Alamak, Cuti Sudah Habis!

Assalamualaikum kepada mereka yang beragama Islam dan HAI kepada yang lain :)

Pejam celik pejam celik sudah 1 bulan lebih budak-budak sekolah bercuti! Pergh, rasa macam baru 2 minggu je bercuti. Tak puas, nak lagi. 

jangan padam holidays tu !!


90% masa cuti kali ini aku luangkan dengan menghadap laptop Acer kesayanganku. SAYANG la sangat, 1GB Ram membuatkan aku rasa nak hentak laptop ni banyak kali. Selalu sangat lag -,-

Haa? Apa itu lag? Kalau mereka yang selalu main game, kemungkinan besar korang tahu apa maksud istilah lag. 
Lag tu sinonim dengan TERSEKAT, HANGING, LEMBAB BODOH

Hampir 1/3 hari aku luangkan masa di depan laptop, benda lain-lain banyak terabai macam tugas aku kat rumah iaitu lipat kain sering tertangguh. Tangguh-tangguh tapi BUAT JUGAK. Jangan risau ye mak :D

Apa aku buat sewaktu menggunakan laptop? Of course online. Facebook, Blogger, Youtube, Main game online...itu sudah menjadi rutinku walaupun kadang kala membosankan tetapi aku teruskan juga sebab benda apa lagi yang lebih menghiburkan selain daripada online? TV? Astro asyik ulang benda yang sama je. zzz

Tapi, cuti kali ini lebih istimewa berbanding tahun-tahun sesudah. Kenapa aku berkata demikian?
Me and my sister, dengan saudara belah mak (bukan semua, hanya keluarga induk dan mak tih) pergi bercuti ke Perak dan Cameron Highland!

Tujuan sebenar ke Perak adalah untuk bermandi-manda di Lost World, Tambun. Kat Lost World tu, macam-macam benda aku main. Gelongsor, pirate, swing, gelongsor, adakah aku tersebut gelongsor dua kali?  
Memang aku sebut gelongsor dua kali kan? Sebab ada dua jenis gelongsor kat sana X)


first time mendulang bijih timah. ~di Lost World 
#aku si baju merah :D


Kat Lost World juga ada mini zoo, mini funfair. Memang terbaik! 
Nanti aku akan buat post pasal apa yang terjadi di Lost World dan juga di Cameron Highland. Harap ada yang sudi membaca :)

Overall, cuti ni memang banyak buang masa (seperti cuti-cuti terdahulu) TETAPI disebabkan tahun ni ada pergi melancong ke luar negeri, so it something fun and special for me :)

Aku harap lepas SPM ada orang akan bawak aku pergi melancong ke tempat-tempat yang best di Malaysia. Kalau kat luar negara lagi bagus, hehe. 

watLEK watPEACE (Y)
p/s: sepantas kilat masa berlalu... 1 jam dirasakan 1 minit... 1 hari dirasakan 1 jam.. oh tidak

3 comments:

PURPLEVIOLET said...

Azfa cuti pegi luar negeri gak holiday ni,pegi langkawi.mmg best sgt sebeb dah lame tak jejakkan kaki kat sana.zakwan,umo kita sama...

Unknown said...

huhu.lepas ni saya plak cuti ye

IM TYPING said...

alaa, blog jeee wlaupun spm :D dulu aku blog je. makin dekat spm, makin banyak habiskan masa kat blogging *kurangkan stress katanya :D hahhaha. study last minit nnt sakit otak. banyak benda nak sumbat ! gdluck ! :D