Sugar Glider Yang Comel dan Sangat Jinak

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Pernah dengar atau terbaca kat mana-mana tak mengenai sugar glider?
Kalau tak pernah, sugar glider ni bukanlah objek mahupun makanan! Ianya merupakan haiwan yang sangat comel, jinak, dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja sebab saiznya yang kecil.
Biar aku tunjukkan beberapa gambar sugar glider supaya korang tahu macam mana rupa haiwan ni :

Serius comel. Harga sugar glider ni 'comel' juga. Yang pasti, harganya RM100 ke atas dan kalau korang berminat nak beli, boleh la klik kat SINI.

Mesti ramai yang pelik kenapa sugar glider mahal harganya?
Ini kerana haiwan ini merupakan haiwan eksotik dan haiwan ini bukannya datang dari Malaysia, tetapi dari Australia. Kalau ada jumpa kat mana-mana di Malaysia ni, mungkin sugar glider tersebut berjaya melarikan diri dari tuannya. hehe

Haiwan comel ini disarankan untuk dibela secara berpasangan, kalau tidak ianya boleh mengundang kematian kerana kesunyian. Tengok tu, haiwan pun memerlukan kasih sayang seperti manusia.

Harus diingat, kalau nak bela haiwan eksotik seperti sugar glider :
  • Duit mesti ada! Kalau korang jenis yang sentiasa takde duit, jangan lah bela haiwan ni. Harga sangkar dia pun mencecah RM100, makanan dia lagi? Kena beli buah-buahan segar setiap hari (petik kat belakang rumah pun boleh)
  • Kalau pemalas, jangan bela haiwan ini. Sugar glider memerlukan penjagaan yang rapi macam korang jaga anak sendiri, hehe.
  • Rajin bangun malam. Sebab mengikut pengetahuan aku, haiwan ini selalunya tidur di siang hari dan aktif pada waktu malam. Tapi, itu tidak beerti korang tidak mendapat tidur yang secukupnya. Pandai-pandai lah meluangkan masa bersama sugar glider yang korang bela tu.
Kesimpulannya, jadilah orang yang bertanggungjawab dalam memelihara haiwan. Tak semestinya sugar glider sahaja, tetapi semua haiwan (kucing, ikan, etc) harus dijaga dengan baik.
Dengan membaca entri ini, sedikit sebanyak dapat menambahkan pengetahun korang mengenai haiwan eksotik yang bernama sugar glider ini :)

Peace (Y)

3 comments:

Sharifah Salwa said...

awww ♥ cute sgt2 . tp harga die pun cute =="

~ɐıɯ nʞɐ~ said...

chomell!!
ma bf pon ade bela binatang nie..
siyes chomel tak tipu but cket fussy la..

Mohd Zakwan Zain said...

Sharifah : ya, harga dia pun memang 'cute' kan ? haha