Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Pagi-pagi lagi aku dah confuse nak pilih servis internet yang mana satu.
Ayah aku dah berjanji nak belikan internet hari ini (21 Nov) dan pilihannya terletak di tangan aku sebab aku lah yang akan bayar tiap-tiap bulan menggunakan duit blog. *kenakerjakeras
Aku berada di tengah-tengah samada nak pilih pakej P1 Wimax Home and Office RM99 ataupun Streamyx BB Deal Rm110 ?
atau
Aku merupakan pengguna internet dengan ciri-ciri yang berikut :
- tak suka sangat download .- setiap hari hanya blogging, facebook, youtube, kadang-kadang tengok movie dan main game online.
Berdasarkan ciri-ciri berikut, memang sesuai untuk aku menggunakan P1 Wimax Rm99.
Cumanya apabila difikirkan balik, macam mana dengan orang rumah aku pulak?
- Kakak aku suka download drama Korea, Bi dan tengok video kat youtube setiap hari.- Abang aku suka tengok anime (bleach, naruto, etc)- Ayah aku kadang-kadang layan youtube dan download lagu kegemaran dia.
Huih, aku rasa memang tak cukup pakej RM99 15GB yang ditawarkan oleh P1 Wimax. Sekejap je boleh habis 15GB tu.
Tapi, kalau guna Streamyx pula RM110 hanya dapat speed 1mpbs sahaja sedangkan P1 Wimax RM99 boleh dapat 2mpbs.
Lagi-lagi aku dengar perkhimatan pelanggan P1 Wimax memang terbaik dan memang ada coverage kat kawasan aku (Taman Rasah Jaya, Seremban) manakala Streamyx perkhidmatan pelanggannya tidak bagus dan selalu bertangguh !
Tetapi, P1 Wimax ada quota 15GB sebulan. Kalau lebih 15GB dalam sebulan, internet akan jadi lambat
Streamyx tak payah cakap la, unlimited usage !
Nak pentingkan diri sendiri atau pun fikir pasal ahli keluarga aku? Damn confusing!
Peace (Y)
3 comments:
baik beli streamyx sebab unlimited . kau nak fikir diri sendiri bila wimax :)
Unifi better... ambil VIP5... ada HyppTV, 5Mbps, 60GB quota (but not enforce at the moment), free call, free hardware, satu rumah wifi zone...
Gdsbnga : emmm streamyx memang unlimited.. tapi...speed and customer service nya ? hmm
Mr aiBOB : Unifi paling murah pun RM150 . insyaAllah dah bekerja kang aku pasang.. masih belajar lagi, pilih yang termampu je :)
Post a Comment