Assalamualaikum :)
Macam-macam vending machine (mesin niaga mudah alih ,KOT) yang ada kat dunia ni .Banyak juga vending machine yang jual barang pelik-pelik. Kebanyakan yang pelik-pelik ni terdapat di jepun .
Ada pulak tu jual dvd,majalah lucah,condom ,kat tepi jalan macam tu je -.-"
Astagfirullahalazim ,kalau budak kecik kat sana nampak macam mane ? -.-"
Dari segi positifnya ,kita lihat barang-barang yang berfaedah diorang jual macam barang2 kat bawah ni :
Bak kata pepatah ,sediakan payung sebelum hujan ,tapi kalau tak semena-mena hujan turun tiba-tiba ,ape nak buat kan? Jangan risau ,payung ada dijual di tepi jalam macam dalam gambar di bawah ni ,hehe
Daripada payung ,meh kita tengok pulak vending machine yang jual battery. Ni kira bagus tahap gaban ni ,sebab mana tahu blackout tiba-tiba tengah malam buta macam tu, torchlight lak dah habis bateri ,kedai pulak mana la bukak tengah2 malam.
Mesin payung dah tengok ,bateri pun dah ,sekarang menjual underwear di saat-saat genting .
Tak nak huraikan panjang-panjang -.-"
Situasi ketika korang nak bagi bunga waktu nak pergi ke rumah orang kahwin ke, mesin kat bawah ni ada menjualnya .
LEPAS dah masuk duit, pilih mana yang berkenan, hehe
Aik ? Jual ice sahaja pun ada ? Mudah kerja ,tak perlu lagi simpan air dalam frezer tunggu sampai beku.hehe
Yang ni vending machine yang pastinya menjadi idaman kalbu ku, jiwang sekejap. Haha,
Di saat tekak berasa haus akibat "pok pek pok pek" banyak sangat ,mungkin sebatang aiskrim yang enak dapat mengubat haus anda .haha ,di sebelah mesin aiskrim tu pulak ,ada mesin minuman .Yeah, mesin minuman mungkin agak familiar sebab kat negara kita pun dah banyak ada.
Bukan ni je vending machine yang ada kat dunia ni ,malah beratus mungkin beribu jenis yang ada .
Cuba search pakcik google kita ,yakni mesti berlambak yang keluar .hehe
Tu je yang zakwan nak kongsikan kali ni,thanks sudi baca :)
5 comments:
tidaklah pelik sgt punn
he3, mcm2 benda yg pelik kalo kat Jepun,..
Athirah ,ok :p
Budak botak.. Tula pasal ,hehe xD
Kat sekolah kita takde pun vending machine
ada dohh. tapi satu je .tu pun jual air je .kat sebelah cyber cafe pss . tapi dah rosak.
Post a Comment