Kejutan Trafik Blog: 200 Orang Online Serentak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

1 Disember 2011 merupakan detik bersejarah bagi blog personal aku yang sudah 9 bulan bertapak di alam maya ini. Aku menerima kejutan trafik blog yang tidak disangka-sangka pada pukul 1 pagi tadi. Serius, memang aku tak pernah merasa 200 orang online serentak di blog aku!

Mujurlah aku sempat print screen blog ini sewaktu 204 orang tengah online, hehe. Bukti:



Kepada mereka yang retis (popular), mungkin fenomena ini seperti sudah sebati dengan mereka. Jadi, tolong jangan bandingkan aku dengan mereka-mereka yang retis di luar sana! Aku masih tidak layak untuk dibandingkan dengan mereka semua. Pengunjung sehari pun tak pernah lagi cecah 500!


Memang aku rasa pelik bin ajaib sebab tak pernah-pernah trafik/pengunjung blog aku mencanak naik seperti ini. Dengan rasa excited yang teramat, aku update status di Facebook, hehe. Selang beberapa minit kemudian, ada seorang rakan blogger aku komen .....


Ohh, patutlah!!! Selepas aku memeriksa fanpage terbabit, terbukti dia ada share URL blog aku. Kepada ADMIN, terima kasih banyak-banyak!


Sebagai membalas jasa Admin fanpage SeLaMaT mAlAm AwAk (",) SeMoGa LeNa Mu Di LiNdUnGiNyA. . ., izinkan aku mempromosikan tawaran istimewa ini.
Tawaran ini khas untuk mereka yang mempunyai website/blog sendiri. Anda boleh mempromosikan website/blog anda di fanpage terbabit dengan menyewa RSS Feed! Boleh lihat di SINI untuk penerangan mengenai RSS Feed.

Seperti yang diuar-uarkan oleh Admin, tawaran ini hanya datang sekali dalam seumur hidup! Mungkin lepas ini tidak ada lagi tawaran hebat (harga murah) seperti ini. Sebelum itu, mari kita lihat apa kelebihannya jika menyewa RSS Feed di fanpage yang mempunyai jumlah LIKE yang banyak:
- penyewa akan mendapat Trafik yang tinggi (terbukti setelah apa yang terjadi kepada blog aku)
- naikkan alexa rank dalam masa yang singkat
- blog anda akan dikenali ramai
Harga? Memang murah jika dibandingkan dengan fanpage-fanpage yang lain! Untuk pengetahuan semua, Admin fanpage  SeLaMaT mAlAm AwAk (",) SeMoGa LeNa Mu Di LiNdUnGiNyA. . .  juga merupakan Admin di fanpage yang mempunyai 71k Like !
Mega-promotion:
Sewa RSS Feed di fanpage 71k + 80k :
- 1 kekosongan sahaja
- 1 bulan RM50
- 3 bulan RM100
Sewa RSS Feed di fanpage 80k :
- 4 kekosongan
- 1 bulan RM50
- 3 bulan RM100
Berminat? Komen di wall fanpage SeLaMaT mAlAm AwAk (",) SeMoGa LeNa Mu Di LiNdUnGiNyA. . . dan nyatakan yang anda berminat untuk menyewa RSS Feed setelah membaca entri ini :)

Peace (Y)
p/s: Aku bukan hendak menunjuk-nunjuk mahupun riak atas pencapaian ini. Cuma mahu berkongsi. So, harap takde yang salah faham okay!

UPDATE BULAN MEI 2012:
JOM SEWA RSS FEEDS BLOG DI FANPAGE BERJUMLAH 700,000 LIKES!! GERENTI BERBALOI SEBAB HARGA YANG DITAWARKAN ADALAH SANGAT-SANGAT MURAH!! PM FACEBOOK SAYA JIKA BERMINAT :)

16 comments:

Yana Yassin said...

untunglah,.. trafik mencanak.

precious cla said...

memang kau retis XD ....HEHE

Mohd Zakwan Zain said...

Yana: sekali sekala je jadi macam ni..hoho


Leods: retis ape nye..jauh lagi untuk dibandingkan dengan retis-retis kat luar sana :D

Unknown said...

wow...bangganya..!

yura said...

wah bestnye...hehe sy singgah... dtg la umah sy kalo sudi ye

Mohd Zakwan Zain said...

Alif: sekali sekala membangga-kan diri..hoho


Yura : okay, nanti Zakwan singgah !

suha said...

hikhik blog cik suha ade sorang je peminat,blog awak smpai 200..auwww (^_^)

ahowk orang islam said...

ohh. pernah jugak sorang kwn lama tolong.. tp xtau pa max online time tu.. tp qdq lq dqm 700 org tgk post tu sehari.. buat xdappat apaun pun. sekadar mk kongsikan info sos xdpt kelulusan halal..

wan_cikgumuzik said...

ok jugak kan kalau sewa benda nihh.. lagi bagus dari sewa tapak iklan kat blog2 popular.. tapi kena rajin update blog ahh.. baru berbaloi sewa kan??

terrbaeekkk lah bro..!!

M Fizan said...

untungnya sahabat..alhamdulillah.. blog saya nak sampai 50 sehari pun tak.. hehe

Mohd Zakwan Zain said...

Suha dan Fendy : THANKS :D


Ahowk orang Islam: emm.. bro, tak faham la apa yang kau tulis.



Wan Cikgumuzik: yeah, memang berbaloi sewa fanpage daripada sewa kat blog orang! btw, thanks :D


M fizan: thanks :)
takpa, slow-slow dulu.lama-lama naiklah pengunjung ke blog Fizan.dulu zakwan pun camtu jugak :)

Lia Irdelia said...

untunglah..
hhaha..
tahniah2.. :)

Myra Jay said...

Sy xpenah merasa mencanak sehingga 200, plg tinggi pun 40 je :)

Mohd Zakwan Zain said...

Lia: terima kasih :)


Myra Jay: oklah tu.. zakwan ni pun sekali sekala je..hehe

Ir. Jamal said...

Tahniah Bro..semoga terus success selalu..:-)

Oil and Gas Blog

Shaifuddin Shaffie said...

Sewa RSS Feed di fanpage tu available lagi ke. saya berminat ni