Sibuk sangat ke?

Assalamualaikum

Memang aku sangat sibuk start minggu sekolah ni .Meja dipenuhi dengan homework yang bertangguh-tangguh yang sekian lamanya ,baru nak berusik .hehe

Nak update blog pun mengalami kesulitan sikit sebab guna mobile ,huh ! Harap-harap angah aku beli laptop baru ,supaya tak lagi pinjam laptop aku. Yela,susah nak update blog guna mobile ni .Hehe

Nak sembang santai je dalam entri kali ini .huhu,
Okay ,korang perasan tak negara Korea ni berdisiplin rakyatnya tidak mengira tempat dan masa .Rajin baca buku walaupun di bustop, segala dalam khdupannya teratur!
memang tinggi sungguh disiplinnya ! Agak-agaknya ,macam mana kah diorang ni dilatih untuk berdisiplin sampai macam gitu sekali ?

Korea ni ,dia ada program khas macam program latihan khidmat negara(PLKN) di negara kita .tapi tak tahu la kat sana dipanggil ape. Hehe ,
Kalau PLKN di negara kita, cuma 3 bulan sahaja kita berpisah dari keluarga, bantal busuk , dan aktiviti harian dahulu kala di rumah kan? Kalau di Korea pula ,ini agak memeranjatkan aku .diorang punya Program 'macam PLKN' adalah selama 2 TAHUN ! TAK KE LAMA GILERR TU ? huh

Kat situ lah diorang diajar tentang disiplin sepenuhnya ,dan mempratikkannya dalam kehidupan seharian ! Fuhh , kalau Malaysia buat dua tahun mcam Korea buat ,korang rasa kita boleh ke ? Hehe ,kalau negara lain boleh ,apakan lagi Malaysia ! Masih ingatkah slogan "Malaysia boleh" ? Ya ,memang Malaysia boleh! Hehe ,

Uih ,dah tengah malam ,terpaksa tidur awal .esok nak sekolah >.<

Mintak maaf kerana entri ini agak berserabut sikit ,sebabnya tuannya pun tengah berserabut otak memikirkan kerja sekolah yang tak dapt dibuat .hehe

Terima kasih daun keladi kerana membaca entri ni :)

p/s :yeay ,aku dah order headset yang aku hendaki tu .tunggu masa je barang nak sampai rumah .hoho, dah sampai kang ,ape lagi, post kat sini la.hehe

No comments: