Kali ini , aku akan tunjukkan cara bagaimana nak mencipta Keyboard Shoctcut untuk membuka apa-apa program di komputer kita dengan pantas ! Untuk makluman semua, trick ini TIDAK menggunakan apa-apa SOFTWARE . Trick ini juga bersesuaian untuk semua jenis windows .
CONTOHNYA , aku ingin mencipta keyboard shortcut bagi program Adobe Photoshop.
Ikuti langkah-langkah mudah yang berikut :
1. Klik butang START dan taipkan nama program yang anda hendak cipta keyboard shortcut nya (dalam tutorial ini , aku guna Adobe Photoshop sebagai CONTOH).
2. Sekarang, klik kanan pada program tersebut dan pilih PROPERTIES . Lihat gambar di bawah untuk lebih jelas.
3. Di Shortcut Key, masukkan Key yang anda hendak guna sebagai shortcut (dalam kes ini , aku guna P untuk Photoshop).
4. Sekarang , shortcut key untuk anda membuka program Photoshop ialah --> Ctrl dan Alt dan Key ("Key" tu , masukkan shortcut key yang anda telah pilih. sebagai contoh tadi , aku pilih P untuk Photoshop. Jadi shortcut key untuk bukak program Photoshop ialah Ctrl+Alt+P )
Tak susah sangat , memang mudah untuk dipraktikkan . Sekarang , anda boleh membuat shortcut key untuk apa2 sahaja program yang anda suka .. Dapat menjimatkan masa kan,hehe :D
Sekian.. Peace (Y)
p/s : kalau ada persoalan , boleh bertanya di ruangan komen .. ataupun cuba pergi ke link INI
No comments:
Post a Comment