Review Blog Aina Aiko Darwisya

Assalamualaikum semua ^^

Dua bulan yang lepas, aku ada menganjurkan segmen pengiklanan percuma. Blog Aina Aiko Darwisya merupakan antara 4 pemenang bertuah dalam segmen ini!
Jadi, kali ini aku akan me-review blog Aina sebaik yang mungkin. Btw, minta maaf nya Aina kerana lambat sangat review blog kau! Harap Aina tidak terasa hati.. hehe

Purple Love, itu merupakan nama yang tertulis di sebelah favicon blog Aina. Jadi, memang aku dah agak yang blog dia mesti ada warna Ungu. Sebenarnya, padanan warna hitam dan ungu memang sepadan! Cumanya, design yang Aina guna untuk blog Aina sekarang tidak berapa lawa. Kalau Aina rasa nak tukar kepada design atau template yang lebih menarik, boleh la pergi ke laman web btemplates.com

Berkenaan gadget2 di blog Aina pula, aku rasa Aina patut buang gadget Jam kerana setiap laptop sudah mempunyai Jam yang tersendiri. Bagi meringankan lagi blog, gadget radio tu Aina boleh la remove ataupun letakkan di posisi sidebar supaya orang senang nampak dan tekan pause jika tidak suka. Kerana kadang-kadang, ada orang yang sambil2 surfing internet, mereka juga turut mendengar lagu di laptop mereka (termasuklah aku, hehe). Jadi ini akan mengganggu mereka.

Di sidebar bahagian paling bawah tu, apa kata Aina buang Tajuk2 gadget tersebut (cursor, snow ball dan lain2). Yang cursor tu pun, ada tulisan berpusing-pusing di sekitarnya. Sebenarnya ia agak menggangu sewaktu aku hendak membaca entri di blog Aina.
Lain2 gadget yang aku tidak sebutkan di atas, maknanya gadget itu memang sesuai untuk diletakkan di blog :)

Dalam penulisan entri pulak, apa kata Aina cuba memperkemaskannya lagi. Susun elok-elok dalam perenggan. Kalau di setiap entri, Aina letak gambar pun okeyh juga. Ini akan membuatkan pembaca tidak bosan untuk membaca entri di blog Aina.

Purple Love

Kalau ada masa lapang, cuba Aina luangkan masa untuk menghasilkan header yang lebih menarik dan menonjol. Header sebenarnya boleh melambangkan identiti seseorang itu. Banyak tutorial2 meng-edit gambar di internet sekarang ni, Aina boleh rujuk di sana untuk mencipta header yang tertarik dan membuat pembaca rasa nak datang lagi ke blog Aina. hehe

Demikiaan sahaja komen aku terhadap blog Aina. Aku harap Aina tidak terasa dengan komen2 yang aku berikan, malah menggunakannya untuk meningkatkan lagi mutu blog Aina.
Peace (Y)

p/s: blog aku sebenarnya pun ada banyak kekurangan juga :)

No comments: