara bagi menaikkan trafik ataupun pengunjung website/blog anda sewaktu tidak berada di talian internet (OFFLINE). Jangan ingat hanya secara online sahaja trafik atau pengunjung blog boleh diperoleh.

1. Tempah baju, rantai kunci, kalender, etc yang mengandungi domain(alamat) blog anda


Keluarkan sejumlah duit untuk menempah baju, rantai kunci, kalender, stiker pelekat dan lain-lain yang mengandungi domain blog anda. Untuk promosi yang lebih hebat, buat rantai kunci banyak-banyak dan edarkan kepada kawan-kawan anda. Dengan ini, blog anda akan tersebar dengan lebih meluas.

2. Cakap mulut

Contoh situasi...

Nabilah: weyh Zakwan, kau selalu online kat rumah kan?

Aku: aah, nak mintak tolong ape?

Nabilah: kau selalu tengok tengok movie online yang terbaru kat mana?

Aku: kat blog aku ada tulis laman web nak tengok movie terbaru, siap boleh download sekali! meh sini aku tulis laman web blog aku, balik rumah kang kau tengok la ye

Kan dah dapat promosi blog tu :)

3. Tulis domain blog anda di buku-buku kepunyaan sendiri

Selepas membeli buku baru, apa kata anda tulis domain blog anda di muka hadapan buku tersebut? Sekiranya ada  rakan-rakan yang ingin meminjam buku anda, dia pasti akan terlihat dan tertarik untuk melayari blog anda :D

4. Letak domain blog sebagai wallpaper di komputer

Buat satu gambar yang tertulis domain blog anda dan set-kan sebagai muka depan(wallpaper) komputer. Nak lagi senang, tak payah buat gambar. Ambil je header blog anda dan set-kan sebagai wallpaper.

Teknik kotor untuk promosi blog . keh3
Aku tulis url blog aku di setiap buku teks pinjaman supaya generasi hadapan yang memperoleh buku teks aku akan melihatnya. Teknik kotor kan? Jangan buat macam ni ye kawan-kawan !

Demikianlah 4 tips yang boleh anda praktikkan ke arah meningkatkan trafik blog secara offline. Keempat-empat tips tersebut memang berkesan untuk mempromosikan blog dalam jangka masa panjang. Cubalah dan lihat hasilnya :)
Peace (Y)

p/s: Pendapat anda amat dialu-alu kan :)

Lindungi Akaun Gmail Anda Dari Hacker[Pengguna Blogspot Wajib Baca]

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Setiap hari ada je pengguna blogspot yang menghadapi masalah akaun blogger mereka tidak dapat diakses. Ini kerana akaun gmail mereka di hack oleh oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab atas dasar dengki dan iri hati. Ada juga kes si hacker sekadar suka-suka untuk menghack akaun blogger terbabit sebagai mangsa 'uji kaji'. Kira nak test power teknik hack yang baru mereka belajar.

Kita sebagai pengguna internet harus sedar akan bilangan hacker yang semakin hari semakin meningkat. Langkah keselamatan haruslah dilakukan supaya privasi kita di dunia internet ini dapat dilindungi daripada ancaman dan ugutan hacker.

Berita baik untuk pengguna gmail, kini anda boleh menambah extra perlindungan terhadap akaun gmail anda! Sekiranya hacker berjaya memperoleh kata kunci(password) anda sekalipun, mereka tidak dapat memecah masuk ke akaun gmail anda.

Cara untuk meningkatkan kawalan keselamatan akaun Gmail

1. Log masuk ke akaun Gmail anda.

2. Klik pada link ini --> https://www.google.com/accounts/SmsAuthConfig

3. Klik pada Start Setup.


4. Pilih verification method yang anda mahukan. Jika anda memilih Text Message(SMS) or Voice Call, anda akan menerima verification code di telefon bimbit anda samada melalui panggilan telefon ataupun SMS.

5. Masukkan maklumat sebenar mengenai Negara(country) dan Nombor Telefon(mobile number) anda.

6. Sila pilih samada SMS atau Voice Call mengikut kemahuan anda (aku prefer SMS, senang sikit).


7. Selepas mengisi nombor telefon anda dalam kotak yang disediakan, klik pada Send Code.

8. Pihak google akan menghantar verification code kepada telefon bimbit anda. Masukkan kod tersebut ke dalam kotak yang disediakan dan klik pada Verify.


9. Klik pada Next.

Bagaimana jika anda kehilangan telefon bimbit anda? Penyelesaiannya adalah dengan menyimpan backup code ke dalam komputer anda.
1. Klik pada Next.

2. Anda akan lihat 10 backup verification code. Pilih samada Print Codes(untuk print) ataupun Save to text file(untuk disimpan di dalam komputer anda). Simpan kod tersebut di tempat yang selamat ataupun anda boleh simpan di dalam invisible folder di komputer anda melalui tutorial ini. Jangan hilangkan backup codes tersebut kerana ianya amat penting di saat kecemasan.

3. Tik pada kotak dan klik Next.


4. Sekarang, sila isikan nombor telefon alternatif (letak la nombor telefon ayah ke mak ke) dan klik pada Next.

5. Sekali lagi, klik pada Next dan klik --> Turn on 2-step verification.


6. Klik OK.


Selesai! Mulai sekarang, setiap kali anda hendak log masuk ke akaun gmail anda, google akan meminta verification code yang akan dihantar kepada telefon bimbit anda. Kini, akaun gmail anda menjadi lebih selamat daripada ancaman hacker.

Ada apa-apa persoalan, boleh ajukan di ruangan komen :)
Peace (Y)

-Kredit kepada PCTIPSTRICKS untuk gambar-

50 Set Ikon Laman Sosial Yang Kreatif Khas Untuk Blogger[Part 1]

Assalamualaikum, salam sejahtera semua ^^

Para blogger selalunya menginginkan ikon laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google Plus dan sebagainya untuk diletakkan di blog mereka. Jika anda tengah mencari ikon-ikon laman sosial yang menarik dan kreatif, anda berada di tempat yang betul! Di entri ini, aku akan menyenaraikan lebih 50 SET IKON LAMAN SOSIAL! Pilihlah yang mana berkenan dan sila klik pada gambar atau tajuk untuk download set ikon laman sosial tersebut.


Social Post Stamps
Social Bookmarking Icons
Page Peel – A Free Social Media Iconset
Social Bookmarking Icons
Social Media Icons
Social Bookmarking Icons
Set of Social Icons no.2
Social Bookmarking Icons
Location: Free Social Media Icon Set
Social Bookmarking Icons
Bevel Lite
Social Bookmarking Icons
3D Social Media Icon Set #1
Social Bookmarking Icons
3D Social Media Icon Set #2
Social Bookmarking Icons
Bevel Dark Social Icons
Social Bookmarking Icons
CS Social Icons
Social Bookmarking Icons
16 Social Media – Starry Site! Icons + PSD
Social Bookmarking Icons
Elegant Social Media Icons Version 2.0
Social Bookmarking Icons
Social Icons Pack +
Social Bookmarking Icons
Social Media Icons
Social Bookmarking Icons
Blue Chrome Rain Icons
Social Bookmarking Icons
Woodgrain: A Free Social Media Icon Set
Social Bookmarking Icons
Black Inlay on Steel Social Media Icons
Social Bookmarking Icons
Handycons 2
Social Bookmarking Icons
Heart v2
Social Bookmarking Icons
Drink Web 2.0
Social Bookmarking Icons
IconTexto Web 2.0 User
Social Bookmarking Icons
FreeHand ColorStroked Icon Pack
Social Bookmarking Icons
Social Media Icons
Social Bookmarking Icons
Wood Social Networking Icons
Social Bookmarking Icons
Social Media Stars Icon Set
Social Bookmarking Icons
Social 2 Duo
Social Bookmarking Icons
Hand Drawned
Social Bookmarking Icons
Zeusbox Studio » icon
Social Bookmarking Icons
Set of Social Icons no.4
Social Bookmarking Icons
Social Network Icon Pack
Social Bookmarking Icons
SocioLEGO
Social Bookmarking Icons
Simple and Smooth Complete Web Social Icons
Social Bookmarking Icons
65 Bookmarks And Social Icons
Social Bookmarking Icons
Social Icons -Knobs
Social Bookmarking Icons
Chrome
Social Bookmarking Icons
Web 2.0rigami
Social Bookmarking Icons
Social.me
Social Bookmarking Icons
Socialize Icon Set
Social Bookmarking Icons
Social Media Mini Iconpack
Social Bookmarking Icons
Nurture Social Icon Set
Social Bookmarking Icons
Heart: A Free Social Icon Set
Social Bookmarking Icons
Web 2 Icons
Social Bookmarking Icons
Free Vector Social Bookmark Icons
Social Bookmarking Icons
13 Free Social Bookmark Icons
Social Bookmarking Icons
WebDev Social Bookmark
Social Bookmarking Icons
Social Bookmark Iconset: Part II
Social Bookmarking Icons
Social Bookmark Icons
Social Bookmarking Icons
Social Web Buttons
Social Bookmarking Icons
Cheers Social Bookmark Icon Set
Social Bookmarking Icons
Function Free Icon Set
3Social Bookmarking Icons
Circle Social Bookmark Icons
Social Bookmarking Icons

Ada yang berkenan tak? Kalau tidak ada, jangan risau. Masih banyak lagi set ikon untuk laman sosial facebook, twitter dan lain-lain. Entri ini baru sahaja Part 1, masih ada lagi 1 Part yang aku akan terbitkan di masa hadapan. Selain itu, aku akan sertakan tutorial macam mana hendak pasang ikon laman sosial ini di blog anda! Sentiasalah peka dengan update-update terbaru di Blog Mohd Zakwan, hee :D
Peace (Y)
::sumber::