AKU TELAH MEMBELI FACEBOOK xD

Assalamualaikum dan salam 1 DUNIA :)

Start nye dari post ini, Zakwan akan sertakan Assalamualaikum dan Salam 1 dunia atas sebab-sebab tertentu .hehe (tu pun nak bagitahu ke -.-'')

Akhirnya Zakwan telah berjaya memiliki Laman Web Sosial yang popular sekarang ni yakni Facebook .
Tahu tak bile proses membida harga Facebook berlangsung ? Baru je tadi ,hehe
Percaya atau tidak , akulah yang memegang syarikat Facebook sekarang ni yang dahulunya dipegang oleh Mark Zuckerberg (silap eja ke ?lantak la :p ) !!
Aku membeli Facebook ni dengan harga RM100k ? Murah kan -.-''

Tak percaya ke aku dah beli Facebook ? Ha tengok gambar di bawah ni , itulah buktinya..

(klik untuk besarkan)

Lawak la sangat , okay, sebenarnya tujuan entri ni nak ajar korang macam mana nak edit page kat mana-mana website mengikut kehendak masing-masing.

Sebelum tu , nak buat benda ni ,mesti kena ada GOOGLE CHROME (=== Klik situ kalau nak download bagi yang tidak ada.

Dah download ? Jom tengok cara-caranya di bawah ini :

1. Pergi lah ke laman web yang korang nak edit tu, contohnya facebook.com

2. Select words/ayat yang korang nak edit , lepas tu klik kanan dan pilih 'inspect element'

contoh


3. Nanti akan keluar window macam kat bawah ni

contoh


4. Select words/ayat yang korang nak edit tu dan tukarkan lah ikut kehendak masing-masing.

Dah siap !!! Mudah dan senang je kan ?

Dah buat tu mesti anda nak Save untuk tunjuk kat rakan tauladan kan? hehe . Kacang je nak berbuat demikian .
Tekan butang 'PrtSc' kat keyboard korang tu . Butang ni selalunya terletak kat baris atas sekali .

Dah tekan 'PrtSc' ?? Sekarang buka software 'Paint' (semua komputer ada benda alah ni )
Dah bukak tu, tekan butan 'Ctrl' dan 'V' sama-sama. Nanti akan terkeluarlah page korang edit tadi. ngehehehe :)

Ada apa-apa persoalan , boleh komen di sini , Zakwan akan cuba tolong .

Jap jappppppp, tengok budak ni tendang bola masuk kotak, hebat ooo :o
Kagum aku tengok , hehe


Anugerah Tuhan budak ni , baru 1 Tahun dah hebakk maen bola, nak entri lagi lanjut mengenai budak ni ,leh KLIK SINI .

Sekian sahaja, terima kasih sudi baca :)

Vending Machine yang pelik dan menarik

Assalamualaikum :)

Macam-macam vending machine (mesin niaga mudah alih ,KOT) yang ada kat dunia ni .Banyak juga vending machine yang jual barang pelik-pelik. Kebanyakan yang pelik-pelik ni terdapat di jepun .

Ada pulak tu jual dvd,majalah lucah,condom ,kat tepi jalan macam tu je -.-"
Astagfirullahalazim ,kalau budak kecik kat sana nampak macam mane ? -.-"

Dari segi positifnya ,kita lihat barang-barang yang berfaedah diorang jual macam barang2 kat bawah ni :

Bak kata pepatah ,sediakan payung sebelum hujan ,tapi kalau tak semena-mena hujan turun tiba-tiba ,ape nak buat kan? Jangan risau ,payung ada dijual di tepi jalam macam dalam gambar di bawah ni ,hehe


Daripada payung ,meh kita tengok pulak vending machine yang jual battery. Ni kira bagus tahap gaban ni ,sebab mana tahu blackout tiba-tiba tengah malam buta macam tu, torchlight lak dah habis bateri ,kedai pulak mana la bukak tengah2 malam.




Mesin payung dah tengok ,bateri pun dah ,sekarang menjual underwear di saat-saat genting .
Tak nak huraikan panjang-panjang -.-"



Situasi ketika korang nak bagi bunga waktu nak pergi ke rumah orang kahwin ke, mesin kat bawah ni ada menjualnya .
LEPAS dah masuk duit, pilih mana yang berkenan, hehe



Aik ? Jual ice sahaja pun ada ? Mudah kerja ,tak perlu lagi simpan air dalam frezer tunggu sampai beku.hehe



Yang ni vending machine yang pastinya menjadi idaman kalbu ku, jiwang sekejap. Haha,
Di saat tekak berasa haus akibat "pok pek pok pek" banyak sangat ,mungkin sebatang aiskrim yang enak dapat mengubat haus anda .haha ,di sebelah mesin aiskrim tu pulak ,ada mesin minuman .Yeah, mesin minuman mungkin agak familiar sebab kat negara kita pun dah banyak ada.



Bukan ni je vending machine yang ada kat dunia ni ,malah beratus mungkin beribu jenis yang ada .
Cuba search pakcik google kita ,yakni mesti berlambak yang keluar .hehe

Tu je yang zakwan nak kongsikan kali ni,thanks sudi baca :)

1st GIVEAWAY by HAJAR HASAN

Assalamualaikum



Nak masuk GA yang dianjurkan HAJAR HASSAN <----- Sape yang nak join, klik la :) Zakwan Tag 2 orang blogger ni: Izmel Azim
Haris Kaito


Okay, dengan ini Zkwan dengan rasminya menjoinkan diri dalam GA Hajar Hassan XD haha
Harap2 menang ..


Sekian :)

GA Header & Template Blogspot!


Assalamualaikum.Zakwan nak masuk GA yang dianjurkan oleh Alieff.

Header/template impian aku?

Erm,aku ni boleh dikatakan minat cite Phineas and Ferb kat Disney Channel tu.
Character yang aku minat dalam cite tu adalah pery the platypus :DD

itu dia ^^^haha.

Sebab Zakwan harus dipilih menjadi pemenang GA ini?

Sebab Zakwan tak pernah merasa ada header sendiri, template sendiri, Jadi nak juga merasa .hehe.lagipun, tengoklah blog zakwan sekarang ni, takde la lawa mana sangat . Lagi satu, supaya ramai orang tertarik nak datang ke blog Zakwan lagi dan lagi.

Harap2 Alieff memilih Zakwan sebagai salah seorang pemenang GA ni.hehe :)

Zakwan tag blogger-blogger ni:
Izmel Azim
Haris Fadhilah
Jiwa Lara


Sesiapa yang berminat nak join.leh klik SINI

Sekian

Batu Taman misteri yang diikat tali

Assalamualaikum :)

Perasan tak yang Zakwan baru je letak iklan says.my ? Sebab apa ,Zakwan tengok ramai orang cakap cepat dapat duit kalau guna says.my ni ,tula Zakwan nak try .hehe .Jangan lupa klik semua iklan Zakwan kat tepi tu nye :)

Orang jepun ni memang banyak benda pelik-pelik diorang buat .Jika anda pernah masuk ke taman kat Jepun, mungkin pernah nampak batu yang diikat dengan tali ?
Apa benda ni ? Mesti anda tertanya-tanya ,batu yang diikat dengan tali ini merupakan Sekimori Ishi (batu penjaga laluan) .Kalau kat negara kita ,kalau tak nak bagi orang awam masuk/lalu di sesuatu tempat, kita akan letak signboard 'dilarang masuk' tapi orang Jepun hanya letak Sekimori Ishi ni sebagai tanda dilarang masuk .
Unik kan? Hehe ,kat bawah ni contoh gambar-gambar berkenaan rupa Sekimori Ishi ini dan lokasi-lokasi selalunya ia terletak :



SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER


Sape nak join leh klik sini

Assalamualaikum :)

Sekali lagi , Zakwan nak masuk segmen Abg Ben Ashaari buat. hehe :)

Sebab mengapa Zakwan buat blog :

First sekali, Zakwan buat blog untuk mantapkan lagi penulisan Zakwan dan juga daya berkomunikasi dengan semua orang. Second, nak menambah kawan/kenalan. Selain itu, mencari duit sampingan sikit-sikit. hehe . Dan sebenarnya agak jealous kerana kenapa orang lain ada blog tapi Zakwan tak de? tulah Zakwan buat blog. Dan kongsi segala tips,trick dan ilmu yang menarik dengan semua pembaca.

Tu je lah, tak boleh lebih 100 perkataan kan ? hehe
Harap2 , Abang Ben Ashaari pilih entri Zakwan :)

Sekian

NEIL ARMSTRONG sndr m'akui KAABAH Pusat Bumi

Assalamualaikum semua pembaca blog zakwan :)

Tadi Zakwan terbaca ni kat facebook ,jadi nak share kat blog jugak .hehe
Baca di bawah ni sampai habis :

Jelas, Kaabah bukan sekadar
kiblat tetapi juga sebagai pusat
tumpuan manusia dalam urusan
dunia atau kehidupan. Contoh
yang paling mudah sekali, tentu
anda ada stesen televisyen
berbayar iaitu Astro. Pastinya
setiap Astro ada 'piring para bola'
untuk menerima maklumat yang
dipancarkan dari satelit. Untuk
mendapatkan siaran yang jelas,
piring itu akan dihalakan ke arah
Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak
percaya cuba tengok balik piring
Astro di bumbung anda
menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja
jawapannya Mekah adalah pusat
bumi. Sama ada percaya atau
tidak jawapannya mudah ditemui
semasa kali pertama Neil
Armstrong menjejakkan kaki ke
bulan pada 20 Julai 1969. Di
dalam satu temu bual di stesen
TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd
Al-Baset Al-Sayyed dari pusat
Penyelidikan Kebangsaan Mesir
mengulas, angkawasan pertama
itu telah membuktikan, Mekah
adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara
saintifik semasa Neil Armstrong di
dalam perjalanan ke bulan.
Ketika itu dia berjaya mengesan
satu radiasi yang dipancarkan dari
bumi. Radiasi itu di dalam
gelombang pendek. Situasi itu
sesuatu yang pelik dan mereka
cuba mencari jawapan dan
membuat penelitian. Akhirnya
mereka berjaya mengesan
bahawa radiasi itu dipancarkan
dari Mekah atau secara tepatnya
dari Kaabah.
"Yang paling mengejutkan radiasi
itu bersifat infiniti (tidak
berpenghujung). Apabila
Armstrong menjejakkan kaki ke
bulan, radiasi itu masih boleh
dikesan. Radiasi itu mempunyai
sifat yang istimewa dan paling
penting ia infiniti. Saya percaya
inilah yang menhubungkan
Kaabah di bumi dengan Kaabah
di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di
kutub utara dan saya berada di
kutub selatan,di tengah-tengah
adalah zon keseimbagan magnet
atau zon magnetisme sifar dan
itulah Mekah. Kalau hendak
dibuktikan boleh. bawa kompas
ke Kaabah dan anda dapati jarum
kompas itu tidak akan bergerak.
Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk
ke dua-dua medan adalah sama
kuat.
Hal sedemikian katanya, turut
memberi kesan pada kesihatan
dan umur seseorang. Sebab
itulah orang yang tinggal di
Mekah lebih sihat dan panjang
umur. Tekanan graviti yang
tertumpu di kawasan itu memberi
kesan pada peredaran darah dan
pergerakan biologi kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia
boleh memberi kesan pada
hemoglobin untuk membawa
darah yang mengandungi oksigen
ke seluruh tusi badan. Bermakna
bila anda berada di Mekah,
keupayaan darah untuk
membawa oksigen ke seluruh tisu
badan secara semula jadi jauh
lebih baik berbanding tempat lain
di dunia ini," jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian
para saintis juga telah
membuktikan bahawa Kaabah
berada di "Centre of the earth".
Jika anda berkesempatan ke
Mekah Al-Mukaramah cuba bawa
kompas ke arah Kaabah dan lihat
jarum kompas tersebut tidak akan
menunjuk mana-mana arah sama
Barat, Timur, Selatan atau ke
mana-mana arah kerana Kaabah
sememangnya berada di pusat
atau ditengah-tengah bumi. Neil
Amstrong juga mengesahkan
fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya
melakukan Tawaf kesihatan kita
akan bertambah baik. Tidak
hairanlah jika ramai yang
mengetahui rahsia ini sentiasa
merindui untuk ke Mekah... Bagi
yang bukan Islam kaji-kajilah
fakta ini dan anda pasti akan
mendapat kebenaran-Nya.
Marilah kita belajar ilmu dan
mengkaji Islam yang amat indah
ini..


**Kalau ada fakta yang salah ,tolong betulkan ye**

Terima kasih sudi baca :)

BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA HANDPHONE NOKIA

Assalamualaikum :)

Dalam post yang lepas-lepas , Zakwan ada ajar nak sorok folder dalam pc kan ?
Kali ini pulak zakwan akan ajar trick nak sorok apa-apa file yang korang nak sorok kat HANDPHONE/CELLPHONE/MOBILE(tak kesah la korang nak panggil ape pun,hehe).
Haa ,bukan pc je boleh hide file ,malah Mobile pun boleh ! Tengok ,betapa canggihnya Mobile zaman sekarang ni .hehe

Yang best nye trick ni ,tidak memerlukan apa-apa software malah boleh terus buat kat Mobile(tak yah sambungkan kat pc nak buat trick ni).





Tapi tapi ,malangnya ,trick ni tak bersesuaian dengan handphone Sony Ericsson .Zakwan dah try dah ,tak boleh jugak :(




Berita baik buat pengguna handphone Nokia kerana Nokia je yang boleh guna trick ni .zakwan dah try kat handphone mak tadi ,hehe

Cara nak buat nye agak mudah .Read the following steps :

1. Create new folder kat handphone Nokia korang ,contohnya kalau nak sorokkan images ,rename folder tersebut dengan nama images.jad
Dah tu ,alihkan file image yang korang nak sorokkan ke dalam folder images.jad tadi
*tak semestinya images je korang boleh sorokkan,semua boleh dengan syarat masa nak create folder tu kena letak .jad di hujungnya*

2. Sudah? Kalau dah, sekarang create new folder lagi dengan nama images.jar
*kali ni pulak, hujungnya mesti kena letak .jar *

3. Dah siap ! Senang je kan ,kalau tak percaya cuba tengok folder yang korang create mula-mula tadi (images.jad tu) ,dah tak da ! Yang ada cuma folder images.jar je .

Gempak tak? Apa lagi ,hebohkan lah kat satu kampung !hehe

Lepas dah hide ,mesti lah korang nak unhide balik kan.kacang je nak unhide balik .

Kan tadi folder images.jar je kan yang tinggal ?sekarang rename folder tu dengan hanya membuang .jar sahaja ,jadi folder tadi akan jadi 'images' sahaja.

Cuba perhatikan betul-betul, folder images.jad(yang ada file2 anda nyorokkan tadi) dah ada balik !

Hehe, tahniah kalau menjadi .Yang tak jadi tu ,try sampai dapat .kalau tak dapat juga, comment la sini, zakwan akan cuba membantu :)

Peringatan penting : .jar dengan .jad
keduua-duanya berbeza ,jadi jangan terkeliru ye

**cuba korang try kat handphone samsung ke,motorola ke, mana tahu boleh .sebab zakwan hanya dah try kat handphone sony dan nokia je .kalau boleh ,bagitahu zakwan ye **

Terima kasih kerana sudi baca :)

BEN CARI BLOG BARU LAH



Assalamualaikum semua :)

Nampak banner di atas ? Kalau tak nampak,pendek umur ,hehe gurau.

Zakwan nak join segmen yang Abg Ben Ashaari buat..

Kat bawah ni merupakan 5 blog baru yang zakwan suka :
1. http://hariskaito.blogspot.com
2. http://duniasoldier.blogspot.com
3. http://musicloveanisa.blogspot.com
4. http://jiwalaraworld.blogspot.com
5. http://www.adamxis.com



Sekarang pulak, 5 blog lama yang zakwan suka dan juga menjadi sumber inspirasi zakwan untk buat blog :
1. http://izamirridzwan.com
2. http://budakbotak.com
3. http://kupukupukecik.blogspot.com
4. http://benashaari.com
5. http://www.pendekarberkuda.org

Cop ! Sapa yang nak join segmen ni ,boleh la pergi ke
http://www.benashaari.com/2011/04/segmen-saya-baru-buka-blog.html

Dan dan ,tolong abg ben ashaari memenangi pilihan raya digi wow awards ye .hehe ,vote abg ben di sini
http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=220411091630655

Sekian :)

Invisible: Hide DRIVE using command prompt

Assalamualaikum semua :)

Di dalam post yang lepas, Zakwan ada ajar macam mana nak buat Folder tanpa nama dan logo serta membuatkan folder tersebut 'hidden' . Kali ini pulak, Zakwan akan ajar hide DRIVE di pc korang . Wahhh , hebak hebakk XD

Berita Baik: Trick ini sesuai untuk semua windows :D

Ikuti step-step berikut :

1. Tekan butang START dan pilih RUN.

2. Kat RUN tu, taip cmd ( nanti akan ter-pop out lah window COMMAND PROMPT).

3. Kat Command Prompt tu, taip Diskpart dan tekan enter !

4. Sekarang, taip List volume

5. Nanti akan tersenarai beberapa volume kan ? Pilih lah mana satu Drive yang korang nak hide . Contohnya, korang nak hide drive volume 2, taiplah select volume 2 dan tekan enter

6. Taip remove letter F (you should type your volume name instead of F) dan tekan enter.

7. Lihatlah hasilnya sekarang, Drive anda sudah disorokkan (hide) :)

*** Kalau drive anda masih kelihatan, restart computer anda****


Lepas dah hide Drive, mesti lah anda nak Unhide balik kan Drive tadi . Cara-cara nak unhide nye macam ini :

1. Buat step 1-5 seperti yang di atas .

2. Taip assign letter F (you should type your volume name instead of F) dan tekan enter !

3. Sekarang, Drive anda sudah boleh dilihat balik (unhide) :D

*** Kalau drive masih tak kelihatan, restart komputer anda***



p:s/ Kalau ada apa-apa persoalan, comment di sini dan saya akan cuba menjawabnye. Sekian :)




Invisible: CREATE FOLDER TANPA NAMA DAN LOGO

Assalamualaikum wahai para pembaca blog Zakwan :)

Dah lama tak ajar tutorial .hoho , bukan apa ,aku baru je belajar belajar beberapa tutorial yang hebakk belaka .

Tutorial kali ini berkenaan dengan trick untuk membuat FOLDER yang tiada NAMA dan tiada LOGO (tiada gambar) .Jadi ,ianya seperti 'invisible' . Sebenarnya folder tu ada kat situ ,tapi kita je yang tahu.orang lain takkan tahu melainkan diorang tengok waktu korang buat benda ni. Haa ,dengar macam menarik kan?

Cara-cara nak buat nya mudah je .Tidak memerlukan apa-apa software untuk di-install di pc korang bagi 'menyembunyikan' folder ini. AMARAN : TRICK INI HANYA BOLEH DIGUNAKAN DI WINDOW VISTA DAN WINDOW 7. Yang menggunakan window lain ,mintak maaf la ye

Ikuti langkah-langkah yang berikut :
1. Klik kat butang START .lepas tu ,search CHARACTER MAP dan open.

2. Klik yang blank column tu. Dah tu tekan SELECT diikuti dengan COPY (jadi ,anda telah men-copy blank space)
3. Tutup character map .Sekarang create new folder pulak .Klik kanan kat folder yang korang create tadi ,dan tekan RENAME. Sekarang tekan CTRL + V (tekan butang CTRL dan V bersama-sama)
4. Dan sekarang ,anda telah membuat folder tanpa nama ! Next , anda kena buat folder tadi tanpa logo pula. Klik kanan kat folder tadi , pilih PROPERTIES > CUSTOMISE > CHANGE ICON.
5. Akan ter-pop up lah window yang mempunyai pelbagai icon (logo). Anda pilih yang blank icon .dah tu ,tekan OK . Sekarang ,anda telah berjaya membuat folder tanpa nama dan logo !

Kita pergi ke step seterusnya, iaitu ,bagaimana hendak menyembunyikan folder yang anda
create tadi .Maknanya ,ianya akan membuatkan file invisible tadi tu lebih tersorok ! Wah, lagi hebat kan .hehe

Sebelum itu, transfer la dulu file-file yang anda nak private kan macam gambaar bersama kekasih ke ,lagu jiwang ke , ke dalam folder yang tanpa nama dan logo tadi.
Sudah ? Jom sambung ke step yang seterusnya :
1. Klik kanan kat folder tadi.
2. Pilih PROPERTIES.
3. And now select the HIDDEN checkbox (ceh, speaking kejap.hehe)

Sekarang anda boleh bersorak gembira tak tentu hala kerana dah berjaya membuat file yang hanya anda seorang sahaja yang tahu !macam Top secret lah ,hehe

Harap tutorial kali ini berjaya membuat anda berasa teruja untuk mencubanya . Apa tunggu lagi ,try jangan tak try ! Hehe

p/s : kalau ada ape-ape persoalan ,jangan simpan dalam otak anda, terus tanya comment kat sini ,zakwan akan cuba membantu ! Hehe ,sekian :)

Update** eh ,lpe pulak nak ajar macam mana nak unhidden file tu balik kan ? Hoho ,nak tahu caranya ,pergi sini
www.tech-recipes.com/rx/1521/how_to_view_hidden_and_system_files_and_folders_in_vista/

barang dah sampai !! (mudah.my)

Assalamualaikum
Ingat tak hari tu aku cakap nak beli headset hasil pencarian kat mudah.my tu ?
(klik sini kalau dah lupe,hehe) Hari tu ingat kan nak beli satu je, yang warna merah yang macam dalam entri yang sebelum tu (klik sini nak tengok gambar) , last-last kakak aku pun nak jugak . So beli dua . Kalau beli dua murah sikit sebab tak perlu bayar duit post. Kakak aku punya yang warna hitam , aku punya yang warna merah .
Dah sampai je barang, tak sabar aku nak bukak bungkusannya. Koyak rabak dah plastik die , haha
Barang dah kluar , pertama sekali aku buat, pasang kat hanphone cepat-cepat dan enjoy the music... hehe

Sound die memang bagus !! Bass sound die pun mantap !! Semuanya sebijik macam yang Redzuan iklankan kat mudah.my
Tak da tipu punya. hehe

Kesimpulannya, aku rasa berbaloi sangat-sangat beli headset ni . Tak menyesal langsung !
Jadi sesiapa yang berminat nak beli tu , boleh pegi SINIsiniSINI dan pilih lah yang mana berkenan , janji penjualnye yang ada website wanhandphone.com tu sebab aku beli kat dia .hehe

Terima kasih kerana sudi baca post yang agak pendek ini :)

p/s : PromotePromotePromote XD Classmate aku sorang ni ade juga blog, lelaki juga, Danish namanye XD Dia minat pasal photographing. Pergi ke url http://danishfairoz.blogspot.com untuk ke blog BELIAU . wahahah Dan die juga merupakan follower aku yang pertama. TQ danish XD

Sibuk sangat ke?

Assalamualaikum

Memang aku sangat sibuk start minggu sekolah ni .Meja dipenuhi dengan homework yang bertangguh-tangguh yang sekian lamanya ,baru nak berusik .hehe

Nak update blog pun mengalami kesulitan sikit sebab guna mobile ,huh ! Harap-harap angah aku beli laptop baru ,supaya tak lagi pinjam laptop aku. Yela,susah nak update blog guna mobile ni .Hehe

Nak sembang santai je dalam entri kali ini .huhu,
Okay ,korang perasan tak negara Korea ni berdisiplin rakyatnya tidak mengira tempat dan masa .Rajin baca buku walaupun di bustop, segala dalam khdupannya teratur!
memang tinggi sungguh disiplinnya ! Agak-agaknya ,macam mana kah diorang ni dilatih untuk berdisiplin sampai macam gitu sekali ?

Korea ni ,dia ada program khas macam program latihan khidmat negara(PLKN) di negara kita .tapi tak tahu la kat sana dipanggil ape. Hehe ,
Kalau PLKN di negara kita, cuma 3 bulan sahaja kita berpisah dari keluarga, bantal busuk , dan aktiviti harian dahulu kala di rumah kan? Kalau di Korea pula ,ini agak memeranjatkan aku .diorang punya Program 'macam PLKN' adalah selama 2 TAHUN ! TAK KE LAMA GILERR TU ? huh

Kat situ lah diorang diajar tentang disiplin sepenuhnya ,dan mempratikkannya dalam kehidupan seharian ! Fuhh , kalau Malaysia buat dua tahun mcam Korea buat ,korang rasa kita boleh ke ? Hehe ,kalau negara lain boleh ,apakan lagi Malaysia ! Masih ingatkah slogan "Malaysia boleh" ? Ya ,memang Malaysia boleh! Hehe ,

Uih ,dah tengah malam ,terpaksa tidur awal .esok nak sekolah >.<

Mintak maaf kerana entri ini agak berserabut sikit ,sebabnya tuannya pun tengah berserabut otak memikirkan kerja sekolah yang tak dapt dibuat .hehe

Terima kasih daun keladi kerana membaca entri ni :)

p/s :yeay ,aku dah order headset yang aku hendaki tu .tunggu masa je barang nak sampai rumah .hoho, dah sampai kang ,ape lagi, post kat sini la.hehe

Letak URL blog kat profile

Assalamualaikum

Kali ni zakwan nak ajar tutorial yang amat mudah , tapi sangat berguna buat para blogger. Walau pun kebanyakan blogger dah tahu , tapi apa salahnya kita kongsi bersama.

Tutorial yang aku akan ajar korang ialah berkenaan dengan letak link blog korang kat profile.

Yelah , macam korang dah follow blog seseorang , lepas tu mengharapkan diorang datang and follow balik blog korang. Tapi tak dapat jejak korang sebab link blog korang tak da kat profile, kan susah tu -.-‘’ (ini mengikut pengalaman sendiri,hehe)

Jadi aku akan ajar camana nak buatnya . Tengok gambar-gambar di bawah dan fahamikan lah . hehe XD

Sebelum tu , log in dulu blogger.com korang. Pastu tengok kat atas sekali tu , sebelah butang ‘dashboard’ kan ada ‘My Account’ <------- Ha , klik tu !

Sesudah tu scroll ke bawah sikit

dannnnnnnnnnnnnnn tengokkkkkkk gambarrrrrrrr sekarangggggggggggggg :D


________________________________________________________________________


________________________________________________________________________


________________________________________________________________________

Okey , sekarang dah selesai , mudah dan senang je kan ?! Tapi sangat-sangat berguna . hehe

Selain tu , ada cara lagi nak tinggalkan jejak blog korang kat chatbox/shoutmix/dan yang sewaktu dengannya. Mestilah lepas korang dah visit blog seseorang, teringin nak tinggalkan jejak supaya diorang pulak visit blog kita balik kan ? Lagi sekali, step nye mudah je. Masa korang letak link korang kat kotak ‘website’ tu kan, jangan lupa letak http://

Kalau tidak takkan ada pautan ke link korang, jadi jangan lupa letak http:// sebelum letak laman blogspot korang. Contohnya macam ni http://smileasuwant.blogspot.com

Baru orang boleh klik kat nama korang dan direct terus ke link blogspot . Mudah kan ?

Apa tunggu lagi , kepada yang belum berbuat demikian , try la . hehe

Thank you sebab sudi baca , sekian :)

Cara mudah untuk blog mesra SEO

Assalamualaikum

Entri ini dibuat bagi mengajar anda macamana nak mempertingkatkan ranking blog korang macam kat Search Engine seperti Google dan Bing.

Kalau dah buat ni , tak da kita punya blog straight away number 1 kat page search engine, ia akan meningkat sikit demi sikit dari semasa ke semasa kalau korang berusaha.

Seperti kita sedia maklum, budakbotak ada ajar macamana nak add keyword semua ni kat blog dia. Tapi , melalui pemerhatian aku, nampak macam susah je. So , kat sini aku akan ajar satu cara mudah nak add keyword and blog descripition supaya ranking blog anda mesra Search Engine .

Step-step nya adalah :

1. Mula-mula korang pergi sini dulu untuk buat meta tags. (klik sini)

2. Sesudah tu , nanti dia akan bagi code kan kat bawah tu ? Copy code tersebut.

3. Korang pegi 'design' pastu pilih 'edit html' . Cari code macam kat bawah ni

Dah jumpa code tersebut, paste code yang korang copy tadi SELEPAS code di atas
Contohnya seperti gambar di bawah ni :


Save template dan selesai !!

Kalau ada apa-apa pertanyaan , comment la dan aku akan cuba untuk jawab :)


Strategi Astro promote Mustika -.-



Assalamualaikum

Kita sedia maklum tentang rancangan MAHARAJA LAWAK yang hangat diperkatan orang ramai. Mana tak hangatnya, peserta-peserta hebat dari Raja Lawak dulu datang kembali membuat persembahan lawak untuk menghiburkan penonton dengan tujuan nya yang utama iaitu menjadi MAHARAJA LAWAK dan juga memenangi hadiah utama nye.

Dalam Maharaja Lawak ni , yang aku sokong dan berharap diorang menang ialah JAMBU, JOZAN, dan juga NABIL ! Wohoooo, diorang tiga-tiga memang best la.

>.< Jambu , gabungan daripada 2 Orang pelawak dari Raja Lawak pertama , iaitu Tauke dan Yus . Memang mantap gabungan diorang.

~.~ Johan + Zizan = Jozan pula memang dah lama bersama , sejak dari Raja Lawak kedua diorang berdua jadi host. Jadi diorang dah biasa dan tiada masalah lah nak buat lawak sama-sama.hehe.

^.^ Si Nabil telinga lebar pulak (jangan marah XD) tidak kurang hebatnya, dia solo je. Tapi still boleh lawan orang-orang yang team 2 3 orang tu. go Nabil !! XD

Pandai betul syarikat penyiaran Astro ni buat perniagaan. Episod pertama dan kedua Maharaja Lawak disiarkan di Astro Prima, episod selepas itu dah tak ada dah kat astro prima. Beli pakej Mustika kalau nak tengok …zzzzzz..


Astro tahu bahawa Maharaja Lawak ni akan menjadi siaran yang meletup, jadi diorang buat kat Astro Mustika supaya orang beli Mustika. Huih , otak geliga -.-‘’

Tapi menyusahkan orang la nak tengok. Kasihanilah kami wahai Astro, hehe

Dulu ayah aku ada beli mustika. Tapi sebab boring sangat , dah buang . Sekarang ni dah ada Maharaja Lawak pulak -.-‘’ Adesssss. Melepas

Tapi takpe, sekarang ni dunia dah maju , bukan Televisyen je boleh tengok Maharaja Lawak ni. Internet ada !!!! Yeay !! hehe , tadi setelah aku tengok blog orang lain , terjumpa video Maharaja Lawak tapi dipisahkan . Macam satu orang, satu video. Ape-ape pun , full jugak .hehe
Nak tengok ? pegi sini ---> youtube dan pilih la mane satu korang nak tengok

Yang ni pula satu lagi link untuk tengok dari awal sampai akhir dalam satu video (tiada pecahan).. KLIK SINI kalau nak tengok

Alhamdulillah ada siaran penuh episode 3 (baru je siar semalam, dah ada dah kat internet). Bagus-bagus, post la setiap minggu kat youtube, senang sikit aku nak tengok , hehe XD

Terima kasih baca entry ni :)

mudah.my memang sangat mudah !!

Assalamualaikum

mudah.my merupakan laman web perniagaan untuk mencari barang-barang yang hendak dibeli. Bukan barang-barang je, malah perkhidmatan macam printing baju. Ade tu jual lot tanah, kereta, motor dan pelbagai lagi laa !!

Pendek kata, macam-macam ada. Hehe

Dinasihatkan kalau nak beli barang tu, lebih baik COD (cash on delivery) iaitu jumpa dulu orang tu dan kemudian test barang yang hendak dibeli. Kalau puas baru beli.

Sebaik-baiknya elakkan POST LAJU ke apa-apa pos ke, kerana takut ditipu oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Selain daripada menipu, mungkin barang yang diorder ; contohnya telefon bimbit ke barang elektronik lain ke. Takut rosak sewaktu penghantaran . Yelah , mana tahu, sewaktu dalam van penghantaran tu, terlanggar ape-ape ke , jadi barang pun terhentak dan kemungkinan besar rosak !

Jadi masa nak beli tu , cakap la dengan pembeli tu dengan nada yang TEGAS . Macam suruh dia letak kapas banyak2 dalam kotak supaya tidak rosak, lebih kurang macam tu lah. Dan pastikan penjual nya, korang boleh caya 100% tanpa prasangka walaupun 1% .hehe

Bagus juga mudah.my ni. Memudahkan orang nak survey harga barang. Macam aku ni, aku ada sebuah PSP 3001 hasil daripada pencarian di mudah.my . Harga berpatutan tau. Sape boleh bagi PSP 3001 + Charger + Memory card 8GB + Headset + Satu CD game PSP(harga lebih kurang beratus satu CD) + usb cable dengan harga yang paling cantekk iaitu RM450.00 !!

Aku berjumpa dengan orang tu dan bayar selepas puas hati mencuba setiap fungsi yang ada kat PSP tu. Orang yang jual tu duduk Nilai. Aku duduk Seremban, boleh tahan dekat la jawabnya. Hehe

Walaupun second hand , tapi aku tetap berpuas hati , kerana nampak macam baru !! Kalau tak percaya, tengok gambar-gambar kat bawah ni :



Aik, tu cuma kotak je. hehe . Haa bagus tak, siap kotak sekali dia bagi !!






Tu lah keadaan PSP time dia bagi kat aku ,tiada calar langsung (ada sikit la , 1% je ,hehe)





haa , ni psp tadi , tapi aku beli case aluminium nya yang berharga RM10 ke RM20 .tak ingat la , hehe




Sebenarnya , harganya adalah rm500.00 tapi setelah abang aku berurusan dengan pihak yang berkenaan , dapatla diskaun rm50. Hehe : )

First day dapat PSP tu , main sakan la jawabnya. Sampai berebut dengan abang aku . Game pula aku ade lebih kurang SERATUS LEBIH hasil daripada pinjam external hard disk kawan aku ni yang memang banyak gila game PSP dia !! THANK YOU NAZRI

Selain tu , dalam masa beberapa hari lagi , aku bercadang nak beli satu headset untuk handphone sony ericsson c510 aku . Harganya rm20 + rm3(pos laju) .Total up nye RM23 la, murah kan ? Dah la original, dapat warranty 3 bulan pulak tu. Tapi malangnya, orang yang aku contact tu tak balas lagi SMS yang aku send kat dia. Bukan sebab apa, kat laman web dia(ada laman web sendiri, so boleh dipercayai,dah ramai kot orang beli kat dia) , dia cakap yang dia balik kampung . 18 APRIL baru dia terima order balik. Adeh, terpaksa den menunggu . hehe

Pasal bayaran RM23 tu, kakak aku uruskan. Sebenarnya, headset ni hadiah PMR yang kakak aku bagi untuk aku . haha .tu pun ,setelah aku mintak pujuk rayu kat dia. Haha . Tula , siapa suruh berjanji lagi, kan dah kena tuntut hadiah .haha XD

Nak tengok headset yang aku nak beli tu , ini dia :D


Style tak ? hehe. Ada lagi satu warna hijau (KLIK SINI NAK TENGOK) . Tapi last-last, setelah aku pikir masak-masak, akhirnya pilih yang kat gambar tu .

Aku rasa aku telah membuat keputusan yang tepat, lagipun handphone aku warna putih dan merah, jadi, aku pilih lah headset yang macam dalam gambar tu biar nampak ‘matching’ sikit handphone dengan headset. Hehe

Thank you sebab baca entri ni :)

p/s : mudah.my ----> sangat bagussss ! hee

cair aku tengok jam ni XD

Assalamualaikum

First impression aku apabila nampak jam tangan ni .PERGGHHHHHH , STYLE GILER !!
huhu.

Ni jam terbaru yang dihasilkan oleh brand ZERO , yang terdapat di GERMAN
Korang agak-agak berapa harga jam ni ? RM10? RM 100? RM 1000?
Aku tak tahu. Hehe , kalau berminat sangat dengan jam ni search la google harganya .hehe
Aku anggarkan beratus kot. Dah cukup duit nuffnang/churpchurp (duit iklan aku), bolehla beli. hehe XD

Di bawah ni beberapa colour yang ada untuk jam ni .. aku pilih yang hijau tu XD



Tu muka depan, sekarang tengok jam tangan ni daripada semua sudut :



Tahu tak macam mana nak tengok time kat jam tu? kalau tak tahu , di bawah ni contohnya :


Bagi aku, jam tangan ni memang ranggi dan style gile !! Pendapat korang ??

:)

GEMBAR BUMI TERBARU !

Assalamualaikum

Gempar bumi baru telah terjadi di..
Pancing ..hahaha, takda la .gurau je ,maaf ye. Haha ,

Tapi kat Japan kena lagi gempa bumi berskali 7.1 richter ..hurm. .sama2 la doakan penduduk di sana bawa bertenang .ermm ,tujuan post ni dibuat nak habak kat hang smua .AKU DAH TAHU NAK LETAK GAMBAR KAT POST MENGGUNAKAN HANDPHONE .Hehe
Tu je nak gitahu. Haha ,

Tengok bawah ni :D


Ni lah c7 yang aku cakapkan dlam entri sebelum ni. Hehe , style bagi aku ..pendapat korang?

Handphone ohh handphone -.-

Assalamualaikum semua..

Aduh , ponat den
Dalam minggu ni dan minggu lepas aku update blog post guna handphone je ,tak macam korang laptop ,komputer ,c7 .hehe

Memang penat la buat new entry guna handphone ni ,nak taip nye AGAK TERSEKSA -.-

Lain lah keyboard laptop ,satu huruf satu butang ,enjoy nak menaip nye !tapi guna handphone pulak satu butang 3 huruf,malah ada jugak 4 huruf .bukan kemain banyaknya -.-

Huhu, ni semua gara-gara laptop tiada di rumah .Di bawa pergi oleh kakak aku ke maktab die,
Haish

Bukan terseksa nak menaip je ,tapi terseksa juga disebabkan tak leh upload gambar ke sini *sigh
Sebenarnya ,memang bosan kalau buat entri tak da gambar ni . Gambar dikira sebagai 'penyeri' dalam entri kita .apa-apa pun, aku update juga, demi cinta dan kasih terhadap blog aku ini ,hahaha

Dah cukup duit nanti ,insyaAllah ,tunggu aku nokia c7 ! Hehe ,tahu kan c7 camane? Style oo hp tu ,dia macam nokia n8 ,tapi ditambah dengan keyboard macam pc punya .. Walao ! ! Haha

Malam ni merupakan hari pertama aku akan datang tuisyen fizik !sepatutnya ,minggu lepas start tapi aku lupa sebab sibuk sangat dengan bowling .hehe..
Harap-harap orang yang mengajar tu baik hati .hehe ,okay gtg

Bye bye :D

p/s: angah,ohh angah ,balik lah cepat haa .dikwan nak guna laptop puas-puas .haha xD

INTERNET FREE AT MOBILE

Assalamualaikum .

Dah baca kan tajuk ? Haaa ,terbeliak tak bijik mata wahai para pembaca ? Hahaha
Ye ke ada internet free kat handphone ? Biar betul ? Mesti korang berfikir , takkan la ada benda macam ni .sekarang semuanya berbanyar .teettt . Salah oi .ada je benda free kat dunia ni, macam minum water cooler kat tempat awam. Haha

Back to topic ,sememangnya ,memang ada pun trick untuk buat handphone korang mengakses internet secara percuma, nak tahu cara2 nak buatnya ? Tapi ,syarat-syarat di bawah harus dipatuhi terlebih dahulu :
1. Mestilah pengguna MAXIS/HOTLINK.
2. Handphone korang mestila kena ada fungsi 3G(yang kamera kecik sangat2 kat bahagian atas skrin handphone korang tu,tula die 3G).
3. Handphone kalau boleh sony ericsson yang ada fungsi 3G sebab senang nak ajar sebab aku pun guna handphone camni.nokia pun boleh .samsung,motorola tu,sory la ye. Den tak tahu tapi eden torai la .haha
4. Lepas dah tahu trick ni ,anda DILARANG SAMA SEKALI MEMBERITAHU ORANG LAIN ,DIAM DIAM CUKUP (sedangkan aku ni, bagitahu orang lain boleh pulak?hehe).

Adakah syarat-syarat di atas sudah anda patuhi ? Bagus ,kita teruskan dengan langkah yang seterusnya.

Eh jap jap, aku nak bagitahu dulu apa yang korang boleh buat setelah mengetahui trick INTERNET FREE at mobile ni :
1. Boleh mengakses laman web facebook dan lain2, pendek kat ,semua boleh .TAPI ,LIMIT NYA TAK BOLEH MELEBIHI 5MB .SEBABNYA ,MEMANG TAK BOLEH LEPAS LAMAN WEB YANG BERATNYA LEBIH DARI 5MB.
2. Anda boleh download lagu ,video ,gambar dan macam-macam lagi dengan syarat ,TIDAK MELEBIHI 5MB .bagi yang nak download lagu, boleh pegi www.bursalagu.com
Video youtube pula boleh didownload kat sini www.tubezen.mobi
3. Akses internet sepuas-puasnya tanpa kena bayar langsung! Dengan syarat ,site yang ingin dilawati tidak melebihi 5MB.

Okay ,sekarang saya akan ajar macamana nak buat nya..

Mula-mula..

Pegang handphone di tangan..

Taip *100#

Step-step seterusnya , tak boleh bagitahu kat sini .haha ,mana boleh la,open sangat ! Nanti senang-senang trick kena blok .nanti siapa yang susah ? Aku jugak.haha

Jangan risau wahai pembaca yang dikasihi sekalian, aku tetap aku menyambung step-step ni .tapi bukan di sini, kita beremel -emelan lah .hehe

Kepada yang nak tahu sambungan stepnya ,boleh email aku di zack_perymel@yahoo.com
Saya akan ajar step by step FREE OF CHARGE .hehe

Masa email tu ,nyatakan sekali model phone anda penuh-penuh untuk memudahkan aku mengajar tricknya. Contohnya macam phone aku,
sony ericsson c510

Thanks for reading :)

Jom Join Bloglist Haris Kaito

Assalamualaikum.

Haris kaito nak buat bloglist .jom join ramai-ramai ! Hehe, sape2 yang nak join tuh .boleh la pergi ke link yang dinyatakan di bawah ni
hariskaito.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-haris-kaito.html

Syarat-syaratnye:

1)Buat satu entry dan letak tajuk
''Jom Join Bloglist Haris Kaito'' (done)
2)Linkkan ke entry nie (done)
3)Mesti menjadi follower Haris (done)
4)Copy gambar atas tu dan letak
di entry Jom Join Bloglist Haris
Kaito (sorry haris. .q bwat entri ni guna mobile ,jadi ,tak dapat nak berbuat demikian)
5)Tag 2 orang kawan-kawan
korang (alasan sama seperti di atas)
6)Letak link entry korang kt
bawah nie (done)

Tu je kot .

Sponsor untuk GA yuyu zulaikha

Assalamualaikum.

Aku tak tahu kenapa,tapi tiba-tiba tergerak hati aku untuk menjadi salah seorang yang sponsor giveaway yuyu zulaikha. Hehe ,hadiahnya ,bukan beratus mahupun berjuta wang ringgit, tapi cuma topup prepaid prabayar rm10 sahaja .walaupun sikit ,tapi still duit jugak !

Sblum tu ,korang kenal tak yuyu zulaikha ni siapa? Beliau merupakan antara blogger yang femes2 gitu .hehe

sekarang masih menunggu balasan dari yuyu ,adakah beliau menerima tawaran sponsor ini ? Kita tunggu dan lihat .hehe

Chaw cin cau :)

Seterika yang menyakitkan hati

Assalamualaikum

Aku ada 3 seterika kat umah ,
2 macam b*****g
Lagi 1 working perfectly walaupun dah lama beli .Tengokk ,barang lama juga yang tahan. Tapi dah sampai umur dia sbb aritu aku guna api keluar !terkojut den . Cuak,gelabah ,jerit macam pompuan time tuh .lol
Selamat tinggal seterika yamg telah lama berkhidmat untuk aku.

Yang lagi 2 seterika tu ,satu mak aku beli kat Mekah .satu lagi dapat hadiah .
Yang mak aku beli kat Mekah tu pelik seterikanya, tak paham aku nak gunanya, sebab ape aku cakap pelik? Sebab kalau macam seterika biasa, boleh tukar2 kepanasan dia kan,tapi yang ni takde -.-
Tutup buka suis la jawabnya .lagi pelik, saiz nye comel je .saiz tapak jari aku kot . Seterika ni memang macam b*****g la , cite nye macam ni ,ni setahun lepas punya cita. Haha
Emm, aku dah guna baju melayu putih untk kegunaan ke sekolah sejak form 1 ,bajunya sama je :S
Masa aku form 3(skrang aku dah form 4) barula ada niat nak beli baju baru, dah beli tu ,keesokannya aku nak iron la baju tuh, ialah ,takkan nak pakai baju kemot2 ,tak manis orang pandang .haha .
So ,aku iron baju guna seterika yang comel loteh yg dbeli oleh mak aku di Mekah. Tula pertama kali aku guna seterika pelik tu, tak paham cara nak guna nya. Habis baju melayu baru aku tu ,lawa je lubang yang dibuat oleh seterika tu kat atas poket sebelah butang baju .HAMPEH BETUL -.-
Baju je rosak. Seluar nya maseh ade kan? Huh .sluar nye pun samee je -.- ,baru seminggu guna dah koyak -.-
Macam b*****g ! Walhal, seluar baju melayu yang aku guna sejak form 1 tuh maseh elok dan takde koyak (ada koyak skit,tapi tak obvious sgt).
Habes segalanya ,takpe, segala yang Allah takdirkan,ada hikmah di sebaliknya(tapi smpai skrang aku tak tahu ape hikmahnye.hehe).
Redha je lar .
Tu seterika yang dari Mekah ,lagi satu yg mak aku dapat sbgai hadiah .Seterika tu bukan kemain "canggih" sampaikan aku tak paham nak gunanya .haha.
Ada letak air, steam,pelaras haba la bagai .Tapi ,masalahnya sekarang .apehal baju aku tak lurus-lurus ni -.-

ouh okay, letak air baru gosok eh ? Aku dah buat tu tapi ,same je ,malah ada kesan hangus sikit kat lengan baju sekolah aku -.-"
"thank you very much"..
Time kakak aku guna seterika tu ,habes kain alas koyak .haha , bukan satu,tapi dua kain koyak .haha
Angah Angah. Belajar dari adik ha, dah pandai dah guna seterika tu akhirnya (bukan sepenuhnya mahir). Hahahaha , apa-apa pun, aku harap mak aku beli seterika baru yang macam dulu punya aku pakai
>.<

Jangan marah nye encik "seterika"

Sekian @.@

bowling ! !

Assalamualaikum

Banyak benda aku nak cite ,nak mula dari mana eh?
Ermm ,ok .kita mulakan dengan pertandingan bowling yang telah berlangsung semalam dan semalam-semalam(maksudnye dua hari lepas .hoho)..
Sblum tu,aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih khasnya buat pihak sekolah kerana telah menyara latihan mingguan ktorang kat parkson.pasal baju bowling tahun ni pulak,aku tak tahu sape yang taja beratus2 tu,tapi anda amat bermurah hati !tq tq ..hehe

Yang dua hari lepas bersamaan hari rabu merupakan hari perlawanan buat dak2 under15 lelaki n perempuan.. Pagi2, perempuan dulu lawan, petang ,lelaki pulak.lama jugak lah P hbes,sebab lbh krg pukul 3.30pm bru lelaki start...lelaki u15 hbes pulak pukul 10 mcm tu..

Tahniah buat u15 P kerana dapat pingat tempat ke 4 ,
L u15 pula number One ,wah ,tahniah korang kerana telah mengharumkan nama kgv .hehe

Hari khamis lak u18 L dan P .same juga ,P maen pagi, L maen petang.. Yang parahnya, lelaki habis pukul 12malam ,fuh ,bukan main lama lah .sebab P u18 habes lambat dlam pukul 5.. Pertama kali aku maen bowling sampai tengah malam .hehe ,

Tak disangka2,
u18 Perempuan berjaya merangkul tempat ke 2 ,cayalah ! Korang memang hebat .hehe ,
Yang under 18 lelaki pula,tak dapat tempat,tapi kitorang telah buat ape yang kitorang mampu,malah lagi hebat daripada latihan bowling yang ktorang buat stiap mggu before tournament..takpe ,buat u18 lelaki,tahun depan kita cuba lagi !

Aku dah berjanji dgn dr aku sndri,tahun depan aku takkan maen bola lurus lagi ,style balingan aku akan diubah sepenuhnya ! Hehe,mungkin hook ,mungkin spinner ,whose know? Doakan aku berjaya capai misi ni..hehe

Cerita lain bersambung pada next entri ..

:)

Bukan sebab malas

Assalamualaikum
Dah seminggu juga lah aku tak update blog
Sebab busy dengan latihan bowling plus laptop takde kat umah(kakak bawak pergi maktab) plus homework pun banyak.haha
Hari ni nak cite sikit pasal duit yang aku dah perolehi semenjak aku bersama dengan churpchurp dan juga nuffnang. Ada lagi syarikat iklan yang aku sertai seperti hearbeat dan adverlets, tapi sikit sangat dapat. Tulah tak nak nyatakan kat sini .hehe

Ape pun ni dia pendapatan aku :

NUFFNANG.COM.MY
RM 4 . 00
nak keluarkan duit,mesti kena cukup rm50... lagi rm46 ..hehe


CHURPCHURP.COM
RM5.60
sebenarnya aku daftar nuffnang dulu and then churp churp.tapi churp churp pula yang dapat duit lagi banyak daripada nuffnang.. Alhamdulillah .hehe
Nak kluarkan duit mesti kena cukup rm100 (nuffnang rm50 je) tapi takpe.. sikit2 lama2 jadi bukit .. hehe

bila dah cukup duit , aku nak kluarkan lah.. bila masanya ? kita tunggu dan lihat .

pada sesiapa lah yang berminat nak daftar churpchurp .boleh klik di sini
kalau nuffnang pulak boleh pegi ke sini dan register lah

Terima kasih membaca blog aku yang daif ni dan stay tuned :)





hide online In Facebook

Assalamualaikum

Yeahh, tutorial kembali lagi !!
hehe , hari ni aku akan ajar macam mana nak buat hanya sesetengah orang sahaja yang boleh nampak kita online kat FACEBOOK .
Mula-mula skali LOGIN dulu FB korang..hehe

Step2 yang berikutnya , sila tengok gambar, lagi senang nak terangkan melalui gambar
Kalau tak clear, sila click gambar untuk besarkan nya :D








Mintak maaf sekiranya gambar tu kabut sikit(memang kabut pun)
apa-apa soalan, comment dan aku akan cuba sedaya upaya untuk jawab,
sekianlah :)

Movies in Minutes LOL

Assalamualaikum

Pergi laman web youtube dan search ''movies in minutes''
Pastu , nanti akan keluar lah pelbagai video . Tengok lah mana-mana. Gerenti korang akan gelak sampai pecah perut(bagi aku lahhh,korang macamana ?? )
Stakat ni diorang dah dapat lebih 3 JUTA SUBSCRIBERS !! gila~~~~ ramai gila.haha

Layan ~~ kat bawah ni pasal Harry potter :


Yang ni pulak facebook .. trollol XD


Berlambak lagi kat youtube .. semoga anda semua terhibur
sekian :DD