Missian For Today: Ponteng Sekolah-Completed!

Assalamualaikum semua :)

Hari ni hari apa ye? Ahad ke Isnin? Aku rasakan macam hari Ahad pulak sedangkan pada hakikatnya hari ini hari Isnin. Alamak, tak pergi sekolah harini! Bukan rezeki kau untuk bersekolah harini zakwan..hehe

Kenapa aku ponteng sekolah harini? Ya Allah, dah lah tahun ni ambil SPM! Zakwan, kau memang tak sedar2 lagi ke tahun ni kau akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia?! Tak fikir masa depan?

Uih, tak rileks ni..chill chill

Aku sekarang berada di Kota Tinggi Johor. Ikut family hantar kakak aku yang bakal bergelar seorang guru! Kakak aku dapat posting ke Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil, johor. Jadi orang johor lah dia lepas ni, hehe

Alhamdulillah, kakak aku dapat posting awal. So, takda lah dia duduk menganggur kat rumah. Bukan aku tak suka dia duduk rumah, cuma sampai bila dia nak duk rumah tanam anggur je kan?
*makna 'posting' berdasarkan entri ini, ialah tempat mengajar.
*tanam anggur=menganggur=tidak bekerja

Jom sama2 doakan agar kakak aku menjadi seorang guru yang berjaya menghasilkan anak murid yang cemerlang! Chaiyok~~

Peace (Y)
P/s- Sekolah yang kakak aku dapat tu, bilangan murid 100 lebih je. Sikit giler ~.~

2 comments:

iAmCekbolat said...

xpegi skolah? meh sini nak babap! haishh

Mohd Zakwan Zain said...

LARII !!!!!! hehe