mudah.my memang sangat mudah !!

Assalamualaikum

mudah.my merupakan laman web perniagaan untuk mencari barang-barang yang hendak dibeli. Bukan barang-barang je, malah perkhidmatan macam printing baju. Ade tu jual lot tanah, kereta, motor dan pelbagai lagi laa !!

Pendek kata, macam-macam ada. Hehe

Dinasihatkan kalau nak beli barang tu, lebih baik COD (cash on delivery) iaitu jumpa dulu orang tu dan kemudian test barang yang hendak dibeli. Kalau puas baru beli.

Sebaik-baiknya elakkan POST LAJU ke apa-apa pos ke, kerana takut ditipu oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Selain daripada menipu, mungkin barang yang diorder ; contohnya telefon bimbit ke barang elektronik lain ke. Takut rosak sewaktu penghantaran . Yelah , mana tahu, sewaktu dalam van penghantaran tu, terlanggar ape-ape ke , jadi barang pun terhentak dan kemungkinan besar rosak !

Jadi masa nak beli tu , cakap la dengan pembeli tu dengan nada yang TEGAS . Macam suruh dia letak kapas banyak2 dalam kotak supaya tidak rosak, lebih kurang macam tu lah. Dan pastikan penjual nya, korang boleh caya 100% tanpa prasangka walaupun 1% .hehe

Bagus juga mudah.my ni. Memudahkan orang nak survey harga barang. Macam aku ni, aku ada sebuah PSP 3001 hasil daripada pencarian di mudah.my . Harga berpatutan tau. Sape boleh bagi PSP 3001 + Charger + Memory card 8GB + Headset + Satu CD game PSP(harga lebih kurang beratus satu CD) + usb cable dengan harga yang paling cantekk iaitu RM450.00 !!

Aku berjumpa dengan orang tu dan bayar selepas puas hati mencuba setiap fungsi yang ada kat PSP tu. Orang yang jual tu duduk Nilai. Aku duduk Seremban, boleh tahan dekat la jawabnya. Hehe

Walaupun second hand , tapi aku tetap berpuas hati , kerana nampak macam baru !! Kalau tak percaya, tengok gambar-gambar kat bawah ni :



Aik, tu cuma kotak je. hehe . Haa bagus tak, siap kotak sekali dia bagi !!






Tu lah keadaan PSP time dia bagi kat aku ,tiada calar langsung (ada sikit la , 1% je ,hehe)





haa , ni psp tadi , tapi aku beli case aluminium nya yang berharga RM10 ke RM20 .tak ingat la , hehe




Sebenarnya , harganya adalah rm500.00 tapi setelah abang aku berurusan dengan pihak yang berkenaan , dapatla diskaun rm50. Hehe : )

First day dapat PSP tu , main sakan la jawabnya. Sampai berebut dengan abang aku . Game pula aku ade lebih kurang SERATUS LEBIH hasil daripada pinjam external hard disk kawan aku ni yang memang banyak gila game PSP dia !! THANK YOU NAZRI

Selain tu , dalam masa beberapa hari lagi , aku bercadang nak beli satu headset untuk handphone sony ericsson c510 aku . Harganya rm20 + rm3(pos laju) .Total up nye RM23 la, murah kan ? Dah la original, dapat warranty 3 bulan pulak tu. Tapi malangnya, orang yang aku contact tu tak balas lagi SMS yang aku send kat dia. Bukan sebab apa, kat laman web dia(ada laman web sendiri, so boleh dipercayai,dah ramai kot orang beli kat dia) , dia cakap yang dia balik kampung . 18 APRIL baru dia terima order balik. Adeh, terpaksa den menunggu . hehe

Pasal bayaran RM23 tu, kakak aku uruskan. Sebenarnya, headset ni hadiah PMR yang kakak aku bagi untuk aku . haha .tu pun ,setelah aku mintak pujuk rayu kat dia. Haha . Tula , siapa suruh berjanji lagi, kan dah kena tuntut hadiah .haha XD

Nak tengok headset yang aku nak beli tu , ini dia :D


Style tak ? hehe. Ada lagi satu warna hijau (KLIK SINI NAK TENGOK) . Tapi last-last, setelah aku pikir masak-masak, akhirnya pilih yang kat gambar tu .

Aku rasa aku telah membuat keputusan yang tepat, lagipun handphone aku warna putih dan merah, jadi, aku pilih lah headset yang macam dalam gambar tu biar nampak ‘matching’ sikit handphone dengan headset. Hehe

Thank you sebab baca entri ni :)

p/s : mudah.my ----> sangat bagussss ! hee

6 comments:

Budak Botak said...

btol tue, kalo bleh elakkan post barang, lebih baik COD ja. he3...

Entry terbaru Cara Menjadikan Blog Lebih Mesra SEO... (",)

Mohd Zakwan Zain said...

budak botak pernah eh beli barang kat mudah.my ?

Anonymous said...

lawa ar headset hijau ngan merah,
dia boleh guna tuk laptop ngan phone kn?

Mohd Zakwan Zain said...

@hajar : aah , dua-dua boleh :)

Anonymous said...

Assalam...Mudah.my mmg besh!!!waaahhh psp...syok laa leh main game...x pernah lagi main psp tuu...

Mohd Zakwan Zain said...

hehe , beli la sebuah. senang psp ni , boleh bawak mane2 je .hehe :D