Gadget Followers Selalu Problem?Jom Ikuti Tutorial Ini

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)

Sudah hampir 3 minggu aku telah "membuang" gadget followers dari blog aku. Sebab apa ?
Macam biasa la, asyik loading tak habis-habis. Semenjak aku tukar ke template baru, gadget followers terus menghilangkan diri, hanya ruangan kosong berwarna putih je yang ada. Baik aku delete daripada menyemak kat blog aku -.-

Tetapi, aku tidak sesengal itu. Aku masih lagi letak gadget followers tetapi dalam cara yang cukup berbeza! Cara ini mudah untuk diaplikasikan dan korang semua patut mencubanya sebab gadget followers kan suka buat hal, nanti rugi lah orang datang blog kita tapi tidak dapat nak follow.
Jom ikuti langkah2 yang berikut :

Untuk FLOATING FOLLOW button (macam kat blog aku) :

1. Pergi ke Design --> Add a Gadget --> HTML JavaScript

2. Copy coding ini dan paste di kotal HTML tadi.

3. Kod yang aku hitamkan di atas itu korang kena tukar. Cara nak tukar :

8984556466054220687
Itu merupakan URL untuk Follow blog aku. Mana nak dapat ? Mula-mula, pergi ke Dashboard dan klik pada Settings. Cuba tengok di kotak URL browser korang, ada tertulis kan blogID ? Copy blogID korang dan letak kat coding tadi(gantikan dengan URL untuk follow blog aku tu) .

http://assets.tumblr.com/images/iframe_follow_alpha.png?6
Itu merupakan gambar butang follow yang kelihatan di blog aku sekarang ni(tengok di sebelah atas belah kanan blog aku). Kalau tak nak butang follow macam aku, pergi cari sendiri dan ambil URL gambar tersebut. Tukarkan dengan coding di atas.

4. Jangan lupa untuk Save . Lihatlah hasilnya :)



Untuk letak STATIC FOLLOW button di sidebar :

1. Pergi ke --> Design --> Add a Gadget --> HTML/JavaScript

2. Copy coding ini dan paste di kotak HTML tadi.


3. Kod yang aku hitamkan tu korang kena tukar. Caranya :

8984556466054220687
Tukar dengan blogID korang seperti yang aku ajar kat atas tadi.

Url gambar
Letak URL gambar butang Follow yang korang suka. Ni contoh yang aku bagi:

Saiz Width dan Height gambar korang boleh ubah ikut kehendak korang.

4. Save dan selesai !


Sekarang, korang sudah mempunyai butang Follow yang tersendiri. Jadi tidak perlu risau lagi kalau gadget followers blogspot ada masalah :)
Kalau ada apa-apa pertanyaan mengenai tutorial ini, bolehlah tinggalkan soalan anda di ruangan komen. Insyallah aku akan cuba sedaya upaya untuk jawab.
Sekian. Peace (Y)

3 comments:

diana said...

bila butang follow ramai blogger ada masalah akak pun naik risau jugak.bukan risau pe,sebab butang follow akak tak pernah ada masalah pun.jadi rasa macam bermasalah pulak sebab tak sama dengan orang lain...hahhahh

nur said...

tq for this!!
tq gak rajin ke blog ye..

Mohd Zakwan said...

Biar betul kak Diana tak pernah alami masalah gadget followers ? untunglaaa.


Nur : welcome :)
selalu lah singgah ke sini juga.