Korang ada PSP tak? Kalau ada, sudah semestinya korang nak letak game best-best dan terbaru kat PSP kan! Kebiasaannya kalau kita nak dapatkan game PSP, kedai-kedai game akan menjadi sasaran. Malangnya, game yang ada bukan untuk diberi secara percuma tetapi harus dibeli (dah nama kedai :P )! Harga standard satu game ialah RM5 (kalau lebih dari tu, baik korang cari kedai lain). Kalau 10 game, dah kene RM50. Perghh, baik ajak family pergi makan pizza je. hehe
Tapi hari ini, semuanya akan berubah! Aku akan bagitahu laman web untuk download game2 PSP yang terbaru dan terhangat secara PERCUMA! Tidak perlu lagi membazir duit pergi ke kedai dan bayar RM5 untuk beli satu game. Ini dia laman web nya :
Lepas korang dah klik link di atas, terpapar senarai game yang baru sahaja di-release ! Tapi bagaimana nak download game-game tersebut? Senang je, ikut ni :
1. Di bahagian sidebar kiri, cuba cari Downloads di bahagian bawah Modules.
2. Klik pada Downloads dan masukkan lah tajuk game yang korang hendak cari!
*Tips sewaktu mencari game: Masukkan keyword tajuk game itu (contohnya nak cari game Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Impact, tulis Naruto sahaja). Jangan tulis penuh-penuh kerana kadang2, tajuknya berlainan sedikit.
3. Dah jumpa game yang anda mahukan? Klik pada tajuk game tersebut untuk download PART 1 game tersebut. Download PART 2 dan PART 3(jika ada) juga! Harus diingat, di setiap game, semua PART wajib di-download! Jikalau tidak, game akan menjadi corrupted!
*Tips sewaktu men-download: Ada sesetengah game tu, dia ada sediakan mirror link. Mirror link itu ialah alternatif link. Misalnya, jika anda klik pada Download PART 1, tiba-tiba keluar page not found ataupun ayat2 yang sewaktu dengannya, boleh la anda menggunakan mirror link.
4. Lepas anda dah klik link untuk download part 1 misalnya, scroll ke bawah sedikit dan klik pada slow download. High Speed Download hanya untuk premium user sahaja (pengguna berbayar). Perhatikan di atas slow download tadi, akan ada macam pengira masa yang bermula dari 30 saat. Tunggu 30 saat dan akan keluar kotak yang suruh anda isi captcha code. Isi kotak tersebut dengan kod yang diberi dan akhirnya, anda boleh mulakan sesi men-download ! :D
*Kelemahan apabila kita menjadi free user: -Download agak lambat dari premium user
- kita hanya boleh download satu benda je dalam satu masa (maksudnya, jika korang tengah download Part 1, korang tak boleh download Part 2 dan 3 pada masa itu. Korang kena tunggu dulu Part 1 habis download lepas itu barulah boleh sambung dengan Part 2 kemudian Part 3! )
Memang agak leceh bukan? Tapi sebenarnya, aku ada trick yang boleh download Part 1, 2 dan 3 pada masa yang sama malah tidak perlu menunggu 30 saat untuk men-download. Selain itu, speed download adalah lebih laju daripada biasa! Boleh diibaratkan aku ni seperti premium user lah. Nak tahu caranya? Sentiasa lah peka dengan entri2 terbaru dari blog Mohd Zakwan, hee :D
Ada apa2 pertanyaan, jangan malu dan segan untuk bertanya di ruangan komen.
Peace (Y)
No comments:
Post a Comment