Buat Komputer Anda Bercakap Apa Sahaja Yang Anda Taip Menggunakan Notepad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

Ini merupakan trik yang amat mudah untuk diaplikasikan dan mungkin boleh mengkagumkan kawan-kawan anda. Kesan trik kali ini ialah apa sahaja yang anda taip akan diucapkan oleh komputer anda. Trik ini sesuai untuk semua jenis operasi windows dan tidak memerlukan apa-apa skil programming. Anda hanya perlu mengikuti langkah2 mudah ini dan anda boleh menghasilkan 'software' menukar teks ke suara.

1. Buka aplikasi Notepad.

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam Notepad.
Dim message, sapi
message=InputBox("What do you want me to say?","Speak to Me")
Set sapi=CreateObject("sapi.spvoice")
sapi.Speak message
3. Simpan fail tersebut dengan nama speak.vbs di desktop komputer anda.

4. Klik pada fail speak.vbs yang anda simpan di desktop tadi. Nanti akan keluar windows seperti di bawah:

Taipkan apa yang anda mahu komputer anda ucapkan ke dalam kotak dan tekan OK.

Enjoy :)
Peace (Y)

2 comments:

M Fizan said...

sangat2 best..boleh x nak share??

Mohd Zakwan Zain said...

M Fizan: boleh je janji linkkan blog aku okay :)