Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 Negeri Sembilan Menentang Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Persoalan siapakah yang akan memenangi Piala Malaysia 2011 akhirnya terjawab juga.
Negeri Sembilan telah dijulang sebagai Juara Piala Malaysia bagi tahun 2011 dengan kemenangan 2-1.
Terengganu terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-68 melalui Ashaari Samsuddin.


Negeri Sembilan bangkit dan menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke-81 melalui sepakan Kunanlan. Licin sangat sarung tangan yang dipakai penjaga gol Terengganu rasanya, hehe.


Sekali lagi, Negeri Sembilan menjaringkan gol kedua mereka melalui Hairuddin Omar (HAI-O) pada minit ke-86.
Kepada yang tengok perlawanan tadi, jaringan HAI-O memang terbaik kan?

Keputusan akhir, Negeri Sembilan 2, Terengganu 1.
HOBEN JANG HOBEN :D

Peace (Y)
Aku sebagai penyokong pasukan Negeri Sembilan amat berbangga di atas kemenangan ini. Harap-harap la Menteri Besar Negeri Sembilan bagi cuti hari Isnin ini, hehe
Kepada penyokong pasukan Terengganu, walaupun tidak dapat menjulang Piala Malaysia 2011, tahun depan masih ada lagi :)

No comments: