Jom Uji Samada Antivirus Anda Berfungsi Atau Tidak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)


Banyak perisian (software) antivirus yang telah dibangunkan sehingga hari ini. Antara antivirus yang telah wujud ialah Cloud, McAfee, Bitdefender dan bermacam-macam lagi! Antara antivirus yang paling mendapat sambutan ramai kerana keberkesannya dalam menangkis virus ialah Avira dan juga Kaspersky!

Kebanyakan pengguna komputer pada hari ini menggunakan perisian Antivirus percuma yang boleh didapati daripada laman web seperti filehippo.com. Tetapi, bagaimanakah anda hendak mengetahui adakah benar Antivirus anda berfungsi dengan sebetulnya?


Entri kali ini akan mengajar anda cara untuk menguji samada Antivirus anda berfungsi atau tidak. Caranya ialah dengan mencipta Virus menggunakan Notepad. Jangan risau, ianya adalah Fake Virus (virus tipu-tipu) sahaja dan tidak langsung mengancam komputer anda!

1. Buka aplikasi Notepad.

2. Copy kod di bawah ini dan paste ke Notepad.
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*
3. Sekarang, save fail tersebut di desktop dengan nama fakevirus.exe 

Jika antivirus anda berfungsi, akan keluar pop out yang virus telah dikesan di komputer anda. Jika tidak, ianya membuktikan antivirus anda tidak berfungsi lagi! Cepat-cepatlah beralih ke perisian Antivirus yang lain jika fake virus tadi tidak dapat dikesan. Jangan menyesal di kemudian hari!

Peace (Y)

2 comments:

addin dyna said...

berguna. nak cuba. =)
kebetulan notebook saya sedang sakit dengan masalah antivirus.

iAmCekbolat said...

ouh.. hehe.. brfungsi dh ^^