Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)
Seperti hari-hari yang lain, aku akan berada di muka buku 5-6 jam sehari atau lebih. Pergh, memang bosan lah asyik tatap benda yang sama je! Sewaktu aku tengok-tengok news feeds di muka buku aku, status ini telah menangkap perhatian aku :
Ayeem Ayam, blogger serba kreatif telah menyatakan ketidak-puasan hatinya terhadap orang yang makan banyak tapi tetap kurus! Ehem2, aku memang terasa sebab aku makan banyak jugak (.....) tapi badan tetap maintain kurus. Tapi Ayeem, aku tahu kau cemburu sebab kau makan banyak tapi berat badan naik? Betul tak Ayeem? Kejamnya aku, suka hati je cakap orang gemuk. haha
Setelah aku melakukan sedikit kajian melalui laman carian Google, sebenarnya ada beberapa sebab kenapa sesetengah orang itu walaupun makan banyak, tetapi badan tetap kurus. Nak tahu kenapa?
Seperti hari-hari yang lain, aku akan berada di muka buku 5-6 jam sehari atau lebih. Pergh, memang bosan lah asyik tatap benda yang sama je! Sewaktu aku tengok-tengok news feeds di muka buku aku, status ini telah menangkap perhatian aku :
Setelah aku melakukan sedikit kajian melalui laman carian Google, sebenarnya ada beberapa sebab kenapa sesetengah orang itu walaupun makan banyak, tetapi badan tetap kurus. Nak tahu kenapa?
1. GenetikFaktor genetik memiliki peranan sekitar 33% terhadap berat badan seseorang, ertinya kemungkinan seseorang untuk kurus atau gemuk dapat ditentukan pula oleh faktor genetik/keturunannya. Jadi, meskipun seseorang itu makan banyak, dia mungkin tidak akan gemuk kerana faktor genetik kurus yang dimilikinya.
2. Terlampau aktifWalaupun seseorang itu makan banyak tapi tak gemuk-gemuk, mungkin dia banyak melakukan aktiviti dalam kehidupan sehariannya. Jika dia terlampau aktif, maka jumlah nutrisi dan kalori yang dibakar dalam badan adalah lebih banyak. Banyak mana pun dia makan, berat badan akan tetap maintain kerana banyak aktiviti yang dilakukan dalam sehari.
3. Kurang minum airMungkin seseorang itu makan banyak tetapi langsung tidak meminum air walaupun segelas, itulah menyebabkannya badannya sentiasa kurus. Fakta ini terbukti kerana aku sendiri banyak makan tapi sangat-sangat kurang minum air!
4. Makanan tidak mempunyai proteinProtein adalah sumber tumbesaran otot. Tanpa bekalan protein yang mencukupi, otot tidak boleh membesar. Makan makanan yang kurang protein, itulah rahsia mengekalkan berat badan :P
4 faktor ini je lah yang aku dapat tahu kenapa ada manusia yang makan banyak, tetapi badan still kurus tak gemuk-gemuk. Kepada mereka yang makan banyak tetapi gemuk, jangan jealous yaw!
Peace (Y)
p/s: nak pergi 'bersiar-siar' kat dapur jap, tengok apa yang boleh masuk mulut.