Holistik? Marcapada? Heterogen?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)
Holistik? Marcapada? Heterogen? Korang pernah dengar tak perkataan macam tu? Tahu maksudnya? Soalan paling sengal, perkataan tu dari bahasa apa? 

Dah dua hari berturut-turut aku tidur waktu petang, balik je dari sekolah terus tidur. Memang malam rasa tak mengantuk langsung lah kan. Jadi, malam-malam aku merajinkan diri untuk online. Macam biasa, first site yang aku pergi mestilah facebook.com


Dah login tengok notification, inbox dan lain-lain, baru teringat yang aku kena cari nama domain baru untuk pelancaran blog baru. Ingat tak di entri sebelum ini, aku ada mention pasal 1malaysianews.net? Nama domain tersebut sebenarnya aku beli dalam keadaan tergesa-gesa dan menyebabkan aku menyesal sekarang ni. Semua ini gara-gara mengikutkan kata orang sangat, sampaikan hasrat diri sendiri dihiraukan. 

Sewaktu aku sedang menulis random stuff kat google untuk mencari idea bagi nama domain yang baru, aku terjumpa sebuah blog yang agak menarik kerana isinya yang bagus dan memang sesuai untuk candidate SPM macam aku ni. Secara jujur, buat pertama kali aku singgah blog jenis macam INI. First time, I tell you.

Sebelum ini, blog yang tidak berkaitan dengan akademik je yang aku singgah dan baca untuk meluangkan masa lapang. Tetapi, entah macam mana tetiba aku tertarik untuk membaca karangan/esei Bahasa Melayu khas untuk pelajar SPM yang ditulis oleh Amirul Rezza. Setiap karangan yang Amirul tulis, sungguh gramatis ayat-ayat, perkataan-perkataan yang digunakan. Contoh ayat gramatis yang digunakan; holistik, marcapada, heterogen, nafsi, pragmatis.

Mungkin korang pernah terbaca atau terdengar perkataan-perkataan (marcapada, nafsi, etc) tersebut, tetapi bagi aku, ia merupakan sesuatu yang baru dan menarik untuk dipelajari! Ye aku sedar, aku ni pemalas dan baru sekarang aku sedar akan kewujudan perkataan-perkataan macam tu. Tapi janganlah nak condemn aku, aku masih mentah dan banyak lagi ilmu yang perlu diterokai.

Untuk pengetahuan mereka yang tak tahu maksud perkataan-perkataan yang aku tulis kat atas, jom ikuti satu persatu maksud perkataan tersebut:
Holistik = menyeluruh
Marcapada = sekarang ini, kini
Heterogen = pelbagai, berbagai-bagai
Nafsi = pentingkan diri
Pragmatis = praktikal, mudah diamalkan tetapi masih berkesan.

Kan dah bertambah vocabulary Bahasa Melayu korang? Sebenarnya ilmu boleh dipelajari secara langsung dan tidak langsung dalam apa jua medium pun. Contohnya macam sekarang ni, korang baca blog aku ni secara tidak langsung dapat menambah vocab BM korang. Setuju? Ilmu senang diperoleh cuma manusia je yang malas untuk menuntutnya. 

Jadi aku ingin menyarankan pelajar-pelajar SPM terutamanya (peringkat umur lain pun boleh, menuntut ilmu tidak mengira usia), gunakanlah medium internet untuk menimba ilmu bagi persediaan kita menghadapi peperiksaan SPM. Antara cabangnya, korang boleh pergi blog INI untuk lihat contoh-contoh karangan format SPM Bahasa Melayu yang mantap. 

Kalau nak mantapkan pengetahuan Bahasa Inggeris korang pula, bolehlah rujuk artikel-artikel yang dihasilkan di laman web seperti ezinearticles.com. Subjek-subjek lain, korang bolehlah search di Google.



Ingat satu perkara ni, belajar bukan hanya untuk menduduki peperiksaan SPM sahaja, tetapi belajar adalah untuk melengkapkan perkara yang dituntut dalam fardhu Ain dan juga fardhu kifayah. Semua yang kita lakukan di dunia ini amat berkait-rapat dengan keadaan kita di akhirat kelak :)

Peace (Y)

Contest Teka Angka Shakiddo.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Contest teka angka? Ini bukan main teka nombor ekor eh. Kalau korang cari ramalan nombor ekor, di sini bukanlah tempatnya. Pergi tempat lain, hehe.


Kali ini zakwan ingin melibatkan diri dalam sebuah contest yang dianjurkan oleh shakkido.com iaitu Contest Teka Angka by Shakkido.com. Seperti biasa, setiap contest/giveaway yang aku masuk semestinya menawarkan hadiah yang amat menarik dan berkualiti. Aku ni memang memilih. Tak kisah lah orang nak cakap apa, tapi kalau hadiah tak menarik, memang aku takkan masuk.
Tempat Pertama :
RM50 + Voucher JUSCO AEON + eBook SEO Ariff Shah + JERSI PANTHERA TEAM MALAYSIA
Tempat kedua : RM30 + Voucher JUSCO AEON + eBook SEO Ariff Shah
Tempat ketiga : RM20 + Voucher JUSCO AEON
Hadiah misteri : Barangan saguhati dari IKEA
Sebenarnya target hadiah aku dalam contest ini ialah eBook SEO Ariff Shah. Jadi, kalau tak dapat tempat pertama, tempat kedua pun jadi lah. Sebab apa aku menginginkan sangat eBook SEO yang dihasilkan oleh Ariff Shah ini?

Sebab tak lama lagi aku bakal melancarkan blog baru yang bertemakan isu semasa dan cerita menarik dengan menggunakan domain www.1malaysianews.net. Dengan itu, aku ingin belajar mengenai ilmu SEO untuk score di SERP Google. Korang semua doakan lah aku agar berjaya dengan blog 1malaysianews ini :)

Untuk melayakkan aku memenangi hadiah dalam contest ini, ada 4 tugasan yang perlu aku laksanakan seperti yang diarahkan oleh penganjur.

Tugasan pertama: Like gambar ini [done] 
Tugasan kedua: Share, Like, Retweet dan G+ entri Hebat Sungguh UNIFI..!!! by shakkido.com [G+ tak dapat sebab aku bawah umur, tak boleh guna Google Plus. Sorry Kid, harap tak batalkan pulak penyertaan zakwan ni] 
Tugasan ketiga: Teka angka bagi unPaid earning. Inilah tekaan aku, harap-harap mengena ---> RM270.90 
Tugasan keempat: Kena letak ayat di bawah ini...
Contest ini dianjurkan oleh shakiddo.com bersama sponsor hazmanfadzil.com dan sharidawati.blogspot.com

DONE! Jom lah sertai contest ni. Tak susah pun nak join. Hadiah lumayan pulak tu. Peace (Y)
p/s: tarikh tutup penyertaan pada 30 Mac 2012. Cepat-cepat lah join ye :)

Keliru Dalam Pemilihan Web Hosting

Assalamualaikum...

Rasa keliru nak beli hosting mana. SERVERFREAK? DATAKL? ? 
Harap-harap tak tersilap langkah. Korang ada pengalaman dengan syarikat hosting? Cuba bagitahu aku kat ruangan komen. Mana tahu boleh dijadikan panduan :)