Assalamualaikum , salam sejahtera :)


Dah tengok muka depan Google hari ni ? Lain macam kan gambar depannya , selalunya gambar lebih kurang macam kat bawah ni :
Tapi hari ni [9 Jun 2011] macam ni pula muka depan Google :

macam guitar kan ?
Untuk pengetahuan korang , ini BUKANLAH kali pertama muka depan google berubah . Sebenarnya dah banyak kali diubah . budakbotak.com sentiasa menunjukkan latest info mengenai muka depan Google , tapi kali ini aku akan buat dulu ye ;)
Muka depan Google kali bersempena dengan ulang tahun kelahiran Lester William Polsfuss yang lahir pada 9 Jun 1915 . Beliau lebih dikenali dengan nama Les Paul , merupakan gitaris Jazz Amerika, country gitaris , penulis dan pencipta lagu . Serba boleh macam P. Ramlee pula Les Paul ni .hehe
Beliau merupakan perintis kepada pembangunan solid-body electric guitar di mana muzik Rock and Roll dapat dihasilkan . Bukan itu sahaja, Les Paul dihargai atas pelbagai inovasi rakaman muzik yang dilakukannya.
Disebabkan banyak sumbangan yang dilakukan oleh beliau, Les Paul mendapat tempatnya yang tersendiri di dalam pameran Rock and Roll Hall Of Fame.
Untuk maklumat lebih lanjut , boleh rujuk di SINI.
Kalau korang perhatikan betul-betul kat muka depan Google, ianya bukan sekadar gambar sahaja !! Cuba korang STRUM/PETIK tali gitar tu macam main gitar betul, ada bunyi yang dihasilkan , betul tak ? gayat aku.haha

Tengok gambar di atas , nampak objek yang aku bulatkan ? Cuba tekan objek tersebut di muka depan Google . Ianya untuk STRUM guitar menggunakan Keyboard . Awesome kan ?
Sekian.. Peace (Y)
p/s : muka depan Google ni hanya untuk hari ni je (9 Jun) , esok akan kembali seperti biasa . Jadi try lah cepat-cepat main gitar tu, haha :D

