Assalamualaikum kepada muslim dan HAI kepada non-muslim :)
Adakah gelaran blogger hanya sesuai digunakan untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan
blogger.com sahaja?
Sudah semestinya tidak. Gelaran blogger sesuai untuk semua manusia yang mempunyai blog/website tidak kiralah di platform mana pun mereka berpijak. Baik
Wordpress, mahupun
Joomla, anda masih digelar seorang BLOGGER.
Tak suka digelar Blogger? Jangan pening-pening, rileks sudah. Gelar lah diri anda dengan apa sahaja nama yang anda suka macam
Teletubies ke
Phony ke
Ton-ton ke <--- Apa kena mengena -,-
Well, ini blog personal, jadi apa-apa sahaja yang aku rasa nak share dengan pembaca, aku akan tulis di blog ini.
Ada sesetengah blogger yang memang buat aku tak senang duduk.
3 Jenis Blogger Gila inilah yang membuatkan aku tak senang duduk. Berdiri pun tak senang jugak. hehe
1. Blogger Gila Perasan
Siapa blogger yang gila perasan ni? Perasan dia hensem ke? Perasan dia cantik ke? Ohh bukan paras rupa yang aku maksudkan. Tetapi mengenai ENTRI/Kandungan blog tersebut. Aku memang benci blogger yang buat entri orang lain macam harta dia sendiri. BACKLINK MANA? Dah la copy paste, tak reti-reti nak hyperlink ke sumber asal.
Susah sangat ke nak bagitahu terus-terang yang korang copy paste sesuatu entri tu? Ke korang malu nak bagitahu pembaca yang korang copy paste je dari blog orang lain? Kalau malu, tak payah copy paste la weyh! Copy paste secara berhemah, jangan lupa beri kredit kepada sumber asal!
2. Blogger Gila Duit
Nak cakap aku blogging bukan kerana duit, 100% fakta tersebut memang tak betul.
Selain dari minat, duit juga mendorong aku untuk terus berblogging. Pepatah sering mengatakan
sambil menyelam, minum air. Jadi mari kita ubah sedikit pepatah tersebut kepada,
sambil berblogging, mari kita cari duit. Haa baru sedap didengar
Jadi, siapa yang aku maksudkan blogger gila duit ni? Iklan penuh di kiri dan kanan blog, kau nak orang tengok iklan ke atau baca entri? Kalau nak tengok iklan je, baik tak payah.
Nak memaksimakan pendapatan melalui blog pun, susun atur lah kedudukan iklan di blog biar tampak kemas dan tidak sakit hati dan mata memandang. Sebagai contoh boleh lihat blog aku ni, alhamdulillah setakat ini tiada lagi iklan terapung sana sini. Iklan cuma ada di atas, sidebar dan di bawah post sahaja. Itupun nampak tidak serabut, kemas je aku susun <--- terlebih puji sudah -.-
Nasihat aku, tolong jangan letak iklan bersepah-sepah di blog okay? Nanti akan membuat pembaca feed up je. PLEASE TAKE NOTE.
#ehh,
feed up ke
fed up? Terlupa sudah.
3. Blogger Gila Trafik
Cara Rahsia Bagi Mengaktifkan Chakra di Badan Anda.
^
|
|
|
Tajuk memang amat menarik dan pastinya akan membuat peminat-peminat anime Naruto klik serta-merta.
Sesudah klik, kena troll sudah! Isi entri bukannya seperti yang diharapkan. Rasa tertipu bukan? Jangan buat tajuk-tajuk hot semata-mata nak buat orang tertarik untuk membaca entri kita.
Tipu dosa mati seksa (ayat selalu guna waktu sekolah rendah).
My request, tolong lah jangan jadi Jenis Blogger Gila seperti yang aku nyatakan di atas. Serius, ianya akan membawa anda ke kancah kegelapan (ceh apa aku mengarut ni). I mean, anda akan menjadi blogger yang tidak telus. STOP THE WRONG THINGS YOU DOING BEFORE IT TOO LATE.
Peace (Y)