Pengasas Apple Inc Steve Jobs Mati Akibat Kanser

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)



Gambar yang terpampang di muka depan www.apple.com


NEW YORK – Syarikat gergasi komputer, Apple semalam mengumumkan kematian pengasas bersama syarikat itu, Steve Jobs akibat kanser. Beliau berusia 56 tahun.

“Kami bersama amat dukacita untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia hari ini (5 Oktober),” kata lembaga pengarah syarikat berkenaan dalam satu kenyataan semalam.

Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California.

iphone 4s yang baru dilancarkan syarikat Apple

Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple. – AFP

:: Sumber ::

Ulasan : Memang dah lama Steve Job menghadapi penyakit Kanser Pankreas. Puas dia menanggung derita. Akhirnya, sampai juga ajalnya. Sudah banyak jasa yang dia lakukan terhadap dunia teknologi pada zaman ini. Tetapi tetap tak dapat pahala sebab dia bukannya orang Islam. erm

Sekian. Peace (Y)


No comments: