Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)
Holistik? Marcapada? Heterogen? Korang pernah dengar tak perkataan macam tu? Tahu maksudnya? Soalan paling sengal, perkataan tu dari bahasa apa?
Dah dua hari berturut-turut aku tidur waktu petang, balik je dari sekolah terus tidur. Memang malam rasa tak mengantuk langsung lah kan. Jadi, malam-malam aku merajinkan diri untuk online. Macam biasa, first site yang aku pergi mestilah facebook.com.
Dah login tengok notification, inbox dan lain-lain, baru teringat yang aku kena cari nama domain baru untuk pelancaran blog baru. Ingat tak di entri sebelum ini, aku ada mention pasal 1malaysianews.net? Nama domain tersebut sebenarnya aku beli dalam keadaan tergesa-gesa dan menyebabkan aku menyesal sekarang ni. Semua ini gara-gara mengikutkan kata orang sangat, sampaikan hasrat diri sendiri dihiraukan.
Sewaktu aku sedang menulis random stuff kat google untuk mencari idea bagi nama domain yang baru, aku terjumpa sebuah blog yang agak menarik kerana isinya yang bagus dan memang sesuai untuk candidate SPM macam aku ni. Secara jujur, buat pertama kali aku singgah blog jenis macam INI. First time, I tell you.
Sebelum ini, blog yang tidak berkaitan dengan akademik je yang aku singgah dan baca untuk meluangkan masa lapang. Tetapi, entah macam mana tetiba aku tertarik untuk membaca karangan/esei Bahasa Melayu khas untuk pelajar SPM yang ditulis oleh Amirul Rezza. Setiap karangan yang Amirul tulis, sungguh gramatis ayat-ayat, perkataan-perkataan yang digunakan. Contoh ayat gramatis yang digunakan; holistik, marcapada, heterogen, nafsi, pragmatis.
Mungkin korang pernah terbaca atau terdengar perkataan-perkataan (marcapada, nafsi, etc) tersebut, tetapi bagi aku, ia merupakan sesuatu yang baru dan menarik untuk dipelajari! Ye aku sedar, aku ni pemalas dan baru sekarang aku sedar akan kewujudan perkataan-perkataan macam tu. Tapi janganlah nak condemn aku, aku masih mentah dan banyak lagi ilmu yang perlu diterokai.
Untuk pengetahuan mereka yang tak tahu maksud perkataan-perkataan yang aku tulis kat atas, jom ikuti satu persatu maksud perkataan tersebut:
Holistik = menyeluruhMarcapada = sekarang ini, kiniHeterogen = pelbagai, berbagai-bagaiNafsi = pentingkan diriPragmatis = praktikal, mudah diamalkan tetapi masih berkesan.
Kan dah bertambah vocabulary Bahasa Melayu korang? Sebenarnya ilmu boleh dipelajari secara langsung dan tidak langsung dalam apa jua medium pun. Contohnya macam sekarang ni, korang baca blog aku ni secara tidak langsung dapat menambah vocab BM korang. Setuju? Ilmu senang diperoleh cuma manusia je yang malas untuk menuntutnya.
Jadi aku ingin menyarankan pelajar-pelajar SPM terutamanya (peringkat umur lain pun boleh, menuntut ilmu tidak mengira usia), gunakanlah medium internet untuk menimba ilmu bagi persediaan kita menghadapi peperiksaan SPM. Antara cabangnya, korang boleh pergi blog INI untuk lihat contoh-contoh karangan format SPM Bahasa Melayu yang mantap.
Kalau nak mantapkan pengetahuan Bahasa Inggeris korang pula, bolehlah rujuk artikel-artikel yang dihasilkan di laman web seperti ezinearticles.com. Subjek-subjek lain, korang bolehlah search di Google.
Ingat satu perkara ni, belajar bukan hanya untuk menduduki peperiksaan SPM sahaja, tetapi belajar adalah untuk melengkapkan perkara yang dituntut dalam fardhu Ain dan juga fardhu kifayah. Semua yang kita lakukan di dunia ini amat berkait-rapat dengan keadaan kita di akhirat kelak :)
Peace (Y)
6 comments:
marcapada?
tu selalu sangat guna masa tulis karangan..
tapi tak suka sebut..hodoh bunyinya...haha
menarik isinya...semoga berjaya dlm SPM anda...teruskan mencari ilmu. tK.
ooooo baru tau hihi...Holistik Marcapada Heterogen... putry datang sini sambil folow yang ke 718
www.putryain.com
[PCL]: Thanks :D
Putry: thanks Putri sudi singgah dan komen!
Hi, kita singgah sini. haha, mengada nak comment padahal chatbox ada. k bye :)
Nice sharing ! tq (:
dpt ilmu baru ~
sy follow sini key ^^,
Post a Comment