Review Blog Mrs. Farhan

Assalamualaikum semua ^^

Ini merupakan blog terakhir yang aku akan review bersempena dengan segmen pengiklanan percuma. Sebenarnya ada satu lagi blog, tetapi pemiliknya cakap tak nak direview atas sebab-sebab tertentu. Takpe, lagi memudahkan kerja aku. hehe
Tanpa membuang masa, jom kita mulakan review Blog Mrs. Farhan!


Sebenarnya, aku tak tahu apa nama sebenarnya. Dia letak namanya Mrs. Farhan kat blog sebab ..... Farhan tu nama suami dia. Betul ke Mrs. Farhan? hehe
Aku kenal dia pun melalui Giveaway Dari Korea yang pernah dia dianjurkan. Pantang aku dengar Korea, terus je aku sertai GA tersebut. Tapi malangnya, bukan rezeki aku untuk memenangi hadiah dari Korea tersebut :(

Kalau korang pergi ke blog Mrs. Farhan ni, mesti korang akan terpegun disebabkan design blognya yang unik! Blog dia lain daripada yang lain. Korang kena klik kat sebelah kiri tu untuk baca entri dan navigasi ke page lain. Selamat lah dia ada tulis nota macam mana nak menggunakan blog dia. Kalau tidak, sampai bila2 aku tak lepas. hehe

Kalau Mrs. Farhan menggunakan background yang cerah untuk blognya, mesti akan menjadi lebih menarik bersesuaian dengan warna ungu pekat tu. Tak banyak nak komen sebab segalanya sudah tersusun kemas di blog Mrs. Farhan. Tak de gadget-gadget yang merimaskan, entri nya disusun dengan kemas. Terbaik !!

Jom ramai-ramai terjah Blog Mrs. Farhan :D
Peace (Y)

p/s: mintak maaf nya Mrs Farhan kerana lambat sangat review blog :)