Jam Tangan Yang Boleh Melayari Internet Dan Menghantar SMS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)


Kita sering kali melihat perisik seperti ejen 007, James Bond mengenakan jam tangan serba guna semasa menjalankan tugas rahsia di dalam siri filem terkenal itu.

Tetapi kini, ciptaan jam tangan dengan skrin sesentuh, i’mWatch yang turut berfungsi seperti telefon pintar mungkin akan menjadikan anda bergaya seperti seorang perisik di dunia realiti.

Reka bentuk jam tangan i'm Watch

Pengarah syarikat i’mWatch, Manuel Zanella dan Massimiliano Bertolini, 31, telah mencetuskan idea lebih segar dan sesuai dengan gaya remaja untuk mencipta jam telefon pintar tersebut dijual pada harga 234 pound (RM1,141) serta turut dilengkapi cip memori empat gigabait (4 GB).

Pengguna masih boleh mengirim emel, sistem pesanan ringkas (SMS) dan melayari laman sosial Facebook serta blog mikro, Twitter melalui skrin paparan LCD sebesar 1.5 inci itu.

Bertolini berkata, beliau berhasrat mempertingkatkan lagi fungsi i’mWatch untuk menjadi seperti alat kawalan jauh serba guna pelbagai peralatan elektronik di rumah pada masa hadapan.

“Setakat ini, kami sudah menerima 5,000 tempahan awal dan i’mWatch dijangka mula berada di pasaran menjelang tahun depan” menurutnya lagi.

Sumber: Sinar Harian
Ulasan: Dunia sekarang memang serba canggih bukan? Kini, jam tangan pun boleh dijadikan tempat untuk melayari internet dan menghantar pesanan ringkas. Aku harap impian Bertolini iaitu meningkatkan fungsi jam tangan supaya dapat menjadi alat kawalan alatan elektronik dapat dicapai. Senang sikit nak on off tv, aircond dan lain-lain :D
Peace (Y) 

1 comment:

nembiak sarawak said...

kalau saya..minat gadget macamnie,,,mudah dibawa kemana2,,,tapi harga tuuu....fuiyoo!!!!