Telefon Awam Telan Duit Haram

Assalamualaikum :)

Aku masih ingat lagi sewaktu aku di sekolah rendah, kerap kali aku menggunakan telefon awam a.k.a public phone. Masa tu, aku dah ada telefon bimbit cumanya selalu tiada kredit. Biasa la budak sekolah rendah, mana dapat duit banyak. Kalau ada duit lebih pun, beli gula-gula dan benda-benda lain.

Waktu sekolah rendah dulu, mak dan ayah aku masih lagi bekerja. Jadi, selalu telefon mereka menggunakan telefon awam walaupun tahu menggangu mereka tengah bekerja (telefon sebab nak minta beli gula-gula, keropok, etc.. hehe). Selalunya, kalau aku masukkan 50 sen kat telefon awam tu, telefon sekejap je lepas tu baki beberapa sen akan keluar. Itu dulu, tetapi sekarang jangan harap ada baki duit syiling yang akan keluar!

Dah beberapa kali telefon awam menelan duit syiling lebihan aku. Semenjak itulah aku trauma nak masukkan duit 50 sen, hehe. Kalau nak guna telefon awam , aku bersedia dengan duit syiling 20 sen , tak pun 10 sen. Dengan cara itu akan menyelamatkan duit aku daripada ditelan oleh telefon awam yang jahanam! :P
Sumpah aku pelik. Dulu tak pulak macam ni.
Ape kes ???
Peace (Y)

1 comment:

Anith Hanisah said...

phone booth pn dh pndai skrang nie..hahaha