Video Paling Banyak Ditonton, Dikomen, Like, Dislike dan Digemari Di Youtube

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Terdapat banyak laman web yang menawarkan khidmat perkongsian video seperti metacafe, dailymotion, dan sebagainya tetapi yang paling popular sudah semestinya youtube.com.


Mengenai sejarah pembentukan Youtube, ianya diasaskan bersama-sama oleh Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintis PayPal. Pada awalnya pejabat pusat Youtube terletak di tingkat atas sebuah restoran Pizza dan Restoran Jepun di San Mateo, California.



Video di atas merupakan video yang pertama sekali di muat naik(upload) di Youtube bertajuk Me at The Zoo, memaparkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego.

Cukup mengenai sejarah pembentukan youtube, mari kita berbalik kepada tajuk iaitu video yang paling banyak ditonton di Youtube, video yang paling banyak dikomen di Youtube, video yang paling banyak like (disukai) di Youtube, video yang paling banyak dislike (tidak disukai) di Youtube dan video yang paling digemari (rate as favourite) di Youtube.

Mesti korang pening baca ayat yang berulang-ulang di perenggan atas. Aku buat sedemikian kerana ingin mencipta keyword yang dicari-cari oleh orang di Google. Ini salah satu strategi SEO (kalau tak faham, hiraukan, hehe).


Justin Bieber ft Ludacris- Baby
Video ini memegang ketiga-tiga 'anugerah' sekaligus iaitu video paling banyak ditonton, dikomen dan dislike di Youtube! Memang Justin Bieber menjadi fenemona di Youtube sehinggakan kini, dia menjadi artis muda yang dikenali ramai.

Jumlah ditonton sehingga 25 Nov 2011: 664,621,996
Jumlah komen yang terkumpul sehingga 25 Nov 2011: 6,846,936
Jumlah dislike yang terkumpul sehingga 25 Nov 2011: 2,026,109 



LMFAO - Party Rock Anthem ft. Lauren Bennett, GoonRock
Video ini pula memegang 'anugerah' sebagai video paling banyak like di Youtube! Video ini baru sahaja dimuat naik Mac 2011 tetapi sudah mencecah jutaan like (paling banyak di youtube). Memang kumpulan yang paling cepat berkembang dan popular di dunia :O

Jumlah like yang terkumpul sehingga 25 Nov 2011:  1,039,559




Evolution of Dance - By Judson Laipply
Memang aku tak faham langsung, macam mana video seperti ini boleh memegang 'anugerah' selaku video paling digemari (favourite) di Youtube? No comment -.-

Jumlah dipilih sebagai 'favourite' di Youtube: Tidak diketahui tetapi yang paling banyak di Youtube


Dah tengok video-video yang aku kongsikan di atas? Anda rasa layakkah mereka menerima 'anugerah-anugerah' yang aku sebutkan? Mengikut pandangan aku, Justin Bieber dan LMFAO memang layak tetapi bukan lelaki yang menari tu -.-
Peace (Y)

p/s: Semua maklumat ini aku peroleh daripada Youtube Chart.

3 comments:

Admin said...

wah baru tau

cerita best said...

tq la sebb follow pakjoe yg x seberapa nie heheh...pakjoe ada 1 segmen tapi segmen nie paling byk org join kalau x percaya tengok nie http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/11/wahhh-segmen-blog-siapa-akan-pakjoe.html

Shahizan Azmi said...

Tak faham kenapa nak minat Justin Bieber - -'