Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!

Nak Join ?? Klik SINI

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Entry yang TOP/POPULAR dalam blog Zakwan ni ialah berkenaan dengan DOMO-KUN .
Klik SINI untuk baca.hehe

Aku tag HARIS KAITO . Jangan lupa join weyh .hehe
Yang tak di-tag tu , tak bermakna anda tak boleh join .hehe

Tu je terma dan syarat nye. Mudah kan ? Ape tunggu lagi , join la !!
hehe
Sekian.. peace (Y)

Sergeant Keroro tanya apa hobi anda !!

Nak Join ?? Klik SINI

Assalamualaikum, salam sejahtera . Ni segmen first yang diadakan oleh Sergeant Keroro ! Jadi , marilah semua kita men-joinkan diri di samping memberi sokongan kepada rakan bloggerr kita !! hehe :)

Apa Hobi aku ?
Aku ni suka berblogging, ber-online, main sepak takraw , main Bowling, tengok TV
FUHHHH banyak gila kalau nak cakap semua . haha
Tapi yang paling aku suka ialah ONLINE di samping BERBLOGGING .

Aku tag 2 orang blogger ni :

1. Izmel Azim (sedara merangkap rakan blogger)
2. Haris Kaito (Kawan merangkap JIRAN blog ini)

p/s: yang dah di tag tu, jangan lupa Join . Sama-sama kita gegar segmen ini !! hehe

Sekian .. peace (Y)

Penulis Senja Bagi Iklan Percuma

Nak Join ?? Klik SINI

Assalamualaikum , salam sejahtera .
Kali ni nak join pula segmen yang diadakan oleh Penulis Senja.

Kenapa PS mesti pilih blog aku untuk diiklankan ?
Supaya sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan Trafik blog Zakwan di samping menambah kenalan dan juga berkongsi informasi dengan rakan blogger sekalian :)

Komen Blog PS :
Nak komen aper yerk . Aku rasa blog PS ni kemas , dah ok dah
Cuma banner yang baru dibuat oleh WAN CIKGU MUZIK tu tidak berapa lawa lah bagi pandangan aku . Jangan marah ye, tapi itulah pendapat ikhlas Zakwan :)

Harap-harap blog aku terpilih untuk diiklankan di blog Penulis Senja .hehe
Peace (Y)

Jom Join Bloglist Jamaluddin.net


Nak Join ? Klik SINI

Assalamualaikum . Jom kita join Bloglist Jamaluddin.net !!

Kenapa aku nak masuk Bloglist Jamal ?
Kita sedia maklum yang Blog Jamaluddin.net boleh tahan juga Trafik nye setiap hari .
400-500 UV sehari tu :0
Jadi , harap-harap yang UV ke blog Jamal tu akan tekan link ke Blog Zakwan . seterusnya menaikkan Trafik di blog Zakwan pula .hehe :)
Tulah , kalau ada bloglist mana-mana blog anjurkan, zakwan nak join . Rugi kalau tak join .hehe :)

Kenapa Jamal patut pilih blog aku untuk menang ?
Untuk makluman semua, sesiapa yang join bloglist ni juga akan ada habuannyer :0
Jom tengok hadiah nyer kat bawah ini :

~Jamal akan pilih 3 Blog terbaik dan letakkan Blog tersebut di Bloglist Pilihan Jamal. Bloglist nie akan sentiasa memaparkan link blog korang secara tetap dan tidak bergantung kepada kekerapan korang update blog.
~Jamal akan buat entry khas untuk pemenang segmen bloglist ini dan akan menjadi Sticky Post selama 12 Jam. InsyaAllah korang akan dapat tambahan traffic dari entry khas ini.

Tengok tu , bloglist pun ada hadiahnyer :D tula berminat nak join,hehe
Jamal harus pilih Zakwan sebagai pemenang, sebab blog Zakwan boleh dikira baru sebab baru je 3 Bulan nak dekat 4 Bulan berkecimpung dalam bidang Blog . Jadi , kalau Zakwan terpilih sebagai pemenang , diharap sedikit sebanyak akan memberi Zakwan semangat untuk terus berblogging ! bukan itu sahaja, diharap blog Zakwan dijadikan medan oleh para blogger sekalian untuk menambah kenalan. hehe

Harap-harap aku menjadi pemenang segmen bloglist ini !!! hehe :)
Sekian .. peace (Y)

PM kita pun layan bola dan sokong MU

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Dah baca belum surat khabar Berita Harian hari ini?
Kalau dah baca ,cuba teka apa yang menjadi topik utama atau muka depan Berita Harian?
Semestinya berkaitan dengan keputusan perlawanan antara Manchester United dan Barcelona !

Aku ni tak de lah minat bola sangat, aku cuma tengok orang sokong tu sokong ni ,aku pun turut serta lah menyokong !tapi aku sokong team yang hebat-hebat je lah ,hehe :p

Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Razak pun tengok perlawanan bola antara MU dengan Barca ! Wahh , tengok ,PM kita pun layan bola .hehe .

Untuk pengetahuan semua ,PM kita sokong MU !
Tapi , sorrylah Dato' Najib, MU dikalahkan oleh Barca 3-1 ,hehe :p

Walaupun kalah ,PM kita tetap menonton perlawanan sampai habis dengan rakyat jelatanya .

gelagat Dato' Seri Najib ketika Wayne Rooney berjaya menjaringkan gol untuk MU


Sekian (Y)

DOA KU BUAT MEREKA



Assalamualaikum. .salam sejahtera :)

Yeah ,abang Ben kita buat segmen lagi ,tapi kali ini special sangat iaitu mengenai kedua ibu-bapa yang kita cintai ..

Abang Ben suruh ceritakan satu kenangan yang anda amat kesali dimana anda pernah membuatkan hati kedua ibu bapa anda tercalar hatinya kerana perbuatan anda itu..

Aku rasa ,perbuatan yang paling aku kesali ialah emm.. Rasanyer masa aku meninggikan suara kat ayah aku ..sebab perkara kecil ,aku TERtinggikan suara kat ayah aku ..Ya Allah .aku tak tahu lah, waktu tu syaitan hasut ke ape, tibe-tibe je aku bengang dengan ayah aku..
Maafkan dikwan ye ayah ! :(


....
.......
Nak join, klik SINI..
Sekian

Zack and Cody dah besar..

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Pernah tak tengok cite The Suite of Zack and Cody di Disney Channel waktu dulu ?
Yang pernah tengok tu ,kita sedia maklum yang bintang nya merupakan 2 orang budak bernama Zack and Cody .
Mereka berdua adalah kembar ,tengok muka pun dah tahu.

tu diaa..zack di sebelah kiri ,cody di sebelahnya


Sedara aku (Izmel) yang memperkenalkan cite ni kepada aku , memang best juga lah cite ni.

Sedikit Sinopsis mengenai cite The Suite Life of Zack and Cody :
Mengisahkan dua orang budak yang nakal tetapi baik , selalu membuat huru-hara di hotel yang didudukinya .Diorang berdua ni duduk kat hotel dengan emak diorang (aku tak tahu kenapa ,diorang takda rumah ke?) .
Setiap episod mesti ada je huru-hara/masalah yang ditimbulkan oleh Zack and Cody sampaikan pemilik/pengurus hotel tersebut yang bernama Mr. Moseby pening melayan karenah mereka.
Cite ni memang kelakar , series kelakar !

Tapi sekarang, diorang (Zack and Cody) dah membesar .
Cite The Suite Life of Zack and Cody telah pun ditamatkan.
Tetapi ,sekual/sambungan cite ni tetap ada !

Kali ini menampilkan Zack and Cody yang sudah meningkat remaja ,diorang dah ada kawan baru,dah ada awek(cewahh) dan juga berada di tempat baru iaitu di sebuah kapal .Tajuk cite ini pun telah diubah suai sikit iaitu , The Suite Life on Deck .
Yang aku peliknye, Mr. Moseby (pemilik hotel tu) ada pulak dia kat kapal ni .hahahaha ,

Masa diorang berlakon masa budak-budak dulu(sekarang dah remaja), muka memang sebijik .tapi sekarang tidak lagi . Zack nampak gemuk sikit apabila remaja manakala Cody pula tinggi dan kurus .Dah tak nampak sama sangat sekarang.
Tengok gambar di bawah :

di sebelah kiri ,Zack. Di sebelah kanan pula of course la Cody


Emm ,apa-apa pun still layan juga cite ni.

Lupa nak bagitahu ,nama sebenar Zack ialah Dylan Sprouse manakala Cody nama sebenarnye Cole Sprouse.
Kepada yang tak pernah tengok cite The suite life on Deck , try la tengok .Gerenti layan ,hehe

P/s : kenal tak Zack Efron yang berlakon dalam cite High School Musical tu ? Aku ingat dia ialah Zack (the suite life) waktu dah besar.

tula Zack Efron ,ada iras muka Zack sikit kan? Haha


wahaha, biasalah,waktu tu masih mentah ,apa aku tahu?hehe

Terima kasih sudi baca :)

THE FACEBLOG GEMPAK BLOGLIST (JUN)

Nak join ? KLIK SINI

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Jom kita join bloglist yang diadakan oleh Faceblog .
Tarikh Tutup nya adalah pada 30JUN2011

Jangan lah jadi orang yang rugi ,jadi jom join Ramai-ramai!!!

Peace (Y)

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER


Assalamualaikum :)

Nak join , klik SINI ye dan tolong undi abang Ben di SINI

peace(Y)

Sangap nak baca entri di blog Budak Botak !

Assalamualaikum ,salam sejahtera

Untuk pengetahuan semua ,lebih kurang 60% entri yang telah dihasilkan di blog ini aku taip menggunakan Handphone .
Aku memang berharap sangat agar kakak aku balik ke rumah cepat .Dia bawa laptop dan broadband ke Maktab Perguruan di Melaka .Cepatla angah ,dikwan nak guna laptop ni ,terseksa taip menggunakan Handphone -.-"

Ada banyak masalah kalau nak online guna handphone :
Skrin kecil, nak taip SANGAT TERSEKSA ,mengganggu jiwa dan emosi kalau tersilap taip, internet agak lambat , blog yang ada shoutbox aku tak boleh nak baca(tu la di blog aku ,aku guna Chatbox!) ,nak tengok video kena download dulu baru boleh tengok dan macam-macam lagi la !
Kalau aku nyatakan semua. .gerenti ,lagi terseksa hati ini -.-"

MASALAH YANG PALING BESAR IALAH AKU TAK BOLEH MELAWAT KE BLOG BUDAK BOTAK DAN BEBERAPA BLOG YANG LAIN SEPERTI BLOG IZAMIR, PENULIS SENJA ,JAMALUDDIN.NET DAN LAIN2(tak ingat semua).

Fuhh ,memang aku sangap sangat nak baca latest entri di blog budakbotak! Sumpah aku nak sangat baca ,tapi bila aku tekan je link ke blog Budak botak, "error" yang keluar .
Aku tak tahu la ape masalahnyer,

Aku RASA lah kan ,blog diorang yang aku tak leh lawat mungkin tak Di-optimised untuk mobile. mungkin itulah puncanye..

Emm ,harap-harap lepas aku bangun dari tidur esok , taip url blog budakbotak.com dan tiada "error" yang keluar .

Peace (Y)

Siaran Ulangan Dragon Ball :D

Assalamualaikum. .salam sejahtera :)

Pernah tengok cerita Dragon Ball tak ? Dulu cite ni memang meletup ! Memang best tengok cite ni ,tapi dah lama dah habis . Kebiasaanya ,aku masih ingat lagi waktu di sekolah rendah dulu , cerita ni ditayangkan di TV2 setiap hari Sabtu dan Ahad. Masa ? Dah lama sangat, mana ingat .haha

Ada tiga version Dragon Ball iaitu :
1. Dragon Ball Z
2. Dragon Ball GT
3. Dragon Ball Z Kai

Antara ketiga-tiga versi tersebut , Dragon Ball Z lah yang paling menarik jalan ceritanya ! Itu hanya pendapat aku sahaja. Lain orang ,lain pendapatnya.

Sedikit sinopsis mengenai cerita Dragon Ball, watak utama ialah Son Goku .dia hebat ,kuat gila ,jujur , memang innocent gila.
Tengok cite Goku masa kecil agak bosan sikit , tapi bila dia dah besar baru best ! Sebab ada banyak lawan-lawan , lepas tu ,muncul kuasa Super Saiyan ! Fuhh ,style :D

Goku Super Saiyan ! Yeah !! Hehe


Hehe , Goku apabila dewasa dia berkahwin dengan Chi Chi dan mendapat anak yang juga hebat seperti dia !
Tengok tu ,kecik-kecik Gohan dah ada kuasa Super Saiyan! Hehe


Anaknya bernama Son Gohan sudah dapat kuasa Super Saiyan apabila baru sahaja di usia muda ,sedangkan Goku waktu dia dewasa baru dapat kuasa !
Jadi ,aku rasa Gohan lagi hebat !hehe

Cerita Dragon Ball banyak pertarungan berlaku antara orang baik dan jahat di mana di akhir cerita ,mesti lah orang baik yang menang kan?
Babak pertarungan dalam cite ini memang sungguh di luar dugaan (dah nama pun kartun) .

Terdapat juga babak-babak kelakar yang menyaksikan tingkah laku Goku yang seakan-akan orang bodoh. Tapi kalau bertarung, tiada sapa dapat menandingi nya.hehe

Sekarang sudah ada siaran ulangan Dragon Ball di dua buah channel iaitu di NTV 7 dan Astro Ceria !
Waktunya adalah seperti berikut :

NTV7 - hari Ahad ,pukul 10 KOT , ingat-ingat lupa la.hehe

Astro Ceria - Isnin hingga Khamis jam 11.30 pagi ,yang terlepas ,jangan risau. Kan cite di Astro selalu diulang .

Tak sabar nak tonton balik cerita Dragon Ball ! Hehe ,ohh tidak lupa juga, ntv7 turut menayangkan cite Sailormoon sebelum cite Dragon Ball.jadi ,peminat Sailormoon waktu dulu-dulu tu ,jangan lupa tonton ! Haha xD

Kame...hame...haaaa !!
Tu kuasa favourite Goku .haha


Terima Kasih sudi baca :)

** UPDATE **
Cite Dragon ball setiap Sabtu dan Ahad di ntv7 pada pukul 10am .
Cite Sailormoon pula sebelum cite dragon ball iaitu 9.30am. Harap maklum !hehe

Bulan Atas KAABAH pada 9.15am adalah HOAX

Assalamualaikum, salam sejahtera .

Pernah terbaca di Facebook atau ada menerima sms dari rakan kenalan mengatakan bahawa Bulan akan berada di atas Kaabah pada pukul 9.15am hari Jumaat(semalam) ?

Itu semua adalah HOAX(penipuan) dan tidak tepat langsung.

Sesiapa yang tahu menggunakan perisian astronomi , cuba set kan pada waktu dan lokasi di Mekah .
Bulan bukan berada di atas Kaabah . Bulan akan berada pada 40° di kaki langit .

Maka info ini tidak tepat sama sekali dari sudut Astronomi !



Tarikh dan waktu yang paling tepat Bulan akan berada di Atas KAABAH adalah pada pukul 5.16pm waktu Malaysia dan tarikh nya ialah hari ini (28 Mei 2011) .

Peristiwa bulan berapa tepat di atas Kaabah ini lebih dikenali sebagai Matahari Istiwa di atas Kaabah (Istiwa Adzam).

Ketika fenomena ini berlaku, bayang objek tegak lurus akan membetuli arah kiblat .
Matahari Istiwa di atas Kaabah berlaku dua kali dalam setahun .selain daripada pukul 5.16pm hari ini (28 mei), ianya juga akan berlaku pada bulan Julai atau tarikh yang paling tepat 16 Julai 2011 pada pukul 5.28pm waktu Malaysia.

Ada pihak yang mengatakan bahawa doa kita akan dimakbulkan apabila berdoa pada waktu-waktu tersebut.
Kenyataan yang lebih tepat adalah solat yang dilakukan adalah lebih Afdhal dan doanya lebih dikabulkan.

Jadi ,sama-samalah kita menginsafi keEsaan Allah SWT yang mengawal cakerawala tanpa cacat cela.
Mudah-mudahan ,segala perbuatan kita dipermudahkan, InsyaAllah.

Sekian ,terima kasih kerana membaca dan amat dijemput untuk share supaya semua orang mengetahui informasi yang sebenarnya .hehe :)

Sumber dari Falak Online

FRUST dengan gadget Follower yang bengong -.-"

Assalamualaikum ,salam sejahtera

Apehal dengan blogger.com ni ? Sesak sangat ke sampai kan masalah gadget followers berulang?

Anda semua mesti sedia maklum kan gadget follower pernah buat hal waktu maintenance dulu.
Tapi Sekarang ni ,tak kan la maintenance lagi ?! -.-

Susah aku nak follow balik siapa yang dah follow blog ini.
Harap-harap pihak blogger dapat bertindak dengan pantas bagi menyelesaikan masalah ini.

Bagi yang nak follow blog aku(ceh ,macam ada je) tapi dengan keadaan blogger yang kritikal sekarang ni,korang still boleh follow juga .

First , korang copy url blog ini .Lepas dah copy ,pergi dashboard.
Kat reading list tu , scroll ke bawah sedikit dan anda akan nampak butang 'add' .
Tekan butang tersebut dan paste url blog ini dekat situ .
Selesai ! Hehe

Thanks kepada mereka yang sudi follow blog Zakwan yang serba kekurangan ini :)

Tutup Telinga Waktu Petir Boleh Pekak?

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Banyak persoalan yang tengah bermain dalam fikiran aku sekarang .Jadi meh aku kongsi serba sedikit persoalan tersebut .Mungkin korang semua boleh bagi jawapan yang tepat?

Persoalan pertama : Betul ke kalau kita selalu bergayut boleh tinggi?
Emm, yang ni la orang-orang selalu guna kalau nak mempersendakan orang pendek macam aku ni .hehe
Yeke boleh tinggi ? Bukan ke kalau kita bergayut ,tangan yang panjang -.-"
Tak nak aku jadi macam orang utan .haha

Persoalan kedua : Kalau tutup telinga waktu petir ,betul ke telinga boleh pekak?



Kenyataan ini datangnya dari kawan aku. Waktu tu tengah petir .Aku ni penakut sikit kalau dengar bunyi guruh .hehe .Jadi aku tutup lah telinga. Si kawan aku tu pun tegur la jangan tutup telinga sebab nanti boleh pekak .
-.-" Aku waktu memula tu macam , "lantak la ,telinga aku ,bukan telinga kau" , tapi sebagai langkah berjaga-jaga ,aku ikut jugak akhirnya .haha

Persoalan ketiga : Betul ke kalau ada anjing sekitar kita ,kita duduk diam-diam, dia takkan kejar ?
Haa, anjing lah antara haiwan yang aku takut dari dulu sampai sekarang -.-"
Kawan aku cakap, kalau duduk diam-diam(maksudnya tak bergerak) ,anjing tak kan kejar kita.
Benda ni aku tak pernah try lagi. .sebab...
Kalau nampak anjing je aku terus lari menyelamatkan diri .hahaha xD

Persoalan keempat :
Kenapa ye ,kalau kita ketip (potong) kuku waktu malam ,boleh pendek umur ?
Haih ,yang ini aku macam tak percaya langsung ! Aku tolak bulat-bulat, sebab ajal maut di tangan Allah SWT !
Tapi disebabkan ibu aku yang cakap ,aku percaya lah SEDIKIT.
Sikit je,tak banyak .haha

Jadi ,aku nak tanya ni ,kalau sesiapa yang boleh memberi jawapan yang tepat dan rasional mengenai persoalan-persoalan di atas ,amat-amat lah dialukan untuk memberikan jawapan di ruang komen.
Sekian :)

p/s: yeay ,aku dah ada jiran ! Cuba tengok kat sidebar blog ini ,ada entri di blog seseorang kan? Dialah jiran baru aku ! Hehe , jom semua ,kita terjah blog HARIS KAITO !

Akan datang akhir tahun ini: PSP2 SEHEBAT PS3 ?

Assalamualaikum ,salam 1blogger :)

PSP2 dijangka akan dikeluarkan pada hujung tahun ini (2011) ! Yang menarik nya PSP2 ini ,dikatakan bahawa ianya menggunakan system yang hampir menyamai PS3 dari segi tayangan GRAFIK dan juga SOUND .
Gila ar ,PS3 yang 'awesome' telah dicipta untuk skrin kecil pula . ~~Style gile ~~

Tapi, harga PSP2 ini masih belum ditetapkan lagi . Korang agak-agak berapa harganya?
Aku agak dalam lingkungan RM1000-RM2000 .

Jom kita tengok 'feature' PSP2 yang pastinya menarik perhatian orang ramai :

-5-inch OLED touchscreen with 960×544 resolution (the current PSP has a 4.3-inch LCD with 480 × 272 resolution)

-ARM Cortex A9 core CPU (4 core)

-SGX543MP4 GPU

-storage: “new type of mini flash memory cards” (definitely no UMDs anymore)

-new form factor (Sony speaks of a “super oval” shape)

-touch pad on the rear that allows users to “touch” or “push” objects in games from the back

-3G and Wi-Fi IEEE 802.11b/g/n connectivity (3G for a portable gaming system is a first)

-front and rear cameras

-dual analog sticks

-tilt-sensitive SIXAXIS controls
-GPS

-built-in stereo speakers, mic

-Bluetooth 2.1+EDR

-size:182.0x18.6x83.5mm

Skrin besar ,touch screen pula tu .Kalau aku dapat sebuah PSP2 ni ,habis aku kerjakan. Haha

Sekarang jom kita tengok pula reka bentuk PSP2 :

Pandangan depan PSP2 ,STYLE KAN?



Gambar di atas merupakan rupa belakang PSP2 :0



Setakat ini , 2 colour je yang avaiable. Dua-dua style, jealous aku tengok :0



Ni la memory card baru khas untuk PSP2 tu, fulamak ,slim :0



Sepanjang aku menaip entri ni ,tak habis2 menganga mulut sebab
kagum+jealous .huhuhu

Apa-apa pun , memang style larh PSP2 ni , baik dari segi fungsi mahupun reka bentuk .
Sama-samalah kita saksikan kedatangannya !!
:D

p/s: aku baru beli PSP tahun ni -.-"

Tak lama lagi, aku akan ada jiran :D

Assalamualaikum ,salam 1bloggers :)

Yeay !! Tak lama lagi aku akan ada jiran blogger buat pertama kalinya !

Jiran blogger tu bermaksud ,aku dan 'dia' akan bertukar RSS FEEDS . Maknanya ,di blog aku ,akan ada Recent Post blog 'dia' , di blog 'dia' pula akan ada Recent Post blog aku .

Dengan berbuat demikian ,maka kedua-dua pihak akan mendapat manfaat bersama .
Dengan cara ini , InsyaAllah trafik kedua-dua blog akan meningkat. Bukan trafik je ,malah followers ,blog readers , like ,share , semua tu akan meningkat InsyaAllah !

Kat entri ni aku takkan dedahkan siapa orangnya ,tapi gambar kat bawah ni merupakan 'clue' orang yang bakal menjadi jiran baru aku,hehe :)




Dapat teka siapa ?
Kalau dapat teka ,tahniah ,anda memang hebat !!hehe

Tunggu dan lihat siapakah gerangannya :)

MESSI Pun Suka main FIFA 11

Assalamualaikum, salam 1blogger :)

"Saya bermain FIFA 11 ketika dalam perjalanan, di hotel dan juga bersama rakan-rakan sepasukan. Messi dan Iniesta juga sangat suka bermain permainan itu," Inilah yang dikatakan oleh Gerard Pique, rakan sepasukan Lionel Messi dan Andres Iniesta di dalam Fan Club Barcelona ketika malam anugerah FIFA .

Alamak , Pique ,kau dah terlepas cakap .habislah game Fifa 11 kena serbu oleh peminat Messi lepas ni .haha

siapa yang tak kenal Messi, ni dia .tengok tu ,bukan kemain award dia


Tak kedengaran pelik ke apabila pemain bola sepak bermain permainan video bola sepak? Memang tak salah. Cuma berkaitan dengan komersial video game terbabit la .

Pique tidak tahu yang Messi merupakan bintang atau muka depan bagi game Winning eleven 2009, 2010 dan terkini 2011 terbitan Konami. Tula dia pakai cakap je,haha

Kat bawah ni merupakan screenshot game FIFA 11 :






Nampaknya ,dah ter-kantoi pemain Argentina tu peminat rahsia permainan video bola sepak terbitan Electronic Arts .hehe

Sekian (Y)

Game Angry Bird Yang Menjadi Fenomena



Assalamualaikum, salam 1blogger :)

Pernah main game angry bird tak? Tak kira lah kat platform mana korang main . Game Angry Bird boleh didapati di platform Window 7/XP, Ipod touch, Android dan lain-lain.

Bagi yang belum tahu ape tu Angry Bird, ia merupakan sebuah game yang simple iaitu korang kena arahkan/aim burung ke sasaran .
Sasarannya adalah babi hutan . Kalau nak menang ,korang kena bunuh babi hutan tu dulu ! Haha

Nampak macam simple dan senang kan? Cuba korang main game ni ,baru la tahu. Mula-mula (level 1) memang lah senang ,semakin besar level ,semakin susah la halangannya ! Boleh naik marah juga la main game ni kalau tak kena sasaran ,haha

Jom tengok screenshot game Angry Bird :

Gambar ni waktu memula buka game angry bird








Berminat nak main game ni? Korang boleh main game Angry Bird secara online tanpa download di SINI tapi dengan syarat kena guna Google Chrome.

Kalau nak download terus ke pc ,boleh search di google .

AMARAN : sekali main ,mesti nak lagi .haha

Enjoy ! (Y)

Siapa Tahu Hack Yahoo Mail ?

Assalamualaikum , salam 1blogger :)

Aku bukan nak hack email orang lain , cuma nak hack email aku sendiri
Dengar macam pelik kan -.-''
Tapi betul ni, aku lupa password sendiri .
Aku dah try segala jenis password, tak boleh juga.

Email tu dah la penting, aku guna untuk pelbagai benda macam nuffnang, YahooMessenger, Skype, Myspace dan banyak lagi lah :(

Sapa tahu nak buat ape ? aku dah try dah benda bawah ni :




Dah tu , aku lupa pulak ape alternate email aku -.-''



Memang bagus sangat la kan -.-''

Nak mintak tolong ni , sesiapa boleh hack email orang ke , or can do anything to get back my Password. Please let me know :(

Dah habis Exam :p

Assalamualaikum , salam 1blogger :)

Finally , exam pertengahan tahun dah habis . SIAPA YANG TAK HAPPY EXAM DAH HABIS :D



Jadi , aku nak bagitahu sikit , apa target aku untuk Exam Pertengahan Tahun ni .

Bahasa Melayu : 75% ke atas
English : 70% above
Add Math : LULUS pun OK :D
Math : Memang dah tahu pun berapa Markah . 61% je :(
Sejarah: 60% ke atas
Agama : 80% ke atas
Fizik : LULUS pun OK
Chemistry : Sama jugak .haha. LULUS
Biology : LULUS

Itu semua TARGET aku sahaja , bukan Result , cuma MATH je lah yang dah tahu markah.
Rendah kan target aku ? Aku ni tak de la pandai mana pun.

Khamis ni ada Sambutan Hari Guru kat sekolah aku,jom semua datang memeriahkan .hehe



Tak lama lagi cuti Midyear :D
Harap cuti 2minggu ni dapat aku manfaatkan dengan aktiviti yang baik selain daripada online 24Jam .hehe
Sekian

Yeay ! One paper to go :D

Assalamualaikum salam sejahtera :D

Sangat sangat sangat happy .
Semua ni gara-gara esok paper last exam! Wohoo!

Esok Chemistry JE ,hehe
Tengok dulu la ada mood ke tidak nak belajar ni .kehkehkeh

Kalau addmath aku target lulus ,Chemistry ni aku target 50% ke atas jadila ! Tu pun dah kira bersyukur .haha

Apa-apa pun ,wish me luck for tomorrow :)

Niga Higa

Assalamualaikum , salam 1blogger :)

Jom layan video-video kat bawah ni ..
Gerenti best...
hehe

Dear Ryan - Superhero




Like a Good Boy (parody of 'Like a G6')





Movies In Minutes - Facebook The Movie





Movies In Minutes - Twilight

10 Rekaan BANDAR MINI yang Mengagumkan!

Assalamualaikum ,salam 1blogger :)

Hari ni nak cite pasal Bandar mini ..
Tahu tak Bandar mini tu apa ?
Bandar mini adalah bandar yang dihasilkan berdasarkan keadaan sebenar sesebuah bandar kat dunia nie. Jom kita tengok...

1) Paris
Gerard Brion menerima cabaran untuk membina model bandar Paris 15 tahun dulu, 18,000 jam dihabiskan untuk membina bandar tersebut di tamannya daripada konkrit terpakai, tin2 makanan dan sebagainya. Sekarang dia boleh berbangga kerana setiap tahun 150,000 pelawat mengunjungi "bandar" ciptaannya dan menikmati 40 monumen Paris terkenal seperti Eiffel Tower pada skala 1:130.



2) Madurodam adalah sebuah bandar di Amsterdam Belanda yang diciptakan dalam bentuk miniature pada skala 1:25.



3) Moscow
Model bandar Moscow ni dicipta pada tahun 1977 oleh 300 orang pekerja sempena 60 tahun Bolshevik Revolution. Diciptakan secara detail untuk menunjukkan pada negara Barat bahawa bandar Rusia lebih maju dan canggih dari diorang. Model nie sekarang dijual pada harga $3 juta, Nak beli ? contact lah pihak berkenaan .hehe



4) Bandar gula
Meschac Gaba mempunyai impian untuk membuat bandar dari gula dan dia merealisasikan impiannya pada pameran Port City di Liverpool. Dia memenuhi bandar impiannya dengan mercu2 tanda popular seluruh dunia seperti Taj Mahal, Eiffel Tower, Sydney Opera House, London Eye, menara kembar Petronas, the Reichstag, the Empire State Building dan banyak lagi. Bandar nie mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan



5) Bandar Biskut
Bandar Biskut nie dicipta oleh artis China iaitu Song Dong menggunakan beribu-ribu biskut dan manisan. Setelah ia disiapkan, pelanggan-pelanggan boleh menikmati bandar nie, maksudnya boleh makan la, hehe.



6) Bandar Origami
Seorang pakar origami dari Jepun menghabiskan masa 4 tahun untuk mencipta bandar origami yang cantik nie. Semua bangunan tersebut dibina 100 peratus dari kertas yang dilekatkan menggunakan gam.



7) Bandar Pecungkil Gigi
Stan Munro membina mercu tanda menarik seluruh dunia menggunakan 6 juta pecungkil gigi dan 170 liter gam dalam ciptaannya. Bandar nie disiapkan dalam masa 6 tahun, lama gak tu kan tapi hasilnya korang boleh tengok kat bawah, cantik kan?



8) Bandar Tokyo
Terletak dalam bangunan Roppongi Hills Mori Tower, satu bandar mini Tokyo dicipta pada skala 1:1000. Setiap bagunan diambil gambar dengan helikopter dan kereta dan digabungkan untuk membina model. Keseluruhan proses mencipta bandar nie ada 14 bulan. Model nie meliputi kawasan dari Yoyogi Park, Shibuya, Azabu, Roppongi, Shinagawa dan pulau buatan manusia Tsukishima dan Kachidoki.



9) Bandar Chongqing, China

Bandar di selatan China niue dibina pada skala 1:750 dan berkeluasan 892 meter persegi. Model nie dipamerkan di dewan perancang banda di Chongqing.




10) Bandar New York dari Stapler
Artis Peter Root dari Guernsey menghabiskan 40 jam untuk menghasilkan bandar New York dari stapler tetapi dia hanya memerlukan beberapa saat ja untuk memusnahkan bandar yang diciptakannya menggunakan guli.


Antara semua ni , yang mana korang paling suka ?
Aku pilih yang biskut tu , sebab nampak macam sedap je .hahaha xD

Sumber: http://www.budakbotak.com/2011/05/10-bandar-mini-yang-mengagumkan.html#ixzz1NAJICaFn
Thanks BudakBotak !!

bloglist solomolo - kini dibuka...

klik SINI kalau nak join

Assalamualaikum, salam 1blogger :)

Aku nak join bloglist yang dianjurkan oleh Solomolo .

Komen aku tentang blog solomolo :

Tak banyak nak komen sebab baru je tahu pasal blog ni .
Simple je blog dia tapi kemas !!
Follower ramai , ada tips nak bagi Zakwan tak ? hehe

Tu je lah ... Sekian (Y)

Segmen blog review oleh Jamaluddin.net

klik SINI kalau nak join

Assalamualaikum , salam 1blogger :)

Aku baru je tahu blog Jamaluddin ni dari Penulis Senja .
Tahu-tahu pegi blog dia, ada buat segmen .
Mesti la nak join , rugi tak join .hehe

Komen aku pasal blog Jamaluddin.net :

1. Blog memang kemas , tetapi terlampau 'KEMAS' . Maksud aku di sini , Plain sangat .
Jangan marah ye Jamaluddin.hehe

2. ERKK , tu je lah komen aku.hehe
Nak puji blog Jamaluddin ni , UV dia boleh tahan tinggi woo :0
Jealous aku .hehe

OK lah, itu sahaja . Nak komen lebih-lebih tak ada idea pulak
(y)


Part 2: Aksesori Domo-kun yang cun !

Assalamualaikum ,salam 1blogger :)

Aku ada tunjukkan beberapa aksesoris Domo-kun dalam post yang lepas-lepas (klik SINI bagi yang belum tengok).

Jom kita tengok lagi aksesoris menarik yang lain :

beg dompet Domo-kun, berdasarkan corak dan reka bentuk, sesuai untuk perempuan je kot ~.~ hehe



suka makan dan suka Domo-kun juga?sekarang anda boleh menggabungkan kedua-dua minat tersebut dalam satu masa.hehe



Note book Domokun.macam buku biasa ,cuma pattern Domokun je.



jam tangan khas Domokun, kalau rm10 boleh la aku beli.haha



Bukan ni je jenis keychain Domokun yang ada .banyak lagi kalau korang rajin mencari



Set Alat tulis Domokun,kenapa warna kuning?bergabung dgn Spongebob ke?haha


Banyak lagi aksesoris Domo-kun kat dunia ni.
Kalau aku nak nyatakan semua 10 entri pun tak cukup !hoho ,

Kalau suka entry ni jangan lupa like and share !
Sekian :)