Tips Untuk Meningkatkan Trafik Blog Secara OFFLINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Semenjak aku melanggan P1 Wimax ni, alhamdulillah memang berbaloi dan tidak sia-sia ayah aku mengeluarkan modal. Tetapi aku baru 2 hari aku menggunakan P1 Wimax, tunggu seminggu/sebulan/setahun nanti aku akan menulis pengalaman aku bersama P1 Wimax.


Kelajuan internet P1 memang tidak dapat dinafikan jadi, mood nak update blog pun sentiasa ada. Kali ini aku akan menghuraikan beberapa cara bagi menaikkan trafik ataupun pengunjung website/blog anda sewaktu tidak berada di talian internet (OFFLINE). Jangan ingat hanya secara online sahaja trafik atau pengunjung blog boleh diperoleh.

1. Tempah baju, rantai kunci, kalender, etc yang mengandungi domain(alamat) blog anda


Keluarkan sejumlah duit untuk menempah baju, rantai kunci, kalender, stiker pelekat dan lain-lain yang mengandungi domain blog anda. Untuk promosi yang lebih hebat, buat rantai kunci banyak-banyak dan edarkan kepada kawan-kawan anda. Dengan ini, blog anda akan tersebar dengan lebih meluas.

2. Cakap mulut

Contoh situasi...

Nabilah: weyh Zakwan, kau selalu online kat rumah kan?

Aku: aah, nak mintak tolong ape?

Nabilah: kau selalu tengok tengok movie online yang terbaru kat mana?

Aku: kat blog aku ada tulis laman web nak tengok movie terbaru, siap boleh download sekali! meh sini aku tulis laman web blog aku, balik rumah kang kau tengok la ye

Kan dah dapat promosi blog tu :)

3. Tulis domain blog anda di buku-buku kepunyaan sendiri

Selepas membeli buku baru, apa kata anda tulis domain blog anda di muka hadapan buku tersebut? Sekiranya ada  rakan-rakan yang ingin meminjam buku anda, dia pasti akan terlihat dan tertarik untuk melayari blog anda :D

4. Letak domain blog sebagai wallpaper di komputer

Buat satu gambar yang tertulis domain blog anda dan set-kan sebagai muka depan(wallpaper) komputer. Nak lagi senang, tak payah buat gambar. Ambil je header blog anda dan set-kan sebagai wallpaper.

Teknik kotor untuk promosi blog . keh3
Aku tulis url blog aku di setiap buku teks pinjaman supaya generasi hadapan yang memperoleh buku teks aku akan melihatnya. Teknik kotor kan? Jangan buat macam ni ye kawan-kawan !

Demikianlah 4 tips yang boleh anda praktikkan ke arah meningkatkan trafik blog secara offline. Keempat-empat tips tersebut memang berkesan untuk mempromosikan blog dalam jangka masa panjang. Cubalah dan lihat hasilnya :)
Peace (Y)

p/s: Pendapat anda amat dialu-alu kan :)

3 comments:

Unknown said...

Ada lagi tip yg free iaitu kandungan di dlm blog mesti ada point dan bernas mcm blog ni. Teruskan berkarya.

syahassan said...

taktik kotor tuh blh dipraktikkan..hahaha

Woofer Storm said...

memang hebat teknik ni..boleh praktik kan bro?hehee