Ehh ,silap tajuk tu ,bukan blog aku ,tetapi NAMA dan GAMBAR AKU di Portal Utusan.hehe
Lebih kurang 2 bulan yang lepas ,aku gatal tangan untuk menaip 'Mohd Zakwan' dengan harapan blog aku berada di muka depan Google. Tetapi ,blog aku masih lagi tidak berkedudukan yang baik di Google, kena usaha lebih lagi ni !
Dalam aku carik2 ,tekan 'next page' untuk cari blog aku ,tiba-tiba aku ternampak satu link yang menarik perhatian aku kerana ada nama Mohd Zakwan dan Juga nama sekolah rendah aku. Aku macam nak terbeliak biji mata apabila tengok gambar aku berada di Portal Utusan !
Lepas aku ternganga jap tengok gambar tu, aku baca lah apa yang ditulis oleh Portal Utusan. Sekali lagi aku terkesima bila melihat nama aku, Mohd Zakwan B. Mohd Zain berada di situ ..
Klik SINI kalau nak baca apa yang membuatkan sampai nama aku terkeluar di Portal Utusan..
Tengok tu ,loading gila aku ni. Benda tu dah lama berada di Portal Utusan lebih kurang 4 tahun lepas ,tapi baru aku tahu tahun ni .
Disebabkan artikel itu ,aku teringat zaman aku di waktu sekolah rendah dulu, main sana sini, bergurau dengan kawan2, lompat tak tentu hala seperti kanak2 ceria, haha MEMANG BEST ZAMAN Budak2 !
Tapi kalau sekarang ni. .budak2 kecik dah jarang main luar ,semua duduk rumah online ,tak pun pergi CyberCafe ,dah kurang berinteraksi face to face .. wall to wall je skrang (facebook,hehe)..
Apa-apa pun ,cepat betul masa berlalu .Sekarang aku dah form4 ,tak lama lagi genaplah usia aku 16 tahun..nak dekat menghampiri zaman Universiti dah..
Gemuruh aku apabila aku berfikir apalah dugaan yang aku akan lalui masa aku besar kang..
Aku sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar segala urusan aku dipermudahkan..
P/s : asal aku rasa serius sangat eh buat entri ni ? Rasa lain macam..hehe
12 comments:
He3, hebat2...
nasib bek tak bukak masa umur dah 30 tahun... lau tak mau sakit jantung..
haha...
nak sign....!
hahah... insyaAllah segalannya akan menjadi baik... jangan la risau.. tapi berserah dan yakinlah dengan Allah... :)jadi budak universiti tak la sesukar budak sekolah... tapi cabaran yang di lalui kenalah kuat dan yakin pada diri... k.. huhu.
alalala~ mayang ;p
Wah baru 16 tahun! Muda remaja lagik. :)
BB : hebat ape nye ? he3
Alif : haha , betul gak tu .. nak sign ? sila beratur ye ..ha3
Permata Biru : thanks bagi komen yang membina :)
Athirah : makcik ni , mengelabah la =.=
Mrs Redzuan : ehh baru tahu ke ? ho3
menggelabah? mana ada *muka innocent*
Athirah : haa.. tu .. kau tengah mengelabah lah tu ..haha
Post a Comment