Kunci dan Sorokkan Fail di Windows Tanpa Software

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Adakah anda tengah mencari software bagi mengunci atau menyorokkan sesuatu fail di komputer anda? Tidak perlu lagi mencari software bagi mengunci (lock) atau menyorokkan (hide) kerana ianya membuang masa sedangkan anda boleh membuat sebuah 'software' ciptaan sendiri menggunakan notepad!

Tutorial kali ini memang banyak manfaatnya kerana anda boleh menyimpan sesuatu fail yang hanya anda sahaja perlu tahu di dalam sebuah folder yang dikunci dengan kata kunci (password). Ikuti tutorial ini untuk membina locker anda sendiri :

1. Buka aplikasi Notepad.

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam Notepad.
cls
@ECHO OFF
title Folder Locker
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK
if NOT EXIST Locker goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo Are you sure u want to Lock the folder(Y/N)
set/p "cho=>"
if %cho%==Y goto LOCK
if %cho%==y goto LOCK
if %cho%==n goto END
if %cho%==N goto END
echo Invalid choice.
goto CONFIRM
:LOCK
ren Locker "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
echo Folder locked
goto End
:UNLOCK
echo Enter password to Unlock folder
set/p "pass=>"
if NOT %pass%==KUNCILOCKER goto FAIL
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Locker
echo Folder Unlocked successfully
goto End
:FAIL
echo Invalid password
goto end
:MDLOCKER
md Locker
echo Locker created successfully
goto End
:End
3. Tukar KUNCILOCKER di dalam kod di atas dengan password yang anda mahukan.

4. Simpan (save as) fail Notepad tersebut dengan nama locker.bat di destinasi pilihan anda (aku syorkan di desktop sebab nak memudahkan kerja).



5. Klik pada fail locker.bat yang anda buat tadi kemudian satu file bernama Locker akan tercipta secara automatiknya.

6. Apa yang perlu anda buat sekarang ialah alihkan segala fail-fail peribadi yang anda mahu sorokkan ke dalam fail bernama Locker tadi.

7. Selesai proses pengalihan? Klik pada locker.bat kemudian Command Prompt akan keluar. Cuma taipkan Y dan tekan enter.

Kini anda telah mengunci dan menyorokkan fail peribadi anda! Cuba perhatikan, mana ada fail Locker di desktop anda lagi! Sungguh cool kan?
Cara hendak meng-adakan balik fail Locker itu ialah perkara yang mudah.

1. Klik pada fail locker.bat

2. Masukkan password yang anda tetapkan tadi ke dalam Command Prompt dan tekan enter. tadaaaa ! Fail Locker sudah berada di desktop anda kembali !


Harap-harap anda menggunakan tutorial ini ke arah kebaikan dan bukannya untuk menyorokkan bahan-bahan yang tidak baik :)
Peace (Y)

p/s: Kalau nak copy tutorial ini, minta izin dengan aku dulu okay !

11 comments:

Ecah Shafiee said...

nice blog..

amy syifa said...

nak share di blog boleh? =D

Mak Lin said...

waaa~~cool! nk copy boleh tak nanti?

Mohd Zakwan Zain said...

Zieyra and Ecah : thanks :)

Amy dan Cik Suzlin: boleh boleh. tapi jangan lupa kreditkan ke blog ini okay :D

Zira said...

waaaa awesome :D

~NiZa Maksit~ said...

mcm best. tp sy lemah klau psal letak2 pswrd ni. msti lupa. ~.~

Qaseh said...

bw here..entry yg mnarik!..btw sy follow cni skali dgn twitter :D ..visit mine~ :D

Just Mini Love said...

gud tutorial..:)

Mohd Zakwan Zain said...

Zira dan Ieyza : thanks :D

Niza Maksit : eceh, letak psw simple2 sudah...hehe

Czueka : thanks .. okay Zakwan singgah jap :D

hoyahadis said...

best..nak share kat blog juge ye tuan punye blog..:)

Dina Ri said...

yes tq!!!!boley la nak sorok movie dri kkk ngn abng aku!!!!diorng xleh curi lagi!!!