Nak tukar suara perempuan menjadi lelaki ?


Ada banyak cara untuk melakukan tapi aku lebih senang menggunakan
Audacity.


  1. Setelah download software, install seperti biasa. Software ini merupakan free-source, so is sememangnya free to use.
  2. Setelah habis install, open Audacity dan open file yang ingin diubah, sila dapatkan lagu yang version studio kerana audionya tiada masalah.
  3. Untuk testing, aku memilih lagu Christina Perri- Jar of Hearts, bagi aku, lagu ni memang menyentuh perasaan. Nak download lagu ni kat 4shared.com pun boleh.
  4. Semasa anda ingin memasukkan lagu, akan ada sedikit loading, setelah abis loading, click Cntrl+A untuk select bahagian lagu tersebut.
  5. Click effect-> change pitch.
  6. Tukar Percent change to negatif. Contohnya –15 hingga –25. Dalam lagu nie saya pilih –20
  7. Tekan Ok. Tekan Play untuk dengar.
  8. Tekan File –> Save As Mp3 untuk simpan dalam Computer anda.

Buka kembali dan dengarlah... hehe , lagu yang bersuara perempuan dah jadi lelaki ..
haha
Terima Kasih daun keladi kepada blog ni kerana ajar aku benda alah ni.hehe

sekian :)

RUNSING

Assalamualaikum
Dah dua hari kot aku tak update blog, bukan sebab MALAS, cuma busy dengan Homework. Semalam sebenarnya aku ada log in sekejap blogger nak edit sikit2 blog ni biar cantekkk , tapi lain jadinya -.-

Aku edit punya edit tak jadi ape2 pun, last2 berbalik ke theme yang aku guna sekarang ni [T.T]
Bagai tikus membaiki labu lah pulak...

Dah malas aku nak edit theme blog aku ni, tak paham sangat bermain dengan code-code yang kat HTML tu, silap usik smua lari !!! tula tajuk entri aku RUNSING , sebenarnya runsing dengan nak edit blog ni la.hehe

Tapi takpe , kita bermula daripada tak tahu ape2. tetapi satu hari nanti kita akan naik ke atas, bukan lagi di bawah.
Nanti tak lama lagi tahu lah aku selok-belok blog ni, dah pro kang, aku buatla tutorial .haha


Esok sekolah, takkan nak tidur lambat pulak.
chaw chin cau :)

Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Bulan 4-6 2011


Assalamualaikum
Ni first time nak masuk bloglist orang.hehe
Aku LELAKI /MALE ,hehe

Tu je kot ?
Sape2 yang nak masuk bloglist budak botak, boleh pergi SINI

Sekian :)

Lajukan Broadband Yang Dah Habis Limit

Assalamualaikum semua :)

Hari Ahad sudah menjelang, esok hari Isnin , sekolah -.-
erk, malasnye ~~ memang takde mood la sebab kerja sekolah yang cikgu bagi tak sentuh lagi . hahaha

Back to topic, aku akan ajar korang macamana nak lajukan broadband yang dah habis limit . Macam aku lah, aku guna broadband celcom, limit sebulan hanya 5GB sahaja . Susah la, sebab aku dah la kerap guna internet, tambahan pula, aku berkongsi dengan kakak aku punya broadband(sebenarnya, broadband ni memang die punye pun) hehe.
Jadi memang setiap bulan pihak celcom akan hantar mesej macam ni kat aku :


Huh memang payah la, internet akan menjadi lembap lepas celcom dah hantar mesej macam gambar kat atas tuh !

Huhu , tapi, dengan berkat usaha aku mencari cara-cara nak lajukan broadband ini balik, akhirnya berjumpa juga dengan satu blog ni. Blog sape lagi kalau bukan blog budakbotak . Thank you very much budakbotak tunjukkan tutorial nye dengan jelas ! hehe.

Cara-cara nya adalah seperti berikut :

1) Pastikan waktu nie dah connect ke internet. Tekan "start" & cari "run". Dalam tu tulis "cmd" dan tekan ok.


Kalau window vista/7, tulis 'cmd' kat search tu

2) Akan keluarlah command prompt macam kat bawah ni. Tulis "ipconfig/all" dan enter.


3) Bila dah enter akan keluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tengok gambar kat bawah untuk pilih mana yang betul.


4) Ok skarang taipkan "ping [address korang] -t" Contoh ping 10.175.53.131 -t macam gambar kat bawah. Bila berjaya, korang akan terima balasan macam kat bawah. Kalau tak keluar macam kat bawah ni, maksudnya tak berjaya la tu.


5) Biarkan benda ni berjalan selama mana korang online. Kalau dah tak nak tekan pangkah tu je.

Proses nie akan buat korang akan sentiasa ada connection dgn server, akan cepatkan proses hantar & terima packet (budak2 network and IT tau la apa benda ni) jadi website lebih cepat loading.

Tip ni untuk semua jenis broadband tak kira la CELCOM, MAXIS, DIGI asalkan broadband .
Tutorial di atas berdasarkan window XP , yang lain mungkin sedikit berbeza.
Jadi , nikmatilah kelajuan internet korang seperti biasa ! hoho..
Sekali lagi thank you budakbotak.

Sekian :)



Rubik's cube

Assalamualaikum

Pernah main tak rubiks cube ? ape itu rubiks cube ? sapa yang cipta menatang tuh ?

Rubiks cube ini merupakan permainan puzzle (teka-teki) yang paling susah kat dunia ini ! Malah pencipta rubiks cube pun mengambil masa selama 1 BULAN baru dapat menyelesaikannya ! Wah lamanye.Tapi sekarang aku rasa dah menjadi senang kot sebab satu dunia dah boleh mempelajari cara mudah untuk menyelesaikannya di internet .

Pencipta rubiks cube ialah Erno Rubik dan dialah orang pertama yang menyelesaikannya (dah sah dia yang buat , dialah yang kena selesaikannya dulu sebelum bagi orang lain main. Hehe).

Hendak maklumat lagi lanjut tentang pencipta rubiks cube ni , boleh la rujuk pakcik google kita J

Rubiks cube ni pernah menjadi fenomena kat sekolah aku , sebab ade satu tahun tuh, tak payah cakap la. Berlambak gila orang bawak rubiks cube kat sekolah. Aku rasa bukan sekolah aku je macam tu, ramai lagi kot.Kot2 ,satu dunia heboh pasal rubiks cube ? Yeah. Memang satu dunia heboh pasal benda ni pun.

Korang tahu cara nak solve rubiks cube ni ? senang je. Segalanya di hujung jari anda, lagi sekali rujuklah pakcik google.hehe . Ataupun korang boleh menggunakan software ini bagi menyelesaikan rubiks cube tu ataupun pergi ke laman web ini bagi menyelesaikan rubiks cube anda.

Lepas korang dah dapat selesaikan rubiks cube ni, mesti la korang nak catatkan masa terpantas kan ? Macam aku , seingat aku la. Paling laju aku pernah buat 5+ saat ! Tapi rekod dunia paling laju sekali ialah 19 saat. MAK AI !! Tangan pelesit ke laju gila macam tu ? haha . Nak tengok video orang yang buat tu, pergilah youtube .

Gambar-gambar di bawah merupakan antara jenis-jenis rubiks cube yang ada kat dunia ini. Ni baru sikit je, macam-macam jenis lagi ade !! J

Rubiks cube original 3 X 3 X 3

Revenge cube 4 X 4 X 4

Professor cube 5 X 5 X 5

Sekianlah buat hari ini :)

Go EARTH HOUR (Y)

Assalamualaikum

Hari ini , aku teringat nak buat 3 post . Sebab tiba-tiba je idea datang secara terus-menerus. Hari ini, 26 MARCH 2011 , korang tahu kan event yang akan berlaku pada malam ni ?




Yaaa betul ! Malam ini start dari pukul 8.30 hingga 9.30 malam (satu jam) merupakan EARTH HOUR !

Sebenarnya, event ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap perubahan iklim di planet kita bernama BUMI. Rasa-rasanya , semua negara kat dunia ni ambil bahagian kot termasuk MALAYSIA :)

Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dengan menutup seluruh lampu di rumah anda selama satu jam. Satu jam je kan , tak lama pun ? Jadi diharap semua orang memberikan kerjasama yang padu agar malam earth hour ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun satu jam je kita tutup lampu semua tu, iklim dunia akan sedikit sebanyak SEJUk sebab haba dari lampu dah tak de buat sementara waktu (haih, betul ke aku ni ? pakai cakap je.hoho) .

Apa-apapun , go earth hour !! J

Berjumpa lagi di next post aku.hehe

Command Prompt for FUN

Assalamualaikum :)


Sebelum membuat semua benda yang akan aku beritahu kat bawah ni, korang tahu tak COMMAND PROMPT tu ape ? Command prompt digunakan untuk memberi arahan kepada laptop/pc korang . Aku sebenarnya tak tahu menahu sangat menggunakan benda ni . Baru je aku tahu serba sedikit setelah searching at pakcik google .Thanks PakCik .hoho XD

First of all, sentiasa ingat, benda yang akan aku ajar kat bawah ni tak de kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.hehe

Dan benda ni just for fun .

Jangan salah guna benda ni okay J

Jap, tahu tak command prompt ni terletak kat mane dalam pc/laptop korang ? Bagi pengguna window vista macam aku ni, korang pegi start and then tulis kat kotak search tu ‘cmd . Bagi pengguna window yang lain, try pegi kat start and then bukak ‘run’ , and then search la ‘cmd

Kalau dah jumpa bagus la J

Nak tengok movie star wars ?

Kalau ye , macam ni caranye.

Mula-mula buka dulu command prompt.

Tulis macam ni kat command prompt tuh

telnet towel.blinkenlights.nl

dan tekan enter !

Nampak tak movie star wars ? okay, sebenarnya….

Aku tak try lagi benda ni XD .hehehhe

Tula aku tanya korang .hehe

Bosann ? cuba yang di bawah ni pulak

Chatting dengan computer orang lain yang menggunakan network yang sama dengan korang ataupun nama lain nye Local Internet Connection (LAN).

Betul ke boleh buat camtu ? huih , memang boleh .Tapi syaratnya , window XP je kot yang boleh sebab window vista dan window 7 dah kena buang function ni. Tu lah information yang aku tahu.

Ikutilah step ni :

1. Bukak notepad (tahukan notepad itu ape ?)

2. Copy benda di bawah ini dan paste kat notepad

@echo off

:A

Cls

echo MESSENGER

set /p n=User:

set /p m=Message:

net send %n% %m%

Pause

Goto A

3. Sesudah itu, save benda ni . Letak nama ni messenger.bat

Tertanya-tanya kenapa kena letak nama macam gitu ? Mane aku tahu ape sebabnya.huhu

4. Bukak file yang korang create tadi. And tadaaaa , keluar lah command prompt .Kat situ korang akan Nampak macam ni

MESSENGER
User:

5. After ‘user’ tu, taip IP address computer orang yang korang nak message tuh.

Kepada sesiapa yang masih tidak tahu macam mana nak mengetahu ip address seseorang itu, korang pegi kat computer dia. Bukak command prompt. N then tulis ni

ipconfig/all

Pastu akan kluar lah macam2 kat situ, yang perlu korang fokuskan adalah, cari IP address sahaja. Contoh ip address 10.163.33.108

6. Sudah taip ip address ke belum ? kalau sudah tu .tekan lah enter, and then taip la mesej yang korang nak sampaikan and tekan enter sekali lagi . Selesai J

Seterusnya, kita beralih kepada bagaimana nak shutdown/tutup pc seseorang itu.Disebabkan kemalasan aku hendak translate nye dari BI ke BM, aku copy paste je la .hehe J

1. Go to Start > Run and type in cmd

2. You will see the command prompt window . Now type in this command line.

shutdown.exe -i

And hit Enter. You will see remote shutdown Window. If you know someone’s IP on a computer in your Local Area network, type in their IP Address after clicking the add button.

3. After entering the IP Address click OK . Now watch the person’s face as their computer shuts down.

Some users have asked me that they got Access Denied error for remote shutdown. Add the user with the privilege to force a remote shutdown on the computer you are about to Shutdown.To do this go to control panel > Administrative Tools > Local Security Settings. Now go to Security Settings > Local Policies > User Rights Assignment. Double-click on Force shutdown from a remote system in the right pane and Click on Add User or Group. Add the computer that runs the remote shutdown command.
Or you can do this go the computer you are about to Shutdown
a) Go to Start > Run > type in Regedit in the dialog box and hit enter
b) Go to My Computer/HKEY_LOCAL_MACHINE /system/currentcontrolset/control/lsa
c) Find “forceguest” in the right pane Double click on it to modify This entry change the value from “1″ entry to “0″

Demikianlah antara beberapa trick command prompt yang aku tahu , nak tahu lebih banyak dan lebih mendalam tentang command prompt ni ,pakcik GOOGLE sentiasa ade untuk membantu. Hehe

Sekian J

LEFT-HANDED/KIDAL

Assalamualaikum

Dah baca tajuk ? haa, tulah yang aku nak kongsi pada hari ni. Nak kongsi berkenaan dengan fakta-fakta yang menarik tentang orang yang menggunakan tangan kiri dalam melakukan aktiviti harian mereka seperti menulis, menggunakan peralatan , dan macam-macam lagi. Istilah lain bagi tangan kiri ialah left-handed/kidal, tu je kot .hoho

Thanks izmel mengingatkan aku tentang kidal ni, memberi idea nak post ape hari ni kat blog.haha

Aku ni memang setia pada tangan kiri aku ni, menulis tangan kiri. ARHHH , menulis je kot aku rasa tangan kiri, sebab badminton aku maen dua2 belah tangan boleh, bowling tangan kanan sahaja. OHH lupe, aku pegang gunting tangan kiri ,hoho XD

Mengikut kajian, 5-15 peratus orang kat DUNIA INI adalah merupakan pengguna tangan kidal/left-handed dan kebanyakannya adalah LELAKI dan AKU TERGOLONG DALAMNYA XD, perempuan pun ade juga. Orang yang kidal juga lebih dominan menggunakan otak sebelah kanan . For your info, otak kita sonsang, macam tubuh badan kita. Kalau kita gerak tubuh badan sebelah kiri, sebenarnya otak kanan yang ..... bekerja !

Menurut kajian yang dilakukan oleh para pengkaji dari University Aberty, Skotlandia, mereka yang sering menggunakan tangan kiri atau kidal ternyata cenderung mudah rasa cemas atau malu dengan apa yang ingin mereka lakukan atau katakan. Dalam kajian yang diterbitkan di dalam jurnal ‘Personality and Individual Differences’ menemukan bahawa mereka yang kidal lebih cenderung untuk mengawal diri berhadapan dengan situasi baru atau yang di luar kebiasaan.

Otak sebelah kanan menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini, individu kidal dikatakan lebih bijak dari segi KREATIVITI dan SENI berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan..haa dengar tu.hahaha
Orang kidal ni lebih cepat memproses berbagai rangsangan berbanding denga orang yang menggunakan tangan kanan ? betul3 .ha3
Kidal juga adalah lebih sensitif emosinya sebab otak kanan yang mengatur emosi-emosi negatif ( ohHH patut la aku sensitif, hoho).

Fakta MENARIK mengenai ORANG yang LEFT-HANDED ni :

Mereka lebih cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dikatakan atau dilakukan ( ohhh i see i see )

Individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Sebab tu la orang kidal dapat sesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Disebabkan itu juga, secara purata orang kidal mempunyai jangka hayat 9 TAHUN LEBIH PENDEK berbanding mereka yang bertangan kanan. ( INI AKU TIDAK BERAPA SETUJU AR, hidup mati ketentuan ALLAH SWT !! )

Kelebihan dan kekurangan orang kidal ,,, nak tulis tulisan jawi sonang berbanding tulis bahasa biasa(rumi). SOBAB EH kalau kita perhatikan , tulisan rumi bermula daripada KIRI ke KANAN, jadi susah sikit bagi orang kidal ni, sebab meninggalkan kesan macam dakwat pen melekat kat tepi JARI KELINGKING disebabkan tangan terpaksa diseret ke kanan(UNTUNGLA ORANG YANG GUNA TANGAN KANAN) .Kalau orang kidal pula akan senang tulis jawi sebab kan tulisan jawi dari KANAN KE KIRI jadi tiadalah kesan yang ditinggalkan kat jari-jemari kite :0
Lagi, ada orang cakap tangan kidal ni KREATIF. biar betoll ?? haha , sebab aku tak kreatif pun, biasa je,hehe
KESIMPULANNYA KAT SINI, SETIAP SESUATU YANG ALLAH CIPTA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA, ingat tu.

  • Pemimpin Negara : Napoleon Bonaparte, Presiden George HW Bush, Fidel Castro, Hugo Chaves, Bill Clinton , Ronald Reagan, Barack Obama, Pangeran Charles , Pangeran William dari Inggris, Benyamin Netanyahu, Harry S. Truman, Victoria dari Britania Raya
  • Orang Terkenal : Bill gates, Oprah Winfrey, Felipe Colderon, Michael bloomberg, Lord Baden-Powell (founder gerakan Pramuka)
  • Pemuzik dan Bintang Film : Jimi Hendrix, Kurt Cobain , Paul McCartney, Babe Ruth, Tony Iommi(Black Sabbath), Dominic Howard (Muse), Ringo Starr (Beatles), Zacky Vengeance, Phil Collins (Genesis), Tom Cruise, Julia Roberts, Tom Cruise, Slyvester Stallone, Bruce Willis, Keanu Reeves, Raphael, Robert DeNiro, Angelina Jolie, Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Noel Gallagher (Oasis), Oscar DeLa Hoya, Valentino Rossi, Morales Patricio, John McCartney (Beatles), Kurt Cobain ( vokalis dan guitaris Nirvana), Nicole Kidman
  • sport : Monica Seles, Iker Casillas, Petr Cech, Lin Dan, Lionel Messi, Rafael Nadal
  • Ilmuwan Isaac Newton, Marie Curie dan Benjamin Franklin, Aristoteles, Albert Einstein
  • Seniman Michelangelo dan Leonardo Da Vinci
  • Tokoh-tokoh sejarah Alexander the great, Charlemagne dan Julius Caesar.
Kat atas tu semua orang yang menggunakan tangan kidal . Huhu,
Tak semestinya orang kidal ni pandai muzik la , kreatif la ,itu la ini la.
KALAU MALAS tak dee jadi pandai tiba2 kan ?

JADI KAT SINI, kejayaan yang kita capai semuanya adalah usaha titik peluh sendiri dan bukannya orang lain. TAK SEMESTINYA kita tangan kidal , kita hebat XD
RAMAI LAGI kat luar sana yang popular tapi bukan kidal , ada je ?

hoho , sekianlah post aku kali ini :)

Last minute !




Assalamualaikum
Aku ni SELALU SANGAT buat kerja LAST MINUTES !
Tak tahu la bila benda ni boleh diubah.
Macam cuti seminggu ni, aku rancang nak siap kan segala homework yang cikgu bagi pada hari khamis lalu, tapi MALAS LA. ngehehe
Last-last, hari ni and semalam(sabtu) barulah aku terhegeh-hegeh nak buat homework .
Frust ! Sampai tarik rambut aku nak siapkan latihan addmath (tengok gambar,tu bukan aku ,haha) .
Bukan homework je aku selalu buat last minutes, bahkan macam nak bersiap keluar,orang semua dah nak gerak , barulah tersipu-sipu bersiap. hoho
Tapi , aku yakin , bukan aku jeee yang buat keje LAST MINUTE atau SAAT2 AKHIR .
Mungkin yang tengah membaca post ini pun selalu juga camni ?? hehe X)

Apa-apa pun , aku berharap la dapat ubah benda yang tak baik ni menjadi sesuatu yang lebih baik . Doakan aku berubah dan aku juga akan mendoakan anda semua ;)


Korea :)

Assalamualaikum
Jangan terkejut kalau lelaki macam aku pun minat cite + lagu korea, haha
Aku kenal ni pun sebab kakak aku la ni. Mula-mula, tengok drama korea, kakak aku bukak kbs world aku layan je, Best jugak layan cerite korea ni .haha
Pastu, lagu korea pulak dahhhh aku layan . Antara lagu korea aku layan sampai sekarang ni :
Cnblue/love, Shinee/Lucifer, Shinee/Ring Ding Dong, Banyak lagi tapi tu je la aku nyatakan , Antara korea drama yang aku layan : Bread,love and dream , The fugitive Plan B ( dua-dua cita ni dah lama habis dah .hoho)
Gambar2 di bawah :DD


THE FUGITIVE PLAN B

SUPER JUNIOR

SNSD XD

CN BLUE

SHINEE

sekian

Lajukan pc/laptop dan juga internet connection

Daripada lembap macam


berubah menjadi




Assalamualaikum :)

Hari ini , aku akan ajar trick menggunakan notepad juga. Tetapi , yang ni lah aku rasa paling hebat pernah aku tahu . Dengan menggunakan trick ni, AKU PUNYE LAPTOP SPEED MENINGKAT DUE KALI GANDA (KOT) , DAN INTERNET CONNECTION PUN BOLEH TAHAN LAJU.
tak percaya ? Tak cuba lagi mana tahu .Peringatan penting, kalau nak buat benda ini, hati-hati. Tutup dulu lain-lain application sebelum buka file yang dicreate ( akan aku ajar nak create file ni ). Pastu, segala risiko macam crash ke, fail apa-apa kat pc/laptop korang hilang ke, JANGAN SALAHKAN AKU.
SEMUA RISIKO ADALAH TANGGUNGAN DIRI ANDA SENDIRI . huh.. tegas ni .haha

Ikut step ni :

1. Open notepad

2. Tulis benda alah ni kat notepad korang

mystring=(80000000)

3. Dah tu, tekan save dan letak nama ram.vbe
(save file ni kat desktop, supaya senang sikit nak buat trick ni)

4. Double click lah kat file yang korang buat tadi .

Selesai !!! sekarang adakah anda rasai perbezaan nya SEBELUM dan SELEPAS membuat trick ni ? Jikalau semakin lembap, PC/LAPTOP korang lah yang sewel . haha
Lepas aku dah buat trick ni memang ade perbezaan nya, lagi laju (AKU TAK TIPU LAH)

***seperti yang aku cakap tadi,
SEGALA RISIKO ADALAH TANGGUNGAN ANDA SENDIRI***

SEKIAN :)

apa aku buat hari ni

Assalamualaikum
Hari ini ,aku pergi jusco dengan kawan-kawan setaman aku .hoho ,dah lama juga tak keluar dengan diorang semua ni.yelah, semua dah pergi sekolah berasrama,dah ada haluan masing-masing(bukan semua,tapi majoriti lah).Apa
-apa pun ,alhamdulillah, kitorang selamat pergi dan balik. Hehe
Akulah first sekali datang kat jusco,diorang semua ada yang baru nak bertolak ,ada yang on the way datang jusco .tapi takpe.biase lah tu..haha .dah semua orang dah sampai kat jj,1st skali pergi arcade ,maen pool lah. .maen yang tumbuk-tumbuk tu lah.hoho .pastu solat jap n then makan,men b0wling ... ! Maen bowling ? Kitorang sebenarnya merancang nak tengok movie kul 1lebih .tapi tiket dah habis.jadi terpaksa lah beli yang 3.30pm punye.Cerita apa kitorang tengok ? I AM NUMBER FOUR . Boleh tahan lah cerita ni, lebih kurang macam smallville kot sebab hero die datang dari planet lain..pendapat aku la macam smallville.pendapat anda semua?emmm.ok ,sblum tonton wayang ,ingat tak kitorang main bowling? Haa,kat sini tersekat sikit. Sebab ,kitorang lambat masuk pawagam,ialah dah bayar main bowling,takkan lah nak bla mcam tu je ! Tapi last-last , tak habis jugak main 1 game.haha ,dah pukul 3.40pm waktu tu ,popcorn semua belum beli lagi ! Huhu,diorang masuk pawagam terus ,tak beli ape-ape..tapi aku dengan kawan aku sorang Ni je yang nak beli makanan .beratur panjang ~~~dah sampai pun turn aku .happy ni ,tapi mood aku berubah secara drastik ! Time aku nak beli lah, air coke dah habis , delay 5 minit! -.-
Sabar je la .last-last pukul 4 barulah aku masuk pawagam .haha , hari yang tidak berapa baik buat aku .tapi takpa, setiap benda terjadi ada hikmahnya :)
Dah habis tengok wayang ,semua balik ke rumah masing2,yelah dah pukul 5.30pm .pukul 6 kang nak maen futsal lagi! Hoho .
Hari yang agak penat tapi best lah,dah lama tak kluar jalan-jalan.
zzzzzz
Tidur dulu .hoho