Alamak, Cuti Sudah Habis!

Assalamualaikum kepada mereka yang beragama Islam dan HAI kepada yang lain :)

Pejam celik pejam celik sudah 1 bulan lebih budak-budak sekolah bercuti! Pergh, rasa macam baru 2 minggu je bercuti. Tak puas, nak lagi. 

jangan padam holidays tu !!


90% masa cuti kali ini aku luangkan dengan menghadap laptop Acer kesayanganku. SAYANG la sangat, 1GB Ram membuatkan aku rasa nak hentak laptop ni banyak kali. Selalu sangat lag -,-

Haa? Apa itu lag? Kalau mereka yang selalu main game, kemungkinan besar korang tahu apa maksud istilah lag. 
Lag tu sinonim dengan TERSEKAT, HANGING, LEMBAB BODOH

Hampir 1/3 hari aku luangkan masa di depan laptop, benda lain-lain banyak terabai macam tugas aku kat rumah iaitu lipat kain sering tertangguh. Tangguh-tangguh tapi BUAT JUGAK. Jangan risau ye mak :D

Apa aku buat sewaktu menggunakan laptop? Of course online. Facebook, Blogger, Youtube, Main game online...itu sudah menjadi rutinku walaupun kadang kala membosankan tetapi aku teruskan juga sebab benda apa lagi yang lebih menghiburkan selain daripada online? TV? Astro asyik ulang benda yang sama je. zzz

Tapi, cuti kali ini lebih istimewa berbanding tahun-tahun sesudah. Kenapa aku berkata demikian?
Me and my sister, dengan saudara belah mak (bukan semua, hanya keluarga induk dan mak tih) pergi bercuti ke Perak dan Cameron Highland!

Tujuan sebenar ke Perak adalah untuk bermandi-manda di Lost World, Tambun. Kat Lost World tu, macam-macam benda aku main. Gelongsor, pirate, swing, gelongsor, adakah aku tersebut gelongsor dua kali?  
Memang aku sebut gelongsor dua kali kan? Sebab ada dua jenis gelongsor kat sana X)


first time mendulang bijih timah. ~di Lost World 
#aku si baju merah :D


Kat Lost World juga ada mini zoo, mini funfair. Memang terbaik! 
Nanti aku akan buat post pasal apa yang terjadi di Lost World dan juga di Cameron Highland. Harap ada yang sudi membaca :)

Overall, cuti ni memang banyak buang masa (seperti cuti-cuti terdahulu) TETAPI disebabkan tahun ni ada pergi melancong ke luar negeri, so it something fun and special for me :)

Aku harap lepas SPM ada orang akan bawak aku pergi melancong ke tempat-tempat yang best di Malaysia. Kalau kat luar negara lagi bagus, hehe. 

watLEK watPEACE (Y)
p/s: sepantas kilat masa berlalu... 1 jam dirasakan 1 minit... 1 hari dirasakan 1 jam.. oh tidak

Blog Mohd Zakwan Sudah Dilupakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Sudah seminggu lebih aku tidak meng-update blog ini. Ada sesiapa rindu hasil penulisan aku tak? Aku tahu takde sapa berani kata rindu sebab aku bukannya retis pun. Sebenarnya, setiap hari aku update entri terbaru, tetapi bukan di zakwanzain.com, blog lain yang baru sahaja aku bina.

Blog baru yang aku bina itu bertemakan isu semasa, macam blog berita lah katakan. Alhamdulillah, blog yang aku baru bina seminggu itu sudah mencapai seribu lebih trafik setiap hari! Memang aku tak sangka blog tu boleh mencapai trafik ribuan sehari sedangkan blog zakwanzain.com ini 300 pun susah nak capai.

Walaupun aku ada blog baru untuk diuruskan, tetapi aku tidak akan abaikan blog zakwanzain.com ini. InsyaAllah, setiap minggu aku akan hasilkan 1-2 entri untuk tatapan pembaca semua. Harap pembaca blog ini tidak lari semenjak aku jarang update ni..

Lagi 15 hari je tahun baru hendak menjelma. Untuk pengetahuan semua, tahun depan aku akan menduduki SPM! Terpaksa lah aku mengurangkan aktiviti berblogging untuk kebaikan diri sendiri juga. Ramai orang (kebanyakannya blogger) menasihatkan aku utamakan apa yang penting dulu. Yes, i will take that advice dan akan mengutamakan pelajaran dulu. SPM memang penting untuk menjamin masa depan !

my target for SPM. wish me luck :)
Peace (Y)

Jam Tangan Yang Boleh Melayari Internet Dan Menghantar SMS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)


Kita sering kali melihat perisik seperti ejen 007, James Bond mengenakan jam tangan serba guna semasa menjalankan tugas rahsia di dalam siri filem terkenal itu.

Tetapi kini, ciptaan jam tangan dengan skrin sesentuh, i’mWatch yang turut berfungsi seperti telefon pintar mungkin akan menjadikan anda bergaya seperti seorang perisik di dunia realiti.

Reka bentuk jam tangan i'm Watch

Pengarah syarikat i’mWatch, Manuel Zanella dan Massimiliano Bertolini, 31, telah mencetuskan idea lebih segar dan sesuai dengan gaya remaja untuk mencipta jam telefon pintar tersebut dijual pada harga 234 pound (RM1,141) serta turut dilengkapi cip memori empat gigabait (4 GB).

Pengguna masih boleh mengirim emel, sistem pesanan ringkas (SMS) dan melayari laman sosial Facebook serta blog mikro, Twitter melalui skrin paparan LCD sebesar 1.5 inci itu.

Bertolini berkata, beliau berhasrat mempertingkatkan lagi fungsi i’mWatch untuk menjadi seperti alat kawalan jauh serba guna pelbagai peralatan elektronik di rumah pada masa hadapan.

“Setakat ini, kami sudah menerima 5,000 tempahan awal dan i’mWatch dijangka mula berada di pasaran menjelang tahun depan” menurutnya lagi.

Sumber: Sinar Harian
Ulasan: Dunia sekarang memang serba canggih bukan? Kini, jam tangan pun boleh dijadikan tempat untuk melayari internet dan menghantar pesanan ringkas. Aku harap impian Bertolini iaitu meningkatkan fungsi jam tangan supaya dapat menjadi alat kawalan alatan elektronik dapat dicapai. Senang sikit nak on off tv, aircond dan lain-lain :D
Peace (Y) 

Kutipan Terkini Filem Ombak Rindu RM5.2 Juta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)


Filem Ombak Rindu sekarang ini boleh dikatakan sebagai ombak baru yang hadir di dalam rakyat Malaysia. Jika dahulunya Malaysia lebih sukakan filem berbentuk aksi dan seram seperti KL Gangster dan beberapa filem seram yang lain seperti Hantu Bonceng, namun kehadiran filem cinta seperti Ombak rindu ini telah berjaya mencipta ombak baru dalam industri perfileman di Malaysia.

Majoriti penonton yang menonton filem Ombak Rindu memberikan komen positif untuk filem ini. Filem ini telah berjaya menyentuh hati penonton dan berbeza dengan filem-filem yang dihasilkan sebelum ini di Malaysia. Ramai penonton yang menonton filem ini berkata ini adalah sebuah filem yang berjaya membuat orang menangis. Tidak hairanlah jika lelaki turut menangis apabila menonton filem ini.

Kutipan untuk hari pertama tayangan filem Ombak Rindu adalah RM750, 000 dan ianya berjaya mengutip RM4 juta dalam tempoh 4 hari tayangan. Terbaru, aku mendapat info dari tweet hero filem ini iaitu Aaron Aziz yang mengeluarkan info bahawa kutipan filem Ombak Rindu sejak ditayangkan pada 1 November 2011 sehingga kini adalah RM5.2 juta.


Tahniah kepada semua yang bekerjasama dalam menghasilkan filem Ombak Rindu.
Peace (Y)

Sumber: Blog Ammar

Alex Tracks Memperoleh 150 Dolar Sehari Dengan Jual Gula-Gula

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Pernah tak anda terfikir anda mampu menghasilkan jumlah wang yang banyak dengan hanya menjadi seorang penjual gula-gula? Seorang lelaki yang berasal dari New York telah membuktikannya! Alex hanya berjalan-jalan di sekitar kereta api bawah tanah sambil menjual gula-gula dan memperoleh ratusan dolar sehari.


sumber gambar: borakkosong.com

Alex atau nama penuhnya Alex ‘Tracks’ McFarland dapat menghasilkan wang tunai sebanyak 55,000 dolar setahun dengan hanya menjual gula-gula dan biasanya, dia mampu membawa pulang sekitar 150 dolar sehari. Menurut Alex, dia mula melakukan pekerjaan ini sejak berusia 11 tahun. Dia melakukan pekerjaan ini kerana hendak mendapatkan wang sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.



Menurut Mail Online, Alex kini telah menjadi salah satu raja gula-gula pada sistem transport publik di New York dengan 13 tahun pengalaman dalam menjual gula-gula. Ini dibuktikan dengan berbagai jenis gula-gula yang dijualnya.
Dengan menjual gula-gula, aku dapat mengurus keluarga” katanya sambil tersenyum.
Memang aku tabik dengan kegigihan Alex Tracks ini. 13 tahun menjual gula-gula, akhirnya ia membuahkan hasil apabila memperoleh pendapatan yang lumayan setiap hari. Usaha tangga kejayaan :)
Peace (Y)

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Sudah lama rasanya aku tidak menyertai Giveaway anjuran blogger-blogger. Last giveaway yang aku sertai ialah Giveaway Pertama UmarFaruq.com yang diadakan pada bulan 10 yang lepas. Alhamdulillah, aku telah menjadi pemenang utama dalam giveaway tersebut dan mendapat hadiah yang tengah aku pakai sekarang iaitu domain zakwanzain.com :D

Pada bulan 9, aku juga ada menyertai Amadkhir's First Giveaway dan alhamdulillah, sekali lagi aku telah terpilih sebagai pemenang utama. Nak tahu hadiahnya apa? Boleh lihat di entri ini --> Hadiah Giveaway Sudah Sampai! Inilah namanya rezeki berblogging :)


Opssss, berbalik kepada tujuan asal aku menulis entri ini. Yeah, Nisa Kay si blogger famous (dan juga cantik,hehe) mengadakan The Ultimate Year End Giveaway ! Walaupun kebanyakan hadiah sesuai untuk perempuan, tetapi ada juga hadiah yang sesuai untuk lelaki iaitu:
- Topup RM80, RM50, RM30 dan RM10
- T-shirt lelaki
- Jaket coklat dan blazer hitam
- Wang tunai RM50
- Header + Footer + Watermark
- Handmade keychain
Hadiah yang lain khas untuk perempuan sahaja. Di sini aku akan senaraikan semua sponsors dalam giveaway ini:
Serius, banyak gila hadiah ataupun lagi tepat, 88 hadiah untuk dimenangi! Sebab itulah aku berminat nak join giveaway ini. Sesiapa sahaja boleh jadi pemenang sebab pemenang ditentukan secara rawak (random).
Kalau nak join giveaway ini, beberapa syarat perlu dipatuhi:
1. Buat entri bertajuk The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay [done]
2. Letak banner giveaway. [done]
3. Letak link sponsors. [done]
4. Wajib letak semua sponsors dalam bloglist anda. [done]
5. Tekan butang Like dan Tweet di entri INI. [done]
6. Like fanpage Saya Suka Menaip di Facebook. [done]
Lepas dah buat entri, jangan lupa komen serta tinggalkan link entri anda di sini.
Cepat-cepatlah sertai kerana giveaway ini akan tamat pada 31 Disember 2011. Wish me luck :)
Peace (Y)

p/s: blogger yang tak join tu, memang RUGI :O

Jom Uji Samada Antivirus Anda Berfungsi Atau Tidak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)


Banyak perisian (software) antivirus yang telah dibangunkan sehingga hari ini. Antara antivirus yang telah wujud ialah Cloud, McAfee, Bitdefender dan bermacam-macam lagi! Antara antivirus yang paling mendapat sambutan ramai kerana keberkesannya dalam menangkis virus ialah Avira dan juga Kaspersky!

Kebanyakan pengguna komputer pada hari ini menggunakan perisian Antivirus percuma yang boleh didapati daripada laman web seperti filehippo.com. Tetapi, bagaimanakah anda hendak mengetahui adakah benar Antivirus anda berfungsi dengan sebetulnya?


Entri kali ini akan mengajar anda cara untuk menguji samada Antivirus anda berfungsi atau tidak. Caranya ialah dengan mencipta Virus menggunakan Notepad. Jangan risau, ianya adalah Fake Virus (virus tipu-tipu) sahaja dan tidak langsung mengancam komputer anda!

1. Buka aplikasi Notepad.

2. Copy kod di bawah ini dan paste ke Notepad.
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*
3. Sekarang, save fail tersebut di desktop dengan nama fakevirus.exe 

Jika antivirus anda berfungsi, akan keluar pop out yang virus telah dikesan di komputer anda. Jika tidak, ianya membuktikan antivirus anda tidak berfungsi lagi! Cepat-cepatlah beralih ke perisian Antivirus yang lain jika fake virus tadi tidak dapat dikesan. Jangan menyesal di kemudian hari!

Peace (Y)

Berita Baik Buat Pengguna Kereta Keluaran Perodua

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Tahukah anda motto atau slogan Perodua? Buat anda yang tak tahu, mottonya tak lain tak bukan ialah “Anda Keutamaan Kami”. Siapakah anda itu? Anda itu ialah pemilik-pemilik kereta keluaran Perodua. Tak kiralah anda drive Myvi ke, Viva ke, Alza ke, asalkan kereta anda keluaran Perodua, anda ialah keutamaan bagi Perodua.

Ini ada berita baik khas buat pengguna kereta Perodua, Perodua Tweckbot kini kembali!


Pasti ramai yang teruja untuk pulang ke kampung halaman sebab tahun baru kian mendekati. Sempena sambutan tahun baru ini, Perodua Tweckbot akan singgah negeri-negeri di Malaysia untuk memeriksa kereta-kereta Perodua sebelum anda pulang ke kampung halaman anda.

Mahu kereta Perodua anda diperiksa oleh Perodua Tweckbot? Klik sini untuk ketahui cara memperoleh 20 point check percuma daripada Perodua Tweckbot. Kepada pengguna kereta Perodua, jangan lepaskan peluang seperti ini kerana ianya adalah percuma!

Selain itu, jom menangi tiket percuma untuk menonton Mission Impossible 4 di TGV Sunway Piramid di SINI ! Bagi yang hendak memenangi percutian untuk menonton perlawanan UEFA EURO 2012, boleh klik SINI.
Peace (Y)

Pepsi Vs Coca-Cola



PUSINGAN PERTAMA




PUSINGAN KEDUA



KEPUTUSAN: SERI

Botol Coke Dilelong RM750,720

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

BEVERLY HILLS, Amerika Syarikat (AS) - Satu botol prototaip minuman Coke dilelong pada harga AS$240,000 (RM750,720) kelmarin di sini. Brad Dean yang merupakan cucu pereka botol itu, Earl R. Dean menyatakan, ia merupakan salah satu daripada dua botol yang masih wujud. Satu botol lagi dimiliki oleh syarikat Coca-Cola Corporation yang berpusat di Atlanta. -Kosmo

Botol prototaip Coke yang dilelong di Beverly Hills kelmarin


Ulasan: Aku merancang nak beli satu botol dan simpan sampai tua. Dah tua kang, aku nak bagi botol tu kepada cucu aku dan suruh dia jual dengan harga yang mahal. Okay tak? hehe :D
Peace (Y)

Tips Blogwalking Yang Berkesan Bahagian 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

2 hari yang lepas, aku ada berkongsi tips blogwalking yang berkesan bahagian 1. Sudah baca ke belum? Sudah pratikkan ke belum? Kalau sudah, adakah pengunjung blog anda semakin meningkat hari demi hari? Kalau tidak, there must be something wrong somewhere, hehe. Jadi, mari kita teruskan dengan tips blogwalking yang kedua iaitu:
2. Tinggalkan jejak di shoutmix/chatbox

Yang ini memang ramai blogger telah pratikkan, tetapi tahukah anda cara meninggalkan jejak di shoutmix/chatbox yang berkesan supaya ramai orang yang berminat untuk ke blog anda?

(i) Perkara asas sewaktu mengisi ruangan URL di shoutmix ataupun chatbox, jangan lupa letak http:// di awal URL. Contoh:
http://zakwanzain.com
Jika anda tertinggal http://,  nama anda tidak akan dapat diklik oleh orang lain.

(ii) Sebut nama pemilik blog terbabit sewaktu meninggalkan jejak di shoutmix/chatbox. Ini akan membuatkan pemilik blog berasa istimewa kerana ada orang yang mengenalinya.

(iii) Buat ayat yang menarik dan kreatif sewaktu menulis pesanan di shoutmix/chatbox. Jika ayat yang anda tulis adalah lain daripada yang lain, sudah semestinya orang akan tertarik untuk ke blog anda. Setuju atau tidak? Kalau tak setuju, tak nak lah kawan >.<


(iv) Jangan menipu sewaktu menulis pesanan di shoutmix/chatbox. Contoh situasi, anda meninggalkan pesanan di shoutmix menyatakan ''u follow blog i, i follow blog u balik". Selepas mereka follow blog anda, anda pula tidak menunaikan janji. Nak di-cop sebagai blogger penipu ke? Silap hari, blogger yang tak puas hati tu buat entri khas mengenai anda a.k.a si blogger penipu. Mahu perkara ini berlaku terhadap anda?


Contoh situasi yang kedua, anda meninggalkan pesanan "klik nama saya untuk lihat fakta menarik mengenai youtube". Sewaktu orang lain klik pada nama anda, iklan Churpchurp pulak yang keluar. Perghhh, free-free dapat duit haram! Makan-minum lah kau dengan duit haram tu! >.<


(v) Nyatakan pendapat anda mengenai design blog terbabit. Blogger memang suka orang lain memberi pendapat terhadap blog miliknya. Berikankan lah pendapat anda samada pujian atau penambahbaikan yang perlu dibuat di blog terbabit. Pendapat biarlah jujur dan ikhlas dari hati yang suci ye, hoho ^.^

Panjang lebar aku menghuraikan tips blogwalking yang kedua ini iaitu meninggalkan jejak di shoutmix/chatbox. Apa yang aku harap ialah semoga korang mengamalkan tips ini dan berjaya memperoleh trafik/pengunjung yang lebih ramai dari sebelumnya.
Peace (Y)

Akibat Terlalu Mahir Dengan Teknologi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Entri kali ini lebih tertumpu kepada gambar sahaja.
Woooot, perasaan tak sesuatu yang pelik dalam gambar di bawah ini?


Perghh, memang aku tabik spring kat Fukrol (nickname mamat dalam gambar tu) ! Sebab apa? Tengoklah, PSP dijadikan sebagai Monitor. Kat bawah ini ada lagi teknologi 'buatan sendiri' yang dihasilkan oleh Fukrol.

CPU buatan sendiri.


Tengok tu, dia buat analog kat keyboard dengan hanya menggunakan batang crayon. WOW!


Webcam didirikan dengan hanya menggunakan beberapa batang pensel.


Erkkkk. Aku tak tahu apa benda ni, maybe Wifi Booster kot. hehe

Inilah yang akan terjadi sekiranya anda terlampau kreatif dan mahir mengenai teknologi.
Things to remember, Fukrol adalah watak ciptaan aku dan 'teknologi-teknologi' di atas belum dipastikan kewujudannya. hehe
Peace (Y)

Tips Blogwalking Yang Berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Semenjak aku melanggan P1 Wimax, aku agak rajin untuk blogwalking dan meninggalkan jejak di blog rakan-rakan blogger yang lain. Alhamdulillah, P1 Wimax memang tidak mengecewakan aku sama sekali baik dari segi kelajuan internet mahupun layanan khidmat pelanggan. Apa-apa sahaja masalah yang berlaku, terus aku meninggalkan pesanan di P1 Cares dan beberapa minit kemudian, staff P1 akan membalas pesanan tersebut. Staff P1 memang patut mendapat pujian!

Ehem-ehem, cukup sudah mengenai P1 Wimax. Di entri kali ini, aku akan memberikan TIPS BLOGWALKING YANG BERKESAN khas buat para blogger di luar sana. Istilah blogwalking memang tidak asing lagi buat para blogger. Blogwalking memang terbukti dapat memberi trafik atau pengunjung yang banyak ke blog kita. Tetapi, untuk mencapai trafik yang tinggi melalui blogwalking, ada beberapa tips yang anda perlu amalkan.

1. Komen di entri serta tinggalkan link blog anda
Tinggalkan komen anda mengenai entri yang ditulis oleh blogger terbabit. Harus diingat, komen selepas anda membaca keseluruhan entri. Jangan jadi blogger yang tidak jujur iaitu hanya membaca tajuk dan terus memberikan ulasan. Cuba kita fikir, apakah perasaan kita jika sudah penat lelah menulis entri, orang komen benda yang tak berkaitan langsung dengan entri yang kita tulis! Sudah semestinya kita akan berasa sedih dan bengang bukan?

Selepas anda memberikan ulasan, jangan lupakan untuk sertakan link blog anda sekali. Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana hendak meninggalkan link biru di ruangan komen, caranya mudah sahaja. Guna kod di bawah ini dan ubahsuai sedikit mengikut keperluan.
<a href="http://URLblogANDA"><b>AYATanda</b></a>
Jika anda ternampak sesuatu seperti ini:


Sila hormati apa yang disampaikan oleh penulis blog. Jika mereka kata jangan tinggalkan spam link, maka JANGAN berbuat demikian. Jika anda tidak menghormati blogger lain, maka mereka juga tidak akan menghormati anda. Ingat ye!

Inilah antara tips blogwalking yang berkesan dan selalu sahaja aku pratikkan. 90% dijamin blog anda akan disinggah balik oleh tuan empunya blog. Cuba jangan tak cuba ~~
Tips-tips yang lain akan aku kongsi di entri yang akan datang.
Peace (Y)

Kejutan Trafik Blog: 200 Orang Online Serentak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

1 Disember 2011 merupakan detik bersejarah bagi blog personal aku yang sudah 9 bulan bertapak di alam maya ini. Aku menerima kejutan trafik blog yang tidak disangka-sangka pada pukul 1 pagi tadi. Serius, memang aku tak pernah merasa 200 orang online serentak di blog aku!

Mujurlah aku sempat print screen blog ini sewaktu 204 orang tengah online, hehe. Bukti:



Kepada mereka yang retis (popular), mungkin fenomena ini seperti sudah sebati dengan mereka. Jadi, tolong jangan bandingkan aku dengan mereka-mereka yang retis di luar sana! Aku masih tidak layak untuk dibandingkan dengan mereka semua. Pengunjung sehari pun tak pernah lagi cecah 500!


Memang aku rasa pelik bin ajaib sebab tak pernah-pernah trafik/pengunjung blog aku mencanak naik seperti ini. Dengan rasa excited yang teramat, aku update status di Facebook, hehe. Selang beberapa minit kemudian, ada seorang rakan blogger aku komen .....


Ohh, patutlah!!! Selepas aku memeriksa fanpage terbabit, terbukti dia ada share URL blog aku. Kepada ADMIN, terima kasih banyak-banyak!


Sebagai membalas jasa Admin fanpage SeLaMaT mAlAm AwAk (",) SeMoGa LeNa Mu Di LiNdUnGiNyA. . ., izinkan aku mempromosikan tawaran istimewa ini.
Tawaran ini khas untuk mereka yang mempunyai website/blog sendiri. Anda boleh mempromosikan website/blog anda di fanpage terbabit dengan menyewa RSS Feed! Boleh lihat di SINI untuk penerangan mengenai RSS Feed.

Seperti yang diuar-uarkan oleh Admin, tawaran ini hanya datang sekali dalam seumur hidup! Mungkin lepas ini tidak ada lagi tawaran hebat (harga murah) seperti ini. Sebelum itu, mari kita lihat apa kelebihannya jika menyewa RSS Feed di fanpage yang mempunyai jumlah LIKE yang banyak:
- penyewa akan mendapat Trafik yang tinggi (terbukti setelah apa yang terjadi kepada blog aku)
- naikkan alexa rank dalam masa yang singkat
- blog anda akan dikenali ramai
Harga? Memang murah jika dibandingkan dengan fanpage-fanpage yang lain! Untuk pengetahuan semua, Admin fanpage  SeLaMaT mAlAm AwAk (",) SeMoGa LeNa Mu Di LiNdUnGiNyA. . .  juga merupakan Admin di fanpage yang mempunyai 71k Like !
Mega-promotion:
Sewa RSS Feed di fanpage 71k + 80k :
- 1 kekosongan sahaja
- 1 bulan RM50
- 3 bulan RM100
Sewa RSS Feed di fanpage 80k :
- 4 kekosongan
- 1 bulan RM50
- 3 bulan RM100
Berminat? Komen di wall fanpage SeLaMaT mAlAm AwAk (",) SeMoGa LeNa Mu Di LiNdUnGiNyA. . . dan nyatakan yang anda berminat untuk menyewa RSS Feed setelah membaca entri ini :)

Peace (Y)
p/s: Aku bukan hendak menunjuk-nunjuk mahupun riak atas pencapaian ini. Cuma mahu berkongsi. So, harap takde yang salah faham okay!

UPDATE BULAN MEI 2012:
JOM SEWA RSS FEEDS BLOG DI FANPAGE BERJUMLAH 700,000 LIKES!! GERENTI BERBALOI SEBAB HARGA YANG DITAWARKAN ADALAH SANGAT-SANGAT MURAH!! PM FACEBOOK SAYA JIKA BERMINAT :)