LEFT-HANDED/KIDAL

Assalamualaikum

Dah baca tajuk ? haa, tulah yang aku nak kongsi pada hari ni. Nak kongsi berkenaan dengan fakta-fakta yang menarik tentang orang yang menggunakan tangan kiri dalam melakukan aktiviti harian mereka seperti menulis, menggunakan peralatan , dan macam-macam lagi. Istilah lain bagi tangan kiri ialah left-handed/kidal, tu je kot .hoho

Thanks izmel mengingatkan aku tentang kidal ni, memberi idea nak post ape hari ni kat blog.haha

Aku ni memang setia pada tangan kiri aku ni, menulis tangan kiri. ARHHH , menulis je kot aku rasa tangan kiri, sebab badminton aku maen dua2 belah tangan boleh, bowling tangan kanan sahaja. OHH lupe, aku pegang gunting tangan kiri ,hoho XD

Mengikut kajian, 5-15 peratus orang kat DUNIA INI adalah merupakan pengguna tangan kidal/left-handed dan kebanyakannya adalah LELAKI dan AKU TERGOLONG DALAMNYA XD, perempuan pun ade juga. Orang yang kidal juga lebih dominan menggunakan otak sebelah kanan . For your info, otak kita sonsang, macam tubuh badan kita. Kalau kita gerak tubuh badan sebelah kiri, sebenarnya otak kanan yang ..... bekerja !

Menurut kajian yang dilakukan oleh para pengkaji dari University Aberty, Skotlandia, mereka yang sering menggunakan tangan kiri atau kidal ternyata cenderung mudah rasa cemas atau malu dengan apa yang ingin mereka lakukan atau katakan. Dalam kajian yang diterbitkan di dalam jurnal ‘Personality and Individual Differences’ menemukan bahawa mereka yang kidal lebih cenderung untuk mengawal diri berhadapan dengan situasi baru atau yang di luar kebiasaan.

Otak sebelah kanan menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini, individu kidal dikatakan lebih bijak dari segi KREATIVITI dan SENI berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan..haa dengar tu.hahaha
Orang kidal ni lebih cepat memproses berbagai rangsangan berbanding denga orang yang menggunakan tangan kanan ? betul3 .ha3
Kidal juga adalah lebih sensitif emosinya sebab otak kanan yang mengatur emosi-emosi negatif ( ohHH patut la aku sensitif, hoho).

Fakta MENARIK mengenai ORANG yang LEFT-HANDED ni :

Mereka lebih cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dikatakan atau dilakukan ( ohhh i see i see )

Individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Sebab tu la orang kidal dapat sesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Disebabkan itu juga, secara purata orang kidal mempunyai jangka hayat 9 TAHUN LEBIH PENDEK berbanding mereka yang bertangan kanan. ( INI AKU TIDAK BERAPA SETUJU AR, hidup mati ketentuan ALLAH SWT !! )

Kelebihan dan kekurangan orang kidal ,,, nak tulis tulisan jawi sonang berbanding tulis bahasa biasa(rumi). SOBAB EH kalau kita perhatikan , tulisan rumi bermula daripada KIRI ke KANAN, jadi susah sikit bagi orang kidal ni, sebab meninggalkan kesan macam dakwat pen melekat kat tepi JARI KELINGKING disebabkan tangan terpaksa diseret ke kanan(UNTUNGLA ORANG YANG GUNA TANGAN KANAN) .Kalau orang kidal pula akan senang tulis jawi sebab kan tulisan jawi dari KANAN KE KIRI jadi tiadalah kesan yang ditinggalkan kat jari-jemari kite :0
Lagi, ada orang cakap tangan kidal ni KREATIF. biar betoll ?? haha , sebab aku tak kreatif pun, biasa je,hehe
KESIMPULANNYA KAT SINI, SETIAP SESUATU YANG ALLAH CIPTA ADA KEKURANGAN DAN KELEBIHANNYA, ingat tu.

  • Pemimpin Negara : Napoleon Bonaparte, Presiden George HW Bush, Fidel Castro, Hugo Chaves, Bill Clinton , Ronald Reagan, Barack Obama, Pangeran Charles , Pangeran William dari Inggris, Benyamin Netanyahu, Harry S. Truman, Victoria dari Britania Raya
  • Orang Terkenal : Bill gates, Oprah Winfrey, Felipe Colderon, Michael bloomberg, Lord Baden-Powell (founder gerakan Pramuka)
  • Pemuzik dan Bintang Film : Jimi Hendrix, Kurt Cobain , Paul McCartney, Babe Ruth, Tony Iommi(Black Sabbath), Dominic Howard (Muse), Ringo Starr (Beatles), Zacky Vengeance, Phil Collins (Genesis), Tom Cruise, Julia Roberts, Tom Cruise, Slyvester Stallone, Bruce Willis, Keanu Reeves, Raphael, Robert DeNiro, Angelina Jolie, Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Noel Gallagher (Oasis), Oscar DeLa Hoya, Valentino Rossi, Morales Patricio, John McCartney (Beatles), Kurt Cobain ( vokalis dan guitaris Nirvana), Nicole Kidman
  • sport : Monica Seles, Iker Casillas, Petr Cech, Lin Dan, Lionel Messi, Rafael Nadal
  • Ilmuwan Isaac Newton, Marie Curie dan Benjamin Franklin, Aristoteles, Albert Einstein
  • Seniman Michelangelo dan Leonardo Da Vinci
  • Tokoh-tokoh sejarah Alexander the great, Charlemagne dan Julius Caesar.
Kat atas tu semua orang yang menggunakan tangan kidal . Huhu,
Tak semestinya orang kidal ni pandai muzik la , kreatif la ,itu la ini la.
KALAU MALAS tak dee jadi pandai tiba2 kan ?

JADI KAT SINI, kejayaan yang kita capai semuanya adalah usaha titik peluh sendiri dan bukannya orang lain. TAK SEMESTINYA kita tangan kidal , kita hebat XD
RAMAI LAGI kat luar sana yang popular tapi bukan kidal , ada je ?

hoho , sekianlah post aku kali ini :)

2 comments:

SiS NaD said...

SiS SoWaNG YanG KiDaL... HuHu!~ SaMeR NGaN aDiK2 LaKi SiS... (^_____^)V

SaLaM ZiaRaH DaRi SiS... JoM BaCeR NaPeR SiS TaK PCaYe NGan BLoG aBG BeN aSHaaRi... HuH!~

Mohd Zakwan Zain said...

ouh , kidal juga ye ?
go kidal !! hehe :)
thank ziarah.