Selipar Jenama CROCS Mengundang Bahaya


Di The Gardens, Mid Valley City baru-baru ini berlaku satu kemalangan ngeri dimana seorang kanak-kanak tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke Hospital.

Kemalangan yang berlaku di hadapan pasaraya Cold Storage The Gardens nyaris menjadi satu tragedi menakutkan apabila kasut/selipar yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut di tepi eskalator itu.

Tindakan pantas pekerja pengurusan The Gardens untuk menelefon pihak bomba dan ambulans berjaya mengelakkan kemalangan tersebut dari semakin teruk.

Pihak Bomba dan keselamatan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Orang awam yang berada berhampiran turut membantu apabila diminta oleh pihak terbabit.

Kanak-kanak tersebut yang dipercayai mengalami kecederaan teruk pada kaki, segera digegaskan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya menggunakan Ambulans yang sedang menanti di luar The Gardens.

Punca kemalangan dipercayai kasut/selipar Crocs yang dipakai kanak-kanak tersebut, ditarik masuk kedalam eskalator. Sebelum ini, telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator.

Dipercayai struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs agak bahaya dipakai mereka yang cuai.

Diharap jika anda memakai kasut/selipar jenis Crocs, untuk lebih berhati-hati dan sentiasa perhatikan anak-anak kecil agar kemalangan seperti ini tidak berulang lagi.

::Sumber::

5 comments:

Admin said...

bahaya tu hehe...tpi dik, kalau pakai kasut apa-apa pun bahaya juga kalau x berhati2 hehe :P

http://hatibatu.com/blog/

saffiya_aleesya @ echa said...

isskkk2...ngeri ar klu jd mcm tu.

Mohd Zakwan Zain said...

Saffiya : tula .. boleh trauma seumur hidup budak tu ..


Alienelliz: iyo betul gak tu .haha

Unknown said...

tak suka pakai kasut crocs ni.

Mohd Zakwan Zain said...

Eyfa: kenapa tak suka ? hehe . dulu trend pakai slipar crocs, skrang dah kurang dah orang pakai .