Gempa Bumi Melanda Aceh Turut Dirasai di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca Blog Mohd Zakwan. Anda semua sihat? Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat dan selamat daripada bencana alam yang berlaku di Indonesia petang tadi.


Gempa bumi melanda Aceh Indonesia? Seperti yang dilaporkan di dalam TV3 dan Astro Awani, gempa bumi berkekuatan 8.9 Scala Richter telah berlaku di Indonesia yang berpusat di Aceh pada 4.38 petang 11 April 2012. Amaran Tsunami telah dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia.

Malaysia juga turut merasai gegarannya di beberapa tempat seperti di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Penduduk kawasan berkenaan telah melaporkan di Facebok/Twitter masing-masing bahawa mereka merasai sedikit gegaran akibat daripada gempa bumi di Aceh. Adakah anda turut merasai gegaran tesebut?

Lanjutan daripada gempa bumi yang berlaku di Aceh ini, perairan pantai di Malaysia akan turut terkena tempias Tsunami seperti yang tersebar di fanpage-fanpage terkenmal di Facebook. Ikuti petikan status di bawah:
Initial tsunami wave prediction arrival times:
1. Georgetown -09:11pm 11th April 2012 MY Time
2. Port Dickson -02:10am 12th April 2012 MY Time
3. Singapore -07:51am 12th April 2012 MY Time
Diharapkan anda yang berada di kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas bersedia dan jauhkan diri anda dari pantai untuk mengelak daripada dibadai oleh ombak Tsunami.

Setelah berjalan-jalan di beberapa buah blog untuk mencari informasi mengenai panduan cara untuk berhadapan dengan Tsunami, akhirnya jumpa juga. Jom lihat apa yang boleh anda lakukan jika Tsunami melanda kawasan anda [sumber dari mynewshub]
  • Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami.
  • Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.
  • Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai.
  • Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.
  • Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai.
  • Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan.
  • Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.
  • Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan.
Apa yang aku harap semoga penduduk-penduduk Aceh dan juga pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana berada dalam keadaan yang selamat hendaknya. Semoga Allah melindungi mereka. Amin