Tips Blogwalking Yang Berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Semenjak aku melanggan P1 Wimax, aku agak rajin untuk blogwalking dan meninggalkan jejak di blog rakan-rakan blogger yang lain. Alhamdulillah, P1 Wimax memang tidak mengecewakan aku sama sekali baik dari segi kelajuan internet mahupun layanan khidmat pelanggan. Apa-apa sahaja masalah yang berlaku, terus aku meninggalkan pesanan di P1 Cares dan beberapa minit kemudian, staff P1 akan membalas pesanan tersebut. Staff P1 memang patut mendapat pujian!

Ehem-ehem, cukup sudah mengenai P1 Wimax. Di entri kali ini, aku akan memberikan TIPS BLOGWALKING YANG BERKESAN khas buat para blogger di luar sana. Istilah blogwalking memang tidak asing lagi buat para blogger. Blogwalking memang terbukti dapat memberi trafik atau pengunjung yang banyak ke blog kita. Tetapi, untuk mencapai trafik yang tinggi melalui blogwalking, ada beberapa tips yang anda perlu amalkan.

1. Komen di entri serta tinggalkan link blog anda
Tinggalkan komen anda mengenai entri yang ditulis oleh blogger terbabit. Harus diingat, komen selepas anda membaca keseluruhan entri. Jangan jadi blogger yang tidak jujur iaitu hanya membaca tajuk dan terus memberikan ulasan. Cuba kita fikir, apakah perasaan kita jika sudah penat lelah menulis entri, orang komen benda yang tak berkaitan langsung dengan entri yang kita tulis! Sudah semestinya kita akan berasa sedih dan bengang bukan?

Selepas anda memberikan ulasan, jangan lupakan untuk sertakan link blog anda sekali. Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana hendak meninggalkan link biru di ruangan komen, caranya mudah sahaja. Guna kod di bawah ini dan ubahsuai sedikit mengikut keperluan.
<a href="http://URLblogANDA"><b>AYATanda</b></a>
Jika anda ternampak sesuatu seperti ini:


Sila hormati apa yang disampaikan oleh penulis blog. Jika mereka kata jangan tinggalkan spam link, maka JANGAN berbuat demikian. Jika anda tidak menghormati blogger lain, maka mereka juga tidak akan menghormati anda. Ingat ye!

Inilah antara tips blogwalking yang berkesan dan selalu sahaja aku pratikkan. 90% dijamin blog anda akan disinggah balik oleh tuan empunya blog. Cuba jangan tak cuba ~~
Tips-tips yang lain akan aku kongsi di entri yang akan datang.
Peace (Y)

20 comments:

yura said...

sorry nak tnye pasl spam la...ape maksdnye n cam ne nak elakkan spam ...

M'Rie R'Nie said...

Tak perlu buat blue word tu. Sebab kalau anda menggunakan akaun Google secara automatik owner blog boleh menjejaki blog anda kembali. tak perlu risau sangat. yang penting setkan link blog kat profile tu agar mudah owner menjejaki anda.

azu said...

good info nih. azu mmg suka tggl jejak bila BW. senangla blogger lain nk singgah blog kita pulak.hope dgn info ni lebih ramai sudi singgah2 blog Azu.tqvm!
http://azumie.blogspot.com/

Adam Sahaja said...

thanks for da info.. ^^

Adam Sahaja said...

thanks for da info.. ^^

Mohd Zakwan Zain said...

Yura : spam link. maksudnya jangan tinggalkan link. Yura, tak byk zakwan tahu pasal spam link ni.sorry :(


M'rie :ye , memang kita boleh setkan kat profile.cuma, kalau nak lagi BERKESAN serta memudahkan orang lain nak jejak blog kita, letakkan lah link beserta dengan komen. betul tak?


Azu: jangan lupa amalkan..hoho
btw, thanks :D

PURPLEVIOLET said...

bagus betul info ni..

Unknown said...

ramai yang tinggalkan komen tapi terlupa nak tinggal jejak kat shoutbox.sebenarnya walaupun dah komen tak salah tingal jejak kat shoutbox tu..ada pulangan traffik kat situ.biasanya yang suka singgah dari kotak komen tu hanya tuan blog saja..pengunjung lain biasanya suka klik kat shoutbox atau blloglist.

~NiZa Maksit~ said...

saja try tutorial d ats. hehehe..suka info ni ^^,

PemilikMataCoklat said...

terasa lak saya bila ckp komen kena ada kaitan dgn entry, selalunya komen kalau ada soklan yg takde kaitan main komen je, huhuhu

Mohd Zakwan Zain said...

Purpleviolet dan Niza Maksit: Wah, dah pandai buat link biru kat komen.hoho. btw, thanks :D


Diana: Tips tinggalkan link di shoutbox zakwan akan kongsikan dalam entri yang akan datang...


PemilikMataCoklat: lain kali jangan buat lagi.. komen lah apa yang berkaitan dengan entri. jaga perasaan blogger terbabit.hehe :)

ecadwinkyasha said...

.kalau kita tinggalkan link kita dekat bahagian komen,tak dikira sebagai spam link ke?..nak wat cam tu,tpi takut kena spam,then xpasal2 blog kena remove/delete lak...

Rosalia said...

nice :)

Dr Zatiel Ismail said...

tada~~sy tinggal link.
http://duniadentist.blogspot.com/

SeseDaP RaSa said...

saya masih x paham pasal spam..

Unknown said...

wah ! info yang bgus..
tq..

aimanayie said...

yess!!

benar yang teramat benar!!

Razil Tahir said...

thanks for the info!! XD
berguna sangat... :)

Ir. Jamal said...

Kalau nak elakkan spam link, pastikan kita enable comment moderation.

So kita boleh filter(tapis) komen yang akan keluar di blog kita. Kalau rase tak nak komen tue keluar ataupun komen yang berunsur sensitif, kita boleh delete komen tersebut kan.

Kat bawah nie sample backlinks yg kita tinggalkan diruangan komen, tapi pastikan blog tue dofollow baru la berbaloi backlinks yg kita dapat tue.

Oil and Gas Blog

O-rasa said...

saya baca entry awak. menarik n dah follow pun.. harap follow balik ye :)

kalau sudi, singgah tau