Cara Untuk Menjadualkan Status Update Di Facebook/Twitter

Assalamualaikum, salam sejahtera semua.

Kepada mereka yang tidak boleh online selalu, kini anda boleh meng-update status Facebook/Twitter pada bila-bila masa sahaja yang anda tetapkan ! Jom kita belajar cara untuk menjadualkan status update kita :

1. Pergi ke laman web laterbro.com

2. Sekarang, pilih laman web sosial yang anda hendak gunakan untuk update status.


3. Contoh: Klik pada Facebook dan login ke akaun Facebook anda.

4. Nanti akan keluar satu pop up, klik sahaja pada butang Allow.

5. Sekarang, pilih Timezone anda (Asia/Kuala Lumpur atau Asia/Kuching jika anda berada di Malaysia) dan klik pada Next.


6. Taip status anda di dalam ruangan kotak putih (tidak boleh melebihi 140 perkataan) serta masa dan tarikh anda hendak update status tersebut.

7. Jangan lupa tik pada kotak di sebelah logo Facebok dan klik pada butang Schedule.


Sekarang, status anda akan secara automatik di-update pada masa dan tarikh yang anda telah tetapkan !

Ada apa-apa pertanyaan, boleh bertanya di ruangan komen :)
Peace (Y)

2 comments:

Mak Lin said...

bos~~link laterbro.com kat atas macam salah je.

Mohd Zakwan Zain said...

cik suzlin, thanks maklumkan kepada aku!! Link telah diperbaiki :)