BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA HANDPHONE NOKIA

Assalamualaikum :)

Dalam post yang lepas-lepas , Zakwan ada ajar nak sorok folder dalam pc kan ?
Kali ini pulak zakwan akan ajar trick nak sorok apa-apa file yang korang nak sorok kat HANDPHONE/CELLPHONE/MOBILE(tak kesah la korang nak panggil ape pun,hehe).
Haa ,bukan pc je boleh hide file ,malah Mobile pun boleh ! Tengok ,betapa canggihnya Mobile zaman sekarang ni .hehe

Yang best nye trick ni ,tidak memerlukan apa-apa software malah boleh terus buat kat Mobile(tak yah sambungkan kat pc nak buat trick ni).





Tapi tapi ,malangnya ,trick ni tak bersesuaian dengan handphone Sony Ericsson .Zakwan dah try dah ,tak boleh jugak :(




Berita baik buat pengguna handphone Nokia kerana Nokia je yang boleh guna trick ni .zakwan dah try kat handphone mak tadi ,hehe

Cara nak buat nye agak mudah .Read the following steps :

1. Create new folder kat handphone Nokia korang ,contohnya kalau nak sorokkan images ,rename folder tersebut dengan nama images.jad
Dah tu ,alihkan file image yang korang nak sorokkan ke dalam folder images.jad tadi
*tak semestinya images je korang boleh sorokkan,semua boleh dengan syarat masa nak create folder tu kena letak .jad di hujungnya*

2. Sudah? Kalau dah, sekarang create new folder lagi dengan nama images.jar
*kali ni pulak, hujungnya mesti kena letak .jar *

3. Dah siap ! Senang je kan ,kalau tak percaya cuba tengok folder yang korang create mula-mula tadi (images.jad tu) ,dah tak da ! Yang ada cuma folder images.jar je .

Gempak tak? Apa lagi ,hebohkan lah kat satu kampung !hehe

Lepas dah hide ,mesti lah korang nak unhide balik kan.kacang je nak unhide balik .

Kan tadi folder images.jar je kan yang tinggal ?sekarang rename folder tu dengan hanya membuang .jar sahaja ,jadi folder tadi akan jadi 'images' sahaja.

Cuba perhatikan betul-betul, folder images.jad(yang ada file2 anda nyorokkan tadi) dah ada balik !

Hehe, tahniah kalau menjadi .Yang tak jadi tu ,try sampai dapat .kalau tak dapat juga, comment la sini, zakwan akan cuba membantu :)

Peringatan penting : .jar dengan .jad
keduua-duanya berbeza ,jadi jangan terkeliru ye

**cuba korang try kat handphone samsung ke,motorola ke, mana tahu boleh .sebab zakwan hanya dah try kat handphone sony dan nokia je .kalau boleh ,bagitahu zakwan ye **

Terima kasih kerana sudi baca :)

6 comments:

Budak Botak said...

he3, nak cuba tapi xda nk simpan apa2...

Entry terbaru 10 Perkara Lelaki Cakap Dan Makna Disebaliknya... (",)

Mohd Zakwan Zain said...

Cba je la bdk botak,hehe..
Tq ,nanti zakwan visit blog awak blk

Anonymous said...

zakwan, entry ni sangat best .. thanx sebab sudi kongsi .. menjadi sangat ...

Mohd Zakwan Zain said...

Nidia :yeke ...thanks :D

c budak faten said...

jadi la....suka2...hehehe...thanx... :P

Mohd Zakwan Zain said...

Aten : welcome :)