Kartun Inggeris dialih bahasa ke loghat NOGORI.Omang ai

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Pernah tonton cerita di Cartoon Network channel 616 di astro? Aku walaupun dah berumur ,masih tengok juga kalau ada cite yg best macam cite kat bawah ni ..



Ce teka ce teka cite apa dalam gambar tu? Haha ,terang-terangan ada tulis kat gambar tu ,tajuknya The Grim Adventure of Billy and Mandy .
Sebab ape aku suka cite ni ye?
Sebab salah sorang karakter dalam cite ni bercakap dalam loghat Nogori (negeri 9) ..hoho

First time aku tengok cite ni dulu, TERKEJUT GILA .TAK SANGKA ada gak kartun yang ditranslatekan ke loghat nogori. Aku panggil satu family tengok sekali .Sejak itu la ,aku layan cite tu (sekarang dah kurang,bz dengan blog,hoho) .

Antara karakter dalam The Grim Adventure of Billy and Mandy :

Billy si pengotor .suka korek hidung,tahu la hidung besar !ha3



Mandy si bad mood. Sepanjang masa muka dia macam tu , cuma ada 1 episod je die tersenyum sebab kena sumpahan kot.ha3



haa ,itula karakter yang cakap loghat nogori tu. Favourite word dia "omang ai" ..sumpah kelakar .ha3


Aku harap korang enjoy baca entri ini.. Dan try la layan cite The Grim Adventure of Billy and Mandy di channel 616 dalam pukul 10.30pm.. Hari Isnin-Jumaat kot..hoho ..

Sekian.. Peace (Y)

Review Photography Blog -Danish's Blather

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Dia sama kelas dengan aku ..
Dia rajin buat homework (iye ke?haha) ..
Dia ni gila dengan photography dan menjadikannya sebagai hobi ,bukannya karier..
Dia merupakan follower Pertama blog aku ..
Dia juga merupakan pembaca setia blog aku ..
Dia bernama Danish ..
Dia pun ada blog juga ..

Jom terjah blog Danish !!
http://danishfairoz.blogspot.com

Blog dia sangat-sangat simple..dia tak pikirkan pasal design blog dia , asalkan gambar2 dia post semuanya lawa-lawa. Dia tangkap sendiri tu ..hehe



antara gambar yang ada di blog Danish..


Thanks Danish jadi follower pertama dan pembaca setia blog aku.hoho

Sekian..Peace(Y)
P/s : Selamat Menyambut Hari Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam di dunia, hayatilah hari ini dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT :)

Trick:Kunci Komputer Anda dengan hanya Menggunakan USB

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Dunia dah makin maju , sekarang , dengan hanya menggunakan USB seperti Pendrive pun boleh kunci/lock komputer anda . Maknanya, kalau tak de USB , tak boleh la unlock komputer anda . Diibaratkan USB adalah sebagai kunci untuk membuka pintu rumah .
Trick ini sesuai digunakan untuk semua jenis windows termasuklah windows 32 bit dan 64 bit.

Nak belajar cara-caranya ?
Ikuti langkah-langkah yang berikut :

1. Muat turun software Predator di link ini ---> Predator Link Download

2. Predator akan dibuka secara automatik sejurus selepas anda install software tersebut . Kalau tak terbuka secara automatic , bukalah secara manual dengan klik di software tersebut di pc anda.

3. Sekarang , cucuk USB anda .Nanti akan ter-popup mesej yang meminta anda untuk isi PASSWORD . Jangan lupa pula Password tersebut. Dan jangan risau, ianya tidak akan mengapa-apakan USB anda.

4. Klik pada OK dan masukkan Password anda .

5. Sila Periksa di bawah USB Key Drive dan pastikan USB yang dipilih ialah USB yang anda hendak gunakan sebagai "Kunci Rumah" .

6. Akhir sekali , klik pada Create Key dan tekan OK.

Selepas itu, software Predator ni akan tertutup dengan sendirinya. Sila buka kembali software tersebut dan ia akan memakan masa beberapa saat untuk installation.
Apabila icon di taskbar anda berubah ke warna hijau, bermakna software telah lengkap installation nya .

credit to - pctipstricks.net

Tahniah kalau berjaya. Kepada yang tak lepas-lepas tu, sila baca langkah-langkah dengan teliti dan kalau tak dapat juga, TAKZIAH . hahaha xD

Sekian.. Peace (Y)

Berita Baik buat Para Perokok Tegar !

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Ini serius dan bukannya main-main..Berita baik buat para perokok tak kira lah di Malaysia ke ,Luar negara ke, korang akan hidup lebih lama daripada orang yang tak hisap rokok !
Mungkin kebanyakan kita sudah mengetahui fakta ini ,tetapi tak pe lah ,meh aku kongsi dengan korang semua (yang dah tahu ,pergi main jauh2 ! hoho)..
Sebab ape aku kata orang yang hisap rokok lagi lama hidup ? Sebab ..diorang dah biasa dengan asap rokok..Dah hisap rokok ,mestilah asapnya pun dah biasa dihidu..



TETAPI , kesian kepada orang yang tak merokok (AKU LAH TU ,hehe) ..tak pasal-pasal boleh mati cepat ,sebab paru-paru mereka ni tidak biasa dengan asap rokok ,jadi cepat lah mereka mamppp FULLSTOP .kehkeh

3/5 ahli keluarga aku merupakan perokok ,jadi Setiap Hari ,aku TERPAKSA menghidu asap rokok yang dihasilkan oleh mereka, memang terseksa juga la ! Kadang-kadang tu terpaksa tutup hidung ,tapi apa gunanya ,molekul udara adalah sangat halus jadi ayam-ayam je asap rokok masuk ke hidung aku..

Sudah berapa kali aku cakap dengan family aku ,henti-henti la hisap rokok.. Tapi faham-faham la ,dah start ,memang susah nak berhenti bak kata diorang..
Jadi ,ingat-ingatlah semua,jangan mulakan . Sekali cuba , musnahlah kehidupan korang ...Keh keh..

Jika kita tengok anak-anak muda sekarang ni ,dulu sorok-sorok hisap rokok ,sekarang ?
Kalau boleh tu siap nak tunjuk depan awek lagi ,kononnya macho .. Tapi tidak bagi aku !

Entri ni merupakan luahan hati aku terhadap perokok-perokok tegar ,..tolonglah berhenti ..
Dengan merokok ,banyak karbon dioksida dihasilan ,semakin panasla bumi. .
Bukan itu je , sel otak anak-anak juga akan turut terjejas ,korang nak ke anak-anak jadi bodoh ?? Sanggup ??

Waktu aku bekerja nanti ,aku nak cipta sebuah alat yang dapat menapis udara (letak kat hidung ,haha) khas buat mereka yang tak merokok, yelah ,kesian diorang (aku)..haha

Sekian..Peace (Y)
P/s : sorry ayat skema macam tulis karangan format SPM .kui kui

Trick:Block Website Yang Anda Tak Suka Tanpa Menggunakan Software

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Nak block laman web yang anda tak suka ?
Ikuti step-step yang berikut...
Trick ni sesuai untuk windows xp, vista dan window 7 .

1. Buka Mycomputer .
2. Buka korang punya Operating System Drive (Selalunya bernama C Drive)
3. Pergi ke Windows ---> System32 ---> drivers ---> etc
4. Nanti , korang akan nampak satu file yang bernama Hosts . Bukak file tersebut menggunakan Notepad .
5. Apabila korang bukak file Hosts tu nanti, padam ayat kat Barisan Paling Akhir dalam file tersebut .
6. Taip 127.0.0.1 dan di sebelahnya, tulis URL Laman Web/Website yang anda nak block TANPA menulis www . Faham ?
Lihat gambar untuk gambaran lebih jelas..

klik untuk besarkan gambar ..

7. Akhir sekali , SAVE

Selesai ..
Sebenarnya trick ni agak bagus , supaya tak bagi orang lain yang menggunakan computer kita pergi ke laman-laman web yang "menggelapkan hati" . Ada paham ? hehe

Sekian.. Peace (Y)
Kalau suka , Like dan Share lah ye :)

Part 2 Full Video Maharaja Lawak Akhir beserta Keputusan

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Tema Part 2 Maharaja Lawak Akhir ialah muzikal.. Tapi aku rasa-rasa lah ,dulu kan ada guna tema ni ?kenapa dia ulang balik ? Erm..
Apa-apa pun ,jom layan ML Akhir..

Nabil~~



Jambu~~



Sepah~~



Jozan~~



Selesai semua persembahan finalist Maharaja Lawak ,ada persembahan sampingan oleh Salih Yaakob dan .. Err ,perempuan sorang tu (tak ingat nama ,haha)

Dan keputusan ML ..
Jeng3 ..tengok ni


Tahniah Sepah ! Korang memang layak pun ,setiap minggu konsisten lawaknya.. Setiap minggu persembahan Sepah (dan juga Jozan ,hehe) aku follow sebab diorang best..
Sekali lagi ,tahniah Sepah !

p/s : hadiah utama berjumlah RM350000 tapi dibahagi 3 , RM116000 seorang..lagi untung Nabil ,RM150000 bolot sorang-sorang..hehe
Peace (Y)

Part 1 Full Video Maharaja Lawak Akhir

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Maharaja Lawak minggu akhir bersiaran di Stadium Melawati Shah Alam .
Part 1 bertemakan bebas..
Jom layan Maharaja Lawak minggu akhir ..


Nabil~~



Jambu~~



Sepah~~



Jozan~~


Selesai Part 1 ,Part 2 pula lepas ini.. Stay tuned :)

Cara buat Status Facebook "Via..."

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Pernah tengok orang update status kat Facebook via .. macam ni ?

Gambar kat atas tu merupakan Facebook aku , hoho.
Takde keje punya pasal , aku buatlah via playstation 3 walaupun aku TAK PERNAH ADA langsung PS3 .haha
Macam mana nak buat macam tu ? Senang je ...
Walaupun korang takde PS3 ,iPad, iPhone, Blackberry ke , korang masih boleh update status via gadget-gadget berkenaan ..

Pergi ke Link ini ----> StatusVia

contoh status via... yang ada

Lepas dah pergi ke link yang aku bagi tadi , akan keluarlah macam dalam gambar di atas .
Pilih lah mana yang berkenan , dan tekan "update status" ..

Selain website StatusVia yang aku bagi tadi, website ini pun boleh juga --> FbGratis
Website di atas tu macam orang Indonesia je yang buat , hehe
Kat FbGratis , diorang ada ajar juga macam mana nak buat facebook via... ciptaan korang sendiri :0
contohnya , via selipar buruk , via telefon awam, via ape-ape je la yang korang nak .
Lagi awesome kan ? hehe

Tu je la website yang aku tahu nak update status facebook via macam2 ni .
Kalau korang tahu selain website di atas , bolehlah komen dan beritahu aku , hehe.

Sekian..Peace (Y)

p/s: benda ni sekadar suka-suka sahaja , bosan-bosan boleh lah buat :D

Notepad Trick: Kenakan Kawan Anda

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Dulu aku pernah buat post mengenai notepad trick juga . Tapi , time tu tak banyak sambutan sebab blog ni masih baru lagi . Jadi , aku nak mempopularkan entri yang lama tu , hehe
Jom baca entri ni ----> Cool Notepad Trick

Kali ni ,aku nak ajar korang macam mana nak kenakan kawan dengan hanya menggunakan Notepad sahaja .Effect trick ni ialah , apabila diorang buka file notepad yang korang create ni, nanti akan ter-popup banyak kali (sehingga 100 kali) application Notepad di pc/laptop diorang . Memang jahat kan , haha

AMARAN KERAS: Trick ni sekadar untuk suka-suka je, jangan disalah gunakan . Apa-apa kesan yang berlaku , jangan salahkan aku dan kalau nak buat trick ni , biarlah dekat kenalan-kenalan yang dah lama kita kenal ataupun rapat, supaya nanti tak timbul perasaan benci-membenci .keh3

Ikut step-step berikut :
1. Open Notepad di pc/laptop .

Klik untuk besarkan gambar

2. Taip code seperti yang di bawah ni :

@ECHO off
:top
START %SystemRoot%\system32\notepad.exe
GOTO top

3. Lepas tu , save file notepad tadi dengan nama prank.BAT

Selesai . Mudah je :D
Korang boleh attach dan send file yang korang create tadi kepada email kawan-kawan yang korang nak kenakan ,
Jangan korang buka file ni sudah la , nanti diri sendiri yang terkena . haha

Sekian .. Peace (Y)

p/s : Mintak tolong klik iklan-iklan ni ye . Thank You :D

Mas Ahmad Safwan Ajak Masuk BLOGLIST

Nak Join ? Klik SINI

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Sebab apa aku nak Join bloglist yang dianjurkan Mas :
Supaya sedikit sebanyak dapat meningkatkan trafik atau Unique Visitor ke blog Zakwan melalui bloglist di blog Mas.
Dan berharap juga agar duit Pengiklanan di blog aku bertambah .kehkeh $.$

Aku tag Haris Kaito, Izmel Azim, Miss Cha dan semua yang tengah baca entri ni ! hehe :)

Sekian .. Peace (Y)

Mike Tompskins: Menyanyi Sambil Membuat Bunyi Alat Muzik

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Entri kali ni , aku nak kongsi video-video yang menarik dan semestinya membuat korang kagum. Tak caya ? Tengok ni ...
Awesome kan ?

Mamat ni bernama Mike Tompskin.
Sedikit biodata mengenai Mike : Lahir di Edmonton, Alberta, Canada pada 31 Julai 1987
Dia ni antara kalangan Youtubers yang famous. Sebab apa dia famous ?
Dia buat bunyi alat muzik DAN juga menyanyi . Cuba perhatikan setiap video yang dia buat , permulaan video akan tertulis "Sound Only made by my Mouth and Voice" . Bukan tipu okay , cuma dia rakam muzik dahulu lepas tu baru nyanyi .

Jom layan video Mike Tompskins yang lain :

Fireworks (Lagu yang dipopularkan oleh Katy Perry)


Dynamite (Taoi Cruz punya lagu)

Aku tahu pasal Mike ni pun melalui blog Izmel Azim .Thanks Bro :D
Kalau video-video kat atas tak cukup lagi , jom pergi ke channel Mike Tompskins di Youtube .
Sekian .. Peace (Y)

Jom Join Giveaway! Syaratnya mudah je!

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Jom join Giveaway yang diadakan oleh kawan aku iaitu pemilih blog http://notobuku.blogspot.com .
Giveaway ni bukan dia sorang yang anjurkan , dia dengan Kakak dia sama-sama buat GA ini .
Hadiah dia stylo juga (semua ni handmade bai !!hehe) :

Hadia utama ----> 2pcs Pouch(2 pemenang)


Hadiah tempat kedua ----> 1pcs butterfly clip & 1pcs pinky purse


Hadiah tempat ketiga ----> 1pcs guitar keychain & 1pcs pinky purse


Tempat keempat ----> 1pcs lollipop hp charm & 1pcs pinky purse


Selesai dengan hadiah , mari kita lihat syarat-syarat giveaway ini :
1. Follow blog art.design.craft
2. Follow blog Fatin Najwa
3. Like page art.design.craft
4. Buat entri yang kreatif bertajuk "ADC & FN GIVEAWAY" dan letakkan banner giveaway dalam entri anda serta link blog kami. Kreatif tu tk kisah lah nak buat ape2 pasal gmbr, or just tulis entry yang best2
5. Tinggalkan link untuk entri anda pada kotak comment pada entri ini.
6. Tag 3 rakan anda untuk sama2 join giveaway ini. Bagitau diorang eh. Kalau tak bgtau, haa
Allah tau. teeet. Sharing is caring. =)
===Copy Paste Dari blog Penganjur, haha===


Lupa pulak pasal banner untuk Giveaway ni , hehe , itu diaaa :


jangan lupa letak banner ni kat entri !

**PENTING : Tarikh tutup Giveaway ini ialah pada 24 August 2011 dan pemenang dipilih berdasarkan kreativiti entri yang anda cipta bersempena giveaway ini**

Jelas ? Kalau masih tak jelas , baca SINI ..
Jadi , marilah join ramai-ramai ! Lagi ramai lagi bagus, mungkin penganjur nak up-kan hadiah kalau ramai yang Join ? kehkehkeh ^.^

Sekian.. Peace (Y)

Part 2 Full Video Maharaja Lawak Minggu 12

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Peserta-peserta Maharaja Lawak kali ini (Part 2) kena mempersembahkan lawak bertemakan "tiru gaya artis" ..
Aku dah tengok dulu kat Astro Warna...Bagi yang belum tengok, jom layan ..


Sepah ~~


Nabil ~~


R2 ~~


Jozan (terbaik dari ladang!! hehe) ~~


Jambu ~~

Demikianlah persembahan-persembahan peserta Maharaja Lawak bagi minggu 12..
Korang nak tahu juga ke sapa yang terkeluar ? Saspen sikit ni..hehe
Akhirnya para juri menggunakan imuniti setelah sekian lama menyimpannya..
Jom jom tengok keputusan di bawah ni ..


Kepada R2 dan peminat-peminatnya , jangan bersedih . Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya , mungkin lepas ni kumpulan R2 mendapat tawaran berlakon pula ? hehe

Kepada JOZAN , NABIL , SEPAH dan JAMBU , tahniah kerana berjaya ke Final Maharaja Lawak yang akan diadakan minggu depan di Stadium Melawati Shah Alam !

Sekian .. Peace (Y)

Part 1 Full Video Maharaja Lawak Minggu 12

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Jom layan full video Maharaja Lawak minggu 12 PART 1 ..

Sepah ~~


Nabil ~~


R2 ~~


Jozan (da best !! hehe) ~~


Jambu ~~

Lepas ni bersedia untuk part 2 pulak .hehe :)

Kertas Biology aku FAIL !

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Overall, markah exam Pertengahan Tahun aku adalah MENURUN .
Aku memang jangkakan yang ini akan berlaku , sebab aku malas belajar . Peperiksaan Bulan Mac yang lepas boleh la aku score sebab agak senang dan aku rajin SIKIT belajar .hehe

Dalam seumur hidup aku ambil exam , aku rasa inilah pertama kalinya aku GAGAL dengan Cemerlang dalam peperiksaan yang aku duduki ! Ayat macam bangga je kan , ha3
Subjek yang aku gagal ialah Bio ... Loji...
*Biology

Aku tak salahkan cikgu yang mengajar aku , semuanya SALAH AKU sebab aku yang malas . Harap ini menjadi teladan buat semua supaya rajin-rajinla membuat ulangkaji ..
Markah Biology aku tu kalau tambah lagi SATU je markah boleh LULUS, tapi aku malas nak mintak kat cikgu . Biarlah , supaya memberi peringatan kat aku jangan asyik berblogging je supaya jangan buat lagi .

PEACE (Y)

p/s : time aku dapat kertas exam, perasaan aku waktu tu tak sedih ataupun gembira , aku tak tahu kenapa .hehe

PERANG antara BLOGGER BERMULA !


KETUA KUMPULAN: Sunah Sakura

NAMA KUMPULAN: KL GANGSTER
  1. http://gula-gulapelangi.blogspot.com
  2. http://www.adybudika.com
  3. http://lzulxocraxme.blogspot.com
  4. http://www.sunahsukasakura.com
  5. http://dreamcda.blogspot.com
  6. http://birumuda91.blogspot.com
  7. http://thesoundofmyjourney.blogspot.com
  8. http://ekahafizy.blogspot.com
  9. http://bintangkita080808.blogspot.com
  10. http://bicaramakdara.blogspot.com
  11. http://ibundadelight.blogspot.com
  12. http://mizztina.blogspot.com
  13. http://ahmooyymunchett.blogspot.com
  14. http://azfar9897.blogspot.com
  15. http://cekedismanis.blogspot.com
  16. http://pilhanhati.blogspot.com
  17. http://suarahatisipujaanhati.com
  18. http://nusha1706.blogspot.com
  19. http://sitikektus.blogspot.com
  20. http://amanithecraziest.blogspot.com
  21. http://www.hasrulhassan.com
  22. http://pinkexia.blogspot.com
  23. http://sitiatikah.com
  24. http://qyrndishdush.blogspot.com
  25. http://pwince93.blogspot.com
  26. http://themrizzo.blogspot.com
  27. http://salimharmanain.blogspot.com
  28. http://jahidihsaili.blogspot.com
  29. http://2octobersecret.blogspot.com
  30. http://sukmabintara.blogspot.com
  31. http://msredcheesecake.blogspot.com
  32. http://idafirdausi79.blogspot.com
  33. http://syurgacintalya.blogspot.com
  34. http://sitiumairahsaat.blogspot.com
  35. http://www.blahblahasnita.blogspot.com
  36. http://kasutkaripap.blogspot.com
  37. http://official19.blogspot.com
  38. http://belogperibadi.blogspot.com
  39. http://viniyamey.blogspot.com
  40. http://eerashera.blogspot.com
  41. http://www.jamaluddin.net
  42. http://frameandlenses.blogspot.com
  43. http://smileasuwant.blogspot.com
  44. http://hasrisa.blogspot.com
  45. http://miss-nadya.blogspot.com
  46. http://ayaisensei.blogspot.com
  47. http://bbyuya.blogspot.com
  48. http://eima-contest.blogspot.com
  49. http://belogcikarda.blogspot.com
  50. http://sempoi-zone.blogspot.com
Rujuk SINI

PERANG BLOGGER

Nak Join ?? Klik SINI

Lagi 1 Jam Gerhana Bulan.Jangan lepaskan peluang!

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Terima kasih kepada Falak Online yang memaklumkan informasi penting ini.
Tahu tak lebih kurang dalam beberapa jam lagi akan berlakunya gerhana bulan?

Ini fakta yang aku dapat dari Falak Online :
"Gerhana ini amat pjg sejak 11 tahun lalu, iaitu 100 minit gelap. Ini disebabkan Bulan berada amat hampir dengan tengah... bayang-bayang bumi. Lebih menarik, sejak 100 tahun, hanya 3 kali sahaja gerhana Bulan yang berlaku lebih lama dari 100min, iaitu 1935 (101 minit), 1982(107 minit) dan 2000(107 minit). Gerhana seterusnya yang akan berlaku lebih panjang dari 100 minit ini ialah pada 27 Julai, 2018 (106 minit)"

Kalau korang terlepas tengok gerhana bulan lagi beberapa jam ni, nampaknya lagi 7 tahun lah kena tunggu ,hehe :D

Gerhana bulan akan berlangsung pada 16 Jun 2011 dari pukul 1.24am hingga 7am dan waktu kemuncak gerhana bulan penuh pada pukul 4.12am.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihatnya! Jarang-jarang fenomena ini berlaku :)

Sekian ..peace (Y)

P/s : gambar takda pula ,sebab update blog guna Handphone .hehe

GA PERTAMA PUTERI KATEK


nak Join?? Klik SINI

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Jom join GiveAway yang dianjurkan oleh Puteri Katek . mudah je peraturannya, klik SINI untuk baca the Rules.

3 Tajuk Entry Terbaik di blog aku ?
Ini dia ... jom usha :

1. Peminat Domokun Wajib Baca ini !
2. Lajukan Broadband yang dah habis limit !
3. Dah tengok muka depan Google hari ini ?

“ LIFE IS TOO SHORT TO BE UNHAPPY!!” (penganjur suruh letak ,hehe )

Sekian.Peace (Y)

Tahniah Budak Botak !!

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Short entry sahaja ..bersempena dengan followers blog budakbotak.com yang sudah mencecah 2000 !!

itula buktinya ..hehe

Kenal tak siapa budakbotak.com ?
Nama sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu .haha
Kat blog , nama nya Budak Botak . Kat facebook pula , sniperz elite .
Aku pernah tanya dia , kenapa letak nama sniperz elite , main counter strike ke ? Rupa-rupanya berkenaan dengan game ni :

Suka juga Budak Botak ni main game..hehe

Yang bestnya mengenai blog budakbotak.com , macam-macam informasi ada .
Benda-benda pelik , menarik , semua dia kongsi untuk tatapan semua .
Tula aku tertarik baca blog dia sejak dari dulu lagi .

Sekali lagi , tahniah nya Budak Botak !
Teruskan berkongsi fakta-fakta menarik ..hehe

p/s : jom terjah blog budakbotak, gerenti tak rugi :)

Blogger Perempuan lebih cepat naik dari Blogger Lelaki?

Assalamualaikum ,salam sejahtera :)

Sebelum tu ,nak mintak tolong korang semua klik Iklan di sidebar kanan blog ini .Tak dapat klik semua, klik 3-4 iklan pun jadi lah .hehe
Thank you :D

Melalui pemerhatian aku la ,kenapa ye blogger perempuan cepat naik berbanding blogger lelaki ?
Takkanlah kerana paras rupa ?

Aku rasa paras muka ada lah juga memainkan peranan SEDIKIT . Tapi ,apa yang penting ialah usaha seseorang itu .
Aku tengok ,kebanyakannya blogger perempuan lah yang Rajin meninggalkan jejak di shoutbox dan entri di blog orang lain. Blogger lelaki adalah juga tapi bilangan adalah sedikit .

Mungkin juga blogger perempuan cepat naik sebab Majoriti blogger di Malaysia adalah perempuan . Aku perhatikan, yang ramai follow blog aku juga adalah perempuan .
Jadi, perempuan dengan perempuan memang senang nak bermesra ,tapi kalau lelaki dengan perempuan ? Agak susah sedikit sebab berlainan jantina ,jadi berlainan lah pemikiran. Tapi kalau seseorang lelaki itu memang senang nak mesra dengan perempuan ,maka tidak menjadi masalah.

Itu semua hanyalah pendapat aku semata-mata .
Tapi betul lah kan pendapat aku ? Hehe

Sekian..peace (Y)

Trick:Cuba Paste Code ini di kotak URL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Tak sempat pulak nak update blog semalam , persiapan untuk ke sekolah . hehe

Jom kita cuba benda menarik ni . Sekadar hiburan sahaja dan takda kena mengena antara hidup ataupun yang telah mati ...
Cuba korang copy dan paste salah satu CODE di bawah ini di kotak URL dan tekan Enter(kalau tak paham , tengok gambar di bawah)

Code pertama :

javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.getElementsByTagName("body"); DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position='absolute'; DIS.left=(Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5)+"px"; DIS.top=(Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5)+"px"}R++}setInterval('A()',5); void(0);


Ataupun korang boleh try Code ini :

javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.getElementsByTagName("div"); DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position='absolute'; DIS.left=(Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5)+"px"; DIS.top=(Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5)+"px"}R++}setInterval('A()',5); void(0);


Atau yang ini :

javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.getElementsByTagName("table"); DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position='absolute'; DIS.left=(Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5)+"px"; DIS.top=(Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5)+"px"}R++}setInterval('A()',5); void(0);


Dan yang ini merupakan favourite aku :

javascript:R=0; x1=.2; y1=.1; x2=.5; y2=.48; x3=3.2; y3=.48; x4=600; y4=400; x5=600; y5=400; DI=document.getElementsByTagName("img"); DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position='absolute'; DIS.rightt=(Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5)+"px"; DIS.top=(Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5)+"px"}R++}setInterval('A()',5); void(0);


Dah try belum ? Cool kan :D
Page seakan-akan menjadi gila dan bergerak tak ketentuan hala .
Untuk menampakkan lagi effect tersebut, cuba pergi Page yang ada banyak gambar (macam deviantart.com) .. Lagi lah stylo .hehe

Harap korang suka..
Sekian.. Peace (Y)

p/s : Kalau ada lagi code yang aku tahu , nanti aku maklumkan dekat sini ye..

Trick:Yahoo Messenger Invisible Detector


Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

Korang ada Yahoo Messenger tak ? Selalu online ?
Tapi tak guna juga kalau selalu online , tapi kawan-kawan kita tak online.
Kadang-kadang ada kawan kita tu online , tapi diorang "invisible" .

Jangan risau , laman web kat bawah ni boleh visible/nampakkan orang yang "online tapi invisible" tu , jadi korang boleh chat dengan diorang :

atau
atau
atau

Lepas dah download aplikasi tersebut , masukkan Yahoo ID dan tekan Enter.
Selesai !
No more invisible , hehe

Sekian.. Peace (Y)

Aku Nak Jadi Blogger Bertuah

Nak Join ? Klik SINI

Assalamualaikum , salam sejahtera :)
Aku nak masuk segmen yang diadakan oleh Penulis Senja .
Jom semua kita Join sebelum segmen ini ditutup pada hari esok(12 Jun) pukul 9 malam .

Entri paling best di blog aku ?
Rasa-rasanya entri ni kot ~ Pendapat aku:Benda yang tak penting dan yang penting di Blog
Klik link di atas untuk baca..hehe

Kenapa PS harus pilih blog aku untuk jadi blog bertuah ?
Sebab Zakwan ni masih baru lagi dalam bidang blogging . Rasanya baru 3bulan lebih . Jadi ,kalau aku dipilih menjadi blogger bertuah , InsyaAllah akan dapat menyuntik semangat aku untuk terus berblogging dan menyebarkan informasi yang berguna buat semua ! hehe :)

Sekian ... Peace (Y)

p/s : harap-harap aku menang segmen ini, wish me luck :D

10 Laman Web disekat SKMM Malaysia

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuat sekatan ke atas beberapa buah laman web atas sebab memuat turun video@filem secara tidak sah .

Kat bawah ni merupakan senarai laman web yang disekat :

11. http://smileasuwant.blogspot.com (oi , blog aku !! haha)

Kat bawah ni merupakan BUKTI surat permintaan sekatan laman2 web yang aku senaraikan tadi (kecuali blog aku ,hehe)





Aku try lah bukak laman2 web tersebut , boleh je pergi lagi? APE KES ?
Aku rasa laman2 web terbabit masih dalam pemprosesan untuk disekat kot .
Apa-apa pun , kita masih boleh lagi pergi ke laman web terbabit walaupun disekat.
Nak tahu macam mana ? Cari di google menggunakan keyword ini -- Proxy

Sekian.. Peace (Y)

Part 2 Full Video Maharaja Lawak Minggu 11

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Inilah dia sambungan Maharaja Lawak minggu 11 Part 1 tadi ..
Jom layan.. ajaklah sekali keluarga tersayang untuk tonton bersama .. hehe

Kumpulan Jambu ~~



Kumpulan R2 ~~



Kumpulan Sepah ~~



Nabil ~~



Kumpulan Jozan ~~

Dengan ini , lengkaplah video Maharaja Lawak minggu 11 .
Sebenarnya, aku bagi korang tengok dulu , tapi aku sendiri tak tengok lagi .haha
Jadi , aku nak pi layan video-video Maharaja Lawak ni dulu..
Sekian.. Peace (Y)

Part 1 Full Video Maharaja Lawak Minggu 11

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Maharaja Lawak minggu 11 , kali ini diadakan di Kuantan , Pahang .
Jom layan bagi mereka yang tak tengok lagi ...

Kumpulan JAMBU ~~~



Kumpulan R2 ~~~



Kumpulan Sepah ~~~




Kumpulan Jozan ~~



Nabil ~~

Amacam ? terhibur tak ? hehe .
Nanti dulu, lepas ni ada part 2 pula :D

Cara Letak Iklan serta Gambar Bergerak di Blog

Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

First time aku buat tutorial berkaitan dengan blog . Dulu pernah buat tutorial tapi bukan berkenaan dengan blog , berkenaan dengan komputer dan yang sewaktu dengannya .
Ehh , ada SATU tutorial berkenaan dengan blog , klik SINI untuk baca. hehe

Korang ada berdaftar dengan mana-mana syarikat pengiklanan (bagi yang tak, boleh klik SINI)? Aku rasa majoriti blogger ada berbuat demikian . Boleh cari duit sampingan sambil berblogging, bak kata pepatah "menyelam sambil minum air" .
Tapi kalau aku menyelam , tak sanggup aku nak minum air. Air sekarang dah la kotor .haha {-----hiraukan -.-''

Nak letak iklan kat blog macam gambar kat bawah ni ? :

sumber gambar : budakbotak.com


Ikuti cara-cara yang berikut :
1. Pergi ke Design --- Page Element ---- Add a Gadget

klik untuk besarkan gambar

2. Pilih "HTML/Javascript"

klik untuk besarkan gambar


3. Lepas dah klik HTML/Javascript tu , letak code kat bawah ni .

LINK IKLAN --- Letak link iklan korang kat situ .
LINK PICTURE --- Letak link picture iklan kat situ .

Bagi yang tak tahu macam mana nak copy link gambar, klik Kanan di gambar yang dikehendaki dan pilih "Copy Image Url" (itu bagi pengguna Google Chrome, pengguna browser lain boleh pergi SINI) . Tekan "ctrl" dan "v" serentak untuk paste link gambar tersebut .
Lepas dah save , tengok lah hasilnya ! hehe

Kalau korang nak iklan bergerak macam di sidebar kanan blog aku ni , hanya kena tambah code ini sahaja :


Lihat gambar di bawah untuk gambaran lebih jelas :




Siap !
Sekarang blog anda akan nampak lebih kemas .hehe :)
Kalau tak paham jangan lupa tinggalkan soalan di ruangan komen...Aku akan cuba jawab insyaAllah..Sekian.. peace (Y)

Jom Tengok Gambar2 Menarik Ni

Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

Jom tengok gelagat baby-baby comel kat bawah ni ..hehe


waktu aku kecik-kecik dulu , haha



wahh mata biru , comel :D



what the ??!! haha



Apa yang buat baby ni terbeliak mata eh ? hehe



cirit-birit ke ? hahaha


GAMBAR KAT BAWAH NI MERUPAKAN FAVOURITE PICTURE AKU :

LOL, baru bangun tido ke ? ha3 xD


Sebenarnya tujuan aku buat post ni bukan lah untuk tunjuk gambar-gambar kat atas tu sahaja , cuba korang klik gambar-gambar tersebut . APA JADI NYE ? hehe :D

Sekian .. Peace (Y)

Apa Cerita myspace.com ?

Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

Sebelum aku bercerita mengenai myspace.com ni, jom bantu Zakwan menjana pendapatan dengan klik iklan-iklan kat bawah ni :


Hanya klik link-link di atas, lepas dah habis loading , tutup balik page tersebut .
Mudah kan ?hehe. Thanks ye kepada mereka-mereka yang sudi klik :)

Sebelum Facebook , ada sebuah rangkaian laman web sosial yang popular pada waktu dulu iaitu myspace.com . Dulu , Facebook mana famous lagi . Ramai orang yang online waktu dulu menggunakan account Myspace sahaja untuk berhubung dengan orang yang berada di talian internet.
Tetapi, semenjak Facebook semakin terkenal dan digunakan oleh majoriti orang yang yang berada di talian internet , myspace semakin dilupakan . Malah , mesti ramai yang dah deactive account myspace kan? Aku masih simpan account terbabit sebagai tanda kenangan .kehkehkeh

Baru-baru ni , aku adalah pergi ke laman web myspace.com .Yelah , dah lama tak dengar khabar.WAHHH , myspace dah berubah rupa! Pada pendapat aku , smart ape ^.^
Ni lah myspace yang sudah berubah rupa dan nampak lagi fresh daripada dulu :

myspace.com : sebelum login..



selepas login .. hehe

Aku login sekejap je , tak sampai 5 minit , lepas tu logout balik . Dalam ramai-ramai kawan aku kat myspace (lebih kurang 5++) tu, takda sorang pun online . Nampaknya, memang semua orang dah beralih ke Facebook lah.hehe

Teringat lagi kenangan waktu aku menggunakan account myspace , aku pernah dulu berlumba-lumba dengan saudara aku [ehem3] .
Tahu tak apa yang di-lumba kan oleh kami ? Bilangan friends di myspace .hehe , macam bang*** je kan . Waktu dulu kami masih kecik lagi , biasalah tu, perangai masing-masing tak matang lagi .hehe

ni myspace.com waktu dulu-dulu :)

Aku rasa memang ada baiknya semua orang beralih ke Facebook , sebab myspace sekarang dah macam "tak baik" . hehe
Ramai warga asing kat luar negara sana asyik Add kita je, dah la Profile Picture mereka SEKSI NAK MAMPPP , tergugat hawa nafsu aku .ha3

Lagi satu kelemahan myspace.com , LAMBAT LOADING . Sebab apa lambat loading ?
Sebabnya..... myspace.com ni page nye berat (aku dah timbang haritu menggunakan iwebtool , sah-sah myspace.com sangat berat) .

Apa-apa pun , aku takkan lupakan myspace.com sebab itulah dia laman web di mana titik tolak bermulanya aku dah pandai online , berchatting , update status dan macam-macam pengalaman lagi dalam dunia internet !

p/s : korang masih online myspace.com lagi ke ? Mesti TAK kan .hehe

Sekian .. Peace (Y)

Dah Tengok Muka Depan Google Hari Ni ?

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Dah tengok muka depan Google hari ni ? Lain macam kan gambar depannya , selalunya gambar lebih kurang macam kat bawah ni :



Tapi hari ni [9 Jun 2011] macam ni pula muka depan Google :

macam guitar kan ?

Untuk pengetahuan korang , ini BUKANLAH kali pertama muka depan google berubah . Sebenarnya dah banyak kali diubah . budakbotak.com sentiasa menunjukkan latest info mengenai muka depan Google , tapi kali ini aku akan buat dulu ye ;)

Lester William Polsfuss (9 Jun 1915 - 12 August 2009)

Muka depan Google kali bersempena dengan ulang tahun kelahiran Lester William Polsfuss yang lahir pada 9 Jun 1915 . Beliau lebih dikenali dengan nama Les Paul , merupakan gitaris Jazz Amerika, country gitaris , penulis dan pencipta lagu . Serba boleh macam P. Ramlee pula Les Paul ni .hehe

Beliau merupakan perintis kepada pembangunan solid-body electric guitar di mana muzik Rock and Roll dapat dihasilkan . Bukan itu sahaja, Les Paul dihargai atas pelbagai inovasi rakaman muzik yang dilakukannya.

Disebabkan banyak sumbangan yang dilakukan oleh beliau, Les Paul mendapat tempatnya yang tersendiri di dalam pameran Rock and Roll Hall Of Fame.
Untuk maklumat lebih lanjut , boleh rujuk di SINI.

Kalau korang perhatikan betul-betul kat muka depan Google, ianya bukan sekadar gambar sahaja !! Cuba korang STRUM/PETIK tali gitar tu macam main gitar betul, ada bunyi yang dihasilkan , betul tak ? gayat aku.haha


Tengok gambar di atas , nampak objek yang aku bulatkan ? Cuba tekan objek tersebut di muka depan Google . Ianya untuk STRUM guitar menggunakan Keyboard . Awesome kan ?

Sekian.. Peace (Y)

p/s : muka depan Google ni hanya untuk hari ni je (9 Jun) , esok akan kembali seperti biasa . Jadi try lah cepat-cepat main gitar tu, haha :D