Strategi Astro promote Mustika -.-



Assalamualaikum

Kita sedia maklum tentang rancangan MAHARAJA LAWAK yang hangat diperkatan orang ramai. Mana tak hangatnya, peserta-peserta hebat dari Raja Lawak dulu datang kembali membuat persembahan lawak untuk menghiburkan penonton dengan tujuan nya yang utama iaitu menjadi MAHARAJA LAWAK dan juga memenangi hadiah utama nye.

Dalam Maharaja Lawak ni , yang aku sokong dan berharap diorang menang ialah JAMBU, JOZAN, dan juga NABIL ! Wohoooo, diorang tiga-tiga memang best la.

>.< Jambu , gabungan daripada 2 Orang pelawak dari Raja Lawak pertama , iaitu Tauke dan Yus . Memang mantap gabungan diorang.

~.~ Johan + Zizan = Jozan pula memang dah lama bersama , sejak dari Raja Lawak kedua diorang berdua jadi host. Jadi diorang dah biasa dan tiada masalah lah nak buat lawak sama-sama.hehe.

^.^ Si Nabil telinga lebar pulak (jangan marah XD) tidak kurang hebatnya, dia solo je. Tapi still boleh lawan orang-orang yang team 2 3 orang tu. go Nabil !! XD

Pandai betul syarikat penyiaran Astro ni buat perniagaan. Episod pertama dan kedua Maharaja Lawak disiarkan di Astro Prima, episod selepas itu dah tak ada dah kat astro prima. Beli pakej Mustika kalau nak tengok …zzzzzz..


Astro tahu bahawa Maharaja Lawak ni akan menjadi siaran yang meletup, jadi diorang buat kat Astro Mustika supaya orang beli Mustika. Huih , otak geliga -.-‘’

Tapi menyusahkan orang la nak tengok. Kasihanilah kami wahai Astro, hehe

Dulu ayah aku ada beli mustika. Tapi sebab boring sangat , dah buang . Sekarang ni dah ada Maharaja Lawak pulak -.-‘’ Adesssss. Melepas

Tapi takpe, sekarang ni dunia dah maju , bukan Televisyen je boleh tengok Maharaja Lawak ni. Internet ada !!!! Yeay !! hehe , tadi setelah aku tengok blog orang lain , terjumpa video Maharaja Lawak tapi dipisahkan . Macam satu orang, satu video. Ape-ape pun , full jugak .hehe
Nak tengok ? pegi sini ---> youtube dan pilih la mane satu korang nak tengok

Yang ni pula satu lagi link untuk tengok dari awal sampai akhir dalam satu video (tiada pecahan).. KLIK SINI kalau nak tengok

Alhamdulillah ada siaran penuh episode 3 (baru je siar semalam, dah ada dah kat internet). Bagus-bagus, post la setiap minggu kat youtube, senang sikit aku nak tengok , hehe XD

Terima kasih baca entry ni :)

4 comments:

Budak Botak said...

he3, mmg strategi diorang nk promote Mustika nie...

Entry terbaru 11 Tanda Korang Nie Kena Penyakit Computerholic... (",)

Mohd Zakwan Zain said...

Tahu pun .hehe

Unknown said...

hahaha , hari tu baru je saya nak buang pakej MUSTIKA tu , naseb baik x buang pakej tu , klu x melepas weyh ... HAHAHAHA .

Mohd Zakwan Zain said...

Rizuwan, youtube ada.hehe :P