Lelaki Halimunan Paling Kreatif Di Dunia

Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

Cuba lihat gambar di bawah ini betul-betul , ada yang tak kena kan ?

Nampak apa-apa tak ? Kalau tak nampak , pendek umur .hehe

Memang ada orang yang tengah menyamar kat situ iaitu Liu Bolin ! Kenal tak dia siapa ?
Liu Bolin merupakan seorang artis dari China yang amat berbakat dalam bidang menyembunyikan diri bersesuaian dengan latar belakang tempat dia berdiri.
Dia berumur 38 tahun dan telah mengembara ke merata tempat di dunia ini untuk mencuba 'menyembunyikan diri' di tempat2 seperti kotak Telefon di London dan juga Stadium Olimpik di Beijing (ehh , Beijing bukan ke kat China ? )

di sebalik tabir ..

Aku rasa , orang yang tengah mengecat Liu Bolin tu la yang kreatif ! Liu Bolin hanya memberikan idea dan berdiri diam-diam je . Siapa setuju dengan aku ? hehe
Selain gambar Liu Bolin menyembunyikan diri di sebalik rak tin minuman pasar raya , jom kita lihat gambar lain yang pernah dihasilkan oleh artis berbakat dari China ni :


Latar belakang : kotak telefon di London (errr, macam tak jadi je )


Latak belakang : Grafiti wall


di sebalik timbunan batu pun , Liu Bolin boleh menyembunyikan diri .kreatif sungguh


dah macam hantu pulak .. hehe


gambar paling mencabar , di mana Liu Bolin menyorok ?


alamak , kasut yang dia pakai spoiler lah ! hehe



Latar belakang : Stadium Olimpik , Beijing


gambar ni paling style bagi aku ! :D

Sebenarnya , banyak lagi karya yang dihasilkan oleh Liu Bolin. Berbuih la mulut aku kalau nak letak semua xD
Kata artis dari China ini , setiap gambar mengambil masa sehingga sebulan untuk dirancang , manakala bab cat-mengecat nya pula pernah sehingga 10 jam ! Perghh , tak da masa aku nak buat benda2 macam ni ! Baik berblogging , haha
Harap korang enjoy membaca entri ini . Kalau suka , like dan share lah dengan rakan-rakan :)
Sekian . Peace (Y)

p/s : Pada pendapat korang , yang mana satu paling style ?
sumber gambar : yahoo

3 comments:

red gitarputeh said...

sumpah aku kata yang sorok macam hantu tu style XD

Cara Menulis Surat Untuk Isteri Masa Hadapan.
(Ini adalah contoh surat yang dibuat untuk bakal isteri. Baca kalau teringin nak tahu apa yang lelaki mahu dari perempuan.)

Unknown said...

salam... tak nampak pun dodol...tempek kat mane??hihi..

Mohd Zakwan Zain said...

Red : tula pasal :D tapi kasut yg dia pakai selalu jadi spoiler .hehe

Alif : simpan buat kenangan :) hehe