Start nye dari post ini, Zakwan akan sertakan Assalamualaikum dan Salam 1 dunia atas sebab-sebab tertentu .hehe (tu pun nak bagitahu ke -.-'')



Assalamualaikum
Kali ni zakwan nak ajar tutorial yang amat mudah , tapi sangat berguna buat para blogger. Walau pun kebanyakan blogger dah tahu , tapi apa salahnya kita kongsi bersama.
Tutorial yang aku akan ajar korang ialah berkenaan dengan letak link blog korang kat profile.
Yelah , macam korang dah follow blog seseorang , lepas tu mengharapkan diorang datang and follow balik blog korang. Tapi tak dapat jejak korang sebab link blog korang tak da kat profile, kan susah tu -.-‘’ (ini mengikut pengalaman sendiri,hehe)
Jadi aku akan ajar camana nak buatnya . Tengok gambar-gambar di bawah dan fahamikan lah . hehe XD
Sebelum tu , log in dulu blogger.com korang. Pastu tengok kat atas sekali tu , sebelah butang ‘dashboard’ kan ada ‘My Account’ <------- Ha , klik tu !
Sesudah tu scroll ke bawah sikit
dannnnnnnnnnnnnnn tengokkkkkkk gambarrrrrrrr sekarangggggggggggggg :D
Selain tu , ada cara lagi nak tinggalkan jejak blog korang kat chatbox/shoutmix/dan yang sewaktu dengannya. Mestilah lepas korang dah visit blog seseorang, teringin nak tinggalkan jejak supaya diorang pulak visit blog kita balik kan ? Lagi sekali, step nye mudah je. Masa korang letak link korang kat kotak ‘website’ tu kan, jangan lupa letak http://
Kalau tidak takkan ada pautan ke link korang, jadi jangan lupa letak http:// sebelum letak laman blogspot korang. Contohnya macam ni http://smileasuwant.blogspot.com
Baru orang boleh klik kat nama korang dan direct terus ke link blogspot . Mudah kan ?
Apa tunggu lagi , kepada yang belum berbuat demikian , try la . hehe
Thank you sebab sudi baca , sekian :)
Assalamualaikum
Kita sedia maklum tentang rancangan MAHARAJA LAWAK yang hangat diperkatan orang ramai. Mana tak hangatnya, peserta-peserta hebat dari Raja Lawak dulu datang kembali membuat persembahan lawak untuk menghiburkan penonton dengan tujuan nya yang utama iaitu menjadi MAHARAJA LAWAK dan juga memenangi hadiah utama nye.
Dalam Maharaja Lawak ni , yang aku sokong dan berharap diorang menang ialah JAMBU, JOZAN, dan juga NABIL ! Wohoooo, diorang tiga-tiga memang best la.
>.< Jambu , gabungan daripada 2 Orang pelawak dari Raja Lawak pertama , iaitu Tauke dan Yus . Memang mantap gabungan diorang.
~.~ Johan + Zizan = Jozan pula memang dah lama bersama , sejak dari Raja Lawak kedua diorang berdua jadi host. Jadi diorang dah biasa dan tiada masalah lah nak buat lawak sama-sama.hehe.
^.^ Si Nabil telinga lebar pulak (jangan marah XD) tidak kurang hebatnya, dia solo je. Tapi still boleh lawan orang-orang yang team 2 3 orang tu. go Nabil !! XD
Pandai betul syarikat penyiaran Astro ni buat perniagaan. Episod pertama dan kedua Maharaja Lawak disiarkan di Astro Prima, episod selepas itu dah tak ada dah kat astro prima. Beli pakej Mustika kalau nak tengok …zzzzzz..
Astro tahu bahawa Maharaja Lawak ni akan menjadi siaran yang meletup, jadi diorang buat kat Astro Mustika supaya orang beli Mustika. Huih , otak geliga -.-‘’
Tapi menyusahkan orang la nak tengok. Kasihanilah kami wahai Astro, hehe
Dulu ayah aku ada beli mustika. Tapi sebab boring sangat , dah buang . Sekarang ni dah ada Maharaja Lawak pulak -.-‘’ Adesssss. Melepas
Tapi takpe, sekarang ni dunia dah maju , bukan Televisyen je boleh tengok Maharaja Lawak ni. Internet ada !!!! Yeay !! hehe , tadi setelah aku tengok blog orang lain , terjumpa video Maharaja Lawak tapi dipisahkan . Macam satu orang, satu video. Ape-ape pun , full jugak .hehe
Nak tengok ? pegi sini ---> youtube dan pilih la mane satu korang nak tengok
Yang ni pula satu lagi link untuk tengok dari awal sampai akhir dalam satu video (tiada pecahan).. KLIK SINI kalau nak tengok
Alhamdulillah ada siaran penuh episode 3 (baru je siar semalam, dah ada dah kat internet). Bagus-bagus, post la setiap minggu kat youtube, senang sikit aku nak tengok , hehe XD
Terima kasih baca entry ni :)
Assalamualaikum
mudah.my merupakan laman web perniagaan untuk mencari barang-barang yang hendak dibeli. Bukan barang-barang je, malah perkhidmatan macam printing baju. Ade tu jual lot tanah, kereta, motor dan pelbagai lagi laa !!
Pendek kata, macam-macam ada. Hehe
Dinasihatkan kalau nak beli barang tu, lebih baik COD (cash on delivery) iaitu jumpa dulu orang tu dan kemudian test barang yang hendak dibeli. Kalau puas baru beli.
Sebaik-baiknya elakkan POST LAJU ke apa-apa pos ke, kerana takut ditipu oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Selain daripada menipu, mungkin barang yang diorder ; contohnya telefon bimbit ke barang elektronik lain ke. Takut rosak sewaktu penghantaran . Yelah , mana tahu, sewaktu dalam van penghantaran tu, terlanggar ape-ape ke , jadi barang pun terhentak dan kemungkinan besar rosak !
Jadi masa nak beli tu , cakap la dengan pembeli tu dengan nada yang TEGAS . Macam suruh dia letak kapas banyak2 dalam kotak supaya tidak rosak, lebih kurang macam tu lah. Dan pastikan penjual nya, korang boleh caya 100% tanpa prasangka walaupun 1% .hehe
Bagus juga mudah.my ni. Memudahkan orang nak survey harga barang. Macam aku ni, aku ada sebuah PSP 3001 hasil daripada pencarian di mudah.my . Harga berpatutan tau. Sape boleh bagi PSP 3001 + Charger + Memory card 8GB + Headset + Satu CD game PSP(harga lebih kurang beratus satu CD) + usb cable dengan harga yang paling cantekk iaitu RM450.00 !!
Aku berjumpa dengan orang tu dan bayar selepas puas hati mencuba setiap fungsi yang ada kat PSP tu. Orang yang jual tu duduk Nilai. Aku duduk Seremban, boleh tahan dekat la jawabnya. Hehe
Walaupun second hand , tapi aku tetap berpuas hati , kerana nampak macam baru !! Kalau tak percaya, tengok gambar-gambar kat bawah ni :
Aik, tu cuma kotak je. hehe . Haa bagus tak, siap kotak sekali dia bagi !!
Tu lah keadaan PSP time dia bagi kat aku ,tiada calar langsung (ada sikit la , 1% je ,hehe)
haa , ni psp tadi , tapi aku beli case aluminium nya yang berharga RM10 ke RM20 .tak ingat la , hehe
Sebenarnya , harganya adalah rm500.00 tapi setelah abang aku berurusan dengan pihak yang berkenaan , dapatla diskaun rm50. Hehe : )
First day dapat PSP tu , main sakan la jawabnya. Sampai berebut dengan abang aku . Game pula aku ade lebih kurang SERATUS LEBIH hasil daripada pinjam external hard disk kawan aku ni yang memang banyak gila game PSP dia !! THANK YOU NAZRI
Selain tu , dalam masa beberapa hari lagi , aku bercadang nak beli satu headset untuk handphone sony ericsson c510 aku . Harganya rm20 + rm3(pos laju) .Total up nye RM23 la, murah kan ? Dah la original, dapat warranty 3 bulan pulak tu. Tapi malangnya, orang yang aku contact tu tak balas lagi SMS yang aku send kat dia. Bukan sebab apa, kat laman web dia(ada laman web sendiri, so boleh dipercayai,dah ramai kot orang beli kat dia) , dia cakap yang dia balik kampung . 18 APRIL baru dia terima order balik. Adeh, terpaksa den menunggu . hehe
Pasal bayaran RM23 tu, kakak aku uruskan. Sebenarnya, headset ni hadiah PMR yang kakak aku bagi untuk aku . haha .tu pun ,setelah aku mintak pujuk rayu kat dia. Haha . Tula , siapa suruh berjanji lagi, kan dah kena tuntut hadiah .haha XD
Nak tengok headset yang aku nak beli tu , ini dia :D
Style tak ? hehe. Ada lagi satu warna hijau (KLIK SINI NAK TENGOK) . Tapi last-last, setelah aku pikir masak-masak, akhirnya pilih yang kat gambar tu .
Aku rasa aku telah membuat keputusan yang tepat, lagipun handphone aku warna putih dan merah, jadi, aku pilih lah headset yang macam dalam gambar tu biar nampak ‘matching’ sikit handphone dengan headset. Hehe
Thank you sebab baca entri ni :)
p/s : mudah.my ----> sangat bagussss ! hee