Jom Join Group Blogger ini di Facebook!

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Alhamdulillah , kenyang perut aku berbuka di masjid tadi . Lauknya sedap , air pula berbagai jenis ada ! Dah macam kedai pulak aku rasa , tapi kedai free la . hehe


Korang ada apa-apa masalah mengenai blog ? Tak kisah anda menggunakan platform apa2 pun , mungkin Rakan Blogger 2dayblogger.com boleh membantu !! Dah hampir satu minggu aku join group ni , apa-apa je masalah tentang blog , aku straight away tanya kat situ . Beberapa minit lepas tu , gerenti ada orang tolong bagi cadangan/jawapan nak selesaikan masalah aku ! Ahli-ahli nya pun semuanya peramah dan baik hati . First time aku dengar mengenai group ini di blog ceritamamat.com . Aku tertarik untuk masuk group ini sebab tiada Spam(ping entri blog) , jadi takdelah wall kat situ semak dengan URL2 blog .


Pengasas group Rakan Blogger 2dayblogger.com merupakan Faisal Abdullah . Mesti semua orang kenal kan full time blogger ni ? Tetapi group tu , bukan abang Faisal sorang je handle, ada 5 admin ke 4 admin . Ramai jugak tu !
Sila patuhi syarat2 group ini iaitu :

i. Tidak dibenarkan untuk share/ping entri disini

ii. Tidak dibenarkan untuk menggunakan bahasa-bahasa kesat

iii. Jangan invite RSP /Event yang Merepek-repek (Please Take Note !!)


Pengecualian:-

i.Pengecualian diberikan kepada entri-entri yang berkaitan dengan tip blogging sahaja.

Gunakan group ini untuk bertanya @ berkongsi tip-tip yang berkaitan dengan blogging supaya dapat dimanfaatkan bersama-sama.

Sekiranya ingin kongsikan blog anda,sila cari wall "Senarai Blog Rakan-Rakan Blogger 2DayBlogger.Com"


Jomlah join ramai-ramai , kalau boleh sebarkan group ini kepada semua biar group ini bertambah besar komunitinya . Cuba ambil yang positif iaitu semakin ramai yang join, semakin banyak pendapat/ilmu tentang blogging yang boleh kita peroleh !
Sekian.. Peace (Y)

4 comments:

alif ismail said...

salam zakwan...

alif ade ole-ole untuk zakwan

http://bloggeralif.blogspot.com/2011/08/doodle-untuk-mohd-zakwan.html

Mohd Zakwan said...

Alif : dah tengok dah , wahhhh !!
Thanks ye Alif :')

Di Hujung Jari said...

dh join..

Mohd Zakwan said...

bagus la kalau macam tu :D