[Video] Program TV Korea Yang Menghina Agama Islam

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Ohh, sungguh tidak ku sangka, dalam banyak2 program televisyen yang Korea hasilkan, ada juga salah satunya yang mempersendakan Islam.
Sudah la aku meminati Korea --> minat lagu nya, cerita/drama nya dan tidak ketinggalan orang nya :P
Program televisyen yang aku maksudkan adalah Star King !
Bagi mereka yang layan rancangan realiti hiburan Korea (seperti 2 day 1 night), sudah pasti anda mengenali Kang Hodong kan ?


Pada pendapat aku, Kang Hodong ni tersangat lah kelakar dan memang sesuai untuk dijadikan Host/Pengacara di mana-mana rancangan realiti hiburan di Korea. TETAPI, dia juga merupakan host dalam rancangan Star King ini.
Dari tadi aku asyik menyatakan yang program televisyen Star King mempersendakan Islam, mana buktinya? Sila lihat video di bawah :


Sungguh tidak manis ada orang menari dan menyanyi berlatar belakangkan gambar Masjid yang menjadi tempat ibadah bagi umat Islam. Pendapat anda setelah melihat video di atas ?
Sekian. Peace (Y)

Jom bagi duit raya kepada Zakwan dengan klik SINI dan juga SINI :)

sitiatikah.com Nak Bagi Domain


Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Rasa-rasanya, ini merupakan contest ketiga yang aku masuk yang menawarkan hadiah berbentuk Domain/Hosting. Dalam contest2 yang lepas, nasib nampaknya tidak menyelebihi aku. Tapi tidak mengapa, aku akan cuba lagi sampai aku dapat apa yang aku hendaki iaitu mempunyai Domain sendiri ! Bersemangat ni, hehe

Contest ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu contest pertama(ini yang aku sertai) menawarkan hadiah berbentuk domain dan contest kedua menawarkan hadiah berbentuk hosting.
Sesiapa yang berminat hendak menyertai, bolehlah baca syarat2nya di SINI ye :)

Tarikh untuk buat entri mengenai contest ini : 28/8/2011 hingga 31/8/2011
Tarikh contest ini berlangsung pula bermula dari 1/9/2011 hingga 30/9/2011
Jadi, bagi sesiapa yang teringin sangat untuk mempunyai domain/hosting sendiri, jangan lepaskan peluang keemasan ini ! Klik SINI untuk join :)

Sekian. Peace (Y)
p/s : pemurah sungguh blogger Siti Atikah ni untuk mengadakan contest yang menawarkan hadiah lumayan. Semoga beliau sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

Cara Unik Untuk Memberi Duit Raya

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-28 umat Islam seluruh dunia menjalankan ibadah berpuasa. Bagi mereka yang sudah lama hidup, ibadah puasa bukan lagi menjadi suatu masalah. Cuma budak-budak kecil je la yang terasa kelainnya, yela baru nak belajar berpuasa.

Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, atau lebih tepat 2 hari lagi! Jadi aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAILAH KE HUJUNG KAKI ... Minta Maaf jika aku ada menyakiti hati sesiapa sepanjang aku menulis di blog ini . Harap Maaf Diterima :')

Ketupat, rendang, nasi impit(betul ke aku eja?), baju raya, DUIT RAYA .. Sebut je hari raya kita akan terbayang benda-benda tersebut.
Aku sengaja highlight kan perkataan duit raya di atas sebab aku nak korang BAGI AKU DUIT RAYA . WAKAKAKA . Tapi menyusahkan sebab kita di dunia maya, rumah jauh2. Lagipun nanti membazir jee duit korang nak beli sampul raya semata-mata nak letak duit raya dalam tu .hehe

sampul duit raya kegemaran aku :D

Cara yang paling mudah untuk bagi duit raya kat aku adalah ..
DENGAN KLIK IKLAN-IKLAN DI BAWAH INI :


Aku menghargai mereka yang sudi klik iklan2 di atas .. Korang telah membuat aku kaya RM0.20 bagi setiap klik :D
Terima Kasih ye kerana sudi memberi "duit raya" kepada aku :D
Sekian. Peace (Y)

p/s : kalau dah klik iklan2 di atas , sila tinggalkan URL blog anda di ruangan komen, nanti aku tahu la nak buat apa ;)
Budi Baik Dibalas Baik ;)

p/s lagi : ehhh , sat. Unik tak cara korang bagi duit raya kat aku ? Unik kan :P

Contest Word Search (TEST IQ) BUT..

nak Join ? Klik SINI
Salam sejahtera :)

Setengah jam aku mencari, akhirnya dapat juga :)

Harap-harap aku menang :D
Sekian. Peace (Y)

Gadget Followers Selalu Problem?Jom Ikuti Tutorial Ini

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Sudah hampir 3 minggu aku telah "membuang" gadget followers dari blog aku. Sebab apa ?
Macam biasa la, asyik loading tak habis-habis. Semenjak aku tukar ke template baru, gadget followers terus menghilangkan diri, hanya ruangan kosong berwarna putih je yang ada. Baik aku delete daripada menyemak kat blog aku -.-

Tetapi, aku tidak sesengal itu. Aku masih lagi letak gadget followers tetapi dalam cara yang cukup berbeza! Cara ini mudah untuk diaplikasikan dan korang semua patut mencubanya sebab gadget followers kan suka buat hal, nanti rugi lah orang datang blog kita tapi tidak dapat nak follow.
Jom ikuti langkah2 yang berikut :

Untuk FLOATING FOLLOW button (macam kat blog aku) :

1. Pergi ke Design --> Add a Gadget --> HTML JavaScript

2. Copy coding ini dan paste di kotal HTML tadi.

3. Kod yang aku hitamkan di atas itu korang kena tukar. Cara nak tukar :

8984556466054220687
Itu merupakan URL untuk Follow blog aku. Mana nak dapat ? Mula-mula, pergi ke Dashboard dan klik pada Settings. Cuba tengok di kotak URL browser korang, ada tertulis kan blogID ? Copy blogID korang dan letak kat coding tadi(gantikan dengan URL untuk follow blog aku tu) .

http://assets.tumblr.com/images/iframe_follow_alpha.png?6
Itu merupakan gambar butang follow yang kelihatan di blog aku sekarang ni(tengok di sebelah atas belah kanan blog aku). Kalau tak nak butang follow macam aku, pergi cari sendiri dan ambil URL gambar tersebut. Tukarkan dengan coding di atas.

4. Jangan lupa untuk Save . Lihatlah hasilnya :)



Untuk letak STATIC FOLLOW button di sidebar :

1. Pergi ke --> Design --> Add a Gadget --> HTML/JavaScript

2. Copy coding ini dan paste di kotak HTML tadi.


3. Kod yang aku hitamkan tu korang kena tukar. Caranya :

8984556466054220687
Tukar dengan blogID korang seperti yang aku ajar kat atas tadi.

Url gambar
Letak URL gambar butang Follow yang korang suka. Ni contoh yang aku bagi:

Saiz Width dan Height gambar korang boleh ubah ikut kehendak korang.

4. Save dan selesai !


Sekarang, korang sudah mempunyai butang Follow yang tersendiri. Jadi tidak perlu risau lagi kalau gadget followers blogspot ada masalah :)
Kalau ada apa-apa pertanyaan mengenai tutorial ini, bolehlah tinggalkan soalan anda di ruangan komen. Insyallah aku akan cuba sedaya upaya untuk jawab.
Sekian. Peace (Y)

Seven Colour Crystal Ball Diharamkan Untuk Penjualan

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Sumber : Kosmo

PUTRAJAYA - Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan seeds growing kits yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun dipercayai akibat tertelan SCCB.

"SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaharu di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.

Menurut beliau, berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati, barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan.

Katanya, kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.

"Mereka (kanak-kanak) mungkin menganggapnya sebagai makanan.

"Saiz asal SCCB kurang daripada 0.5 sentimeter tetapi apabila dimasukkan dalam air, ia mengembang lima ke enam kali ganda daripada saiz asalnya yang berbentuk seperti jelly rubber ball," kata Ismail Sabri.

Sehubungan itu, kementerian akan meneruskan pemantauan dan memberi khidmat nasihat kepada pihak industri supaya menarik balik barangan itu daripada pasaran serta melupuskan dengan cara selamat, selain bekerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan larangan import bagi SCCB dan seumpamanya dilaksanakan.

"Mereka yang masih menjual barang ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. - Bernama

p/s : Waktu sekolah rendah dulu, aku selalu beli Crystal Ball ni. Best woo main benda ni, bentuk asal nya macam ni :

Bertukar jadi besar macam ni :

Tak ke awesome tuh ? Tapi nak buat macam mana, dah kementerian nak haramkan :P

Sekian. Peace (Y)

Dapatkan Duit Raya Secara Online

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Teringin nak dapat duit raya secara online? Ajak rakan-rakan korang di laman sosial untuk join says.my! Kalau korang berjaya membuatkan rakan2 korang mendaftar di laman says.my, korang akan dapat RM3 per register ! Ini bermakna, kalau korang dapat menarik 10 rakan untuk register di laman says.my, dapatlah duit raya sebanyak RM30! Inilah namanya business online, hehe. Sungguh mudah tetapi lumayan.

Macam ini, mula2 korang kena berdaftar di syarikat pengiklanan says.my(sudah ada lebih 300,000 orang yang mendaftar) ! KLIK SINI untuk daftar .
Nak daftar senang je , hanya gunakan account Facebook dan Sign In di laman says.my.
Selepas itu ,korang boleh la start kongsi kempen yang terdapat di says.my. Cara untuk berkongsi kempen boleh lihat langkat di bawah :

(i) Klik pada Share This untuk share kempen .


(ii) Nanti akan keluar pop-out seperti di bawah ini, tik pada kotak kecil di sebelah I Understand.... . Selepas itu , klik pada Share this Campaign !


(iii) Nanti dia akan bagi Personal Campaign URL, apa yang perlu anda buat ialah copy URL tersebut dan share lah di Facebook ke atau tempat2 lain yang boleh anda sebarkan !

Kebanyakan campaign menawarkan RM0.20 - RM 0.40 per click . Semakin ramai orang klik , semakin tinggi lah pendapatan yang korang dapat ! Jadi , rajin-rajinla share campaign.

Di awal-awal tadi , aku ada cakap yang per register dapat RM3 tu kan ? Yang tu korang kena invite kawan2 korang untuk join says.my.
Tetapi harus diingat, JANGAN MAIN TIPU . Faham kan apa aku maksudkan ?
Jangan korang cuba-cuba nak buat account Facebook baru semata-mata untuk register di laman says.my !Kemungkinan besar, account korang akan di ban selama-lamanya dari says.my. Jadi, lakukan perkara dengan jujur terutamanya di bulan Ramadhan ini :)

Guna LINK INI untuk berdaftar di says.my .
Minta jasa baik korang untuk klik tawaran-tawaran menarik yang lain di bawah ini :
Syarat kalau hendak cash out ialah akaun says.my anda mestilah mencukupi RM100 ! Selagi tak cukup RM100 , tidak boleh cashout ye. Aku pun baru je cecah belasan ringgit , hehe

Aku harap entri ini dapat membantu mereka yang nak buat duit secara online. Sekian. Peace (Y)

dePalma SP:Download Movies,Software Di Sini

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Hari ini aku akan review blog dePalma SP yang beralamat di http://depalma-sp.blogspot.com/ .
Aku kenal blog ini pun melalui segmen yang aku pernah anjurkan .


Blog ini pada pada pendapat aku sungguh berinformatif ! Yang paling best mengenai blog ini ialah ianya menyediakan movie2 , tv-series dan software2 untuk didownload !
Antara tv-series yang menarik perhatian untuk didownload ialah BoboiBoy .
Siapa yang tak minat BoboiBoy kan . Karakter2 di dalam cerita animasi ini semuanya comel-comel . Tambahan , orang yang mencipta cerita ini merupakan orang tempatan kita !!
Kalau nak download BoboiBoy, klik SINI .

Selain itu , ada juga cerita Nora Elena bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk tonton di televisyen dulu . Klik SINI untuk download cerita Nora Elena .

Di blog dePalma SP ada juga menyediakan software untuk didownload. Antara software yang menarik perhatian aku dan mungkin akan menarik perhatian ramai ialah Internet Download Manager(IDM) Silent Installs . Tahukan ape itu IDM ? IDM ini merupakan Sofware Download Manager yang terlaju di dunia ! Tak percaya ? Cuba lah dulu -- > IDM

Lagi software menarik ialah Microsoft Office 2010 !! Siapa yang masih menggunakan Microsoft Office 2007 atau yang lagi down, sekarang tibalah masanya untuk anda beralih kepada yang terbaru yakni Microsoft Office 2010 . Klik Sini untuk download -- > MO2010

Jom kita terjah blog dePalma SP untuk menyelongkar lebih lagi software2 , movie2 dan informasi2 lain yang menarik !!
Entri terbaru di blog dePalma SP -- > Kawasan dan Lokasi Speedtrap

Sekian. Peace (Y)
p/s : Kenapa Afif menamakan blog dengan "dePalma SP" ?

Trick Update:Cara Buat Status Warna Biru di Facebook Tanpa Perlu Like Page

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Sebelum ini, aku ada menulis entri mengenai cara membuat status berwarna biru di FB, tetapi trick itu sudah tidak dapat digunakan lagi kerana Facebook sudah mengesan cara(bug) tersebut.


Entri ini adalah cara terbaru untuk membuat status berwarna biru di Facebook.
Ikuti langkah-langkat mudah berikut :

1. Like Page INI dahulu kepada mereka yang belum like .

2. Klik SINI dan anda akan nampak page seperti di bawah ini .

klik pada gambar untuk zooming !

3. Berdasarkan gambar di atas, copy kod yang diberi [ @[184559744940365:6:WRITE TEXT HERE] ] ke dalam kotak putih itu .

4. Di bahagian WRITE TEXT HERE , ubahlah mengikut apa yang hendak anda tulis sebagai status .


5. Setelah itu, klik pada butang SHARE di page tadi. Selesai ! Sekarang anda sudah membuat status berwarna biru di Facebook anda .

Apa-apa pertanyaan , bolehlah tinggalkan di ruangan komen. Aku akan cuba jawab sebaik mungkin . Like dan Share entri ini bersama kawan-kawan anda di Facebook , supaya trick ini dapat disebarkan :)
Sekian . Peace (Y)

Trick:Auto Poke Kawan Anda Di Facebook

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Tahukan apa itu Poke ? Poke ini boleh diibaratkan macam korang nak cakap "hello" kat seseorang. Aku selalu juga poke kawan-kawan aku di Facebook . Sekadar untuk suka-suka dan menghilangkan kebosanan di Facebok je , hehe

Trick kali ini aku akan ajar korang untuk auto-poke iaitu jika seseorang poke anda di Facebook, poke tersebut akan di balas dengan automatiknya . Jadi akan menjimatkan sedikit masa online korang , hehe .
Trick ini bersesuaian dengan browser Google Chrome dan Mozilla Firefox sahaja.
Jom ikuti langkat-langkat mudah berikut :

Untuk pengguna Google Chrome :

1. Install script auto-poke untuk browser anda di sini --> Poke All For Chrome

2. Sesudah install , nanti akan keluar mesej You Have Successfully Installed . Cuba perhatikan di sebelah kotak URL browser Google Chrome anda, ada butang Facebook di situ .

3. Klik pada butang Facebook tersebut dan tik pada kotak Autopoke .

4. Refresh page facebook anda .

5. Selesai ! Anda sudah poke semua kawan-kawan yang poke anda di Facebook !


Untuk pengguna Mozilla Firefox :

1. Install Grease Monkey dahulu dengan klik di SINI.

2. Di page Grease Monkey , klik pada Add To Firefox/Download Now . Lepas itu , akan terkeluar satu windows baru , klik je pada install .

3. Sekarang , anda perlu install javascript ini pula di browser anda --> FB autopoke 4.0


4. Sesudah install , nanti akan keluar 'Facebook' Autopoke installed succesfully . Sekarang , semua yang poke anda di Facebook telah di poke semula secara automatik :)

Harap tutorial ini senang difahami dan pada pendapat aku , senang je nak buat autopoke ini. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh la tanya di ruangan komen :)
Sekian . Peace (Y)

Hiburan sampingan , jom layan lagu Poke Me :
best kan lagu ni :D

Jadual Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Minggu lepas , baru je pelajar-pelajar tingkatan 3 mengambil peperiksaan percubaan PMR 2011. Amacam ? Senang tak paper ? Dah dapat result belum ? Kongsilah bersama dengan aku , hehe
Kalau result tidak berapa memberansangkan , jangan risau . Masih ada lagi sebulan lebih untuk korang belajar dan bersedia bagi menghadapi Kertas Sebenar Peperiksaan PMR .

Di bawah ini merupakan Jadual Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) bagi tahun 2011 :
4/10/2011 : -Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am)
-Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am)
-Pendidikan Islam (2.30 – 4.30pm)

5/10/2011 : -Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am)
-Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am)
-Geografi (2.30 – 3.45pm)

6/10/2011 : -Science Kertas 1 (8.10 – 9.10)
-Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm)
-Sejarah (2.30 – 3.45pm)

10/10/2011 : -Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am)
-Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm)
-Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm)

11/10/2011 : -Bahasa Arab (8.10 – 10.40am)
-Bahasa Cina Kertas 2/Bahasa Tamil Kertas 2/Bahasa Punjabi (8.10-10.10am)
-Bahasa Iban Kertas 2/Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10 – 9.25am)
-Bahasa Cina Kertas 1/Bahasa Tamil Kertas 1/Bahasa Iban Kertas 1/Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10 – 12.10pm)

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di Kementerian Pelajaran Malaysia .

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyenaraikan beberapa tips yang boleh korang amalkan sebelum menghadapi peperiksaan :

1. Ada buat salah kat ibubapa mahupun guru ? Minta maaf kat diorang semua awal-awal , biar pelajaran kita berkat dan senang masuk otak.

2. Pernah buat silap kat kawan-kawan ? Minta maaf juga, mana tahu diorang ada berdendam.

3. Kurangkan Online atau Jangan Online langsung , nanti teringat facebook/youtube/blogger/etc je waktu belajar nanti. hehe

4. Buat soalan trial PMR dan soalan PMR sebenar tahun-tahun yang lepas.

5. Jaga tingkah laku , buat baik kat orang selalu . Nanti diorang akan doakan kebaikan untuk kita.

6. Dah berusaha , sekarang kita bertawakal kepada Allah SWT . Banyakkan Amal Ibadah !

Tiada niat aku hendak berbangga , tetapi aku melakukan semua perkara di atas dan alhamdulillah , aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR .
Kalau aku boleh , korang pun mesti boleh kan ?
Kepada semua pelajar yang bakal menghadapi Peperiksaan PMR 2011, aku harap korang semua dapat melakukan yang terbaik khasnya buat GEORGIAN ! Harumkan nama sekolah ye :D

gambar pinjam dari google,hehe
Sekian. Peace (Y)

Pemenang Segmen Pengiklanan Percuma Selama 2 Minggu Di Blog Mohd Zakwan

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Masih ingat lagi yang aku pernah mengadakan segmen ? Klik SINI untuk ke entri berkenaan .
Cabutan dibuat berdasarkan nombor penyertaan di entri INI .
Alhamdulillah, hari ini (20 Ogos 2011) aku telah menghadiri mahkamah untuk melakukan cabutan dengan seadil-adilnya . Mahkamah yang aku maksudkan ialah website random.org , hehe .
Aku telah membuat 4 Cabutan di random.org dan berikut adalah keputusannya :

Lucky number 11 : DePalma SP




Lucky Number 4 : Mrs. Farhan




Lucky Number 15 : Nur Athirah Nordin




Lucky Number 6 : Aina Aiko Darwisya


Keputusan adalah muktamad. Tahniah kepada para pemenang !!
Perhatian kepada para pemenang , sila serahkan URL banner blog anda untuk diletakkan di Blog Mohd Zakwan . Aku beri masa 2 Minggu untuk korang berbuat demikian . Jika terlambat , aku terpaksa membuat cabutan lagi semula untuk menggantikan tempat mereka yang tidak memberi kerjasama .

Terima kasih kepada semua peserta kerana sudi menyertai first segmen yang diadakan oleh admin Blog Mohd Zakwan .
InsyaAllah , aku akan mengadakan lagi segmen / contest / giveaway yang pastinya menawarkan hadiah lumayan atau trafik lumayan kepada semua yang menyertai di masa hadapan :)
Kalau aku buat segmen / contest / giveaway lagi , jangan lupa join okay !!!

Sekian. Peace (Y)
p/s : terharu ada juga orang sudi sertai segmen yang aku anjurkan :')

SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?

nak join ? klik SINI

Assalamualaikum , salam sejahtera :)
Memang bagus segmen ini diadakan , lagi2 aku baru je bertukar ke template yang baru minggu ini . Jom join sebelum terlambat ! Tarikh tutup segmen : AHAD 21/08/2011 pada jam 2 PM

Peace (Y)

Mengantuk di Dalam Kelas?Guna Sabun ini..

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Entri ini khas untuk mereka yang masih belajar tidak kiralah di peringkat mana pun.
Korang selalu mengantuk dalam kelas ? Tidak dinafikan aku pun selalu juga mengantuk di dalam kelas , tetapi aku masih lagi dapat kawal diri daripada tidur . Tapi ada juga kadang kala mengantuk tahap gila nak mamp** , tidur je terus . hoho
Jom jom , ajak kawan-kawan korang untuk membaca entri ini sebab .... aku akan senaraikan beberapa TIPS UNTUK TAHAN MENGANTUK sewaktu berada di dalam kelas !

Ambil kesempatan untuk tidur .
Contoh pertama : Jika ibu bapa korang yang hantar korang ke sekolah menaiki kereta persendirian , dalam kereta tu tidur la sekejap . Kepada yang naik bas awam , jangan pula korang buat macam ni ya . Jawabnya, sampai esok takda sapa yang nak kejutkan korang :P
Contoh kedua : Ambil masa waktu rehat untuk tidur . Barulah boleh fokus apabila cikgu tengah mengajar nanti .

Pakai sabun tahan mengantuk .
Adakah korang semua tahu negara kita telah berjaya menghasilkan sabun tahan mengantuk ? Bagi yang belum tahu , inilah sabun yang aku maksudkan :

"Kuasa Karbon Teraktif di sabun AQURA berkuasa menggetarkan sel darah 2000 kali seminit selepas dipakai . Rahsianya terletak pada formula terkini karbon teraktif yang halus diimport dari Eropah. Ia berkuasa menghasilkan persekitaran yang diperkaya dengan ion negatif, menyerupai persekitaran air terjun dan sinaran inframerah yang memancar jauh, menyerupai cahaya mentera pagi. Maka, Aqura menjadikan anda berasa segar dan tahan mengantuk selepas diguna .Karbon, bahan yang diguna sejak zaman purba, mempunyai banyak kegunaan termasuk menghilangkan bau, agen pencuci dan bahan anti kulat. Ramai orang bermasalah kulit, rengsa dan masalah bau badan telah menemui penyelesaian dengan Aqura . Karbon mampu menyerap klorin dalam air, memberi anda rasa suci dan lembut . "
Itu merupakan penerangan macam mana sabun ini berfungsi untuk menghilangkan rasa mengantuk . Bukan sahaja boleh menghilangkan mengantuk, malah masalah2 lain yang dinyatakan di atas dapat diselesaikan . Aku ada sabun ni sebab mak aku ada jual , harganya Rm10 sahaja . Memang berkesan sebab aku pernah guna :)


Lakukan senaman ringan .
Yang ini biasa dilakukan oleh cikgu Chemistry aku . Pantang dia nampak orang mengantuk , dia akan suruh semua pelajar berdiri dan arahkan pelajar membuat senaman ringan seperti yang dia buat . Salah satu senaman ringan adalah , mengurut bahu kawan, angkat tangan lepas tu pusing2 , etc. Lebih kurang macam warming up sewaktu Pendidikan Jasmani jeee :)
contoh-contoh senaman ringan yang boleh diamalkan ..


Tampar-menampar .
Kalau rasa dah mengantuk sangat tu , tampar je pipi sampai hilang rasa mengantuk .haha
Aku selalu juga buat ni tapi takda la tampar kuat-kuat, ala kadar cukup la . Paling penting, jangan korang tampar kawan korang sudah la , tak pasal-pasal dapat penampar free :P

Sergah !!
Tahukan apa itu sergah ? Sergah tu seperti memeranjatkan orang ! Waktu korang tengah mengantuk , minta tolong kawan di sebelah untuk sergah korang tanpa korang sedari . Serius , ianya akan menghilangkan rasa mengantuk korang dalam jangka masa pendek . Tetapi harus diingat , SERGAH TANPA DISEDARI ! Ada faham ?

beruk pun pandai melatah . haha

Minta kebenaran untuk keluar sekejap .
Jika cikgu tengah mengajar , dan korang berasa mengantuk gila , minta kebenaran cikgu untuk keluar dari kelas sekejap . Pergilah ke tandas bagi membasuh muka atau pergi jalan-jalan sekitar sekolah dengan kadar yang segera ! Ingat, jangan ambil kesempatan untuk ponteng/fly kelas pulak !


Bermain pen .
Ini merupakan hobi aku , iaitu bermain pen . Tapi aku bukan guna pen biasa, aku guna pen khas untuk pusing-pusing seperti yang terdapat dalam entri INI . Jangan membazir duit macam aku untuk beli pen tu , guna pen biasa pun boleh .

mamat mana pulak sesat main pen ni ?? hehe

Itu sahaja lah tips2 yang aku amalkan bagi menahan diri daripada tidur / mengantuk .
Cubalah setiap tips yang aku tulis di atas, insyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu korang menyelesaikan masalah sering mengantuk di dalam kelas . TETAPI , kalau kononnya korang tertidur juga , jangan salahkan aku pulak ye :P
Dan jika korang ada tips2 selain daripada yang dinyatakan di atas , boleh la suarakan pendapat korang kat ruangan komen . Sama-sama kita berkongsi ilmu tahan mengantuk , hehe XD

Sekian . Peace (Y)

Menarik:Basikal Diperbuat Daripada 10,000 Batang Kayu Aiskrim

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Pernah terbayang untuk mencipta basikal sendiri dengan menggunakan batang aiskrim ?
Seorang pemuda daripada China bernama Sun Chao telah berjaya mereleasasikan angan-angan tersebut . Dalam masa 4 bulan , Sun Chao berjaya menyiapkan basikal tersebut dengan menggunakan 10,000 batang aiskrim ! Tidak sia-sia masa 4 bulan yang dihabiskan oleh dia , kerana itulah merupakan satu-satunya basikal yang diperbuat daripada batang aiskrim di dunia ini. Orang Asia ni kreatif rupanya , hehe .

Spesifikasi basikal tersebut - 1.5m panjang , 0.95m tinggi dan hanya seberat 25kg .
Basikal ini memang kecil, tetapi mampu bertahan untuk menampung berat Sun Chao (90 Kg) tanpa sebarang masalah. Basikal ini bukan sahaja boleh dibuat hiasan atau masterpiece malah boleh ditunggang . Gempak tu ..

untunglaa .. hehe


sungguh teliti dia membuat basikal tu..

Sejak kecil lagi , Sun Chao sudah mencipta barang daripada batang aiskrim dan barang pertama sekali dia pernah buat ialah sebuah meja kecil . Berkenaan dengan basikal ini pula, dia mendapat ilham waktu berumur 12 tahun apabila melihat sebuah rancangan televisyen yang memaparkan orang membuat kapal terbang menggunakan batang aiskrim . Basikal tersebut dibina dengan menggunakan batang aiskrim kecuali pada bahagian rantai dan bearing .

Sun Chao sudah menghantar permohonan ke Guiness Book Of Records , tunggu masa untuk diluluskan sahaja . Dia bercita-cita untuk mencipta badan kereta pula dengan menggunakan batang aiskrim. Sama-sama lah kita nantikan macam mana rupa badan kereta tu , hehe .

Harap korang enjoy membaca entri ini . Sekian Peace (Y)
p/s : aku pun ada angan-angan juga , iaitu nak cipta sendiri bahan-bahan elektronik sendiri macam ipad . Tetapi, kemahiran langsung tidak ada . hoho x)

Trick:Copy Kod ini dan tekan nombor 9!

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Trick kali ini aku belajar melalui kawan aku pada hari ini .Dia tulis dalam note di facebook , dan tag aku untuk membaca note tersebut .
Aku dengan tak sabarnya, nak publish hari ni juga mengenai trick itu !
Jom ikuti langkah-langkah yang berikut dan lihat apa yang berlaku (AWESOME) :

1. Highlight kod di bawah ini :

696666999999666999999666666966666966666696666666669666696666696 696669999999969999999966669696666966666696666666696966696666696 696666999999999999999666696669666966666696666666966696699999996 696666669999999999996666966666966966666696666669666669696666696 696666666699999999666666999999966966666696666669999999696666696 696666666666999966666666966666966966666696666669666669696666696 696666666666699666666666966666966999999699999969666669696666696


2. Tekan butang CTRL dan F serentak di keyboard pc anda .

3. Masukkan nombor 9 dan tekan enter . Lihat apa yang berlaku !

Kod di atas telah berubah kepada sesuatu yang lain daripada asalnya ! Ia merupakan sesuatu yang baru buat aku , bagi yang dah tahu , tak perlu lah nak kecoh2 "aku dah tahu" dan ayat-ayat yang seumpama dengannya. Ini bagi mereka yang belum tahu sahaja .
Kalau ada lagi kod-kod magic macam ni , akan aku bagitahu di lain entri . Have fun , Peace (Y)

p/s : Walaupun belum raya lagi , aku dah pun dapat duit raya ! Alhamdulillah , terima kasih kepada bakal kakak ipar aku !! :D

Wordless Wednesday:Dapat Netbook Baru Percuma


alhamdulillah :)

p/s : tak de la baru sangat , nak dekat sebulan dah aku dapat netbook ni daripada kerajaan, baru hari ni nak post gambar ^^ . Sorry bad quality image , sebab guna camera phone cikai je . Peace (Y)

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda

nak join ? Klik SINI

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Nak join segmen ini , harap lepas dipromote oleh tuan penganjur , blog aku akan meningkat trafiknya , hehe :)

Peace (Y)

Lelaki Halimunan Paling Kreatif Di Dunia

Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

Cuba lihat gambar di bawah ini betul-betul , ada yang tak kena kan ?

Nampak apa-apa tak ? Kalau tak nampak , pendek umur .hehe

Memang ada orang yang tengah menyamar kat situ iaitu Liu Bolin ! Kenal tak dia siapa ?
Liu Bolin merupakan seorang artis dari China yang amat berbakat dalam bidang menyembunyikan diri bersesuaian dengan latar belakang tempat dia berdiri.
Dia berumur 38 tahun dan telah mengembara ke merata tempat di dunia ini untuk mencuba 'menyembunyikan diri' di tempat2 seperti kotak Telefon di London dan juga Stadium Olimpik di Beijing (ehh , Beijing bukan ke kat China ? )

di sebalik tabir ..

Aku rasa , orang yang tengah mengecat Liu Bolin tu la yang kreatif ! Liu Bolin hanya memberikan idea dan berdiri diam-diam je . Siapa setuju dengan aku ? hehe
Selain gambar Liu Bolin menyembunyikan diri di sebalik rak tin minuman pasar raya , jom kita lihat gambar lain yang pernah dihasilkan oleh artis berbakat dari China ni :


Latar belakang : kotak telefon di London (errr, macam tak jadi je )


Latak belakang : Grafiti wall


di sebalik timbunan batu pun , Liu Bolin boleh menyembunyikan diri .kreatif sungguh


dah macam hantu pulak .. hehe


gambar paling mencabar , di mana Liu Bolin menyorok ?


alamak , kasut yang dia pakai spoiler lah ! hehe



Latar belakang : Stadium Olimpik , Beijing


gambar ni paling style bagi aku ! :D

Sebenarnya , banyak lagi karya yang dihasilkan oleh Liu Bolin. Berbuih la mulut aku kalau nak letak semua xD
Kata artis dari China ini , setiap gambar mengambil masa sehingga sebulan untuk dirancang , manakala bab cat-mengecat nya pula pernah sehingga 10 jam ! Perghh , tak da masa aku nak buat benda2 macam ni ! Baik berblogging , haha
Harap korang enjoy membaca entri ini . Kalau suka , like dan share lah dengan rakan-rakan :)
Sekian . Peace (Y)

p/s : Pada pendapat korang , yang mana satu paling style ?
sumber gambar : yahoo

Contest : Header saya comel

nak join ?? Klik SINI

Assalamualaikum, salam sejahtera :)
Aku nak join Contest Header saya comel yang dianjurkan oleh Syafiq .
Ini merupakan header yang aku pertaruhkan untuk contest ini :



Amacam , comel tak ? Kalau tak comel, segak bergaya boleh kot . hehe
Aku harap dengan header yang dipertaruhkan , aku berjaya memenangi contest menarik ini . Seperti yang dijanjikan oleh tuan rumah , hadiah lumayan bakal menanti untuk tempat pertama, kedua dan ketiga . Kepada yang hendak men-joinkan diri , apa tunggu lagi , cepat hantar penyertaan anda ke blog penganjur sebelum 12.00 am 27 Ogos 2011 !!
Sekian . Peace (Y)

Fida:Tandatangan Mamat(Sepah) buat saya jatuh hati

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)



11 Ogos – "Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.

Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing- masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.

Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."

"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.

Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.

"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.

Sumber : yahoo.com

Jom Join Group Blogger ini di Facebook!

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Alhamdulillah , kenyang perut aku berbuka di masjid tadi . Lauknya sedap , air pula berbagai jenis ada ! Dah macam kedai pulak aku rasa , tapi kedai free la . hehe


Korang ada apa-apa masalah mengenai blog ? Tak kisah anda menggunakan platform apa2 pun , mungkin Rakan Blogger 2dayblogger.com boleh membantu !! Dah hampir satu minggu aku join group ni , apa-apa je masalah tentang blog , aku straight away tanya kat situ . Beberapa minit lepas tu , gerenti ada orang tolong bagi cadangan/jawapan nak selesaikan masalah aku ! Ahli-ahli nya pun semuanya peramah dan baik hati . First time aku dengar mengenai group ini di blog ceritamamat.com . Aku tertarik untuk masuk group ini sebab tiada Spam(ping entri blog) , jadi takdelah wall kat situ semak dengan URL2 blog .


Pengasas group Rakan Blogger 2dayblogger.com merupakan Faisal Abdullah . Mesti semua orang kenal kan full time blogger ni ? Tetapi group tu , bukan abang Faisal sorang je handle, ada 5 admin ke 4 admin . Ramai jugak tu !
Sila patuhi syarat2 group ini iaitu :

i. Tidak dibenarkan untuk share/ping entri disini

ii. Tidak dibenarkan untuk menggunakan bahasa-bahasa kesat

iii. Jangan invite RSP /Event yang Merepek-repek (Please Take Note !!)


Pengecualian:-

i.Pengecualian diberikan kepada entri-entri yang berkaitan dengan tip blogging sahaja.

Gunakan group ini untuk bertanya @ berkongsi tip-tip yang berkaitan dengan blogging supaya dapat dimanfaatkan bersama-sama.

Sekiranya ingin kongsikan blog anda,sila cari wall "Senarai Blog Rakan-Rakan Blogger 2DayBlogger.Com"


Jomlah join ramai-ramai , kalau boleh sebarkan group ini kepada semua biar group ini bertambah besar komunitinya . Cuba ambil yang positif iaitu semakin ramai yang join, semakin banyak pendapat/ilmu tentang blogging yang boleh kita peroleh !
Sekian.. Peace (Y)

Facebook Sudah Diserang Anonymous !!

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Berita Tergempar !! www.facebook.com sudah di hacked !
Sebelum ini , Anonymous (hacker) telah memberi amaran dalam videonya di youtube mengenai Facebook akan dimusnahkan .
Bagi yang belum mengetauhi apa2 tentang perkara ini , boleh lihat video ini :


Pesanan dari Anonymous :

Operation Facebook

DATE: November 5, 2011.

TARGET: https://facebook.com

Press:
Twitter : https://twitter.com/OP_Facebook
http://piratepad.net/YCPcpwrl09
Irc.Anonops.Li #OpFaceBook
Message:

Attention citizens of the world,

We wish to get your attention, hoping you heed the warnings as follows:
Your medium of communication you all so dearly adore will be destroyed. If you are a willing hacktivist or a guy who just wants to protect the freedom of information then join the cause and kill facebook for the sake of your own privacy.

Facebook has been selling information to government agencies and giving clandestine access to information security firms so that they can spy on people from all around the world. Some of these so-called whitehat infosec firms are working for authoritarian governments, such as those of Egypt and Syria.

Everything you do on Facebook stays on Facebook regardless of your "privacy" settings, and deleting your account is impossible, even if you "delete" your account, all your personal info stays on Facebook and can be recovered at any time. Changing the privacy settings to make your Facebook account more "private" is also a delusion. Facebook knows more about you than your family. http://www.physorg.com/news170614271.htmlhttp://itgrunts.com/2010/10/07/facebook-steals-numbers-and-data-from-your-iph....

You cannot hide from the reality in which you, the people of the internet, live in. Facebook is the opposite of the Antisec cause. You are not safe from them nor from any government. One day you will look back on this and realise what we have done here is right, you will thank the rulers of the internet, we are not harming you but saving you.

The riots are underway. It is not a battle over the future of privacy and publicity. It is a battle for choice and informed consent. It's unfolding because people are being raped, tickled, molested, and confused into doing things where they don't understand the consequences. Facebook keeps saying that it gives users choices, but that is completely false. It gives users the illusion of and hides the details away from them "for their own good" while they then make millions off of you. When a service is "free," it really means they're making money off of you and your information.

Think for a while and prepare for a day that will go down in history. November 5 2011, #opfacebook . Engaged.

This is our world now. We exist without nationality, without religious bias. We have the right to not be surveilled, not be stalked, and not be used for profit. We have the right to not live as slaves.

We are anonymous
We are legion
We do not forgive
We do not forget
Expect us

Mengikut amaran Anonymous di atas , operasi tersebut akan dijalankan pada tarik 5 November 2011 . Tetapi, sekarang pula diorang sudah lancarkan serangan ! Tak percaya ? Ini buktinya :


gambar ni aku print scren tepat pada pukul 7.00pm waktu Malaysia bertarikh 12 Ogos 2011

Aku memang suka mengelabah , hehe .
Dah Facebook cakap, 'Please try again in a few minutes' , tunggu lah kan .
Sebenarnya, Facebook ada masalah sedikit sebentar tadi . 5 MINIT BERMASALAH !
Tak pernah2 Facebook mengalami masalah kritikal macam ini .Mungkin disebabkan terlampau ramai orang tengah online sekarang , sampai Facebook tak boleh handle . Kesian Mark Zuckerberg .hehe
Semuanya sudah kembali seperti biasa , cuma persoalannya sekarang ni , perlu ke Anonymous meng-hack Facebook ?

Sekian .. Peace (Y)
p/s : sesiapa dapat jumpa Anonymous ni , cakap dengan dia , email aku kena hack T.T

Cool Trick Dengan Hanya Menggunakan PEN

Tengok video kat bawah ni :


WHAT THE FISH !!!

Gila kentang orang dalam video tu , aku sekarang dalam proses nak belajar semua benda kat atas tu la . hehe
Tapi aku masih belajar yang basic sahaja seperti yang kat bawah ni :

Infinity Tutorial

Memang takda manfaat pun belajar semua ni , tapi just for fun . lagipun test baru je habis tadi :)
Thats all . Peace (Y)

p/s : Boleh release tension main benda alah ni .hehe

Giveaway [sitiatikah.com] Bulan Ramadhan

Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

FUHHH , penat nya ambil test Mathematics dan Chemistry kat sekolah tadi . Result nya aku tak tahu lah macam mana nanti -.-

Hiraukan cite aku kat atas tu , tujuan sebenar aku buat entri ini adalah untuk Join GA yang diadakan oleh Siti Atikah !
Syarat2 nya mudah sahaja, iaitu :
Buat entri bertajuk "Giveaway [sitiatikah.com] Bulan Ramadhan" --> dalam entri tu , maklumkan pasal GA ni ---> sudah tulis entri, sila postkan URL entri tersebut di ruangan komen di SINI !

Alhamdulillah , hadiahnya pun lumayan juga iaitu :
RM 260 (RM 100 + RM 50 + RM 50 + RM30 + RM 20 + RM 10)
Domain + Hosting
Topup RM 20
Kad Raya
Keychain Singapore
Keychain Sarawak
1 CD Trust Port Total Protection edition 2011
hadiah-hadiah di atas di-sponsor oleh :

Baiknya hati diorang untuk sponsor , semoga mereka semua panjang umur dan dimurahkan rezeki !!
random.org yang akan menjadi hakim bagi giveaway ini , jadi aku berharap moga aku antara orang yang bertuah untuk memenangi GA ini . AMIN :)
Penting ** tarikh tutup GA ini ialah pada 20/08/2011 ! Jom lah JOIN sebelum terlambat !

Sekian . Peace (Y)
p/s : kalau menang Domain dan Hosting tu , aku amat2 lah bersyukur, tapi kalau menang RM260 tu, lagilah aku suka !! Korang semua doakan aku memenangi giveaway ini ye, setiap hari aku bermimpi untuk memiliki domain dan hosting sendiri , malangnya aku masih belajar . jadi kena saving x)

Senarai Blogger Yang Menyertai Segmen "Pengiklanan Percuma selama 2 Minggu di Blog Zakwan"

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Alhamdulillah ,ada juga yang sudi menyertai SEGMEN PERTAMA yang aku anjurkan . Penyertaannya juga boleh dikatakan amat memberansangkan bagi blogger baru/newbie macam aku . Berikut merupakan senarai blogger yang telah memenuhi syarat-syarat untuk menyertai segmen Pengiklanan Percuma Di Blog Zakwan Selama 2 Minggu :


Bagi sesiapa yang masih lagi baru di blog ini ataupun yang baru je mengetahui tentang segmen pengiklanan percuma ini, korang boleh klik SINI samada untuk join ataupun tengok2 sahaja .
Aku galakkan korang untuk join, tak susah pun syarat-syaratnya malah hadiahnya pun sangat lumayan !! :D
Tarikh Tutup Segmen ini ialah pada :

11 OGOS 2011

Tarikh di atas sangat special buat aku kerana ia merupakan tarikh lahir aku(nak jugak bagitahu,hehe).
Jadi marilah join sebelum terlambat !! Klik SINI untuk JOIN :D
Sekian .. Peace (Y)

p/s : untuk pengetahuan anda semua , setakat ini (4 Ogos 2011) , blog Mohd Zakwan telah mendapat ranking ke 776,433 dalam Alexa Rank (Global Rank) . Kalau di Malaysia pula, blog Mohd Zakwan berada di ranking ke 9312 . Traffic blog ini juga setiap hari akan berada dalam lingkungan 70-1++ UV . Jadi , jika blog korang terpilih untuk pengiklanan percuma di blog Zakwan, insyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan trafik di blog korang juga . Harap Maklum :)
Buktinya, sila lihat gambar atau korang boleh check sendiri di alexa.com :