Alex Tracks Memperoleh 150 Dolar Sehari Dengan Jual Gula-Gula

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Pernah tak anda terfikir anda mampu menghasilkan jumlah wang yang banyak dengan hanya menjadi seorang penjual gula-gula? Seorang lelaki yang berasal dari New York telah membuktikannya! Alex hanya berjalan-jalan di sekitar kereta api bawah tanah sambil menjual gula-gula dan memperoleh ratusan dolar sehari.


sumber gambar: borakkosong.com

Alex atau nama penuhnya Alex ‘Tracks’ McFarland dapat menghasilkan wang tunai sebanyak 55,000 dolar setahun dengan hanya menjual gula-gula dan biasanya, dia mampu membawa pulang sekitar 150 dolar sehari. Menurut Alex, dia mula melakukan pekerjaan ini sejak berusia 11 tahun. Dia melakukan pekerjaan ini kerana hendak mendapatkan wang sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.



Menurut Mail Online, Alex kini telah menjadi salah satu raja gula-gula pada sistem transport publik di New York dengan 13 tahun pengalaman dalam menjual gula-gula. Ini dibuktikan dengan berbagai jenis gula-gula yang dijualnya.
Dengan menjual gula-gula, aku dapat mengurus keluarga” katanya sambil tersenyum.
Memang aku tabik dengan kegigihan Alex Tracks ini. 13 tahun menjual gula-gula, akhirnya ia membuahkan hasil apabila memperoleh pendapatan yang lumayan setiap hari. Usaha tangga kejayaan :)
Peace (Y)

2 comments:

JG said...

13 tahun jual gula2 sungguh gigih lelaki ini. Kita baru keje 2-3 tahun dah bosan cari keje lain (^^,)

ejam said...

usaha yg bagus dlm mencari rezeki dgn cara yg betul..
patut dicontohi lebih ramai org.