Belajar? Arghh, Ketepikan Lah Dulu

Assalamualaikum semua :)


Cuti tahun baru Cina tinggal sehari je lagi untuk aku enjoy puas-puas ~ Meanwhile, ada juga sekolah yang tak cuti seminggu disebabkan mungkin hanya sedikit sahaja bilangan pelajar cinanya ataupun mungkin tiada langsung. So, aku dikira beruntung bersekolah di SMKKGV sebab bilangan murid mengikut kaum boleh dikatakan sama rata. Ehh yeke? Apa-apa je lah.

Bila ditanya tentang kerja sekolah pada saat-saat akhir cuti, sudah semestinya menyusutkan fikiran aku yang sudah tersedia kusut sepanjang masa ni. Homework Belum Siap? Homework Baru Nak Buat Di Saat Akhir Cuti? Itu memang terkandung dalam kamus hidup aku.


Belum tiba masa lagi kamus hidup aku di-update ke latest version. Tak tahu lah bila masanya kamus tersebut akan di-update oleh kotak fikiran aku yang kusut ni. Mungkin esok, mungkin lusa, atau mungkin tidak buat selama-lamanya? "Mungkin tidak buat selama-lamanya" <---- INI TIDAK BETUL kerana aku pasti akan mengubahnya dalam tahun ini.

Kenapa aku yakin sangat yang aku akan berubah dari "buat kerja last minute" kepada "buat kerja awal cuti"? Kalau bukan kerana Sijil Pelajaran Malaysia atau dalam bahasa singkatan yang lebih dikenali ramai, SPM, sudah tentu aku akan berada di takuk lama.

Memang banyak benda yang aku nak ubah tahun ni. First dah bagitahu tadi (last minute Homework). Second, waktu cuti bukan waktu bersuka ria. Third, nak gemukkan badan sikit. Forth, Fifth dan seterusnya, biar aku sahaja lah yang tahu.

Apa yang aku harapkan dari korang semua (korang yang tengah baca ni), DOAKAN aku berubah.

Peace (Y)
p/s: Kering Idea *.*

3 comments:

iAmCekbolat said...

^_^
yg penting ada usaha nk berubah ye dik ^^

hoi.. jgn tiru prangai cm akak ko ni hah.. stdy last minit.. haha

gemukkan bdan? oh brsyukurlah dik ^^
akk yg gomok nk krus.. haishh

Mohd Zakwan Zain said...

Thanks Kak :)

Fiza Nurani said...

Semoga kau berubah. Ting tong. :)