NEIL ARMSTRONG sndr m'akui KAABAH Pusat Bumi

Assalamualaikum semua pembaca blog zakwan :)

Tadi Zakwan terbaca ni kat facebook ,jadi nak share kat blog jugak .hehe
Baca di bawah ni sampai habis :

Jelas, Kaabah bukan sekadar
kiblat tetapi juga sebagai pusat
tumpuan manusia dalam urusan
dunia atau kehidupan. Contoh
yang paling mudah sekali, tentu
anda ada stesen televisyen
berbayar iaitu Astro. Pastinya
setiap Astro ada 'piring para bola'
untuk menerima maklumat yang
dipancarkan dari satelit. Untuk
mendapatkan siaran yang jelas,
piring itu akan dihalakan ke arah
Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak
percaya cuba tengok balik piring
Astro di bumbung anda
menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja
jawapannya Mekah adalah pusat
bumi. Sama ada percaya atau
tidak jawapannya mudah ditemui
semasa kali pertama Neil
Armstrong menjejakkan kaki ke
bulan pada 20 Julai 1969. Di
dalam satu temu bual di stesen
TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd
Al-Baset Al-Sayyed dari pusat
Penyelidikan Kebangsaan Mesir
mengulas, angkawasan pertama
itu telah membuktikan, Mekah
adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara
saintifik semasa Neil Armstrong di
dalam perjalanan ke bulan.
Ketika itu dia berjaya mengesan
satu radiasi yang dipancarkan dari
bumi. Radiasi itu di dalam
gelombang pendek. Situasi itu
sesuatu yang pelik dan mereka
cuba mencari jawapan dan
membuat penelitian. Akhirnya
mereka berjaya mengesan
bahawa radiasi itu dipancarkan
dari Mekah atau secara tepatnya
dari Kaabah.
"Yang paling mengejutkan radiasi
itu bersifat infiniti (tidak
berpenghujung). Apabila
Armstrong menjejakkan kaki ke
bulan, radiasi itu masih boleh
dikesan. Radiasi itu mempunyai
sifat yang istimewa dan paling
penting ia infiniti. Saya percaya
inilah yang menhubungkan
Kaabah di bumi dengan Kaabah
di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di
kutub utara dan saya berada di
kutub selatan,di tengah-tengah
adalah zon keseimbagan magnet
atau zon magnetisme sifar dan
itulah Mekah. Kalau hendak
dibuktikan boleh. bawa kompas
ke Kaabah dan anda dapati jarum
kompas itu tidak akan bergerak.
Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk
ke dua-dua medan adalah sama
kuat.
Hal sedemikian katanya, turut
memberi kesan pada kesihatan
dan umur seseorang. Sebab
itulah orang yang tinggal di
Mekah lebih sihat dan panjang
umur. Tekanan graviti yang
tertumpu di kawasan itu memberi
kesan pada peredaran darah dan
pergerakan biologi kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia
boleh memberi kesan pada
hemoglobin untuk membawa
darah yang mengandungi oksigen
ke seluruh tusi badan. Bermakna
bila anda berada di Mekah,
keupayaan darah untuk
membawa oksigen ke seluruh tisu
badan secara semula jadi jauh
lebih baik berbanding tempat lain
di dunia ini," jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian
para saintis juga telah
membuktikan bahawa Kaabah
berada di "Centre of the earth".
Jika anda berkesempatan ke
Mekah Al-Mukaramah cuba bawa
kompas ke arah Kaabah dan lihat
jarum kompas tersebut tidak akan
menunjuk mana-mana arah sama
Barat, Timur, Selatan atau ke
mana-mana arah kerana Kaabah
sememangnya berada di pusat
atau ditengah-tengah bumi. Neil
Amstrong juga mengesahkan
fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya
melakukan Tawaf kesihatan kita
akan bertambah baik. Tidak
hairanlah jika ramai yang
mengetahui rahsia ini sentiasa
merindui untuk ke Mekah... Bagi
yang bukan Islam kaji-kajilah
fakta ini dan anda pasti akan
mendapat kebenaran-Nya.
Marilah kita belajar ilmu dan
mengkaji Islam yang amat indah
ini..


**Kalau ada fakta yang salah ,tolong betulkan ye**

Terima kasih sudi baca :)

5 comments:

Budak Botak said...

semoga bertambah iman kita...

Entry terbaru Kreatif - Hasil Seni Menggunakan Perkataan... (",)

aynadys said...

tq kongsi ilmu :)

Mohd Zakwan Zain said...

Budak botak,tolong aku ! Asal zakwan x leh g blog budak botak gne opera mini kat hp eh ? Die ckp error ,arh ! Blog ir pun x leh gak.tolong !

Mohd Zakwan Zain said...

Aynadys ,welcome :)
Ni pun org share kat FB.zakwan cuma sebarkan,hehe

Unknown said...

Takbir!! Allahu akbar!!