Kenapa Sambutan Hari Raya Aidiladha Diadakan?

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Hari Ahad, 6 November 2011, seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha Setiap tahun kita menyambutnya, tetapi adakah kita tahu intisari di sebalik sambutan ini? Adakah kita mengetahui mengapakah umat Islam menyambutnya setiap tahun?

Sebelum itu, kita harus tahu bahawa Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalender Islam.

Seingat aku sewaktu di Tingkatan 2, aku ada belajar mengenai sejarah ringkas sambutan Hari Raya Aidiladha dalam subjek Pendidikan Islam. Aku cuba ulang kembali apa yang aku pelajari di Tingkatan 2 sebaik mungkin.
Perayaan ini disambut sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam mengikuti perintah Allah SWT. Berdasarkan mimpi yang diperoleh Nabi Ibrahim, Allah memerintahkan beliau supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail sebagai korban. Sewaktu hampir-hampir Nabi Ismail hendak disembelih, Allah telah menjelma kan Kibas (kambing biri-biri) sebagai pengganti untuk dijadikan korban. 
Peristiwa ini menunjukkan betapa patuhnya Nabi Ibrahim a.s dalam mematuhi segala perintah Allah SWT tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga. Pengorbanan binatang an-am(berkaki empat) pada sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan simbolik dalam memperingati peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya.
Keistimewaan sambutan Hari Raya Aidiladha ialah terdapatnya Ibadah Korban. Ibadah korban hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Umat Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling bersih dan cantik serta mengenakan wangi-wangian dalam menyambut sambutan Hari Raya. Dah pakai cantik-cantik, wangi-wangi, jangan lupa untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidiladha ye :)

Mengambil kesempatan ini, aku ingin mengucapkan ...

Peace (Y)

2 comments:

||aLeaSaRa|| said...

slm aidiladha juga ye.berhati2 semasa memandu di jln raya :)

Umar Faruq said...

woah.. jarang org buat entri mcm ni..


btw, anda dijemput ke entri ini..
http://www.umarfaruq.com/keputusan-giveaway-pertama-umarfaruq-com/